Taman tema air ialah taman hiburan yang menampilkan pelbagai kawasan permainan air seperti kolam renang, gelongsor air, taman permainan air dan pad percikan untuk dinikmati oleh orang ramai tanpa mengira usia. Tidak dinafikan taman tema air boleh meningkatkan mood anda dengan lebih cepat selain menghilangkan stres sibuk bekerja atau sekolah.
Beriadah ialah cara yang bagus untuk menghabiskan hari bersama keluarga anda kerana tiada apa-apa yang boleh menghalang anda berseronok di taman tema air. Terdapat banyak taman tema air yang boleh anda lawati tetapi berikut ialah 8 taman tema air terbaik di Malaysia.
Bagaimana cara mencari taman tema air yang sempurna?
Memandangkan terdapat banyak taman tema air yang tersedia untuk dilawati, anda munkin keliru untuk membuat pilihan.Jangan risau kerana beberapa petua boleh membantu anda untuk membuat keputusan yang sesuai dengan kehendak anda. Lokasi, bajet dan tarikan ialah beberapa faktor penting yang mungkin perlu anda fikirkan untuk mengelakkan masalah daripada berlaku.
- Lokasi
Lokasi ialah perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan kerana beberapa taman tema air mungkin jauh dari tempat anda. Buat kajian berkenaan lokasi taman tema air yang ingin dilawati bagi mengelakkan pembaziran wang dan masa.
- Bajet
Untuk membeli tiket masuk ke taman tema air, anda dinasihatkan untuk menetapkan belanjawan tertentu bagi mengelakkan pembaziran.
- Tarikan
Taman tema air yang berbeza menawarkan pelbagai jenis tarikan. Pastikan anda membaca tarikan yang ditawarkan terlebih dahulu sebelum melawatnya bagi mengelakkan kekecewaan di kemudian hari.
8 Taman Tema Air Terbaik di Malaysia
1. Sunway Lagoon

Sunway Lagoon terletak di Bandar Sunway yang menyediakan taman tema terbaik dengan lebih 90 tarikan di kawasan seluas 88 ekar. Anda boleh mengalami kesemua 6 zon pengembaraan termasuk Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park & Nickelodeon Lost Lagoon, iaitu taman yang bertemakan Nickelodeon pertama di Asia.
Anda boleh menghabiskan sepanjang hari di Sunway Lagoon tetapi semestinya sehari tidak cukup untuk anda merasai semua tarikan hebatnya.
Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00 pagi – 6.00 petang), Selasa (Tutup)
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
2. ESCAPE Penang

ESPACE Pulau Pinang ialah destinasi pelancongan yang menawarkan pelbagai tarikan yang menyeronokkan dan mencabar yang boleh anda nikmati. Ia didirikan di tengah-tengah alam semula jadi yang pernah menjadi kawasan pembinaan terbiar seluas 44 ekar. Taman air ini dikelilingi oleh kehijauan luar biasa yang menawarkan kira-kira 30 aktiviti menarik untuk dilakukan bersama keluarga atau rakan anda seperti laluan bertali tinggi, zip line, gelongsor, menara mendaki dan aktiviti untuk kanak-kanak.
Alamat: 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10.00 pagi – 6.00 petang) Isnin (Tutup)
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
3. Taman Tema Lost World of Tambun

“Lebih Daripada Sekadar Taman Tema” ialah slogan untuk Lost World of Tambun. Taman tema ini ialah kawasan yang dikelilingi oleh hutan tropika yang subur, mata air panas semula jadi dan batu kapur yang berusia 400 juta tahun. Taman ini menjanjikan anda pengalaman yang menyeronokkan tanpa mengira usia kerana ia mempunyai 7 taman tarikan menakjubkan yang boleh dinikmati sepanjang hari. Lost World of Tambun berbangga menjadi satu-satunya taman tema di Asia Tenggara yang mempunyai mata air panas semula jadi dan pelbagai tarikan yang menakjubkan.
Alamat: 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Isnin- Jumaat (11.00 pagi -6.00 petang), Sabtu– Ahad (10.00 pagi – 6.00 petang), Selasa (Tutup)
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
4. Adventure Waterpark Desaru Coast

