Dim Sum ialah sejenis hidangan tradisional cina yang biasanya dinikmati sewaktu brunch. Kebiasaannya,hidangan ini sering dikongsikan bersama keluarga atau rakan sewaktu makan. Selain mengenyangkan perut, hidangan ini juga boleh membuatkan hubungan menjadi lebih erat dan rapat.
Kebanyakan restoran dim sum mempunyai cara penyajian yang unik. Biasanya hidangan ini akan disajikan daripada troli berwap. Kini, kebanyakan restoran menyajikan sajian ini sebagai hidangan makan malam atau menu yang boleh dibawa pulang untuk dinikmati bersama keluarga. Kini, menu dim sum dikembangkan dan diolah menjadi lebih kreatif.
Adakah sajian dim sum mempunyai makna disebaliknya?
Dim Sum bermaksud ‘menyentuh hati’ apabila diterjemahkan daripada frasa Kantonis ‘yum cha’ yang membawa maksud minum teh. Koleksi sajian pembuka selera ini termasuklah pelbagai jenis ladu, roti gulung atau roti kukus yang manis dan enak. Hidangan ini biasanya disajikan bersama teh panas.
Proses pembuatan dim sum yang berkualiti tinggi ini memakan masa yang lama dan berkos tinggi. Ini kerana ia melibatkan bahan yang segar dan kadang-kala mahal. Selain itu, dim sum ini juga memerlukan masa untuk memotongnya menjadi kecil, membakar dan menggorengnya supaya menjadi rangup dan enak.
8 Restoran Dim Sum Halal yang Terbaik di Lembah Klang
1. Dolly Dim Sum @ Avenue K



Restoran dim sum halal ini popular di Kuala Lumpur. Restoran ini menyajikan pelbagai jenis hidangan dim sum tradisional seperti ladu udang klasik (Har Gao), ladu ayam dan udang yang lembut (Siew Mai), dan nasi gulung kukus bersama sambal belacan buatan sendiri (Cheung Fun). Nasi Goreng Emas Diraja dan Mee Goreng Kantonis juga berbau wangi dan harum selain enak dimakan. Anda harus mencuba Egg Custard Bun khas di Dolly Dim Sum. Ladu gaya Szechuan ini dihidangkan hangat dan sebaik sahaja ia masuk ke dalam mulut anda, ladu ini akan cair selain memberikan rasa yang enak dan lazat. Anda boleh menikmati minuman oriental bersama hidangan anda seperti Teh Ais Jasmine yang diselitkan sedikit delima ataupun teh Cina asli.
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (11.00 pagi-10.00 malam)
Alamat: Avenue K, G9, 156, Jln Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
Laman sesawang: https://dollydimsum.com/
2. Mohd Chan Dim Sum @ MyTown



Restoran ini berhasrat untuk mentakrifkan semula masakan Kantonis dalam industri makanan halal. Ia juga berjanji untuk menyajikan hidangan yang menyelerakan dan lazat kepada pelanggannya. Menu di restoran ini mempunyai lebih 30 jenis dim sum kukus dan goreng untuk dipilih oleh pengunjung. Antaranya Chicken Siew Mai, See Zap Chicken Wings, Giant Chicken Bao, Shanghai Dumplings, Lotus Leaf Rice, Chee Cheong Fun, Siew Bao, Tart Telur dan bubur makanan laut .
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10.00 pagi-10.00 malam)
Alamat: B1-053, Basement 1, Mytown Shopping Centre, No.6, Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
Laman sesawang: https://mohdchan.com.my/dim-sum/
3. SO Dim Sum



Restoran ini mempunyai pelbagai pilihan dim sum yang lazat. Anda boleh memilih menu tradisional seperti Chicken Siew Mai, Ladu Kukus atau Loh Mai Kai jika mahukan rasa yang asli. Atau sekiranya anda ingin mencuba menu yang lebih mencabar, cubalah Cheezy Siew Mai, Mushroom Siew Mai atau Buttermilk Siew Mai. Hidangan di sini berunsurkan kontemporari namun lazat.
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10.00 pagi-10.00 malam)
Alamat: 13, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Google Map: Tekan Sini
Google Reviews: Tekan Sini
Ulasan (Google): https://www.sodimsum.com/
4. Restoran Minmax



