8 Botol Pengisar Mudah Alih Terbaik di Malaysia 2023

Botol pengisar didatangkan dengan reka bentuk mudah alih serta fungsi yang pelbagai, menjadikannya antara barang yang menarik dan praktikal untuk dimiliki. Sesuai dengan namanya, botol pengisar mudah alih ini boleh dibawa ke mana sahaja. Bukan itu sahaja, cara penggunaannya juga mudah, di mana anda hanya perlu menekan satu butang suis untuk menghidupkannya. Botol ini boleh digunakanan untuk mengisar objek seperti buah-buahan, serbuk protein, dan suplemen dalam bentuk pil. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai botol air biasa. Berikut adalah 8 botol pengisar mudah alih terbaik di Malaysia.

Bagaimana Hendak Memilih Botol Pengisar Mudah Alih Yang Terbaik?

Botol pengisar bukan sahaja dikeluarkan daripada jenama terkenal, malah ia juga hadir dalam pelbagai jenama yang boleh didapati di pasaran terutamanya dalam talian. Jadi untuk mengelakkan anda daripada membeli botol pengisar yang tidak berkualiti, anda perlulah pertimbangkan beberapa aspek seperti jenama, harga dan kapasiti botol pengisar tersebut.

1. Jenama

Membeli daripada jenama yang terkenal dan dipercayai boleh meningkatkan jaminan anda dalam menilai kualiti produk.

2. Harga

Setiap botol pengisar datang daripada pelbagai jenama yang berbeza jadi sudah pasti ia juga menawarkan pelbagai harga. Oleh itu, disarankan kepada anda untuk membandingkan harga bagi beberapa produk botol pengisar terlebih dahulu. Ini juga boleh membantu anda menjimatkan wang dan berbelanja dengan bijak.

3. Kapasiti

Jika anda seorang yang aktif dan perlu banyak bergerak dalam menyelesaikan tugasan seharian, anda perlulah memilih botol dengan kapasiti yang besar untuk memastikan anda kekal terhidrat sepanjang hari. 

8 Botol Pengisar Mudah Alih Terbaik di Malaysia 2023

1. USB Portable Electric Fruit Juicer Bottle

USB Portable Electric Fruit Juicer Bottle
Kredit gambar: Lazada

USB Portable Electric Fruit Juicer Bottle ini merupakan salah satu pengisar mudah alih yang terlaris di pasaran. Botol pengisar ini boleh menampung sehingga 350 ml air. Ia mempunyai reka bentuk yang langsing serta dilengkapi dengan tali untuk pegangan yang lebih selesa. Bukan itu sahaja, botol ini juga didatangkan dalam pelbagai pilihan warna untuk anda pilih. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Food Grade PP, PC, ABS, Keluli Tahan Karat 304
  • Warna: Ungu, Merah Jambu, Hijau, Biru
  • Kapasiti: 350 ml 
  • Jumlah Bilah: 2, 4, 6

Kelebihan:

Reka bentuk langsing
Mudah dipegang
Mampu Milik
Pelbagai pilihan warna

Harga: RM14.30 – RM15.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

2. Powerful Portable Blender Bottle

Powerful Portable Blender Bottle
Kredit gambar: Shopee

Jangan tertipu dengan saiznya yang kecil kerana botol pengisar mudah alih ini dilengkapi dengan 4 bilah yang boleh menghancurkan semua jenis buah-buahan dalam masa 40 saat. Selain itu, ia juga diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi dan bebas BPA yang menjadikannya tahan lama serta selamat digunakan. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan jaminan selama 1 bulan.

Spesifikasi:

  • Bahan: BPA Free Plastik, ABS 
  • Warna: Biru, Merah Jambu Flamingo, Putih oral, Hijau jade
  • Kapasiti: 350 ml
  • Jumlah Bilah: 4

Kelebihan:

Antigelincir
‘Safety Lock’
‘Smart Control’
Jaminan 1 bulan
Pelbagai pilihan warna

Harga: RM15.00 – RM57.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

3. Upgraded Portable Electric Fruit Juicer Bottle

Upgraded Portable Electric Fruit Juicer Bottle
Kredit gambar: Shopee

Botol pengisar ini boleh mengisar sehingga 20 cawan dalam satu pengecasan serta hanya mengambil masa selama 40 saat untuk mengisar buah-buahan dengan sempurna. Bagi cara penggunaannya pula, anda hanya perlu menekan butang sebanyak 2 kali untuk menghidupkannya. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada keluli tahan karat dan ABS yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Food Grade PCTG, PC, ABS, Keluli Tahan Karat 304
  • Warna: Merah jambu, Biru
  • Kapasiti: 300 ml
  • Jumlah Bilah: 2, 4, 6

