8 Restoran Makanan Barat yang Sedap di Penang 2025

Penang adalah terdiri daripada masyarakat yang berbilang budaya. Justeru, kebanyakan masakan di Penang akan memasukkan elemen yang ketengahkan pelbagai unsur masakan asal di kawasan tersebut. Terdapat masakan Melayu seperti Nasi Lemuni, masakan Cina seperti Bak Kut Teh atau char koetiaw, masakan India iaitu Nasi Daun Pisang atau Kari Kepala Ikan, dan masakan Peranakan seperti Laksa Penang yang kini sudah menjadi terkenal dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan budaya.

Selain daripada itu, Penang juga terkenal sebagai ‘syurga makanan’ bagi masakan Barat yang tersaji di tempat-tempat makan yang cantik dan unik. Antara masakan Barat yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan adalah ‘Chicken Chop’, ‘Cordon Bleu’, ‘Hamburgers and Fries’, ‘Fish and Chips’, ‘Pizza’, ‘Pasta’, dan ‘Spaghetti’. Ia merupakan sesuatu yang agak sukar untuk mendapatkan senarai penuh tentang pilihan masakan Barat yang boleh anda terokai di Penang memandangkan terdapat banyak pertumbuhan restoran-restoran baru dan kafe yang semakin berkembang di sini. Hasil daripada pertumbuhan dan perkembangan pesat kesukaan masyarakat terhadap masakan atau makanan Barat ini, maka setiap masa akan ada hidangan baru yang dicipta kesan inspirasi daripada resepi tradisional yang sedia ada sesuai dengan selera masyarakat pada ketika ini. 

Apakah ciri-ciri yang boleh kita ketahui apabila berbicara soal masakan Barat?

Penyediaan masakan Eropah atau dalam erti kata lain, masakan Barat, secara dasarnya melibatkan produk tenusu seperti mentega, keju, dan susu. Kaedah masakan Barat ini acap kali melibatkan proses mendidih, menggoreng, memanggang, dan ‘baking’. Ia berbeza daripada kaedah masakan timur yang sering menggunakan cara mengukus, merebus, mereneh, menumis, dan menggoreng menggunakan kuali.

Makan malam yang formal atau baik gaya Eropah dimulai dengan pembuka selera, diikuti oleh hidangan utama, dan diakhiri dengan pencuci mulut. Hidangan-hidangan ini disajikan dalam susunan yang tertib bagi memastikan setiap elemen rasa yang dimasukkan dalam sesuatu hidangan itu dapat dinikmati dengan baik. Berikutnya, peningkatan jumlah restoran dan kafe masakan Barat di bandar Penang akan memudahkan anda untuk menikmati makanan atau menu kegemaran anda tanpa perlu runsing tentang bajet. Hal ini demikian kerana setiap restoran dan kafe pastikan mempunyai harga dan tawaran yang berlainan jadi itu meletakkan kuasa penuh kepada anda untuk membuat pilihan. Pilihan di tangan anda!

8 Restoran Makanan Barat Paling Digemari ‘Food Hunter’ di Penang 2025

1. Edelweiss Cafe

Edelweiss Cafe
Kredit gambar: edelwisscafe.com
Edelweiss Cafe
Kredit gambar: Trip.com

Edelweiss Cafe merupakan kafe yang menyajikan makanan Barat dengan ciri yang sangat ‘menawan’ dari aspek rekaan dan hiasannya. Hal ini kerana dekorasi kafe ini dipenuhi dengan hiasan antik dan bar yang memiliki pilihan ‘cocktails’, ‘liquor’, dan bir yang diimport. Semua dekorasi tersebut telah menambahkan lagi seri kafe tersebut dan menjadikan ia sebagai tempat makan yang lebih menarik. Dari aspek menu pula, pilihan makanan yang ada di kafe tersebut termasuklah ‘Beef Stroganoff’ yang dipadankan bersama sos istimewa, ‘capsicum’, dan cendawan, ‘Cheese Fondue’ yang dihidang bersama roti dan salad secara percuma, ‘cheese platter’, dan hidangan yang paling menjadi pilihan utama pelanggan adalah sosej ‘footlong’. Kafe ini bukan sahaja menyediakan makanan yang sedap, bahkan juga turut memiliki persekitaran yang selesa di samping pemilik dan pekerja kafe yang amat mesra dan ramah. Aspek tersebut akan sekaligus membuat para pelanggan seolah-olah sedang menikmati makanan di rumah. 

