Apakah itu K-pop? K-pop, atau juga dikenali sebagai Pop Korea merupakan sejenis aliran muzik popular yang berasal dari Korea Selatan. Aliran muzik ini mengandungi campuran genre hip-hop, elektro, pop, rock dan R&B. Aliran ini telah menjadi satu cabang kebudayaan dalam kalangan remaja dan orang dewasa di seluruh dunia yang menimbulkan minat terhadap gaya dan fesyen daripada penyanyi dan kumpulan muzik Korea tersebut. Pengaruh K-pop ini telah membawa kepada fenomena Gelombang Korea (Hallyu).
Untuk pengetahuan anda, banyak syarikat yang bersaing dalam industri hiburan ini untuk menjadi agensi terkenal dunia. Kewujudan rancangan-rancangan survival telah memperlihatkan betapa sengitnya persaingan hanya untuk menceburi dunia K-pop. Jadi, inilah 8 Rancangan Survival K-Pop Terbaik untuk Ditonton.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Rancangan Survival K-Pop?
Tidak pernah menonton rancangan survival K-pop? Sebelum anda memasuki dunia sebenar rancangan survival K-pop, terdapat 3 perkara yang anda perlu tahu iaitu Realiti, Pengundian, dan Kedudukan.
1. Realiti
Anda harus ingat bahawa kadangkala terdapat beberapa drama rekaan yang berlaku di dalam setiap rancangan survival. Anda mungkin tidak menyedarinya, walaupun rancangan survival adalah rancangan realiti, namun anda tidak boleh mempercayai semua yang berlaku adalah benar.
2. Pengundian
Bahagian paling menarik dalam rancangan survival K-pop ialah sistem pengundiannya. Anda akan diberi peluang dari semasa ke semasa untuk mengundi peserta kegemaran anda. Dengan itu, ia akan membantu meningkatkan peluang peserta kegemaran anda untuk debut selepas rancangan itu tamat.
3. Kedudukan
Setiap rancangan survival K-pop akan sentiasa dinilai oleh juri, yang lazimnya mewakili penerbit, koreografer, CEO, guru vokal, dan banyak lagi. Kategori yang berbeza akan dinilai oleh pakar dalam bidang tersebut.
8 Rancangan K-Pop Survival Terbaik Yang Boleh Anda Tonton 2023
1. Stray Kids (2017)
Diarahkan oleh: Park Jin-Young (Produser)
Dibintangi: Hyunjin, Bang Chan, Felix, IN , Changbin, Han, Lee Know, JY Park, Jinyoung Park, Kim Woojin, Seungmin.
Tarikh Tayangan: 17 Okt 2017
Genre: Muzik, Realiti TV
Sinopsis: Sekumpulan pelatih baru perlu menyelesaikan pelbagai tugasan yang diberikan oleh JYPE untuk membuktikan kebolehan mereka. Selain itu, mereka juga perlu menunjukkan sikap kerja berpasukan selama mereka melaksanakan rancangan survival yang bertajuk Stray Kids. Di akhir rancangan ini, hanya 9 ahli yang akan debut daripada rancangan survival ini.
2. The I-Land (2020)
Diarahkan oleh: Bang Si-Hyuk (Penerbit Eksekutif)
Dibintangi: Kim Sunoo, Nishimura Riki, Jake (Sim Jaehyun), Jay (Park Jongseong), Park Sunghoon, Lee Heeseung, Yang Jungwon, dan ramai lagi.
Tarikh Tayangan: 26 Jun 2020
Genre: Rancangan Survival, Realiti televisyen
Sinopsis: Satu rancangan survival terbitan syarikat Belift Lab yang disiarkan pada 26 Jun 2020. Pelatih dan peserta telah dipilih daripada uji bakat global melalui komuniti dalam talian. Di penghujung rancangan, hanya 7 ahli dari I-LAND akan debut selepas tamat pemilihan. Mereka akan debut secara berkumpulan dengan nama Enhypen.
3. Street Woman Fighter
Diarahkan oleh: CJ ENM Dibintangi:
Dibintangi: Kang Daniel, Holy Bang, Taeyong NCT, CocaNButter, LACHICA, WANT
Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2021
Genre: Tarian, rancangan Survival
Sinopsis: Street Woman Fighter yang juga dikenali sebagai SFW telah disiarkan pada 24 Ogos 2021. Rancangan ini ditayangkan setiap hari Selasa pada 10.20 malam waktu KST di MNet. Rancangan ini berkisarkan 8 krew tarian wanita yang bersaing untuk merebut gelaran krew tarian wanita terbaik di Korea yang akan mewakili K-Dance dalam pertandingan tersebut. Rancangan ini telah memenangi Anugerah Seni Baeksang untuk Program Hiburan TV Terbaik.