Kelebihan:

Mudah dibawa
Antigelincir
Penutup kalis bocor
Mudah dibersihkan

Harga: RM24.50 – RM29.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

4. Samu Giken Portable Electric Fruit Juicer Bottle

Samu Giken Portable Electric Fruit Juicer Bottle
Kredit gambar: Shopee

Samu Giken Portable Electric Fruit Juicer Bottle didatangkan dengan ciri keselamatan, di mana botol ini tidak akan berfungsi sekiranya anda tidak menutupnya dengan ketat dan betul. Bukan itu sahaja, ia juga mampu mengisar sehingga 15 cawan dalam satu pengecasan. Selain itu, botol pengisar ini juga mempunyai lapisan getah pada bahagian luar botol untuk cengkaman tambahan semasa anda memegang atau menggunakannya. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kaca
  • Warna: Merah Jambu, Hijau, Biru
  • Kapasiti: 300 ml
  • Jumlah Bilah: 4

Kelebihan:

Mudah alih
Tahan lama
Mudah dibersihkan
Mesra alam

Harga: RM49.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

5. Aiden Rego USB Rechargeable Electric Juice Blender Bottle

Aiden Rego USB Rechargeable Electric Juice Blender Bottle
Kredit gambar: Shopee

Aiden Rego USB Rechargeable Electric Juice Blender Bottle ini dilengkapi dengan penutup silikon yang bukan sahaja kalis bocor tetapi juga kedap udara. Botol pengisar ini sesuai digunakan untuk membuat ‘smoothie’ buah-buahan, jus dan makanan bayi. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan reka bentuk ergonomik bagi memudahkan anda membawanya ke mana-mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: ABS, Kaca Borosilikat, Bilah Keluli Tahan Karat
  • Warna: Biru, Merah Jambu
  • Kapasiti: 300 ml
  • Jumlah Bilah: 6

Kelebihan:

USB
Jaminan 1 tahun
Ciri keselamatan kanak-kanak
Pelbagai pilihan warna

Harga: RM59.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

6. Russell Taylors Compact Personal Blender

Russell Taylors Compact Personal Blender
Kredit gambar: Shopee

Botol pengisar ini diperbuat daripada logam dan plastik berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama, ringan dan tahan lasak. Bukan itu sahaja, botol ini juga mempunyai reka bentuk penutup kalis bocor yang membolehkan anda membawanya dengan selamat. Botol pengisar ini sangat ideal untuk dibawa ke gim, pejabat dan ketika berkelah. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam, Plastik, Bilah Keluli Tahan Karat 
  • Warna: Hitam
  • Kapasiti: 600 ml
  • Jumlah Bilah: 4

Kelebihan:

Bebas BPA
Mudah dikendalikan
Selamat digunakan pada mesin basuh pinggan
Tahan lama

Harga: RM89.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

7. Aiden Bevo USB Rechargeable Electric Juicer Blender

Aiden Bevo USB Rechargeable Electric Juicer Blender
Kredit gambar: Shopee

Aiden Bevo USB Rechargeable Electric Juicer Blender mempunyai reka bentuk yang menarik serta boleh menampung sehingga 300 ml air. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan permukaan yang licin bagi memudahkannya dibersihkan. Botol ini diperbuat daripada kaca ABS dan borosilikat bebas toksik yang berkualiti tinggi bagi membolehkan rasa semula jadi minuman anda berkekalan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kaca ABS dan Borosilikat, Bilah Keluli Tahan Karat
  • Warna: Putih, Hijau
  • Kapasiti: 300 ml
  • Jumlah Bilah: 6

Kelebihan:

Bebas BPA
Mesra alam
Pengecas jenis USB
Tahan lama

Harga: RM55.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

8. Gaabor Portable Juicer GF-M40A Electric Blender Bottle

Gaabor Portable Juicer Blender GF MA
Kredit gambar: Shopee

Gaabor Portable Juicer GF-M40A Electric Blender Bottle ini diperbuat daripada logam dan plastik yang menjadikannya anti-calar dan tahan lama. Ia boleh menampung sehingga 300 ml air minuman. Selain itu, botol ini juga dilengkapi dengan lapisan getah pada bahagian bawah botol sekali gus menjadikannya antigelincir. Ia dipasarkan dengan 1 pilihan warna sahaja. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam, Plastik
  • Warna: Putih
  • Kapasiti: 300 ml
  • Jumlah Bilah: 2

Kelebihan:

Selamat digunakan
Tahan lasak
Mudah dibersihkan

Harga: RM59.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close