Hari lahir anda hanya datang sekali setahun. Waktu ini merupakan waktu keluarga dan rakan-rakan berkumpul bagi meraikan hari lahir anda. Waktu ini juga merupakan masa untuk anda merancang matlamat baru bagi masa hadapan anda. Sambutan hari lahir juga merupakan masa yang baik untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan selain berterima kasih kepada mereka kerana berada di sisi anda selama ini.
Terdapat beberapa hal yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih tempat hari jadi seperti kos lokasi majlis, bilangan tetamu, umur tetamu, jenis makanan yang disajikan di lokasi tersebut, aktiviti majlis dan peraturan yang perlu anda serta tetamu majlis patuhi sewaktu berada di situ. Untuk memudahkan pencarian anda, kami menyediakan 15 tempat terbaik untuk sambutan hari lahir di Selangor.
Di manakah tempat yang sesuai untuk menyambut hari lahir di Selangor?
Seperti di Kuala Lumpur, Selangor turut menawarkan pelbagai restoran unik dan menarik untuk dijadikan lokasi majlis sambutan hari lahir anda. Sebagai contoh, Restoran Take Out of Africa ini memilih tema Afrika dengan hiasan yang menarik dan masakan yang lazat bagi memenuhi selera anda. Terdapat juga The Teddy Cafe & Restaurant di mana anda boleh memiliki kek hari jadi bertemakan teddy bear anda sendiri.
Bagaimana pula dengan sambutan hari lahir di Jibby & Co, yakni restoran yang dilengkapi dengan panel kaca bagi memudahkan pencahayaan semula jadi daripada matahari? Anda boleh menjamu selera di sini sambil melihat pemandangan sekitar yang indah dan tenang. Jika anda ingin menarik perhatian tetamu majlis anda, berkunjunglah ke Bistro à Table yang mana chef akan menyajikan masakan ciptaan istimewa mereka yang akan memukau deria anda.
15 Tempat Menarik bagi Sambutan Birthday di Selangor 2023
1. Bistro à Table


Bistro à Table merupakan restoran Perancis moden yang pernah memenangi anugerah dalam dunia masakan. Restoran ini terletak di Petaling Jaya dan diketuai oleh Chef Isadora Chai. Menariknya, restoran ini menggunakan bahan-bahan yang segar untuk setiap hidangan yang disediakan. Selain itu, restoran ini juga menganjurkan makan malam bertema Degustation pada hari Isnin pertama di setiap bulan yang mana chef akan menyediakan hidangan ciptaannya kepada para pelanggan. Menu di restoran ini adalah tetap, namun restoran akan memenuhi keperluan diet khas jika dimaklumkan sebelum acara. Apa kata anda membuat tetamu anda kagum pada majlis hari jadi anda dengan membuat majlis sambutan hari jadi di restoran ini? Pasti mereka akan berpuas hati.
Waktu Operasi:
Selasa-Ahad (12.00 tengah hari-3.00 petang, 6.00 petang-10.00 malam),
Isnin (Tutup)
Alamat: 6, Jalan 17/54, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Instagram: https://www.instagram.com/bistro_a_table/
2. Ombak Kitchen Bukit Jelutong


Jika anda menggemari makanan laut segar yang lazat, manjakanlah diri anda di Dapur Ombak yang terletak di Bukit Jelutong. Restoran ini mempunyai pilihan 3 sos istimewa yang diperbuat daripada campuran unik rempah cajun bersama bahan rahsianya. Restoran ini dihiasi dengan suasana desa dan santai yang menjadikan tempat ini sesuai sebagai lokasi majlis sambutan hari lahir anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menempah hidangan ketam gergasi yang ditemani lilin besar sebagai kek hari jadi anda.
Waktu Operasi: Setiap hari (12.00 tengah hari-10.30 malam)
Alamat: 5.G.01, D’Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI3. Jibby & Co


Bahagian dalam Jibby & Co dipenuhi dengan cahaya yang dipancarkan oleh matahari menerusi tingkap kaca. Selain dikelilingi oleh persekitaran hijau yang indah, restoran ini ingin membuatkan para pelanggannya selesa dengan ruangan yang hangat dan menarik. Dengan makanan yang enak pada harga yang berpatutan, restoran ini turut menghiasi bahagian dalamannya dengan konsep minimalis dan moden hingga menjadikan suasana restoran ini nampak eksklusif. Dengan layanan mesra daripada staf restoran ini, tidak hairanlah ramai yang sering berkunjung ke restoran ini atau menempah restoran ini untuk diadakan acara. Pastikan anda mencuba kopi mereka semasa anda berada di sini kerana ia dibancuh dengan pilihan kopi campuran yang eksklusif.
Waktu Operasi: Setiap hari (8.30 pagi-10.30 malam)
Alamat: GK-11, Ground Floor, Empire Shopping Gallery, Jalan SS 16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Instagram: https://www.instagram.com/jibbygroup
4. Giggles & Geeks


