8 Tempat Menarik di Sabah 2025

Percutian bersama keluarga dapat membina kenangan sepanjang hayat sekaligus menceriakan hari-hari mereka tanpa adanya stres dan kesibukan daripada aktiviti seharian yang padat. Selalunya, aktiviti percutian yang menyeronokkan dapat mengeratkan lagi hubungan keluarga yang sudah dekat.  Selain itu, aktiviti ini juga dapat membantu anda memahami antara satu sama lain.

Negeri Sabah terkenal sebagai negeri di bawah bayu kerana keberdekatannya dengan jaluran taufan Asia Timur walaupun amat jarang terdedah dengan ribut taufan. Dahulu, ekonomi Sabah berasaskan pertanian, perhutanan dan petroleum. Namun begitu, kini Sabah juga bergantung kepada aktiviti pelancongan yang semakin mendapat tempat di hati para pengunjung. Sabah bukan sahaja mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dilawati tetapi juga menyajikan alam semula jadi yang indah dan asli. Berikut kami berikan 8 tempat menarik untuk anda lawati bersama keluarga.

Apakah aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga di Sabah?

Sabah merupakan salah satu destinasi popular yang sering menjadi pilihan percutian keluarga di Malaysia. Selain kaya dengan alam semula jadi yang indah, Sabah juga terkenal dengan fauna yang dijaga dan dipulihara. Sebagai contoh, anda boleh melawat Beruang Matahari di Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo dan melihat sendiri beruang tersebut di hadapan mata anda. Atau jika anda meminati sukan air seperti snorkeling, anda boleh berenang di Taman Laut Pulau Penyu untuk melihat pelbagai jenis ikan dan penyu yang ada di situ. Anda juga boleh melawati Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok bersama keluarga.

Jika anda sukakan hidupan laut, anda boleh berkunjung ke Akuarium dan Muzium Marin. Di sini, anda dapat melihat pelbagai jenis ikan, penyu, ikan jerung dan banyak lagi. Bahkan, anda sendiri akan terpegun dengan kepelbagaian warna dan jenis ikan yang anda ditemui di sini. Selepas itu, anda boleh melawati Pusat Santuari Monyet Proboscis Labuk Bay untuk melihat sendiri monyet Proboscis yang sukar didapati. Untuk oleh-oleh pula, anda boleh melawat pasar di Gaya Street yang menjual pelbagai barang menarik.

8 Tempat Menarik di Sabah 2025

1. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok

Meet The Orangutans At Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre
Kredit Gambar: dive-malaysia.com

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok terletak di dalam Hutan Simpan Kabili-Sepilok. Pusat ini telah ditubuhkan pada 1964 untuk memulihara orang utan yang yatim piatu. Tempat ini dikelilingi oleh pokok-pokok tinggi dan mempunyai platform terbuka. Para pengunjung boleh melihat orang utan sewaktu sesi memberi makan kepada mereka, iaitu pada jam 10.00 pagi dan 3.00 petang dari platform tersebut. Bayaran masuk ke pusat ini ialah RM5 bagi seorang. Jika anda ingin mendapatkan cenderamata, anda boleh membelinya di kedai cenderamata yang terdapat di sini.

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00pagi – 11.30 pagi, 2.00 petang – 4.00 petang)

Alamat: Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Sandakan, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Laman web: https://dive-malaysia.com/sepilok-nature-resort/

2. Taman Laut Pulau Penyu

Swim With Sea Turtles At The Turtle Islands National Park
Kredit Gambar: etawau.com and sabahtourism.com

Taman Laut Pulau Penyu berlokasi di dalam Kepulauan Penyu, yakni di perairan Laut Sulu sebelah utara Sandakan, Sabah. Nama Pulau Penyu merujuk kepada 10 pulau, iaitu 3 daripadanya merupakan sebahagian daripada Taman Pulau Penyu Malaysia, dan 7 lagi milik Santuari Hidupan Liar Pulau Penyu di wilayah Tawi-Tawi, Filipina. Perjalanan menaiki bot ke pulau ini mengambil masa kira-kira sejam. Semasa anda berada di sini, anda boleh melihat penyu datang ke pantai pada waktu malam untuk bertelur. Jika anda bernasib baik, anda mungkin melihat kelibat anak penyu di pantai pada waktu siang. Perairan Pulau Penyu yang jernih ini sesuai untuk aktiviti snorkeling sambil melihat penyu berenang.

Waktu Operasi: Setiap hari

Alamat: Turtle Islands National Park, Sandakan, Sabah 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Laman web: https://turtleisland.com.my/

3. Sandakan Rainforest Discovery Centre (RDC)

Take A Walk Through The Sandakan Rainforest Discovery Centre RDC
Kredit Gambar: sabahtourism.com

Pusat ini yang juga dikenali sebagai RDC menempatkan pelbagai tarikan termasuklah laluan kanopi yang panjang, dewan pameran, Plant Discovery Garden, Hutan Simpan Kabili-Sepilok, program pendidikan alam sekitar dan sebuah tasik kecil yang dilengkapi dengan jambatan gantung. Para pengunjung dapat berinteraksi dengan alam semula jadi di Plant Discovery Garden dan Hutan Simpan Kabili-Sepilok. Jika anda bernasib baik, anda mungkin dapat melihat tupai terbang gergasi yang berwarna merah melintasi pohon-pohon pada waktu senja.

