8 Tempat Penginapan Mesra Bajet di Kuching 2025

Malaysia merupakan salah satu destinasi yang berpatutan untuk dilawati oleh pelancong. Namun begitu, perbelanjaan lawatan anda bergantung kepada selera, bajet dan gaya melancong anda. Jika anda mempunyai bajet yang terhad, anda boleh melawat Malaysia tanpa bimbang jika anda tahu tempat-tempat bajet mana yang boleh dilawati.

Kuching mempunyai banyak tarikan untuk dilawati. Boleh dikatakan kebanyakan tempat lawatan dan tempat makan terletak secara strategik di bandar ini. Paling menarik mengenai lawatan bajet adalah anda boleh mencuba makanan tempatan di gerai tepi jalan! Anda juga boleh memilih makanan yang menambat selera anda pada  harga yang berpatutan. Namun begitu, pastikan makanan yang dipilih itu halal dan selamat dimakan! Untuk menjadikan percutian anda di Kuching lebih lancar, anda perlu menempah tempat penginapan yang mesra-bajet dan selesa. Untuk itu, kami senaraikan 8 tempat penginapan mesra-bajet untuk anda tempah di Kuching ini!

Apakah Aktiviti ‘Budget-Friendly’ Yang Boleh Anda Lakukan Di Kuching?

Di Kuching, terdapat banyak aktiviti mesra bajet yang berpatutan untuk anda terokai. Jika anda meminati sejarah Sarawak, anda bolehlah singgah ke Kampung Budaya Sarawak. Di sini, anda akan diberi penerangan tentang cara hidup, tradisi dan juga sejarah tempatan mengenai kaum yang terdapat di Sarawak dan Sabah. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak seperti mendaki, anda boleh cuba mendaki Gunung Santubong atau melawat Taman Negara Kubah untuk merasai kesegaran air terjunnya.

Untuk pilihan tempat makan pula, anda boleh ke The Black Bean bagi merasai kopi Sarawak yang asli. Di kedai kopi yang berusia 20 tahun ini, menu Iced Gula Apong Latte menjadi pilihan ramai. Selain itu, Choon Hui Cafe juga merupakan kedai kopi lain yang menyediakan makanan bajet yang sedap seperti Mee Kolo, popiah dan laksa.

8 Tempat Penginapan Mesra Bajet di Kuching 2025

1. Nova Kuching Hotel

Nova Kuching Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Nova Kuching Hotel
Kredit Gambar: klook.com

Nova Kuching Hotel hanya terletak 8 km sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Kemudahan yang ditawarkan di hotel ini termasuklah penyimpanan bagasi, perkhidmatan faks atau fotostat, perkhidmatan dobi, kaunter pertanyaan 24 jam dan perkhidmatan housekeeping. Semua bilik penginapan di hotel ini mempunyai penghawa dingin dan dilengkapi dengan almari pakaian, telefon, TV, tuala dan kelengkapan mandian secara percuma. Terdapat banyak kafe dan restoran yang berdekatan hotel ini. Jika anda ingin ke Sarawak Riverfront, anda hanya perlu berjalan kaki sahaja kerana ia sungguh dekat.

Alamat: Lot. 306, Aadk Negeri Sarawak, 309, Jalan Abell, Seksyen 49, 93100 Kuching, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: http://www.novakuchinghotel.com/

2. Cassia Inn Kuching

Cassia Inn Kuching
Kredit Gambar: klook.com
Cassia Inn Kuching
Kredit Gambar: klook.com

Cassia Inn Kuching terletak di lokasi yang strategik di Kuching, Sarawak. Hotel ini selesa dan bersih selain menyediakan bilik penginapan premium 5 bintang pada harga yang berpatutan. Bilik penginapan di hotel ini dilengkapi dengan penghawa dingin dan juga WiFi percuma. Selain itu, hotel ini juga menyediakan kaunter pertanyaan 24 jam, ruangan rehat yang berkongsi, perkhidmatan pertukaran mata wang dan perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang ke hotel (dan sebaliknya) secara berbayar. Antara tempat tarikan yang berdekatan dengan hotel ini adalah Kuching Waterfront, Stadium Sarawak, Pusat Konvensyen Borneo Kuching dan juga Muzium Sarawak.

