Aktiviti bersenam di rumah boleh menjadi terhad terutamanya jika anda tidak dilengkapi dengan alatan dan kelengkapan yang betul. Membeli satu set ‘dumbbell’, ‘barbell’ ataupun ‘kettlebell’ boleh mencecah harga yang mahal dan tidak semua orang mampu membelinya. Oleh itu, anda perlu mencari alternatif yang mampu memberikan anda intensiti senaman yang sama, namun lebih murah.
Dip bar merupakan peralatan senaman mampu milik yang wajib anda miliki di rumah. Ia boleh digunakan untuk pelbagai senaman yang boleh anda lakukan di rumah anda. Berikut adalah 8 dip bar terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
Bagaimana hendak memilih drip bar yang terbaik?
Tidak dinafikan memilih dip bar yang sesuai dengan anda boleh mengelirukan terutamanya jika anda seorang amatur. Oleh itu, sebelum anda membuat pembelian atau pilihan, terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu mengambil kira seperti bahan, beban maksimum dan harga dip bar tersebut.
1. Bahan
Memandangkan dip bar ialah alatan senaman yang mampu milik, anda dinasihatkan untuk memilih dip bar yang diperbuat daripada keluli dan plastik berkualiti tinggi agar dapat mengelakkan sebarang risiko kemalangan semasa menggunakannya.
2. Beban Maksimum
Tahap ketahanan dip bar amat penting semasa melakukan senaman. Oleh itu, anda disarankan untuk memeriksa beban maksimum dip bar yang anda ingin beli supaya ia dapat menampung berat anda.
3. Harga
Dip bar boleh menelan kos yang agak tinggi. Jadi, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda supaya tidak membazir.
8 Dip Bar Terbaik di Malaysia 2023
1. Crossfit Dip Bar

Jika anda sedang mencari set dip bar yang didatangkan dengan pelbagai fungsi pada harga yang berpatutan, maka Crossfit Dip Bars ini adalah pilihan terbaik untuk anda. Dip bar ini sesuai digunakan untuk anda yang ingin membina otot di bahagian dada dan ‘trisep’. Ia juga dilengkapi dengan span tebal berkualiti tinggi pada bahagian pemegang bagi memastikan cengkaman tangan anda tidak licin dan selesa.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli
- Beban Maksimum: 150 kg
- Warna: Kuning
Kelebihan:
✅ Pemasangan yang mudah
✅ Cengkaman yang selesa
✅ Kelebaran boleh laras
Harga: RM125.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Workout Station

Workout Station ini didatangkan dengan fungsi 2 dalam 1 yang membolehkan anda menukar set ini kepada ‘pull-up bar’ mengikut keperluan senaman anda. Selain itu, ia juga diperbuat daripada keluli tahan karat yang membolehkannya menampung berat sehingga 400 kg. Dip bar ini dipasarkan dalam 2 warna asas sahaja iaitu hitam dan putih.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli
- Beban Maksimum: 400 kg
- Warna: Hitam, putih
Kelebihan:
✅ Cengkaman yang selesa
✅ Mampu menampung berat sehingga 400 kg
Harga: RM209.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. DOMYOS 100 Dip Bar

DOMYOS 100 Dip Bar mempunyai reka bentuk yang kompak sekali gus menjadikannya sesuai digunakan untuk senaman pembinaan otot di bahagian atas badan. Ia juga didatangkan dengan ciri mudah alih yang membolehkan anda membawanya ke mana sahaja serta memudahkan proses pemasangannya.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli
- Beban Maksimum: 100 kg
- Warna: Hitam, hijau
Kelebihan:
✅ Cengkaman yang selesa
✅ Reka bentuk kompak
Harga: RM320.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Power Tower Dip Station

Power Tower Dip Station ini mempunyai struktur yang padat serta dilengkapi dengan penutup kaki kedap udara dan antigelincir bagi memberikan kestabilan dan ketahanan tambahan ketika anda melakukan senaman. Anda juga boleh melaraskan tahap ketinggian dip bar mengikut jenis senaman dan keselesaan anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli
- Beban Maksimum: 150 kg
- Warna: Hitam
Kelebihan:
✅ Cengkaman yang selesa
✅ Padat
✅ Mempunyai 11 aras ketinggian
Harga: RM276.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. F30 Heavy Duty Adjustable Dip Station

F30 Heavy Duty Adjustable Dip Station ini direka khusus untuk digunakan ketika melakukan senaman ringan dan berat. Dip bar ini diperbuat daripada keluli yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Selain itu, ia juga didatangkan dengan pemegang melengkung dan ergonomik untuk menghalang anda daripada tergelincir semasa melakukan latihan seperti tekan tubi dan ‘callisthenics’.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli
- Beban Maksimum: 230 kg
- Warna: Hitam
Kelebihan:
✅ Cengkaman yang selesa
✅ Ketinggian boleh laras
Harga: RM209.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Parallel Dip Station

Parallel Dip Station didatangkan dengan pelbagai fungsi yang membolehkan anda melakukan pelbagai jenis senaman di rumah. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri antigelincir dan serap hentakan sekali gus menjadikannya tahan lasak. Penggunaan dip bar ini dapat melatih otot lengan, dada, belakang dan teras anda dengan menggunakan berat badan anda sebagai rintangan.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli
- Beban Maksimum: 250 kg
- Warna: Hitam
Kelebihan:
✅ Cengkaman yang selesa
✅ Sangat stabil
✅ Tali boleh tanggal
Harga: RM160.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Adjustable Crossfit Dip Bar

Adjustable Crossfit Dip Bar ini mempunyai ketinggian yang boleh dilaraskan dengan menggunakan kunci lingkaran pada bahagian bawah setiap sisi bar. Ia juga diperbuat daripada tiub keluli serta dilengkapi dengan ‘anodized allen head’ untuk ketahanan dan kestabilan tambahan. Dip bar ini dipasarkan dalam 2 warna yang menarik untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli
- Beban Maksimum: 150 kg
- Warna: Hitam, hijau
Kelebihan:
✅ Cengkaman yang selesa
✅ Sangat stabil
✅ Ketinggian boleh laras
Harga: RM199.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Wall Mounted Dip Station

Wall Mounted Dip Station ini didatangkan dengan ciri ketahanan tambahan, di mana ia boleh dipasangkan pada dinding. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan span pada bahagian pemegang bagi memberikan keselesaan ketika anda bersenam. Dip bar ini juga mempunyai saiz yang ideal untuk diletakkan di pelbagai ruangan rumah.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli
- Beban Maksimum: 150 kg
- Warna: Hitam
Kelebihan:
✅ Cengkaman yang selesa
✅ Sangat stabil
Harga: RM150.00 – RM155.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.