Jika anda adalah seorang ‘food hunter’, anda mesti akan teruja setiap kali tibanya waktu hujung minggu. ‘Food hunting’ pasti merupakan salah satu aktiviti yang termasuk dalam perancangan anda. Anda boleh menikmati pelbagai hidangan dan minuman hebat di samping merakam gambar dan video untuk dimuat naik di laman media sosial anda. Bak kata pepatah, ‘sambil menyelam, sambil minum air’! Sebelum itu, kami ada rahsia yang ingin kami kongsikan kepada anda. Tahukah anda bagaimana untuk menjadikan aktiviti jelajah makanan anda lebih menarik? Ajak keluarga anda untuk turut serta dalam aktiviti ini bagi menjadikan detik ini sesuatu yang lebih bermakna.
Pandan Indah merupakan satu tempat yang terletak di antara Ampang dan Cheras. Ia juga merangkap kawasan perbandaran bagi Ampang, Kuala Lumpur. Terdapat beberapa kafe yang boleh anda temui di sini. Anda boleh singgah ke kafe-kafe tersebut bersama insan kesayangan anda sekiranya anda berpeluang berada di Pandan Indah atau kawasan sekitarnya. Ketahui lokasi 7 Kafe Terbaik di Pandan Indah 2023 sekarang!
Apakah jangkaan pelanggan terhadap sesebuah kafe?
Jika anda pernah memasang angan-angan untuk mengusahakan sebuah kafe, perkara utama yang perlu anda ingat adalah apa yang dijangkakan oleh para pelanggan tentang kafe anda. Sebilangan besar orang akan terpikat dengan menu, pengalaman, dan suasana persekitaran yang terdapat di kafe anda.
- Menu
Kebanyakan kafe di seluruh dunia menawarkan variasi pilihan makanan dan minuman di menu. Hal ini termasuk hidangan untuk makanan panas, sarapan, brunch, kopi, teh, dan banyak lagi. Jelaslah bahawa semakin menarik menu yang anda tawarkan, semakin banyak pelanggan yang akan tertarik untuk datang ke kafe anda.
- Pengalaman
Pengalaman pertama menjejaki kaki di kafe yang anda kunjungi buat ulung kalinya pastinya memberikan anda rasa teruja. Sekiranya anda merupakan seorang ‘cafe hunter’ anda pasti akan merekodkan detik tersebut untuk dimasukkan dalam catatan memori anda. Setiap kafe menawarkan pengalaman yang berbeza. Jadi, anda perlu mencipta suatu pengalaman yang membuatkan para pelanggan anda sentiasa terkenang-kenang untuk kembali ke kafe anda.
- Suasana
Hmm~ bagaimanakah cara untuk menghidupkan suatu pengalaman yang sukar dilupakan oleh pelanggan anda? Jawapannya mudah dan ringkas. Anda mesti menyediakan suasana persekitaran yang selesa yang tenang. Selain itu, anda juga harus sentiasa ‘update’ dengan cita rasa muzik yang sesuai dengan pelanggan anda. Di samping itu, aspek kebersihan dan servis layanan yang mesra merupakan kunci untuk memenangi hati pelanggan anda.
7 Kafe Terbaik di Pandan Indah 2023
1. Quan Ice Cream & Coffee House


Quan Ice Cream & Coffee House adalah sebuah kafe yang menampilkan ciri ‘family-friendly’ dengan suasana yang amat menenangkan. Kafe ini memiliki variasi hidangan yang anda boleh pilih mengikut cita rasa anda. Antara menu yang wajib anda cuba adalah Salted Egg Chicken Rice, Fried Banana with Ice Cream dan Waffle with Ice Cream. Namun begitu, sekiranya anda telah menetapkan bajet anda, tiada perkara yang perlu anda risaukan kerana anda masih berpeluang untuk menikmati sajian enak yang lain. Hal ini termasuklah hidangan utama, sup, minuman dan aiskrim. Jadi, anda tidak ada sebarang alasan lagi untuk tidak menyerbu kafe ini sekarang!
Alamat: 8G, Jalan Pandan Indah 4/33, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
2. Eddie & Co. Coffee House


Eddie & Co. Coffee House adalah antara salah satu tempat makan yang mesti anda kunjungi. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang memiliki ‘soul’ apabila bercakap soal minuman. Hal ini kerana anda berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis minuman yang tersedia di sini seperti Flat White, Caramel Latte dan Cappucino. Selain itu, anda turut akan menemui wafel dengan variasi topping yang menarik sekali gus menjadikannya pencuci mulut yang ideal untuk anda. Tambahan pula, anda boleh kongsikan keenakan pencuci mulut itu bersama yang tersayang! Seterusnya, kafe ini mempunyai persekitaran yang selesa dan membolehkan para pelanggan untuk meluangkan masa untuk ‘catch-up’ dengan lebih banyak di sini.
Alamat: 3-G, Jalan Pandan Indah 4/33, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
1:00 petang – 10:00 malam (Sabtu – Khamis)
Tutup (Jumaat)
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/eddiecoffeehouse
Instagram: https://www.instagram.com/eddiecoffeehouse/
3. Maison Boulangerie & Patisserie