Giggles & Geeks menghidangkan masakan Barat terbaik daripada restoran mereka kepada para pelanggannya. Restoran ini terletak di Cyberjaya. Antara hidangan terkenal di sini ialah Lamb Shanks terbaik di Selangor. Masakan ini dihidangkan dengan sos pekat yang lazat yang disiram pada dagingnya. Jagung dan roti turut dijadikan sajian tambahan pada masakan ini. Restoran ini memenuhi tempahan acara seperti sambutan hari lahir dengan hiasan yang cantik. Giggles & Geeks juga menyajikan kek yang sangat lazat seperti kek keju New York, kek Chocolate Indulgence dan Salted Caramel Macadamia.
Waktu Operasi:
Isnin-Khamis (11.00 pagi-10.00 malam)
Jumaat-Ahad (11.00 pagi-11.00 malam)
Alamat: Ground Floor, Bio-X Centre, Persiaran Cyber Point Selatan, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Instagram: https://www.instagram.com/gigglesngeeks
5. Curious Kitchen


Curious Kitchen menyediakan bar terbuka dan ruang makan untuk para pelanggannya. Selain itu, menunya direka untuk menghubungkan para pelanggan dengan hidangan dan wain sehingga menjadikan restoran ini sebagai lokasi sesuai untuk sambutan apa-apa acara. Restoran ini terletak di atas bumbung tingkat 2 di Tropicana Avenue dan kawasan iNI dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu restoran dan bar. Restoran ini menyajikan taco daging lembu yang lembap dan berperisa serta Iberico Ribs yang lembut. Terdapat juga hidangan sampingan lain seperti burger, pasta, sandwic, dan salad.
Waktu Operasi: Setiap hari (3.00 petang-1.00 pagi)
Alamat: floor, P-02-0, 2nd, 12, Persiaran Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Instagram: https://www.instagram.com/mycuriouskitchen
6. The Teddy Cafe & Restaurant


Terletak di Zenith Corporate Park, The Teddy Cafe & Restaurant menyajikan hidangan bertemakan teddy bear yang comel dan inovatif. Jika anda meraikan hari lahir anda di sini, anda boleh memilih kek hari jadi bertemakan teddy bear yang comel. Restoran ini menyajikan hidangan seperti Grilled Lamb Chop, Mango, Plum Chicken Chop dan pencuci mulut bertemakan teddy bear. Tiada bayaran masuk dan tempahan makanan minima dikenakan di sini. Kebiasaannya, para pelanggan duduk di luar kerana restoran ini menempatkan dekorasi yang comel sehingga mewujudkan suasana tenang dan santai selain menawarkan hidangan pada harga yang berpatutan.
Waktu Operasi:
Selasa-Ahad (12.00 tengah hari- 10.00 malam),
Isnin (tutup)
Alamat: Zenith Corporate Park, 22G, Blok B, 22G, Jalan SS 7/26, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/THETEDDYRESTAURANT
7. Out of Africa Restaurant & Kudu Bar


Out of Africa Restaurant & Kudu Bar telah diasaskan oleh pemilik Afrika Selatan pada tahun 1995. Reka bentuk bertemakan Afrika yang unik dan masakan asli buatan sendiri menjadikan restoran ini sebagai tempat yang menarik untuk meraikan hari istimewa anda. Acara dan perayaan peribadi boleh diadakan di taman atau teres. Selain itu, terdapat juga ruangan berhawa dingin yang disediakan jika anda ingin meraikan majlis anda di dalam restoran. Antara hidangan yang disediakan ialah Lamb Shank, Fish & Chips, Chicken Kebab dan banyak lagi. Anda boleh mencuba hidangan berasaskan lidah lembu kerana ia ditawarkan di sini. Oh ya, makanan di sini dihidangkan dalam bahagian yang besar untuk seorang makan. Selain menawarkan hidangan utama, anda juga harus mencuba pencuci mulutnya yang lazat. Selain menawarkan hidangan yang pelbagai, layanan mesra pelanggan juga diutamakan di sini.
Waktu Operasi:
Isnin-Khamis (12.00 tengah hari – 2.00 petang, 5.00 petang – 10.00 malam)
Jumaat-Ahad (12.00 tengah hari – 10.00 malam)
Alamat: PJ Palms Sport Centre, 1, Lorong Sultan, Pjs 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI8. Walnut Cafe & Bar


