8 Lampin Dewasa Terbaik di Malaysia 2023

Golongan dewasa yang mengalami masalah inkontinens, gangguan mobiliti, cirit-birit yang teruk atau demensia perlu menggunakan lampin dewasa dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini kerana lampin dewasa mampu membantu dalam mengelakkan ketidakselesaan sekiranya berlaku keterdesakan untuk membuang air. 

Lampin dewasa dilengkapi dengan bahan penyerap berkualiti tinggi yang akan menyerap air kencing dengan pantas. Berikut adalah 8 lampin dewasa terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Adakah lampin dewasa mempunyai tarikh luput?

Pengilang mengesyorkan penggunaan lampin yang ideal adalah dalam masa 2 tahun selepas pembelian. Hal ini kerana bahan penyerapan mungkin akan rosak jika tidak digunakan dalam jangka masa yang lama.

Berapa jam orang dewasa boleh menggunakan lampin?

Kebanyakan lampin diperbuat daripada fabrik yang mempunyai pengudaraan yang baik bagi mengelakkan sebarang kerengsaan. Oleh itu, satu lampin hanya boleh dipakai selama 5 hingga 12 jam sahaja. 

8 Lampin Dewasa Terbaik Di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. DR P Adult Diaper

DR P Adult Diaper
Kredit gambar: Alpro Pharmacy

DR P Adult Diaper direka khas untuk pengguna yang ‘bedridden’ dan berkerusi roda. Hal ini kerana, ia didatangkan dengan reka bentuk pita yang dapat memastikan lampin berada dalam posisi yang kemas. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan lapisan ekstrak Aloe Vera dan Vitamin E sekali gus dapat mengelakkan kerengsaan pada kulit. Produk ini sesuai untuk anda yang memiliki kulit sensitif. 

Spesifikasi:

  • Jenis: Pita
  • Saiz: M, L, XL
  • Negara Pengeluar: Belanda

Kelebihan:

Selesa
Dilengkapi dengan penunjuk tahap kebasahan

Harga: RM14.25

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Youli Breathable Adult Diaper

Youli Breathable Adult Diaper
Kredit gambar: Shopee

Youli Adult Pant ini diperbuat daripada bahan ‘woven’ yang lembut serta mempunyai aliran udara yang baik. Lampin ini dilengkapi dengan sistem 2 kali penyerapan bagi memastikan anda kekal kering dan selesa. Selain itu, ia juga didatangkan dengan reka bentuk kalis bocor untuk mengelakkan sebarang kebocoran daripada berlaku. Bukan itu sahaja, lampin ini juga dijual pada harga yang berpatutan. 

Spesifikasi:

  • Jenis: Seluar
  • Saiz: M, L, XL
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Mampu Milik
Sistem penyerapan terbaik
Perlindungan yang maksimum

Harga: RM12.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. P.Love Adult Diapers

P.Love Adult Diapers
Kredit gambar: Shopee

P.Love Adult Diapers ini mengandungi bahan SAP berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama. Selain itu, ia juga boleh membantu mencegah bakteria dan bau. Lampin ini didatangkan dengan reka bentuk seperti seluar bagi memudahkan anda untuk memakainya. Lampin ini juga boleh digunakan oleh ibu yang baru bersalin. 

Spesifikasi:

  • Jenis: Seluar
  • Saiz: M, L, XL
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Sistem penyerap yang lebih baik
Bahan premium

Harga: RM15.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. TENA Value Adult Diapers 

TENA Value Adult Diapers
Kredit gambar: Shopee

TENA Value Adult Diapers ini dilengkapi dengan daya serapan berganda bagi membolehkan proses pengeringan berlaku dengan pantas. Ia sesuai digunakan oleh mereka yang tidak mampu untuk bergerak atau ‘bedridden’. Lampin itu juga didatangkan dengan lapisan ekstrak botani Aloe Vera, Chamomile, Zaitun dan Vitamin E bagi memastikan kulit anda kekal sihat. 

Spesifikasi:

  • Jenis: Pita
  • Saiz: L, XL
  • Negara Pengeluar: Belanda

Kelebihan:

Lebih ‘fit’ dan selesa
Pengudaraan berlaku dengan baik
2X daya serap

Harga: RM15.48

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Certainty Drypants Adult Diapers 

Certainty Drypants Adult Diapers
Kredit gambar: Shopee

Certainty Drypants ini didatangkan dengan reka bentuk yang agak nipis sekali gus menjadikannya sesuai untuk dipakai ketika melakukan aktiviti luar seperti berbasikal dan sebagainya. Lampin ini diperbuat daripada lapisan fabrik yang berkualiti tinggi bagi membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Tambahan pula, lampin ini juga mengandungi gel polimer antibakteria yang berfungsi untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria dan memerangkap bau yang tidak menyenangkan.

Spesifikasi:

  • Jenis: Seluar
  • Saiz: M, L, XL
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Penyerapan pantas
Pengudaraan berlaku dengan baik
Selamat daripada kebocoran

Harga: RM17.75

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Andlove Adult Diapers 

Andlove Adult Diapers
Kredit gambar: Lazada

Andlove Adult Diapers diperbuat daripada bahan ‘woven’ yang lembut serta mempunyai ruang udara yang baik. Lampin ini mampu menyerap air kencing dengan pantas tanpa sebarang ‘backflow’ sekali gus dapat mengekalkan keselesaan sepanjang hari. Ia menawarkan saiz yang berbeza daripada saiz M hingga XL.

Spesifikasi:

  • Jenis: Seluar
  • Saiz: M, L, XL
  • Negara Pengeluar: Tidak dinyatakan

Kelebihan:

Hypo-allergenic
Selesa

Harga: RM12 – RM 13.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Diapex Disposable Incontinence Pants

Diapex Disposable Incontinence Pants
Kredit gambar: Shopee

Diapex Disposable Incontinence Pants ini boleh didapati dalam 2 saiz iaitu M dan L. Lampin ini diperbuat daripada bahan ‘dry-fit’ yang dapat membantu mempercepatkan proses pengeringan selepas membuang air. Ia juga dilengkapi dengan bahagian pinggang yang elastik bagi memberikan anda keselesaan yang optimum ketika memakainya.

Spesifikasi:

  • Jenis: Seluar
  • Saiz: M, L
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Bahagian pinggang yang elastik
Kawalan bau

Harga: RM17.68

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Lifree Ultra Slim Pants 

Lifree Ultra Slim Pants
Kredit gambar: Shopee

Lifree Ultra Slim Pants ini didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas dan selesa. Ia mempunyai potongan pinggang yang rendah dan 50% lebih langsing berbanding lampin dewasa yang lain. Lampin dewasa ini sesuai digunakan pada waktu siang, malam dan juga ketika melancong. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ‘cuff’ kaki yang fleksibel bagi mengurangkan geseran dan mengelakkan kebocoran pada bahagian sisi.

Spesifikasi:

  • Jenis: Seluar
  • Saiz: M, L, XL
  • Negara Pengeluar: Jepun

Kelebihan:

Reka bentuk seluar ‘ultra slim’
Bahagian pinggang yang elastik

Harga: RM19.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close