Adventure Waterpark Desaru Coast ialah rumah bagi water coaster pertama di rantau ini sekaligus merupakan salah satu kolam ombak terbesar di dunia! Jika anda meminati sukan luncur air, maka taman ini ialah pilihan yang tepat kerana ia menampilkan lebih daripada 20 luncuran basah dan kering, gelongsor dan pelbagai tarikan untuk dinikmati pengunjungnya. Dengan berlatarbelakangkan perkampungan nelayan tradisional Malaysia, taman air ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk mereka yang gemarkan pengembaraan. Ia juga destinasi yang menarik untuk keluarga lawati.
Alamat: Persiaran Pantai, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor
Waktu Operasi: Khamis-Ahad (10:00 pagi – 6:00 petang). Isnin, Selasa, Rabu (Tutup)
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
5. Bukit Gambang Water Park

Bukit Gambang Water Park ialah taman tema air terbaik Malaysia yang direka bentuk dan dibina di dalam hutan sekunder yang subur. Taman tema ini bakal menawarkan pengalaman menyeronokkan yang tidak akan anda lupakan. Apabila hutan semakin matang, landskap akan berubah secara semula jadi dan menawarkan suasana tropika yang menenangkan semasa perjalanan anda ke taman tema air yang mencabar ini. Lawatilah taman tema air yang terletak di Pahang ini untuk mengalami tarikan air terpanjang, tertinggi, terbesar dan terluas di negara ini.
Alamat: Utama, Bukit Resort City, Jln Bukit Gambang Resort, 26300 Gambang, Pahang
Waktu Operasi: Isnin-Khamis (11.00 pagi-6.00 petang). Jumaat-Ahad (10:00 pagi – 6:00 petang), Selasa (Tutup)
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
6. Waterpark LEGOLAND Malaysia

Waterpark LEGOLAND Malaysia mempunyai pelbagai luncuran dan gelongsor untuk aktiviti riadah anda. Jika anda berasa di Johor, taman tema ini wajib anda lawati. Bersedialah untuk basah lecun! Taman tema ini menjanjikan anda pelbagai pilihan tarikan yang boleh dinikmati sepanjang hari seperti LEGO Wave Pool, Joker Soaker, Build-A-Boat, Red Rush dan banyak lagi. Taman tema air ini sesuai untuk kanak-kanak jadi bawalah keluarga anda ke sini untuk bercuti dan beriadah.
Alamat: 7, Persiaran Medini Utara 3, Bandar, 79250 Nusajaya, Johor
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (11.00 pagi-5.00 petang) Selasa (Tutup)
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
7. A’Famosa Water Theme Park

A’Famosa Water Theme Park terletak di Melaka. Taman tema ini menjanjikan anda kolam yang sejuk, gelongsor yang mencabar tetapi menyeronokkan, tarikan yang mengagumkan serta hidangan yang menggiurkan. Larilah sekejap daripada jadual harian anda yang padat dan bersantailah di sini bersama keluarga dan rakan. Pastinya percutian anda sekeluarga tidak sia-sia.
Alamat: Jalan Kemus / Sempang Ampat, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka
Waktu Operasi: Isnin (10.00 pagi-6.00 petang) Tertakluk kepada hari tertentu (Tutup)
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
8. Wet World Water Park Shah Alam

Wet World Water Park terletak di Shah Alam dan merupakan rangkaian taman tema air yang terbesar. Taman tema ini menjanjikan pengalaman anda bercuti di sini akan menyeronokkan dan sukar untuk dilupakan. Selain itu, taman tema ini merupakan tempat yang sesuai untuk mengadakan beberapa jenis acara seperti majlis berkumpulan, acara korporat, karnival, parti, hari keluarga dan lawatan sekolah kerana ia dilengkapi dengan ruang yang besar. Ini ialah taman tema air yang mesra bajet selain berorientasikan keluarga.
Alamat: 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Selasa, Sabtu, Ahad (10.00 pagi-5.00 petang), Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat (Tutup)
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.