8 Kursus Online Terbaik di Malaysia 2023

Hujung minggu telah tiba. Inilah waktu yang dinanti-nantikan oleh ramai orang. Ada yang menunggu waktu ini untuk berehat, ada pula yang menggunakan hujung minggu mereka untuk bersiar-siar bersama keluarga. Tidak lupa juga mereka yang melepak santai di pusat beli-belah bersama rakan sambil menunggu filem kegemaran mereka ditayangkan di pawagam. Pendek kata, ramai orang menunggu hujung minggu untuk melakukan perkara yang mereka gemari.

Benar, hujung minggu memberi kita masa untuk berehat, bertemu dengan keluarga ataupun rakan-rakan. Tidak lupa juga buat mereka yang inginkan waktu untuk ‘me-time’ bagi mengecas semula tenaga yang hilang setelah penat bekerja. Walaupun kadang-kadang, kita tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada hujung minggu, kita boleh merangkanya dengan bijak supaya tidak membuang masa.

Advertise With My Weekend Plan

Apakah yang boleh kita lakukan pada hujung minggu?

Bayangkan jika anda tidak produktif pada hujung minggu, ini akan menjadi satu pembaziran masa buat anda. Walau bagaimanapun, terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan pada hujung minggu. Salah satunya ialah mengambil bahagian dalam bengkel. 

Terdapat pelbagai bengkel yang boleh anda lakukan pada hujung minggu dan menariknya, ia hanya online sahaja! Ini bermaksud, anda juga tidak perlu keluar rumah dan menempuh perjalanan hanya untuk mengisi masa lapang anda. Berikut ialah 10 kursus online terbaik di Malaysia.

8 Kursus Online Terbaik di Malaysia 2023

1. Lilin Wangi

Making Scented Candles
Kredit Gambar: CRAFT La
Making Scented Candles
Kredit Gambar: CRAFT La
Making Scented Candles
Kredit Gambar: CRAFT La

Lilin wangi dapat meningkatkan mood dengan mudah kerana wangiannya. Bagi sesetengah orang, lilin wangi merupakan terapi terapeutik bagi mereka. Apa kata anda cuba membuat lilin wangi mengikut citarasa anda? Dengan kursus yang ditawarkan oleh bengkel dalam talian ini, anda akan dapat belajar cara yang betul bagaimana membuat lilin wangi. Anda juga akan mempelajari kegunaan setiap produk dan juga cara membuat lilin anda mengikut acuan dan bau yang berbeza.

Daftar Sekarang

2. Macrame

Creating Macrame
Kredit Gambar: CRAFT La
Creating Macrame
Kredit Gambar: CRAFT La
Creating Macrame
Kredit Gambar: CRAFT La

Jika anda sukakan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan gaya vintaj dan bohemian, anda pasti suka mengikuti kursus mencipta macrame ini. Seni macrame ialah seni yang menggunakan benang atau tali untuk diikat menjadi simpulan yang membolehkan anda menggantung pasu bunga atau membuat rantai kunci yang comel. Kursus ini akan mengajar anda asas-asas membuat simpulan dan seterusnya anda akan dibimbing tentang cara membuat barangan yang anda mahukan.

Daftar Sekarang

3. Terrarium

Terrarium Making for Beginners
Kredit Gambar: CRAFT La
Terrarium Making for Beginners
Kredit Gambar: CRAFT La
Terrarium Making for Beginners
Kredit Gambar: CRAFT La

Kelilingi diri anda dengan kehijauan dan tumbuh-tumbuhan yang boleh membantu anda untuk mewujudkan persekitaran yang aman dan tenang, khususnya di rumah. Kursus ini akan mengajar anda cara membuat terarium anda sendiri dari peringkat bawah. Menariknya, kursus ini mudah diikuti dan tidak memerlukan banyak bahan. Anda tidak akan kecewa mengikuti kursus ini.