Walnut Cafe & Bar menyediakan makanan, minuman dan perkhidmatan yang terbaik dalam persekitaran yang hebat khas buat para pelanggannya. Kafe ini pakar dalam menghidangkan masakan Barat dengan menggunakan bahan-bahan segar bagi memastikan kualiti masakannya terjaga. Para tetamu boleh menikmati Fish & Chips, Seafood Aglio Olio, Smoky Benedict, dan hidangan istimewa mereka, Skinny Pizza. Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati aiskrim kelapa yang lazat. Jika anda memilih untuk mengadakan majlis hari lahir di sini, anda boleh menghidangkan kopi berseni kepada tetamu anda.
Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 pagi- 12.00 malam)
Alamat: G-10, Ground Floor, Tower 4 & 5 PFCC, Jalan Puteri 1/2, 47100 Puchong, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI9. One Serambi Cafe


One Serambi Cafe menghidangkan masakan Barat dan Malaysia terbaik daripada restoran mereka kepada para pelanggannya. Restoran ini terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Antara makanan yang boleh anda pesan di sini ialah pasta, carbonara, spaghetti, burger dan juga Chicken Chop. Selain itu, mereka juga menjual pencuci mulut yang menyelerakan seperti kek keju dan juga Creme Brulee yang lazat. Jika anda mahu berkunjung ke sini, anda tidak perlu risau kerana tempat letak kereta sentiasa ada walaupun kadangkala kafe ini agak sesak dengan pelanggan. Suasana di dalam kafe ini pula santai dan memberikan aura yang tenang untuk anda menikmati hidangan. Oh ya, kafe ini juga lapang dan sesuai untuk anda mengadakan majlis hari lahir di sini. Staff mereka juga rajin dan sedia membantu untuk memenuhi keperluan anda.
Waktu Operasi:
Selasa – Ahad (9.30 pagi-11.00 malam)
Isnin (Tutup)
Alamat: 1-G, D’bayu Commercial Centre, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Instagram: https://www.instagram.com/oneserambicafe/?hl=en
SEMAK LAMAN WEB DI SINI10. Foodsbury


Kafe Foodsbury ini terletak di Shah Alam. Kafe ini menghidangkan pelbagai variasi kek yang lazat dan enak. Anda boleh mencuba Almond Salted Caramel Crepe Cake dan Red Cherries Cheesecake yang sering dipesan oleh para pelanggan di sini. Jika anda mahukan hidangan yang lebih mengenyangkan, anda boleh mencuba Cheezy Chicken Parmigiana. Porsi hidangan di sini bersesuaian dengan harga mereka yang berpatutan. Walaupun tempat ini sedikit sesak, tetapi jika anda inginkan sesuatu yang lazat, persembahan makanan yang menarik dan sedikit ‘privacy’ sempena hari lahir anda, maka di sinilah tempatnya.
Waktu Operasi: Setiap hari (12.30 tengah hari – 10.00 malam)
Alamat: 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Instagram: https://www.instagram.com/foodsbury/?hl=en
Facebook: https://www.facebook.com/Foodsbury/
11. BUCOLIC Cafe & Catering


BUCOLIC Cafe & Catering menyediakan makanan, minuman dan perkhidmatan yang terbaik dalam persekitaran yang hebat khas buat para pelanggannya. Kafe ini menghidangkan masakan Barat dan juga tempatan yang enak untuk memenuhi cita rasa para pengunjung. Selain memiliki porsi hidangan yang bersesuaian, harganya juga boleh dikatakan berpadanan. Staff di sini juga ramah dan sedia membantu anda untuk sebarang pertanyaan. Antara menu yang boleh anda cuba di sini ialah carbonara, Atlantis pizza, Vegan pizza, Alfredo pasta dan banyak lagi. Ruangan di sini juga lapang dan sesuai untuk anda mengadakan majlis hari lahir di sini.
Waktu Operasi:
Selasa – Khamis (11.00 pagi- 8.00 malam)
Jumaat (11.00 pagi – 9.00 malam)
Sabtu – Isnin (Tutup)
Alamat: Lot 33-1 Block 6, Setia Avenue,, Jalan Setia Prima S U13/S, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Instagram: https://www.instagram.com/the_bucolic/?hl=en
Facebook: https://www.facebook.com/bucoliccafeandcatering/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI12. Sri Bangi Horizon Garden Restaurant


