Jenama biskut pilihan utama rakyat Malaysia! Oreo adalah jenama biskut sandwic berinti krim yang terkenal, terdiri daripada dua wafer berserta inti krim yang manis dan lazat. Ia diperkenalkan oleh Nabisco pada 6 Mac 1912 dan kini dimiliki oleh Mondelez International sejak 2012. Biskut Oreo kini boleh didapati di lebih seratus negara termasuk Malaysia. Terdapat pelbagai perisa biskut Oreo telah dihasilkan, perisa asli mahupun edisi terhad, kedua-duanya digemari ramai. Pernahkah kalian terfikir perisa apa yang menjadi pilihan rakyat Malaysia? Baiklah, berikut ialah 8 perisa Oreo terbaik di Malaysia.
Bagaimana Hendak Memilih Perisa Oreo yang Sesuai Untuk Anda?
Terdapat pelbagai perisa yang boleh didapati di pasaran. Namun begitu, aspek seperti perisa, ramuan dan keboleh capaian harus diperiksa sebelum membuat pembelian bagi mengelakkan anda membeli perisa yang tidak digemari.
- Perisa
Semuanya bergantung kepada pilihan anda jadi belilah perisa yang anda inginkan. Anda juga boleh mencuba perisa baru!
- Bahan
Sentiasa memeriksa kandungan ramuan sesuatu item untuk mengelakkan sebarang komplikasi lanjut. Berkemungkinan ia mengandungi bahan yang anda alah.
- Kebolehcapaian
Oreo mempunyai lebih 85 perisa untuk dipilih tetapi tidak semua perisa ini tersedia / terdapat di Malaysia.
8 Perisa Oreo Terbaik di Malaysia 2023
1. Oreo Cookies Original
Perisa oreo asli merupakan perisa yang paling popular dan sesuai bagi seseorang yang meminati rasa asli biskut berinti krim. Biskut ini menjadi salah satu perisa yang mudah untuk didapati di pasaran ekoran popularitinya di kalangan penggemar.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Tepung Gandum, Gula, Minyak Sawit, Minyak Rapeseed, Serbuk Koko Kurang Lemak 4.5 %, Kanji Gandum, Sirap Glukosa-Fruktosa, Agen Penaik (Kalium Karbonat, Ammonium Karbonat, Natrium Karbonat), Garam, Pengemulsi ( Lecithin Soya, Lecithin Bunga Matahari),
- Berat Perisa: 123.5g
Harga: RM2.63
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Oreo Cadbury Chocolate Coated
Oreo dan Cadbury? “Yes, please!” Oreo yang disaluti coklat cadbury ini didatangkan dengan 2 keping biskut pada setiap paket hidangan. Selain itu, tekstur yang rangup dan berkrim ini memberikan anda pengalaman baru dalam menikmati biskut ini, ia juga akan membuatkan anda sentiasa menginginkan lagi.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Gula, Tepung Gandum, Minyak Sawit, Mentega Koko, Jisim Koko, Minyak Rapeseed, Tepung Susu Skim, Serbuk Whey (daripada Susu), Serbuk Koko kurang Lemak 2.3 %, Pati Gandum, Lemak Susu, Sirap Glukosa-Fruktosa, Pengemulsi (E442, E492, Lecithin Soya, E476), Ejen Penaik (Ammonium Karbonat, Kalium Karbonat, Natrium Karbonat), Garam, Pengatur Keasidan (Natrium Hidroksida), Perisa
- Berat: 34g
Harga: RM2.40
*Harga mungkin berbeza pada masa itu daripada pembelian
3. Oreo Double Stuff
Inginkan keenakan krim Oreo yang berganda? Oreo Double Stuff merupakan pilihan yang sangat sesuai untuk anda! Ia mempunyai dua kali ganda inti berbanding Oreo berperisa asli dan anda pasti akan menyukainya.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Gula, Tepung Diperkaya Tidak Dilunturkan (Tepung Gandum, Niasin, Besi Terkurang, Thiamine Mononitrate {vitamin B1}, Riboflavin {vitamin B2}, Asid Folik), Minyak Sawit Dan/atau Canola, Koko (Diproses Dengan Alkali), Tinggi Sirap Jagung Fruktosa, Penaik (Soda Pembakar Dan/atau Kalsium Fosfat), Garam, Lesitin Soya, Coklat, Perisa Tiruan.
