8 Hotel Kolonial Terbaik di Malaysia 2025

Rasa burnout? Sama ada anda bekerja dari rumah atau di pejabat, anda mudah terjebak dengan tugas harian yang tidak berkesudahan? Begitu banyak kerja yang perlu dilakukan tetapi sedikit masa yang ada bagi membolehkan anda menjaga kesihatan mental anda boleh membuatkan anda senang stres, atau burnout. Tidak hairanlah ramai orang selalu berasa letih selepas hari yang panjang di pejabat kerana mereka tidak cukup rehat. Oleh itu, adalah penting untuk anda berehat bagi membolehkan otak dan badan anda mengecas semula tenaga supaya dapat bekerja secara produktif.

Percutian pendek di Malaysia boleh menjadi jawapan yang terbaik bagi sesiapa yang ingin melarikan diri seketika daripada kesibukan bandar. Bayangkan diri anda bercuti di hotel kolonial yang mengekalkan seni bina lama yang terpapar di syiling, dinding dan lantainya. Mesti anda berasa seperti berada di negara lain, bukan? Seperti hotel Muntri Mews, hotel ini sebenarnya diubahsuai daripada bangunan lama warisan yang menempatkan kereta kuda pada waktu dahulu. Mungkin bercuti di hotel ini boleh membuatkan tenaga dan mood anda kembali stabil, siapa tahu? Berikut kami senaraikan 8 hotel kolonial terbaik di Malaysia untuk anda lawati.

Apakah hotel kolonial?

Hotel kolonial atau hotel warisan ialah tapak warisan dunia UNESCO. Hotel ini biasanya pernah menjadi tempat yang penting, mercu tanda dan kawasan yang terkenal sebelum dirombak dan diubahsuai menjadi hotel yang dilengkapi dengan kemudahan moden. Hotel kolonial juga merupakan bangunan warisan budaya yang membanggakan di Malaysia.

Hotel yang dibina semula ini merupakan bahagian penting dalam sejarah, mengekalkan tradisi, seni bina, monumen, objek dan budaya warisan Malaysia. Menginap di hotel ini membolehkan anda mengetahui lebih mendalam tentang sejarah dan tradisi tempatan. Semua ini  memainkan peranan penting dalam masyarakat dan politik kita.

8 Hotel Kolonial Terbaik di Malaysia 2025

1. Eastern & Oriental Hotel

Eastern Oriental Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Eastern Oriental Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Eastern Oriental Hotel
Kredit Gambar: klook.com

Eastern & Oriental Hotel terletak di tengah-tengah George Town dan telah wujud selama 135 tahun sejak zaman penjajahan British. Victory Annexnya dibuka pada tahun 2013 dan Heritage Wingnya telah menjalani pemulihan dan pengubahsuaian secara menyeluruh. Bilik-bilik penginapan di hotel ini direka bentuk dengan mengutamakan elemen moden sambil mengekalkan daya tarikan klasik mereka. Anda boleh menjamu selera di Eastern & Oriental Hotel yang menghidangkan pelbagai hidangan seperti masakan Nyonya di Java Tree, masakan tempatan Pulau Pinang di Palm Court, masakan kontinental di Planters Lounge, dan koktel di vintaj Bar Farquhar.

Alamat: 10, Lebuh Farquhar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.eohotels.com/

2. Macalister Mansion

Macalister Mansion
Kredit Gambar: klook.com
Macalister Mansion
Kredit Gambar: klook.com
Macalister Mansion
Kredit Gambar: klook.com

The Macalister Mansion ialah rumah agam serba putih yang cantik dan mempunyai pelbagai bilik mewah bagi memberikan keselesaan kepada anda.  Bilik penginapan “MM ESMERIC Collection” menyediakan reka bentuk memukau dan luar biasa yang boleh mengagumkan para penginap.  Selain itu, bilik “MM ARVEL Collection” di sini juga  direka dengan teliti bagi memberi pengalaman menginap yang menakjubkan. Akhir sekali, “MM ONARCH Collection” pula menawarkan bilik-bilik penginapan yang sangat indah dan elegan di mana tetamu boleh menikmati ketenangan tanpa sebarang gangguan.

Alamat: 228, Jalan Macalister, 10400 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.macalistermansion.com/

3. The Edison, Georgetown

The Edison Georgetown
Kredit Gambar: klook.com
The Edison Georgetown
Kredit Gambar: klook.com
The Edison Georgetown
Kredit Gambar: klook.com

Edison-Georgetown ialah sebuah rumah agam kolonial yang telah dipulihara dengan teliti di George Town, Pulau Pinang. Ia menawarkan gabungan mewah dari segi kemudahannya serta perkhidmatan layanan tetamu yang mesra. Bahagian dalamannya adalah gabungan seni bina bersejarah dengan perabot moden yang bertujuan untuk mengekalkan warisan kolonial lamanya dan menonjolkan elemen moden bagi keselesaan penginap. Bilik-bilik yang disediakan ialah Deluxe yang merupakan pilihan paling popular untuk para penginap di sini; Deluxe Premium, iaitu bilik yang luas; dan Suite, iaitu bilik paling mewah yang terdapat di The Edison.

