8 Taman Terbaik untuk Bergambar di Lembah Klang 2025

Gambar menyampaikan pengalaman unik seseorang individu dan cara individu itu melihat dunia. Fotografi adalah satu bentuk seni yang membolehkan kita mengekspresikan diri. Setiap gambar menceritakan kisah menarik, sama ada sejarah lokasi, hubungan ataupun perasaan individu dalam gambar tersebut. Ia juga mengekalkan imej kenangan dalam gambar yang boleh kita simpan sepanjang hayat.

Hari ini, media sosial telah meningkatkan kepentingan gambar dan pengguna media sosial boleh berkongsi pengalaman, makanan dan aktiviti harian mereka dengan individu lain di seluruh dunia. Gambar berkelah semasa matahari terbenam atau  gambar bunga berwarna-warni yang berlatarkan kehijauan merupakan perkara biasa di  media sosial. Oleh itu, taman yang indah merupakan lokasi yang popular untuk Instagrammer. Teruskan membaca artikel kami bagi mengetahui tentang 8 taman  terbaik untuk bergambar di Lembah Klang.

Adakah taman-taman di Lembah Klang boleh dijadikan lokasi bergambar?

Jawapannya ya. Sebagai contoh, KL Forest Eco Park yang merupakan hutan simpan seluas 10.5 hektar boleh dijadikan sebagai latar belakang dalam gambar anda. Terdapat juga Taman Burung KL, yang mana anda boleh mengambil gambar burung Merpati, bangau, dan Ibis yang sedang makan dengan riang di  tempat makan.

Jangan lupa struktur pelangi di dalam Elmina Valley Park. Lokasi ini sering dijadikan lokasi bergambar bagi mereka yang melakukan sesi fotografi perkahwinan di luar ataupun mereka yang mencari tempat menarik untuk bergambar. Terdapat juga beberapa taman seperti Taman Tasik Titiwangsa, Taman KLCC, Taman Metropolitan Kepong, dan Taman Ampang Hilir yang menawarkan pemandangan tepi tasik dan matahari terbenam yang hebat.

8 Taman Terbaik untuk Bergambar di Lembah Klang 2025

1. KL Forest Eco Park

KL Forest Eco Park
Kredit Gambar: @katemeets
KL Forest Eco Park
Kredit Gambar: @stampsonthemap

KL Forest Eco Park ialah salah satu hutan simpan kekal tertua di Malaysia yang dikelilingi oleh hutan konkrit seperti bangunan dan pencakar langit. Hutan simpan seluas 10.5 hektar ini diliputi dengan kehijauan yang subur dan merupakan latar belakang yang menakjubkan jika anda bergambar di sini. Apabila melawat Menara Kuala Lumpur, biasanya para pengunjung akan singgah di KL Forest Eco Park, kerana ia terletak di sebelah pintu masuk menara tersebut. Paling menarik, tiada bayaran dikenakan jika anda masuk ke taman ini!

Waktu operasi: Setiap hari (7.00 pagi-6.00 petang)

Alamat: Lot 240, Jalan Raja Chulan, Bukit Kewangan, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web : http://www.visitkl.gov.my/visitklv2/index.php?r=column/cthree&id=61&place_id=908

2. Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa
Kredit Gambar: @miszasyahzani
Taman Tasik Titiwangsa
Kredit Gambar: @elkaelza

Taman Tasik Titiwangsa merupakan taman urban di dalam Kuala Lumpur. Taman tasik ini menampilkan tasik yang besar di tengah-tengahnya yang merupakan hasil daripada aktiviti perlombongan bijih timah di bawah Pemerintahan British dahulu. Tasik ini mempunyai pemandangan indah yang berlatarkan bandar di permukaan tasik. Taman ini merupakan tempat yang santai untuk berkelah sambil melihat pemandangan matahari terbenam. Anda boleh merakam gambar matahari terbenam yang menakjubkan di sini atau berbasikal mengelilingi taman ini sambil mengabadikan keindahannya melalui lensa kamera.

Waktu operasi: Setiap hari (6.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: Tasik, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.dbkl.gov.my/perkhidmatan/kemudahan-awam/taman-taman-awam/taman-tasik-titiwangsa/

3. Taman Metropolitan Kepong (Taman Layang-Layang)

Taman Metropolitan Kepong Taman Layang Layang
Kredit Gambar: @baimjugger.photography
Taman Metropolitan Kepong Taman Layang Layang
Kredit Gambar: @intandiyana.m

Taman Metropolitan Kepong merupakan sebuah taman gergasi yang terbahagi kepada beberapa kawasan, seperti padang yang popular digunakan untuk bermain layang-layang, 2 tasik dengan trek jogging mengelilinginya, dan juga trek lumba kereta kawalan jauh. Terdapat juga struktur reka bentuk pelangi yang berwarna-warni di dalam taman ini bagi sesi pemotretan gambar perkahwinan atau untuk suapan Instagram anda. Anda juga boleh mengambil gambar yang cantik di tepi tasik.