Restoran ini menyajikan dim sum buatan tangan selain hidangan asli Hong Kong yang diilhamkan oleh resipi klasik Malaysia. Menunya termasuk Kam Sar Pao kukus dan juga Ladu Sup Superior. Harga di sini juga berpatutan. Tidak rugi anda ke sini bersama keluarga atau rakan.
Waktu Operasi:
11pagi – 3petang; 6petang – 10.30malam (Isnin-Sabtu)
9pagi-3petang; 6petang – 10.30malam (Ahad dan cuti am)
Address: Lot 2.1, Level 2 at Darby Park Hotel, Jln Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
Laman sesawang: http://minmaxkl.com/#
5. The Dim Sum Place KL



Restoran ini sering dikunjungi oleh pelanggan kerana menyajikan pelbagai juadah yang enak dengan harga berpatutan selain mudah untuk para pelanggan mencari tempat letak kereta berhampiran restoran. Restoran ini menyajikan menu yang lazat seperti Deep Fried Fish Skin, Shrimp Chee Cheong Fun, Deep Fried Siew Mai, Deep Fried Milk Bun, Crystal Shrimp Dumpling, Breaded Prawn Ball dan Molten Salted Egg Custard Bun.
Waktu Operasi: Selasa-Ahad (12.00 tengah hari-10.00 malam)
Alamat: G11, G Village, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
Laman sesawang: https://www.facebook.com/The-Dim-Sum-Place-KL-100147444873014/
6. Lai Po Heen



Lai Po Heen ialah restoran dim sum halal yang terletak di dalam Mandarin Oriental. Restoran ni terkenal dengan sajian makan tengah hari dan makan malam, jadi anda perlu buat tempahan beberapa hari lebih awal jika mahu ke sini. Restoran ini menawarkan sajian dim sum yang enak selain anda boleh menjamu selera berlatarkan pemandangan menara berkembar dan taman KLCC yang indah. Hidangan yang popular disini ialah itik Peking. Harga sajian di sini lebih mahal sedikit kerana lokasinya yang strategik dan tempatnya terletak di kawasan yang eksklusif 5 bintang.
Waktu Operasi:
Isnin-Jumaat (12.00 tengah hari-2.30 petang, 6.00 petang-10.00 malam)
Sabtu-Ahad (10.30 pagi-2.30 petang, 6.00 petang-10.00 malam)
Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
Laman sesawang: https://www.facebook.com/LaiPoHeen/
7. Dodo Dim Sum & Bowls @ Subang Parade



Dodo Dim Sum & Bowls ialah restoran dim sum halal yang selesa di Subang Parade. Restoran ini memiliki dekorasi yang berwarna-warni dan menarik selain menawarkan perkhidmatan yang cepat dan cekap.Antara hidangan terkenal yang disajikan ialah Har Gau, Spicy Chicken Feet, Chee Cheong Fun dan Shanghai Pancake. Anda perlu mencuba hidangan ini kerana rasanya yang unik, asli dan lazat. Tidak rugi kalau anda memcubanya.
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (11.00 pagi-10.00 malam)
Alamat: Subang Parade, LG10 G2, Jalan Kemajuan Subang, Ss16, 47500 Subang Jaya, Selangor
Google Map: Navigate Now
Ulasan (Google): Tekan Sini
Laman sesawang: https://dodo.my/
8. Jibby Chow Bangsar



Jibby Chow Bangsar menyajikan salah satu dim sum Halal yang sedap. Mereka menghidangkan Siew Mai, Dim Sum Udang Kristal, Dumpling Kristal Szechuan dan Crispy Duck Chee Cheong Fun. Perkhidmatan di restoran juga baik. Disebabkan restoran ini sering dikunjungi, lebih baik jika anda menempah meja terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10.00 pagi-10.00 malam)
Alamat: 4, Jln Telawi 4, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
Laman sesawang: https://seraigroup.com.my/jibby-chow/
Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini.
Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.