Maison Boulangerie & Patisserie, atau turut dikenali sebagai Ficelle merupakan sebuah ‘bakery slash cafe’ dengan hiasan dalaman ala-ala Inggeris. Anda boleh mendapatkan variasi pilihan pencuci mulut dan makanan panas seperti Cream Puff, Tuna Mushroom Croissant dan Pulled Chicken. Nikmati secangkir Rose Latte bersama Almond Tiramisu Cake untuk suasana petang yang lebih ‘ummpphh’. Namun, anda harus ingat bahawa ruang parkir kenderaan di kawasan kafe ini agak terhad. Jadi, anda harus rancang waktu untuk datang ke sini dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan anda menunggu lama dan berasa tertekan dek mencari parkir yang tidak kosong-kosong. Hehe~
Alamat: 25-G, Jalan Pandan Indah 4/6a, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/Ficelle-Boulangerie-Patisserie-Pandan-Indah-/
4. Heartbeans Coffee


Heartbeans Coffee adalah sebuah kafe yang menampilkan elemen santai di mana anda boleh menjamu selera anda dengan pelbagai pilihan sajian Barat. Namun, anda tidak perlu risau kerana kafe ini begitu memahami selera masyarakat sejati Asia Tenggara yang hanya akan ‘kenyang’ apabila adanya nasi. Jadi, Heartbeans Coffee menyediakan beberapa menu dengan gabungan nasi yang boleh anda pesan mengikut cita rasa dan selera anda. Sekiranya anda berpeluang untuk singgah ke sini, rebut peluang untuk merasai Grilled Chicken Chop, Signature Nasi Pandan Ayam dan Tropical Waffle yang ‘top’ di sini! Harga yang mereka tawarkan juga amat berpatutan, malah tidak setimpal dengan keenakan makanan yang akan anda nikmati!
Alamat: 8, Jalan Pandan Indah 4/6a, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 8:30 malam
Tutup (Isnin)
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/heartbeans
Instagram: https://www.instagram.com/heartbeans/
5. Limpeh Kopi


Jadikan hujung minggu anda lebih bermakna dengan berkunjung ke Limpeh Kopi. Limpeh Kopi mengetengahkan ciri dekorasi yang ringkas tetapi menonjol dengan elemennya yang tersendiri. Apa yang menariknya adalah kafe ini hanya menggunakan bahan-bahan yang segar dan terbaik. Setiap hidangan dihasilkan pada waktu mereka beroperasi bagi mengekalkan rasa dan kesegaran hidangan tersebut kepada para pelanggan. Antara sajian yang bakal memikat selera anda di sini adalah Red Bean Bao, Curry Noodle and Nasi Lemak Chicken Curry. Memandangkan kafe ini beroperasi sehingga jam 10 malam, anda boleh menjadikannya sebagai port lepak baru untuk anda dan rakan-rakan!
Alamat: No. 3A & 5, Jalan Perubatan 2, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Jumaat)
8:00 pagi – 10:00 malam (Sabtu – Ahad)
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/LimpehKopiRestaurant/
LAMAN WEB6. GOOGOO GAAGAA COFFEE


GOOGOO GAAGAA COFFEE akan memukau anda dengan hiasan dalaman ‘one-of-a-kind’ yang ditonjolkan. Kafe ini juga menampilkan penggunaan warna-warna yang terang yang membantu anda untuk meninggalkan jejaknya dalam memori anda! Dengan pilihan nama yang kreatif dan ‘catchy’ menjadikannya lebih mudah untuk menempah tempat di ruang ingatan sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke sini. Kafe ini menggunakan ruang yang dimiliki dengan sepenuhnya, di mana bahagian hadapan dan belakang kafe adalah ruang tempat duduk ‘outdoor’. Ruang makan ‘outdoor’ ini sesuai bagi anda yang inginkan suasana yang lebih terbuka. Tunggu apa lagi? Cuba menu pilihan sarapan di ‘GOOGAA Big Breakfast’ dengan segelas Iced Caramel Latte untuk memulakan hari anda dengan senyuman!
Alamat: 88, Jalan Pandan Indah 4/6b, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang (Ahad – Rabu)
9:00 pagi – 10:30 malam (Khamis – Sabtu)
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/COFFEEGOOGOOGAAGAA/
Instagram: https://www.instagram.com/googoogaagaacoffee/
7. Sweet Life Cafe


Sweet Life Cafe merupakan tempat makan yang berbaloi untuk anda pergi jika anda sedang inginkan semangkuk Bingsu yang menyegarkan. Opps, pilihan anda sudah pasti tidak akan hanya terhad pada Bingsu sahaja. Malah, anda turut boleh memuaskan selera anda dengan menu yang lebih mengenyangkan anda seperti Bacon Carbonara Spaghetti, Fried Pork Chop dan Yangzhou Fried Rice dengan harga luar biasa! Dekorasi ringkas dan persekitaran yang sunyi menjadikannya pilihan ideal bagi anda yang sedang bekerja dari rumah (WFH) untuk cuci mata anda dengan keindahan panorama sementara menyiapkan kerja.
Alamat: 4/6b, Jalan Pandan Indah 2/10, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Selangor
Waktu Operasi:
11:30 pagi – 9:00 malam (Khamis – Selasa)
Tutup (Rabu)
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/Sweet-Life-Cafe-102941013625380/
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.