Alamat: Lot. 7489-7492 16, Batu 3, Jalan Rock, Taman Timberland, 93200 Kuching, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.facebook.com/CassiaInnKuching/

3. Place2Stay Business Hotel @ Metrocity 

PlaceStay Business Hotel @ Metrocity
Kredit Gambar: klook.com
PlaceStay Business Hotel @ Metrocity
Kredit Gambar: klook.com

Place2Stay Business Hotel @ Metrocity terletak di dalam pusat bandar Kuching. Antara kemudahan yang ditawarkan di hotel ini adalah alat pengering rambut, TV, penghawa dingin, seterika, papan seterika dan meja. Selain itu, WiFi percuma juga disediakan untuk kemudahan para pengunjung. Bagi mereka yang memandu di Kuching, usah risau kerana hotel ini menyediakan tempat letak kereta secara percuma yang selamat. Kaunter pertanyaan 24 jam dan perkhidmatan penyimpanan bagasi juga turut ditawarkan di hotel ini. Anda tidak perlu risau jika ingin melawat tempat-tempat menarik di Kuching kerana hotel ini berdekatan dengan banyak tempat pelancongan dan pusat hiburan.

Alamat: SL 129-130, Section 65, Kuching Town, 93050 Kuching, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: http://www.place2stay.com.my/hotel_metrocity.html

4. Hornbill’s Nest 

Hornbills Nest
Kredit Gambar: klook.com
Hornbills Nest
Kredit Gambar: klook.com

Hornbill’s Nest Kuching menawarkan perkhidmatan daftar masuk dan daftar keluar secara cekap. Hotel ini menyediakan bilik penginapan yang luas serta dilengkapi dengan penghawa dingin dan WiFi percuma di seluruh kawasan penginapan. Namun begitu, anda perlu berkongsi bilik mandi dan ruang istirahat dengan pengunjung yang lain. Hotel ini terletak berhampiran dengan Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Stadium Sarawak, Gereja St. Thomas dan Muzium Sarawak. Selain itu, lapangan terbang yang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang berjarak 13 km sahaja dari hotel ini.

Alamat: 40, Carpenter St, 93000 Kuching, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.facebook.com/hornbillsnestkuching/

5. OYO 1007 Grand Supreme Hotel

OYO Grand Supreme Hotel
Kredit Gambar: oyorooms.com
OYO Grand Supreme Hotel
Kredit Gambar: oyorooms.com

OYO 1007 Grand Supreme Hotel dilengkapi dengan bilik penginapan moden yang ceria dan berwarna terang untuk menarik para pelancong. Selain menawarkan WiFi secara percuma, anda hanya perlu berjalan kaki selama 8 minit sahaja jika ingin ke Kuching Waterfront. Semua bilik penginapan dilengkapi dengan penghawa dingin, TV, alat pengering rambut dan juga servis membuat teh atau kopi. Setiap bilik penginapan ini berlatarkan pemandangan bandar Kuching atau gunung yang indah. 

Selain itu, bilik penginapan ini juga mempunyai bilik mandi bersambung dengan pancuran mandian air panas yang menyegarkan. Antara tempat tarikan yang berdekatan dengan hotel ini adalah Muzium Cina, Muzium Sarawak dan Sarawak Plaza Shopping Centre. Bagi memuaskan hati para pengunjung, hotel ini menyediakan kaunter pertanyaan 24 jam, perkhidmatan dobi, kemudahan karaoke dan tempat letak kereta persendirian secara percuma jika anda memandu ke sini. Anda boleh menjamu selera masakan tempatan dan Barat yang enak di Kenyalang Coffee House manakala untuk minuman keras pula hanya ditawarkan di Ruai Kenyalang Karaoke Lounge.