Daftar Sekarang

4. Barang Kemas

DIY Polymer Clay Jewelry
Kredit Gambar: CRAFT La
DIY Polymer Clay Jewelry
Kredit Gambar: CRAFT La
DIY Polymer Clay Jewelry
Kredit Gambar: CRAFT La

Ingin menambah koleksi barang kemas anda? Atau anda bosan memakai barang kemas yang sama setiap hari? Jangan risau kerana anda mampu untuk mereka barang kemas anda sendiri jika anda ikuti kursus ini. Melalui kursus ini, anda akan diajar cara untuk mencipta barang kemas yang diperbuat daripada tanah liat polimer! Anda akan belajar cara membuat dan membentuk tanah liat ke dalam reka bentuk yang anda kehendaki dengan menggunakan pelbagai warna yang anda inginkan. Anda pasti kelihatan menawan dengan rekaan barang kemas yang anda reka sendiri!

Daftar Sekarang

5. Beg Tote

Tote Bag Sewing
Kredit Gambar: CRAFT La
Tote Bag Sewing
Image credit: CRAFT La
Tote Bag Sewing
Kredit Gambar: CRAFT La

Jika anda suka menjahit atau ingin belajar menjahit, ikutilah kursus menjahit beg tote ini. Kursus ini membawa anda melalui asas jahitan dengan panduan langkah demi langkah yang mudah daripada tenaga pengajar. Selepas anda berjaya menguasai asas jahitan, anda akan dapat mencipta beg tote anda sendiri. Jadi, sediakanlah mesin jahit anda dan mulakan kursus ini sekarang!

Daftar Sekarang

6. Sarung Bantal Moden

Basics of Sewing Modern Pillows
Kredit Gambar: CRAFT La
Basics of Sewing Modern Pillows
Kredit Gambar: CRAFT La
Basics of Sewing Modern Pillows
Kredit Gambar: CRAFT La

Pernahkah anda melihat bantal anda dan berfikir adakah anda boleh menjahitnya seperti itu? Jika ya, anda boleh sertai kursus menjahit sarung bantal moden ini. Dalam kursus ini, anda akan belajar cara menggunakan mesin jahit dan semua tip mudah dalam aktiviti menjahit. Selepas anda menguasai asas menggunakan mesin jahit, tenaga pengajar akan mengajar anda cara menjahit sarung bantal anda sendiri. Selepas kursus ini, anda tidak lagi perlu membeli sarung bantal lain kerana anda boleh membuatnya sendiri.

Daftar Sekarang

7. Menari

Beginners Guide to Dancing
Kredit Gambar: CRAFT La
Beginners Guide to Dancing
Kredit Gambar: CRAFT La
Beginners Guide to Dancing
Kredit Gambar: CRAFT La

Mahu menarik perhatian rakan anda dengan gerakan hebat setiap kali anda keluar? Mulakan kursus menari ini dan anda akan dapat menghayati gerakan badan anda dengan lebih mendalam. Jika sebelum ini anda meminati tarian tetapi tidak berkesempatan untuk belajar tentangnya, maka kursus ini adalah untuk anda. Anda akan belajar daripada penari profesional yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam bidang tarian. Selain itu, anda boleh berlatih menari dengan selesa hanya di dalam rumah anda! Pasti badan anda berada ringan kerana anda sebenarnya bersenam melalui aktiviti menari!

Daftar Sekarang

8. Origami

Crafting Origami
Kredit Gambar: CRAFT La
Crafting Origami
Kredit Gambar: CRAFT La
Crafting Origami
Kredit Gambar: CRAFT La

Untuk mereka yang kreatif dan menggemari seni origami, anda akan berasa seronok mengikuti kursus ini. Kursus origami ini bukan kursus biasa kerana anda akan mempelajari asas origami serta cara membuat kepingan origami yang rumit dan terperinci. Tahukah anda sebenarnya aktiviti ini boleh menjadi terapi terapeutik bagi sesetengah orang? Semasa anda melipat setiap kertas, anda akan berasa santai dan tenang kerana origami ialah aktiviti yang boleh membantu anda berehat. Bahkan, anda akan berasa gembira setelah anda berjaya mencipta kraf origami anda.

Daftar Sekarang

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close