- Berat: 135.3g
Harga: RM3.27
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Oreo Chocolate Creme Cookie
Chocolate Creme Cookie! Ia menawarkan rasa yang kaya, enak dan berkrim yang mampu membuatkan anda terliur dan menginginkannya. Jika ia menjadi pilihan kegemaran baharu anda, jangan risau biskut ini mudah didapati dan berada di kebanyakan pasaraya sama seperti Oreo berperisa asli.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Gula, Tepung Diperkaya Tidak Dilunturkan (Tepung Gandum, Niasin, Besi Terkurang, Thiamine Mononitrate {vitamin B1}, Riboflavin {vitamin B2}, Asid Folik), Minyak Sawit Dan/atau Canola, Koko (Diproses Dengan Alkali), Tinggi Sirap Jagung Fruktosa, Penaik (Soda Pembakar Dan/atau Kalsium Fosfat), Garam, Lesitin Soya, Coklat, Perisa Tiruan.
- Berat: 123.5g
Harga: RM3.27
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Oreo Peanut Butter and Chocolate Cookies
Anda peminat mentega kacang dan coklat, Oreo Peanut Butter and Chocolate Cookies adalah pilihan terbaik untuk anda. Perisa ini membawa slogan khusus iaitu “double the flavours, double the fun” yang menggambarkan rasa perisa ini. Perisa ini turut memberikan pengalaman baharu kepada pengguna semasa menikmatinya.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Tepung Gandum, Gula, Minyak Sayur (mengandungi Antioksidan (319)), Serbuk Koko, Mentega Kacang (4.5%), Sirap Fruktosa, Kanji Jagung, Pepejal Susu, Ejen Penaik (500, 503), Garam, Pengemulsi (Lecithin Soya),
- Berat Perisa: 123.5g
Harga: RM2.63
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Oreo Dark & White Chocolate
Mengidamkan biskut Oreo berperisa asli dan coklat pada masa yang sama? Cubalah Oreo Dark and White Chocolate ini. Ia menawarkan kepada anda keenakan rasa coklat gelap dan putih pada setiap gigitan.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Tepung Gandum, Gula, Minyak Sayur (Mengandungi Antioksidan (319), Serbuk Koko, Sirap Fruktosa, Kanji Jagung, Ejen Menaikkan (500,503), Garam, Pengemulsi (Lesitin Soya), Perisa. Biskut Sandwic Berperisa Coklat Dengan Vanila & Krim Berperisa Coklat(28%)
- Berat: 123.5g
Harga: RM3.27
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Oreo Red Velvet
Red Velvet Oreo merupakan perisa keluaran edisi terhad yang harus anda cuba sementara ia masih di pasaran. Edisi perisa ini memiliki keunikkannya tersendiri dengan memiliki kulit biskut berwarna merah yang lazimnya berwarna hitam.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Tepung Gandum, Gula, Minyak Sayur (Mengandungi Antioksidan (319)), Sirap Fruktosa, Serbuk Koko, Agen Menaikkan (500, 503), Tepung Jagung, Warna (120, 160a), Serbuk Whey (Daripada Susu), Pengemulsi (Lesitin Soya), Perisa (Contai n Susu dan Barli)
- Berat: 123.5g
Harga: RM3.17
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Oreo Thins Vanilla Delight
Oreo Thins Vanilla Delight merupakan pilihan biskut terbaik untuk anda yang sedang berdiet namun masih mengidamkan manisan. Jika anda ingin memantau pengambilan kalori anda,Oreo Thins Vanilla Delight adalah terbaik untuk anda.Oleh kerana saiznya yang nipis, setiap biskut mempunyai kalori yang lebih sedikit berbanding Oreo asal.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Gula, Tepung Diperkaya Tidak Diluntur (Tepung Gandum, Niasin, Besi Terkurang, Thiamine Mononitrate {Vitamin B1}, Riboflavin {Vitamin B2}, Asid Folik), Minyak Sawit dan/atau Canola, Koko (Diproses dengan Alkali), Tinggi Sirap Jagung Fruktosa, Garam, Lesitin Soya, Soda Penaik, Coklat, Perisa Tiruan
- Berat: 95g
Harga: RM3.46
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.