8 Teh Sage Terbaik di Malaysia 2025

Teh sage adalah minuman yang dihasilkan dengan merendam air panas dalam daun sage, iaitu tumbuhan wangi yang popular di serata dunia. Sejak dahulu, teh sage ini sering diminum untuk menghangatkan badan dan meningkatkan kesihatan imunisasi badan. Teh sage ini dikatakan kaya dengan antioksidan dan anti-radang yang boleh menjadikan kulit, mulut dan otak anda lebih sihat.

Mungkin ramai yang kurang mengetahui mengenai teh sage ini,terutamanya golongan muda belia atau remaja. Teh sage ini dikatakan minuman untuk orang dewasa dan orang berpenyakit sahaja. Jangkaan ini salah sama sekali. Mengapa? Kerana teh sage ini memiliki kelebihan seperti teh lain yang membekalkan nutrisi dan menjadikan anda segar selepas meminumnya.

Apakah Khasiat Teh Sage?

Jika anda hendak tahu, teh sage ini dikatakan teh yang dapat mengurangkan paras gula di dalam badan anda, menjadikannya mungkin sesuai untuk pesakit diabetes. Namun, apa pun khasiatnya, saranan doktor amat penting dalam amalan pemakanan anda supaya zat nutrisi yang diperoleh itu menyihatkan dan seimbang untuk badan anda.

Selain itu, teh sage juga dikatakan bagus untuk kesihatan mulut kerana ia dapat membunuh plak dan kuman bateria yang terkumpul di dalam mulut anda. Sepertimana yang anda ketahui, setiap makanan anda makan pasti akan meninggalkan kuman atau bakteria di dalam mulut jika anda tidak memberus gigi. Semestinya anda tidak mahu gigi anda mempunyai plak kuning yang boleh menggoyahkan penampilan anda bukan? Jika anda bersedia untuk mencuba teh sage ini, kami senaraikan 8 teh sage terbaik di Malaysia untuk anda rasai.

8 Teh Sage Terbaik di Malaysia 2025

1. Zens Organic Premium Grade Sage Tea

Zens Organic Premium Grade Sage Tea
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda mencari-cari nutrisi melalui teh, apa kata anda cuba minum teh sage. Teh ini memberikan anda nutrien yang bermanfaat kerana sage mengandungi antioksidan seperti asid rosmarinic, luteolin, dan apigenin yang baik untuk kesihatan anda. Cubalah Zens Organic Premium Grade Sage Tea hari ini!

Bahan-bahan: Teh Sage

Negara Pengeluar: India

Saiz: 45 g

Harga: RM 9.30 (Shopee) | RM 12.90 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Mesh Sage Tea

Mesh Sage Tea
Kredit Gambar: Shopee

Teh sage mesh yang membawa angin pantai Aegean dan Mediterranean melalui aroma daunnya merupakan teh penting bagi mereka yang ingin kekal sihat. Dengan bau dan kesegarannya yang tajam, teh ini adalah pilihan bahan semula jadi yang sedia untuk diminum. Jika anda gemar dengan rasa masam, anda boleh mencampurkan teh ini dengan sedikit lemon mengikut cita rasa anda.

Bahan-bahan: Teh Sage

Negara Pengeluar: Turki

Saiz: 16 Stik

Harga: RM 20.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Chamain Sage Herbal Tea

Chamain Sage Herbal Tea
Kredit Gambar: Lazada

Teh herba yang manis dan wangi oleh Chamain ini ialah bahan semula jadi yang kaya dengan antioksidan, protein, vitamin dan mineral. Penggunaan teh ini dikatakan bermula sejak zaman dahulu lagi. Dengan hanya menggunakan bunga chamomile yang paling terang dan segar, Chamain membawakan anda teh herba yang bersih dan segar dengan rasa chamomile yang lazat.

Bahan-bahan: Teh Sage

Negara Pengeluar: Syria

Saiz: 22 g

Harga: RM 9.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Health Code Chinese Sage Root Tea

Health Code Chinese Sage Root Tea
Kredit Gambar: Shopee

Cubalah Health Code Chinese Sage Root Tea hari ini untuk meningkatkan kesihatan anda. Hanya minum teh ini pada waktu pagi dan anda akan berasa segar sepanjang hari. Walaupun ada yang mengatakan teh ini berasa pahit, tetapi jika diletak sedikit madu atau lemon, rasanya pasti lazat. Belum terlewat lagi untuk anda memulakan hari dengan teh ini!

Bahan-bahan: Akar teh Sage

Negara Pengeluar: China

Saiz: 45 g

Harga: RM 38.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Lale Sage Tea

Lale Sage Tea
Kredit Gambar: Mahnaz Food

Buatkan secawan teh sage yang lazat untuk anda dan berehatlah dengan setiap tegukan minuman ini. Pasti anda akan berasa sihat dan segar selepas meminumnya. Jangan lupa untuk menikmati rasa perisa halus dan manis yang unik. Mungkinkah teh ini akan menjadi salah satu minuman kegemaran anda?

Bahan-bahan: Daun Teh Sage

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 35 g

Harga: RM 10.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Sonnentor Organic Sage Tea

Sonnentor Organic Sage Tea
Kredit Gambar: Why Not® – Organic

Biji kuning sage ini dikatakan berasa sedikit pedas tetapi wangi. Haruman teh ini pasti memukau anda apatah lagi bila anda menikmatinya sewaktu hangat. Rasa teh ini pasti akan mengingatkan anda tentang tart pedas yang mempunyai rasa manis yang halus. Lama-kelamaan, anda pasti menyukai minuman sihat ini.

Bahan-bahan: Sage Organik

Negara Pengeluar: Austria

Saiz: 50 g

Harga: RM 29.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Vitaflor Common Sage Leaves Tea

Vitaflor Common Sage Leaves Tea
Kredit Gambar: Shopee

Panaskan badan anda dengan secawan teh sage yang lazat pada bila-bila masa yang anda suka! Cubalah nikmati teh daun sage Vitaflor ini untuk kesihatan anda!

Bahan-bahan: Daun sage biasa (Salvia officinalis L) 100%.

Negara Pengeluar: Perancis

Saiz: 50 g

Harga: RM 25.00 (Shopee) | RM 32.00 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Heal Tea Loose Sage Tea

Heal Tea Loose Sage Tea
Kredit Gambar: Shopee

Dikatakan teh sage menjadikan kulit, mulut dan otak lebih sihat kerana kandungannya mempunyai antioksidan dan anti-radang. Walau bagaimanapun, kajian lanjut diperlukan untuk mengesahkan kenyataan ini. Sama ada anda membuat teh ini menggunakan daun segar atau kering, teh ini senang dibuat untuk memenuhi kehendak anda.

Bahan-bahan: Daun Sage

Negara Pengeluar: China

Saiz: 100 g

Harga: RM 19.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close