Alamat: 15, Lebuh Leith, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.theedisonhotels.com/

4. Jawi Peranakan Mansion

Jawi Peranakan Mansion
Kredit Gambar: klook.com
Jawi Peranakan Mansion
Kredit Gambar: klook.com
Jawi Peranakan Mansion
Kredit Gambar: klook.com

Jawi Peranakan Mansion ini merupakan tambahan terbaru kepada Hotel Warisan George Town. Hotel merupakan hasil ciptaan oleh Chris Ong. Hotel ini mempunyai 8 bilik yang cantik dan 6 suite keluarga yang luas. Sebenarnya, hotel ini telah diperolehi pada tahun 2012 dalam keadaan usang dan mengambil masa 3 tahun untuk dipulihkan kepada bentuk asal. Elemen seni bina asal rumah agam Anglo-India yang elegan ini terdiri daripada dinding plaster kapur, kekisi kayu, bidai ladang,  tiang Doric, dan Adam’s wheel window yang dipelihara dengan teliti. Bilik-bilik ini dilengkapi dengan katil bersaiz king, permaidani dan kepala katil dihiasi dengan jubin timbul gaya Mughal.

Alamat: 153, Jalan Hutton, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.georgetownheritage.com/jawi-peranakan-mansion-hotel/

5. Muntri Mews

Muntri Mews
Kredit Gambar: klook.com
Muntri Mews
Kredit Gambar: klook.com
Muntri Mews
Kredit Gambar: klook.com

Muntri Mews pernah menjadi tempat letak kereta komunal untuk kereta kuda. Bangunan warisan Gred II ini pula pada asalnya merupakan deretan rumah teres besar yang dibina di sepanjang jalan pada zaman penjajah. Di bawah penyeliaan mahir Chris Ong pada tahun 2009, pembinaan semula dan pengubahsuaian bilik yang asalnya dibina untuk pemandu telah berubah menjadi penginapan kontemporari yang cantik, lengkap dengan lantai marmar dan katil besar. Muntri Mews masih mengekalkan unsur-unsur masa lalunya dengan paparan pelana, abah-abah dan gambar lama berbingkai. Taman-taman yang subur di astaka luarannya menambahkan lagi keindahan bangunan warisan yang telah dipulihkan ini.

Alamat: 77, Muntri St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.georgetownheritage.com/muntri-mews-hotel/

6. The Majestic Malacca Hotel

The Majestic Malacca Hotel
Kredit Gambar: klook.com
The Majestic Malacca Hotel
Kredit Gambar: klook.com
The Majestic Malacca Hotel
Kredit Gambar: klook.com

Hotel Majestic Malacca bermula pada tahun 1920 dan pernah menjadi sebahagian daripada rumah agam lama yang mempunyai seni bina bagi bangunan warisan. Bangunan warisan yang dibina semula ini terletak di sepanjang tebing Sungai Melaka dan mempunyai bilik-bilik tetamu yang dihias indah, luas dengan tingkap-tingkap besar, lantai kayu lama dan bingkai katil jati. Terdapat juga bilik mandi en suite yang dipisahkan oleh pintu gelangsar kayu. Di sini, tetamu boleh menjamu selera di The Mansion, yang menyediakan suasana makan kasual dengan 2 pilihan bilik peribadi.

Alamat: 188, Jalan Bunga Raya, Melaka, 75100 Melaka

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.majesticmalacca.com/

7. Courtyard @ Heeren Boutique Hotel, Melaka

Courtyard @ Heeren Boutique Hotel Melaka
Kredit Gambar: klook.com
Courtyard @ Heeren Boutique Hotel Melaka
Kredit Gambar: klook.com
Courtyard @ Heeren Boutique Hotel Melaka
Kredit Gambar: klook.com

The Courtyard @ Heeren Boutique Hotel, Melaka merupakan hotel warisan yang mengekalkan gaya tradisional Melaka sambil menambah sentuhan modennya. Terdapat 4 jenis bilik dan 3 jenis suite yang disediakan untuk tetamu. Setiap bilik mempunyai perabot kayu berkualiti tinggi yang berwarna neutral moden dan elemen hiasan yang ringkas tetapi elegan. Suite keluarga ialah pilihan yang lebih mewah di antara 3 pilihan suite. Suite keluarga juga merupakan bilik yang luas dengan ruang tamu dan 2 bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 8 tetamu.

Alamat: 91, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75200 Malacca

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: http://courtyardatheeren.com/the-hotel

8. Seven Terraces Hotel

Seven Terraces Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Seven Terraces Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Seven Terraces Hotel
Kredit Gambar: klook.com

Hotel Seven Terraces telah dibina pada akhir abad ke-19. Ia pernah menjadi deretan rumah teres Inggeris-Cina yang terletak di belakang Kuil Goddess of Mercy. Deretan rumah ini merupakan pembangunan semula Lee Kongsi yang asal pada tahun 1893. Hari ini, hotel yang dibina semula ini menerapkan  bahagian luarnya dengan elemen seni  Inggeris-Cina manakala reke bentuk dalamannya pula mengekalkan kemegahan  era Cina Peranakan zaman dahulu. Pintu hadapan terukir dan berlapis emas  dengan renda besi tuang dan deretan skrin kayu berbilah di dalam hotel ini bertujuan untuk membawa tetamu kembali ke era lama yang tidak dapat dilupakan tradisi dan budayanya.

Alamat: Stewart Ln, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.georgetownheritage.com/seven-terraces-hotel


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close