8 Kafe Paling Best di Shah Alam 2023

Shah Alam ialah sebuah bandar raya dan ibu negeri Selangor yang mempunyai 56 bahagian kesemuanya. Jadi, tidak hairanlah jika Shah Alam mempunyai banyak pilihan kafe yang bagus untuk anda luangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Sebuah kafe yang memiliki persekitaran dan suasana yang bagus biasanya akan mempunyai ulasan yang baik daripada pengunjungnya. Berikut ialah 8 kafe terbaik di Shah Alam.

Bagaimanakah cara anda memilih kafe yang best untuk Instagram Feeds anda?

Memandangkan Shah Alam ialah sebuah bandar besar dan mempunyai banyak kafe, tinjauan akan membantu anda memilih kafe yang paling sesuai mengikut citarasa anda. Di sini kami berikan beberapa petua untuk membantu anda membuat pilihan yang tepat.

1. Bajet

Bajet akan sentiasa menjadi perkara utama yang perlu anda fikiran sewaktu memilih kafe. Ini kerana jika anda merangka bajet dengan baik, anda dapat menikmati masa anda di kafe tanpa bimbang tentang bil yang mahal.

2. Ulasan

Lihat dulu berapa ulasan yang diberiakn oleh pengunjung kafe tersebut. Dengan melihat ulasan, anda akan tahu secara amnya keadaan, sajian dan servis yang diberikan oleh kafe tersebut.

3. Reka bentuk dalaman

Persekitaran yang berbeza boleh mewujudkan mood yang berbeza jadi anda dinasihatkan untuk mencari kafe yang sesuai dengan pilihan anda. Pilih kafe yang menonjolkan interior dalaman yang kena pada jiwa anda bagi membuatkan kunjungan anda tidak sia-sia.

8 Kafe paling best di Shah Alam

1. Brotherhood & Co. Lifestyle Cafe

Brotherhood Co. Lifestyle Cafe
Kredit Gambar: Brotherhood & Co. Facebook
Brotherhood Co. Lifestyle Cafe
Kredit Gambar: Brotherhood & Co. Facebook
Brotherhood Co. Lifestyle Cafe
Kredit Gambar: Brotherhood & Co. Facebook

The Brotherhood & Co. Lifestyle Cafe terletak di Seksyen 7 dan telah dipaparkan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan beberapa tahun lalu. Ia mudah ditemui dan mempunyai pelbagai jenis makanan untuk dipilih seperti nasi goreng dan makanan barat.

Keunikan: Menawarkan pelbagai jenis makanan selain miliki banyak ulasan baik daripada pengunjung

Alamat: AAG-2, Jalan Plumbum Aa 7/Aa, Seksyen 7, 40000 Shah Alam

Waktu Operasi: Setiap hari (12.00 tengah hari-1.00 pagi)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

2. Gula Cakery

Gula Cakery
Kredit Gambar: Foodadvisor
Gula Cakery
Kredit Gambar: Foodadvisor
Gula Cakery
Kredit Gambar: Tripadvisor

Kafe kecil ini terletak di Kota Kemuning, Shah Alam. Malah nama Gula Cakery dilihat sebagai unik yang akan menarik perhatian orang ramai. Bukan itu sahaja, kafe ini juga mempunyai banyak pilihan kek dan jenis pasta untuk dipilih.

Keunikan: Ada pelbagai jenis kek dan pasta untuk dipilih

Alamat: 11, Jln Anggerik Aranda BG 31/BG, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 pagi-9.00 malam)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

3. The Third Letter

The Third Letter
Kredit Gambar: thethirdletter
The Third Letter
Kredit Gambar: thethirdletter
The Third Letter
Kredit Gambar: thethirdletter
The Third Letter
Kredit Gambar: thethirdletter

The Third Letter merupakan sebuah kafe yang menawarkan suasana santai yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Jika anda mencari kafe yang selesa dengan ruang terhad untuk belajar atau bekerja, kafe ini sesuai untuk anda.