Sri Bangi Horizon Garden Restaurant ini menyediakan masakan Cina dan Thai yang autentik. Jika anda mencari restoran yang menghidangkan porsi makanan yang banyak dengan harga berpatutan, inilah restorannya. Anda boleh mencuba hidangan Chicken Mango, tomyum, Black Pepper Beef, Fried Calamari, Fried Squid with Salted Eggs, Siakap Tenganga dan banyak lagi. Anda kini tidak perlu lagi pergi jauh untuk merasai hidangan asli Thai dan Cina. Jika anda merancang untuk menyambut hari lahir bersama keluarga, maka restoran ini adalah sesuai buat anda. Suasananya yang santai dapat memberikan majlis hari lahir anda berjalan lancar. Namun, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu sebelum berkunjung ke sini kerana restoran ini sentiasa sesak dengan pelanggan.
Waktu Operasi: Setiap hari (12.00 tengah hari- 3.30 petang, 6.30 petang – 10.30 malam)
Alamat: 13A, 15A, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100054462369508
Instagram: https://www.instagram.com/horizongardensribangi/?hl=en
13. Little White Cafe


Little White Cafe pakar dalam menghidangkan masakan Barat dengan menggunakan bahan-bahan segar bagi memastikan kualiti masakannya terjaga. Anda boleh menikmati hidangan Scampi Shrimp in Rice, Black Pepper Beef in Rice, Grilled Cajun Chicken, Rack of Lamb, Chicken Pot Pie dan juga Chicken Alfredo. Selain menawarkan harga yang berpatutan, kafe ini juga bersih, kemas dan lapang. Ini membuatkan ia sesuai untuk dijadikan lokasi sambutan majlis hari lahir anda. Oh ya, jangan lupa untuk mencuba pencuci mulut mereka, iaitu Bread Pudding with Vanilla Sauce!
Waktu Operasi:
Selasa – Khamis, Sabtu, Ahad (11.00 pagi- 10.00 malam)
Jumaat (3.00 petang – 10.00 malam)
Isnin (Tutup)
Alamat: 13-G-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Instagram: https://www.instagram.com/littlewhitecafebangi/?hl=en
Facebook: https://www.facebook.com/littlewhitecafebangi
14. Flora Cafe Wangsa Maju


Flora Cafe Wangsa Maju pakar dalam menghidangkan masakan Barat dengan menggunakan bahan-bahan segar bagi memastikan kualiti masakannya terjaga. Anda boleh mencuba pelbagai hidangan Barat seperti Chicken Grill, Lamb Grill dan Fettuccine Pesto. Selain itu, anda juga boleh memesan pencuci mulut yang lazat seperti kek coklat, kek keju dan bermacam lagi. Ramai yang tertawan dengan dekorasi kafe ini yang ala-ala taman bunga yang indah. Setiap sudut kafe ini menarik dan boleh dijadikan tempat bergambar. Jika anda ingin mengadakan majlis hari lahir di sini, anda perlu membuat tempahan dahulu kerana tempat ini selalu dipenuhi oleh para pengunjung.
Waktu Operasi:
Selasa – Jumaat (4.00 petang- 11.00 malam)
Sabtu – Ahad (2.00 petang – 11.00 malam)
Isnin (Tutup)
Alamat: No. 35L-G-II, Jalan Wangsa Delima 5, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Instagram: https://www.instagram.com/florakafe_wangsa_maju/?hl=en
15. The Third Letter


Kafe The Third Letter menyediakan hidangan Barat dan Asia untuk para pelanggannya. Setiap hidangan dibuat dengan bahan yang segar dan berkualiti tinggi. Selain itu, mereka juga menawarkan porsi makanan yang berpadanan dengan harga yang ditawarkan. Jika anda ingin hidangan yang mengenyangkan, anda boleh mencuba Beef Bacon Carbonara, Belacan Seafood Olio, Hawaiian pizza, Mee Goreng Mamak, Lamb Chop dan juga Spaghetti Beef Bolognese. Mereka mempunyai segala-galanya di sini. Hanya tinggal pesan dan menikmati makanan anda. Kalau anda tidak tahu apa yang perlu dipesan, anda boleh bertanya kepada staf mereka yang ramah dan sedia membantu. Suasana di sini juga tenang dan tidak terlalu sesak maka ia sesuai jika anda inginkan majlis hari jadi diadakan di sini.
Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 pagi- 8.30 malam)
Alamat: No 2, Jalan N U8/N, Seksyen U8 Bukit Jelutong Timur, 40150 Shah Alam, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Instagram: https://www.instagram.com/thethirdlettercafe/?hl=en
SEMAK LAMAN WEB DI SINIDapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.