Waktu operasi: Setiap hari (6.00 pagi -8.00 malam)

Alamat: Jln Lingkaran Tengah 2, Kepong Metropolitan Lake-garden, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web : https://www.dbkl.gov.my/perkhidmatan/kemudahan-awam/taman-taman-awam/taman-metropolitan-kepong/

4. Taman KLCC

KLCC Park
Kredit Gambar: ellisxtung
KLCC Park
Kredit Gambar: @stefantan21

Taman KLCC ialah salah satu taman yang terkenal dan popular di Kuala Lumpur kerana mempunyai berlandskap  yang cantik, bunga-bunga yang pelbagai dan laluan pejalan kaki berturap. Taman ini biasanya dipenuhi dengan mereka yang bersenam, menunggang basikal atau berkelah. Air pancut di tengah-tengah taman ini merupakan tarikan utama. Masa yang sesuai untuk bergambar di sini ialah pada waktu petang apabila matahari terbenam.

Waktu operasi: Setiap hari (7.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: KLCC, Lot No. 241, Level 2, Suria, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web : https://www.suriaklcc.com.my/attractions/klcc-park/

5. Taman Burung KL

KL Bird Park
Kredit Gambar: @y.xrouu
KL Bird Park
Kredit Gambar: @cranberryanna

Taman Burung KL terkenal sebagai salah satu taman burung yang terbesar di dunia. Di sini, anda boleh melihat banyak spesies burung berwarna-warni yang terbang bebas di ruangannya. Anda boleh mengambil gambar burung Merpati, bangau dan Ibis yang sedang makan dengan riang. Selain itu, pertunjukan memberi makan kepada helang di taman ini juga boleh menghasilkan gambar yang menarik di Instagram anda. Oh ya, jangan lupa ambil gambar flamingo yang berjemur kerana gambar ini pasti menjadi kegemaran di media sosial anda. Antara spesies burung yang ada di sini ialah Asian Fairy Bluebird, Silver Pheasant, dan Golden-breasted Starling.

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi-6.00 petang)

Alamat:  KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web : https://www.klbirdpark.com/

Rujuk harga di klook

6. The Central Park

The Central Park
Kredit Gambar: @angelixlovemommy
The Central Park
Kredit Gambar: @kian0625

Central Park mempunyai halaman rumput yang dirawat cantik di mana anda boleh bersiar-siar atau berjoging sambil menghirup udara yang sejuk dan segar. Terdapat banyak lokasi bergambar di sini kerana laluan jogingnya dipenuhi dengan kehijauan yang mengelilingi tasik biru. Kemudahan taman ini terdiri daripada laluan berjoging atau berjalan kaki selebar 9 kaki yang dibarisi pokok dengan gelung antara 1km hingga 2.3 km, taman berlandskap, bangku untuk berehat dan taman permainan kanak-kanak.

Waktu operasi: Setiap hari (6.00 pagi- 11.00 malam)

Alamat: C-3-1 plaza arkadia, 3, Persiaran Residen, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.desaparkcity.com/centralpark.html

7. Elmina Valley – Central Park

Elmina Valley Central Park
Kredit Gambar: @architectduo
Elmina Valley Central Park
Kredit Gambar: @st.cam

Elmina Valley – Central Park terletak di Bandar Elmina di Shah Alam. Jambatan Elmina terkenal dengan aktiviti seperti berbasikal dan meluncur. Jambatan tersebut mempunyai gerbang merah yang menjulang tinggi yang membentuk bingkai sempurna untuk dijadikan suapan gambar di Instagram anda. Pada waktu malam, jambatan ini memberikan pemandangan malam yang mengagumkan. Di sini, anda juga boleh menikmati pemandangan tasik dan persiaran sungai yang indah.

Waktu operasi: Setiap hari (7.00 pagi- 8.00 malam)

Alamat: Elmina Valley 3, 176, Jln Metafasa U16/3, 40160 Shah Alam, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://selangor.travel/listing/elmina-central-park/

8. Taman Ampang Hilir

Ampang Hilir Park
Kredit Gambar: @m.alyyj
Ampang Hilir Park
Kredit Gambar: @nurafiqah.rahman

Taman Ampang Hilir ialah taman yang indah di dalam bandar dan tempat yang sesuai untuk menikmati perkelahan dalam persekitaran semula jadi. Pemandangan tasik sesuai untuk dijadikan latar belakang gambar kerana ia menonjolkan elemen alam semula jadi di dalam gambar anda. Anda mungkin bernasib naik jika terlihat ikan atau penyu yang berenang di tasik ini! Apabila matahari terbenam, anda akan dapat merakamkan gambar indah cahaya  senja bersama-sama latar langit Kuala Lumpur yang dipantulkan pada permukaan air tasik yang tenang.

Waktu operasi: Setiap hari (6.00 pagi-8.00 malam)

Alamat: 115, Jalan Ampang Hilir, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web : https://www.dbkl.gov.my/perkhidmatan/kemudahan-awam/taman-taman-awam/taman-tasik-ampang-hilir/


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close