Alamat: Lot 395, Jalan Ban Hock, 93100 Kuching, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.oyorooms.com/my/55063/

6. OYO 910 Hills Residence

OYO Hills Residence
Kredit Gambar: oyorooms.com
OYO Hills Residence
Kredit Gambar: oyorooms.com

OYO 910 Hills Residence ini terletak di Kuching. Reka bentuk luar hotel ini menggunakan warna kelabu untuk menonjolkan kelainan dan menarik perhatian para pelancong. Reka bentuk dalaman hotel ini pula berkonsepkan ceria dan moden. Semua bilik penginapan di hotel ini dihiasi dengan perabot yang unik bagi memberikan sentuhan suasana yang damai. Selain itu, bilik penginapan di hotel ini juga dilengkapi dengan TV, WiFi percuma, penghawa dingin, almari pakaian dan bilik mandi peribadi. Jika anda inginkan privasi, hotel ini sesuai untuk anda. Antara tempat tarikan yang berdekatan adalah Pusat Konvensyen Borneo Kuching dan bazar Kuching Waterfront.

Alamat: Block C, No. 53, Taman Sri Sarawak Mall, Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.oyorooms.com/my/53850/

7. OYO 991 Mayfair Hotel

OYO Mayfair Hotel
Kredit Gambar: klook.com
OYO Mayfair Hotel
Kredit Gambar: oyorooms.com

OYO 991 Mayfair Hotel merupakan penginapan sederhana yang strategik kerana terletak di tengah-tengah bandar Kuching. Hotel ini dihiasi dengan warna hitam dan merah bagi menampakkan kemewahannya. Selain itu, kehadiran langsir yang beralun dan panel kayu di dinding menambahkan lagi sentuhan elegan pada dekorasi hotel ini.

Setiap bilik penginapan dilengkapi dengan katil single berkembar, penghawa dingin, WiFi percuma, TV dan ruangan tempat duduk. Anda boleh menikmati makanan yang lazat di restoran berdekatan seperti Serapi Garden Cafe, Minoru Japanese Restaurant dan Aneka Pilihan. Antara tempat tarikan yang menarik di sini adalah Golden Anniversary Bridge, Mural Orang Utan, Ruang Sarawak dan Muzium Sarawak.

Alamat: Q3A, 93150 Kuching, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.oyorooms.com/my/54732/

8. Woodpecker Lodge Kuching

Woodpecker Lodge Kuching
Kredit Gambar: klook.com
Woodpecker Lodge Kuching
Kredit Gambar: klook.com

Woodpecker Lodge Kuching mempunyai 32 bilik penginapan yang selesa untuk para pelancong. Hotel ini mengutamakan kebersihan dan keselamatan serta menawarkan harga yang berpatutan kepada mereka yang ingin menginap di sini. Hotel ini menawarkan kemudahan WiFi dan penggunaan fasiliti dobi secara percuma. Bilik penginapan di sini dilengkapi dengan kipas atau penghawa dingin dan bilik air yang selesa. Bahkan, sesetengah bilik penginapan juga dilengkapi TV untuk kemudahan para pengunjung.

Sekiranya anda ingin melawat ke tempat-tempat tertentu, anda boleh berbincang dengan staf di kiosk tempahan lawatan. Selain itu, staf di kaunter pertanyaan 24 jam juga boleh membantu anda untuk menguruskan penyimpanan bagasi, menggosok pakaian, dan juga sewaan kereta. Anda boleh berjalan kaki selama 4 minit sahaja untuk ke Tun Jugah Shopping Center dan 5 minit berjalan kaki ke Riverside Shopping Complex. Anda juga boleh ke Kuching Waterfront kerana tempat tarikan ini berdekatan dengan hotel penginapan anda.

Alamat: No.264, Jalan Chan Chin Ann, 93100 Kuching, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.facebook.com/woodpeckerlodgekuching

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di Sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close