Keunikan: Hiasan dalaman yang menarik, tempat sesuai untuk mengambil gambar

Alamat: No 2, Jalan N U8/N, Seksyen U8 Bukit Jelutong Timur, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (11.00 pagi-9.30 malam), Sabtu-Ahad (10.00 pagi-10.30 malam)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

4. One Serambi Cafe

One Serambi Cafe
Kredit Gambar: Tripadvisor
One Serambi Cafe
Kredit Gambar: One Serambi Cafe
One Serambi Cafe
Kredit Gambar: Tripadvisor

One Serambi Cafe atau OSC terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam dan ia menawarkan anda tempat yang sesuai untuk melepak, sama ada bersama rakan atau bersendirian. Selain menawarkan suasana santai yang aman, kafe ini juga menyediakan kelengkapan untuk sebarang acara yang ditempah di sini.

Keunikan: Hiasan dalaman berunsurkan neutral, makanan yang enak

Alamat: 1-G, D’bayu Commercial Centre, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Selasa-Ahad (9.30 pagi-11.00 malam), Isnin (tutup)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

5. Brew & Bread

Brew Bread
Kredit Gambar: Brew & Bread Facebook
Brew Bread
Kredit Gambar: Brew & Bread Facebook
Brew Bread
Kredit Gambar: Brew & Bread Facebook

Brew & Bread ialah butik pemanggang kopi yang berfokuskan kualiti terbaik kopi yang dihidangkan mereka kepada para pengunjung. Kepada mereka yang gemarkan kopi, bolehlah berkunjung ke sini bagi merasai kopi kaw yang sungguh lazat. Selain itu, kafe ini turut menyediakan pelbagai sajian untuk anda cuba.

Keunikan: Pengalaman merasai kopi kaw yang lazat!

Alamat: 10, Jalan Anggerik Vanilla M31/M, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi-10.00 malam),

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

6. KOPIMEO

KOPIMEO
Kredit Gambar: KOPIMEO Facebook
KOPIMEO
Kredit Gambar: KOPIMEO Facebook
KOPIMEO
Kredit Gambar: KOPIMEO Facebook

KOPIMEO ialah kafe western-fusion yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam dan ia  cetusan idea pasangan suami isteri, Meor dan Leena. Mereka telah diilhamkan oleh pemandangan kafe di Melbourne. Hiasannya minimalis dan mereka menawarkan pelbagai makanan barat seperti Lemon Shrimp Scampi Pasta dan The Lamb Mess.

Keunikan: Rasai juadah popular di kafe ini!

Alamat: 33, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Khamis (12.00 tengah hari-7.00 malam), Sabtu-Ahad (8.30 pagi-7.00 malam), Jumaat (tutup)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

7. BUCOLIC Cafe & Catering

BUCOLIC Cafe Catering
Kredit Gambar: Bucolic Cafe Facebook
BUCOLIC Cafe Catering
Kredit Gambar: Bucolic Cafe Facebook
BUCOLIC Cafe Catering
Kredit Gambar: Bucolic Cafe Facebook

Bucolic Cafe terletak di kawasan menarik di Setia Alam yang mempunyai suasana desa, nyaman dan hangat. Ia menyajikan masakan barat buatan sendiri dan mempunyai pelbagai pilihan pakej menu dan gaya hidangan yang berbeza. Mereka juga terkenal dengan sajian pizza mereka!

Keunikan: Rasai pelbagai hidangan yang lazat dan unik

Alamat: Lot 33-1 Block 6, Setia Avenue,, Jalan Setia Prima S U13/S, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (11.00 pagi-8.00 malam), Jumaat-Sabtu (11.00 pagi-9.00 malam), Khamis (tutup)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

8. Pinggan Puteh

Pinggan Puteh
Kredit Gambar: Tripadvisor
Pinggan Puteh
Kredit Gambar: Tripadvisor
Pinggan Puteh
Kredit Gambar: Tripadvisor

Pinggan Puteh terletak di Seksyen 7, Shah Alam ini menggabungkan gaya kampung klasik dan kontemporari. Kafe ini menawarkan dua menu pada masa yang berbeza, satu untuk makan tengah hari dan satu lagi untuk makan malam.Biasanya, sajian di waktu malam adalah bertumpu kepada sejumlah besar pengunjung untuk menjamu selera di situ.

Keunikan: Menawarkan sajian berunsurkan ala kampung dan moden

Alamat: 30G, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Selasa -Ahad (12.00 tengah hari-8.00 malam),  Isnin (tutup)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini. 

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close