Waktu operasi

  • 6.30 petang hingga 10 malam (Khamis – Jumaat) 
  • 5 petang hingga 10 malam (Sabtu – Ahad)
  • Tutup pada hari Isnin – Rabu

Alamat: 38, Lebuh Armenian, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Website: http://www.edelweisscafe.com/

2. Il Bacaro

Il Bacaro
Kredit gambar: campbellhousepenang.com/il-bacaro
Il Bacaro
Kredit gambar: campbellhousepenang.com/il-bacaro

Il Bacaro merupakan kafe yang didekorasi dengan gaya kedai minuman ala-ala Venice. Kafe ini turut memiliki pelbagai hidangan Barat yang menarik seperti ‘Margherita Pizza’ yang merupakan pizza asas dengan sos tomato, mozzarella, dan juga oregano; ‘Calzone Pizza’ dengan ‘folded pizza’ yang dihiasi dengan ham ayam belanda, mozzarella, dan sos tomato; ‘Quattro Stagioni Pizza’ pula diselaputi sos tomato, mozzarella, cendawan liar, ham ayam belanda, articok, dan zaitun. Selain itu, pelanggan juga boleh memesan pencuci mulut yang lain seperti ‘Bruschetta Tradizionale’, iaitu roti yang dibakar secara ‘homemade’ ditambah dengan potongan tomato segar, bawang putih yang diperap, sedikit sentuhan balsamik dan basil yang dicarik. Bukan itu sahaja, anda juga boleh nikmati ‘Lava Brownie’ yang merupakan pencuci mulut yang sentiasa menjadi tumpuan ramai para pelanggan yang datang. Pencuci mulut ini dihidangkan ketika masih ‘panas’ dan coklat yang pekat dan likat meleleh keluar daripada Brownie serta dihidang bersama aiskrim vanila sekaligus menghasilkan gabungan pencuci mulut yang ‘win’ di hati para penggemar makanan manis!

Waktu operasi: 11 pagi hingga 11 malam (setiap hari) 

Alamat: Campbell House, 106, Lebuh Campbell, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Website:https://campbellhousepenang.com/il-bacaro

3. Yaw’s Roast & Grill

Yaws Roast Grill
Kredit gambar: @hungrybabes
Yaws Roast Grill
Kredit gambar: @clovishomme

Yaw’s Roast & Grill menyajikan ‘Chicken Pot Pie’ dengan sup panas lagi berkrim dan pastri yang ‘flaky’. Restoran ini bertopengkan kehijauan dan warna-warna pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan. Pada waktu malam, lontaran cahaya menyinari persekitaran ruangan restoran ini. Restoran ini juga amat popular dalam kalangan masyarakat tempatan dan sering kehabisan ‘menu’ menjelang hujung minggu. Tidak dilupakan juga, hidangan ‘Yaw’s Roast & Grill Ribeye Steak’ adalah daging lembu ‘prime-cut’ yang berasal daripada Australia. Malah, restoran ini turut memiliki hidangan ‘Chicken Cordon Bleu’, ‘Hainanese Chicken Chop’, ‘Pork Chop’, dan ‘Mushroom Soup’ yang sememangnya akan membuat anda terliur. Hal yang paling menarik mengenai hidangan-hidangan ini adalah anda tidak akan menyangka bahawa harga yang ditetapkan adalah amat berpatutan dan berbaloi.

Waktu operasi: 5.30 pagi hingga 10 malam (Selasa – Ahad) Tutup pada hari Isnin

Alamat: 1, Gerbang Midlands, Pulau Tikus, 10250 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Website:https://www.facebook.com/yawsroastandgrill

4. James Foo Western Food

James Foo Western Food
Kredit gambar: penangfoodforthought.com
James Foo Western Food
Kredit gambar: @penang_diary

James Foo Western Food adalah salah satu restoran yang amat dikenali dengan makanan Barat di Penang. Terdapat beberapa cawangan restoran ini yang bertempat di Penang. Antara menu istimewa di restoran ini adalah ‘Bacon Aglio Olio’, ‘Chicken Maryland’, ‘Pork Cordon Bleu’, ‘Chicken Chop’, ‘Grilled Chicken’, ‘Grilled Pork’, ‘Prawn Spaghetti’, ‘Fish and Chips’, dan macam-macam lagi. Harga yang dikenakan amat berpatutan kerana anda pastinya akan berpuas hati dengan saiz hidangan yang disajikan di samping staf yang sangat ramah dan bertindak dengan pantas di samping layan yang baik.

Waktu operasi: 11.30 pagi hingga 10 malam (setiap hari)

Alamat: 1-1-11, Elit Avenue, Lintang Mayang Pasir 5, Elite Height, 11900 Bayan Lepas, Penang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Website: https://www.facebook.com/ElitAvenueBayanLepas

5. The Loft – Love Lane

The Loft Love Lane
Kredit gambar: @theloft.penang
The Loft Love Lane
Kredit gambar: @theloft.penang

The Loft – Love Lane amat terkenal dengan keharuman hidangan ‘Wood Fire Pizza’, ‘Cheesy Lasagne’, and ‘creamy Tiramisu’. Restoran ini memiliki persekitaran yang amat santai dan layanan yang diterima daripada staf amat ramah dan menyenangkan hati. Bukan itu sahaja, terdapat satu ruangan bar di tengah-tengah restoran ini dan ‘bartender’ akan menyediakan koktail dan bir. Sudah tentu terdapat pilihan menu untuk buat anda rambang mata ketika ingin membuat pesanan. Misalnya, ‘Beef Steak, ‘Grilled Octopus’, ‘Clam Chowder’ in a ‘Bread Bowl’, dan ‘Seafood Spaghetti’. Restoran ini amat sesak menjelang hari minggu. Jadi, pastikan anda membuat tempahan terlebih dahulu sebelum datang.