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 pagi- 5.00 petang)

Address: Jalan Lintas Sibuga, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Laman web: https://www.sabahtourism.com/destination/rainforest-discovery-centre-rdc/

semak harga di klook

4. Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo

Visit Sun Bears At The Bornean Sun Bear Conservation Centre
Kredit Gambar: bsbcc.org.my
Visit Sun Bears At The Bornean Sun Bear Conservation Centre
Kredit Gambar: bsbcc.org.my

Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo ialah pusat menyelamat dan memulihara Beruang Matahari di Sabah. Kini, terdapat 43 ekor Beruang Matahari yang diselamatkan daripada tawanan dan seekor lagi dilahirkan sewaktu berada di dalam tahanan. Kesemua beruang spesis ini diselamatkan dan ditempatkan di RDC bagi menjamin kesejahteraan mereka. Untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pemeliharaan Beruang Matahari, beberapa siri dokumentasi mengenai usaha yang dijalankan oleh pusat ini ditayangkan kepada para pengunjung. Pusat ini juga menawarkan peluang kepada para pengunjung untuk melihat Beruang Matahari, orang utan, kera dan tupai dalam habitat semula jadi mereka melalui teleskop yang disediakan.

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi- 3.30 petang)

Alamat: PPM 219, Elopura, 90000 Sandakan, Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Laman web: https://www.bsbcc.org.my/index.html

semak harga di klook

5. Pusat Santuari Monyet Proboscis Labuk Bay

Watch Feeding Shows At The Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary
Kredit Gambar: sabahtourism.com

Tempat perlindungan ini terletak di tengah-tengah hutan bakau Semawang. Di sini, anda boleh melihat Monyet Proboscis asli Borneo. Jika anda datang bersama keluarga, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sesi memberi makan kepada monyet ini pada jam 9.30 pagi dan 11.30 pagi. Anda juga boleh memilih sesi lawatan pada waktu malam untuk melihat babi hutan, tupai terbang, kelip-kelip dan buaya. Bagi mereka yang ingin bermalam di sini, tempat perlindungan ini menawarkan rumah persinggahan berhawa dingin dengan bilik berkembar, chalet keluarga dan asrama.

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 pagi- 5.00 petang)

Alamat: Off Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Laman web: https://www.sabahtourism.com/destination/labuk-bay-proboscis-monkey-sanctuary

semak harga di klook

6. Akuarium dan Muzium Marin

Explore Marine Life At The Aquarium and Marine Museum
Kredit Gambar: mysabah.com
Explore Marine Life At The Aquarium and Marine Museum
Kredit Gambar: triphobo.com

Akuarium dan Muzium Marin ini menempatkan koleksi haiwan marin dan mempamerkan biodiversiti marin. Ia terbahagi kepada 3 bahagian utama, iaitu Deep Dive Diorama, Pameran Akuarium dan Muzium Marin. Anda akan dijamu dengan pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan, penyu, jerung dan banyak lagi. Menariknya, terdapat juga spesimen fosil yang dipamerkan di muzium tersebut. Boleh dikatakan, tempat ini sesuai untuk kanak-kanak belajar tentang perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan marin.

Waktu operasi: Selasa-Ahad (9.00 pagi-12.00 tengah hari, 2.00 petang-4.00 petang), Isnin (tutup)

Alamat: Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/UMSAkuarium

7. Taman Bukit Tawau

See The Tallest Tree In Sabah At Tawau Hills Park
Kredit Gambar: sabahtourism.com and bikeandtours.com

Taman Bukit Tawau ini terdiri daripada landskap gunung berapi pada waktu terdahulu, dan kini menjadi hutan tropika yang menakjubkan serta menempatkan kolam air panas dan air terjun yang indah. Taman ini menawarkan kawasan untuk berkelah, tapak perkhemahan dan chalet. Pokok tertinggi di Sabah juga terletak di sini. Semua khazanah alam di sini telah dijaga dan terpelihara dengan baik. Jika anda dan keluarga berkunjung ke sini, anda boleh meluangkan masa dengan aktiviti perkelahan, atau mendaki. Oh ya, jika anda ingin mendaki bukit ini, anda memerlukan permit dan pemandu arah yang diluluskan oleh pejabat hutan di sini.

Waktu operasi: Setiap hari (8.00 pagi-3.30 petang)

Alamat: Tawau Hills Park, 91000 Tawau, Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Laman web: https://www.sabahtourism.com/destination/tawau-hills-park

8. Pasar Ahad di Gaya Street

Go Bargain Hunting At Gaya Street Sunday Market
Kredit Gambar: sabahattractionsinmalaysia.com and sabahtourism.com

Di sini, anda akan menemui pelbagai jenis kraftangan yang menarik. Selain suasana pasar yang meriah, tempat ini juga menjual pelbagai barangan selain kraftangan, antaranya termasuklah bunga, barang keperluan haiwan peliharaan dan banyak lagi. Ketika anda melintasi kedai bunga yang mempamerkan bunga-bunga indah lagi segar, makanan dan snek tempatan juga ada dijual di sini. Jika anda haus ataupun lapar, anda bolehlah berkunjung ke deretan kedai atau restoran di sini kerana mereka menghidangkan pelbagai makanan tempatan.

Waktu operasi: Ahad (6.30 pagi- 1.00 petang)

Alamat: Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Laman web: https://www.sabahtourism.com/destination/gaya-street-sunday-market

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close