4. Kingdom: Legendary War
Diarahkan oleh: CJ ENM; W Team
Dibintangi: BTOB, iKON, SF9, Stray Kids, ATEEZ, The Boyz
Tarikh Tayangan: 1 April 2021
Genre: Realiti, Survival
Sinopsis: Kingdom: Legendary War ialah rancangan survival yang menampilkan kumpulan yang sudah mula diperkenalkan dalam industri K-pop untuk bersaing dalam profesionalisme mereka sebagai penari, penyanyi, dan banyak lagi. Rancangan itu dihoskan oleh Shim Chang Min dan U-Know (Ep. 1 – 3) . Peserta akan dinilai oleh juri istimewa yang terdiri daripada Shindong dan Donghae (dari kumpulan idola Super Junior), Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif BNM Rhymer, Komposer terbaik Shinsadong Tiger, Pengkritik muzik Kim Youngdae, Syarikat produksi MonoTree, Koreografer Lia Kim, dan ahli kumpulan idola lain seperti BDC, Weekly, Tri dan Mirae.
5. YG Treasure Box
Diarahkan oleh: YG Entertainment
Dibintangi: Bang Yedam, Yoshi, Junkyu, Choi Hyun Suk, Kotaro, Jihoon, Jyunhao, Yoshinori, Asahi, Seokhwa, Yoonbin, Mashiho, Mahiro dan banyak lagi.
Tarikh Tayangan: 16 November 2018
Genre: Rancangan Survival
Sinopsis: Rancangan ini pada mulanya terdiri daripada 29 peserta pelatih lelaki namun hanya 13 pelatih sahaja yang akan dipilih untuk menjadi ahli kumpulan YG TREASURE. Rancangan ini disiarkan di saluran JTBC 2. Saksikan pertarungan tarian, vokal dan rap yang hangat dari 29 peserta dalam 10 episod YG Treasure Box ini.
6. Produce X 101 (2019)
Diarahkan oleh: Kim Yong-Bum (Penerbit Eksekutif)
Dibintangi: Lee Dong Wook dan 29 peserta lain.
Tarikh Tayangan: 3 Mei 2019
Genre: Realiti televisyen
Sinopsis: Produce X 101 ialah sebuah rancangan televisyen yang mencari bakat untuk menerbitkan sebuah kumpulan lelaki pada tahun 2019 yang disiarkan menerusi saluran televisyen Mnet. Ini adalah musim keempat francais Produce 101. 101 pelatih dari agensi hiburan yang berbeza dihimpunkan untuk bertanding dalam rancangan ini. Kedudukan setiap peserta akan ditentukan oleh undian penonton.
7. Produce 101 (2016)
Diarahkan oleh: Ahn Joon Young
Dibintangi: Jang Geun Suk, Park Ga Hee, Cheetah, Ray Yang, Bay Yoon Jung, JeA, Chung Ha, Kim Sejeong, Kang Mina, Jeon Somi, Luri, Kim Na Young, dan ramai lagi.
Tarikh Tayangan: 22 Januari 2016
Genre: Rancangan Survival
Sinopsis: Rancangan ini terdiri daripada peserta wanita dari pelbagai syarikat di dalam dan di luar negara bertemu di satu lokasi, berkongsi impian yang sama untuk menyertai kumpulan idola. 11 pelatih akan dipilih daripada 101 pelatih untuk membentuk kumpulan idola perempuan. Setiap keputusan bergantung kepada undian para penonton.
8. MixNine (2017-2018)
Diarahkan oleh: Han Dong Chul (producer)
Dibintangi: 170 peserta
Tarikh Tayangan: 29 Oktober 2017
Genre: Muzik, Rancangan Survival
Sinopsis: MixNine ialah rancangan realiti survival Korea Selatan yang disiarkan di JTBC. Dalam rancangan ini, pengasas dan penerbit YG Entertainment, iaitu, Yang Hyun-suk mengembara ke agensi muzik di seluruh Korea untuk mencari bintang K-pop yang akan datang. 170 peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan di akhir episod hanya kumpulan yang bertahan akan debut sebagai idola.
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.