Waktu operasi: 12 tengahari hingga 12 pagi (setiap hari)

Alamat:  57, Love Ln, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Website:https://www.facebook.com/theloft.penang

6. Beach Blanket Babylon

Beach Blanket Babylon
Kredit gambar: 32mansion.com.my
Beach Blanket Babylon
Kredit gambar: @_sharonpang_ and jun_y95

‘The Beach Blanket Bar’ adalah restoran yang terletak di pinggir pantar yang sangat unik di mana anda boleh menikmati makanan anda sambil menjamu mata dengan pemandangan pantai yang sememangnya indah. Ia terletak di Restoran 31 Mansion dan pelanggan yang datang berkunjung boleh bersiar-siar di kawasan sekitar memandangkan restoran ini memiliki akses yang ‘direct’ ke pantai. Sudah pasti anda turut menikmati makanan yang lazat di samping pemandangan yang indah. Antaranya, ‘Lamb Shank’ yang lembut, ‘Fish Fingers and Chips’, ‘Tuna Caper Croquettes’, dan ‘Feta Stuffed Portobello’. Anda boleh memuaskan selera anda sambil ditemani pemandangan indah melihat matahari terbenam dengan koktail yang dibuat dengan sempurna.

Waktu operasi: 12 tengahari hingga 12 pagi (setiap hari) 

Alamat: 32, Jln Sultan Ahmad Shah, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Website:https://www.32mansion.com.my

7. Two Frenchies Cafe Bistro

Two Frenchies Cafe Bistro
Kredit gambar: @eatallfoodies and @crazecraves
Two Frenchies Cafe Bistro
Kredit gambar: @lina.tan.3883

Two Frenchies Cafe Bistro menghidangkan makanan yang tentunya enak di samping merupakan antara tempat makan pertama yang ‘pet-friendly’ di Penang. Terdapat beberapa pilihan menu yang best, sama ada bagi golongan vegetarian dan makan yang dihidang dalam kuantiti yang banyak atau ‘shared platter’. Antaranya, ‘Duck Confit’, ‘Mushroom Pasta’, ‘Beef Bourguignon’, ‘Onion Soup’, ‘Escargot’, ‘Iberico Pork’, dan ‘Seafood Pasta’. Bagi pilihan untuk pencuci mulut pula, anda boleh mencuba hidangan Creme Brulee atau éclairs. Namun begitu, jangan lupa untuk bertanya sekiranya ada masakan yang istimewa daripada Chef kerana anda mungkin akan berpeluang untuk merasa hidangan yang tidak tersenarai dalam menu. 

Waktu operasi

  • 11.30 pagi hingga 10.30 malam (Selasa – Jumaat) 
  • 9 pagi hingga 10.30 malam (Sabtu – Ahad)
  • Tutup pada hari Isnin

Alamat: 36, Lebuh Bishop, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Website: https://www.twofrenchiesrestaurant.com

8. Harvest In Café

Harvest In Cafe
Kredit gambar: @present4_now
Harvest In Cafe
Kredit gambar: @wombatbites and backieta_my

The Harvest In Cafe amat popular dengan hidangan makanan Barat. Antara makanan yang sering menjadi pilihan pelanggan adalah ‘Spaghetti’ yang penuh perasa, ‘Chicken Chop’ yang rangup, and ‘Mushroom Soup’ yang berkrim. Malah, terdapat juga pilihan menu lain seperti ‘Lamb Chop’ yang tentunya lazat, ‘Chicken with sweet Spinach Cream’ yang berjus, ‘Garlic Butter Mushroom Spaghetti’ yang penuh nikmat, dan tidak ketinggalan ‘Lamb Loin’ yang lembut. Untuk pengetahuan anda, restoran ini juga menyediakan menu khusus untuk si vegetarian, antaranya adalah ‘Portobello Mushroom Burger’. Di samping itu, restoran ini turut menyajikan pencuci mulut yang ‘win’, iaitu ‘Baileys Ice Cream’ atau kek enak yang dilengkapi dengan aiskrim. Sudah pasti dengan adanya staf yang mesra serta layanan baik merupakan aset terbaik bagi restoran ini walaupun menjelang waktu puncak mereka tetap ‘cool’ melayan pelanggan. 

Waktu operasi

  • 11 pagi hingga 3 petang, 5.30 petang hingga 10 malam (Isnin, Rabu – Sabtu) 
  • 11 pagi hingga 3 petang (Selasa)
  • Tutup pada hari Selasa

Alamat: 10, Jalan Irrawaddi, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Website:https://www.facebook.com/Harvest-In-Cafe

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close