9 Resort Terbaik di Pulau Langkawi 2025

Langkawi dikenali oleh penduduk tempatan sebagai “Permata Kedah”. Pulau ini dikelilingi oleh hutan, air terjun, dan perairan jernih Laut Andaman yang luas. Di pulau ini, terdapat banyak burung helang yang berterbangan di sini sehinggakan Pulau Langkawi terkenal dengan patung ikonik burung helang yang besar di pusat bandar.

Langkawi ialah satu-satunya taman-geo UNESCO yang tersenarai di rantau Asia Tenggara dan terkenal dengan legenda mistik, pantai yang indah, hutan hujan yang asli, dan pusat membeli-belah bebas cukai yang hebat.

Apakah aktiviti menarik di Pulau Langkawi?

Semasa lawatan anda ke Langkawi, anda boleh menerokai Taman Lagenda, kawasan yang indah yang didedikasikan untuk mitos dan era pra-sejarah pulau itu. Anda juga boleh berkunjung ke Air Terjun Telaga Tujuh yang megah, atau snorkeling di Pulau Payar serta menerokai Pantai Pasir Hitam, iaitu tempat pelancongan yang popular dalam kalangan pelancong.

Untuk menerokai pulau, anda boleh memilih untuk menyewa basikal, kereta, motosikal, atau menaiki teksi. Kaedah ini lebih mudah dan selesa untuk anda kerana tempat-tempat tarikan pelancongan boleh dicapai dengan cepat melalui kenderaan bermotor. Selain itu, ia merupakan cara paling mudah dan cepat untuk bergerak di sekitar pulau ini.

9 Resort Terbaik di Pulau Langkawi 2025

1. The Ritz-Carlton, Langkawi

The Ritz Carlton Langkawi
Kredit Gambar: klook.com
The Ritz Carlton Langkawi
Kredit Gambar: klook.com
The Ritz Carlton Langkawi
Kredit Gambar: klook.com

The Ritz-Carlton Langkawi ialah resort bertaraf 5 bintang yang terletak di dalam hutan hujan tropika yang berusia 10 juta tahun di pinggir Laut Andaman. Di sini anda boleh melakukan aktiviti seperti meredah hutan atau berkayak melalui hutan bakau. Di resort ini, anda boleh menikmati santapan mewah di Hai Yan, atau mencuba masakan Malaysia, Cina dan India di Dapur Langkawi. Jika anda ingin merasa makanan laut dan koktel, anda boleh ke The Beach Grill atau Horizon Lounge.

Alamat: Jalan Pantai Kok, Teluk Nibung, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.ritzcarlton.com/en/hotels/malaysia/langkawi

2. The Datai Langkawi

The Datai Langkawi
Kredit Gambar: klook.com
The Datai Langkawi
Kredit Gambar: klook.com
The Datai Langkawi
Kredit Gambar: klook.com

Datai Langkawi mempunyai 121 bilik, suite dan vila dengan pemandangan hutan hujan tropika, Laut Andaman dan Pulau Tarutao. Anda boleh menjamu selera di Rumah Gulai dengan merasai masakan asli Malaysia yang enak. Oh ya, restoran ini pernah  memenangi anugerah dalam dunia masakan. Selain itu, restoran Pavilion di resort ini ada menyajikan masakan tradisional Thai setiap malam secara  terbuka. Terdapat juga The Dining Room yang dibuka untuk sarapan pagi dan makan tengah hari manakala The Beach Club pula menyajikan anda pizza yang dilambung tangan atau makanan laut segar yang dimasak di atas panggangan.

Alamat: Jln Teluk Datai, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.thedatai.com/

3. The St Regis Langkawi

The St Regis Langkawi
Kredit Gambar: klook.com
The St Regis Langkawi
Kredit Gambar: klook.com
The St Regis Langkawi
Kredit Gambar: klook.com

The St Regis Langkawi ialah resort mewah bertaraf 5 bintang di Langkawi, Malaysia. Resort ini menempatkan vila atas air yang mewah dan juga suite mewah. Kemudahan resort ini lengkap dengan 6 restoran dan bar yang menawarkan pelbagai pilihan makanan, kolam infiniti, butik, salun rambut, dan Iridium Spa. Selain itu, tetamu resort ini juga ditawarkan Perkhidmatan Butler St. Regis yang terkenal untuk memudahkan mereka di sepanjang penginapan.

Alamat Jalan Pantai Beringin, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.marriott.com/en-us/hotels/lgkxr-the-st-regis-langkawi/

4. The Danna Langkawi

The Danna Langkawi
Kredit Gambar: klook.com
The Danna Langkawi
Kredit Gambar: klook.com
The Danna Langkawi
Kredit Gambar: klook.com

The Danna Langkawi ialah sebuah resort yang mempunyai vila kolam renang peribadi eksklusif dengan akses terus ke pantai dan bilik-bilik penginapan berkonsepkan kolonial di tepi laut. Di resort ini, anda boleh menikmati masakan Itali di Terrace, atau merasai snek di The Deck. Jika anda inginkan masakan Eropah dan Asia, anda boleh ke Planter atau merasai sajian asli Malaysia di Straits & Co. Anda juga boleh berehat secara santai di Verandah.

Alamat: Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.thedanna.com/

5. Tanjung Rhu Resort, Langkawi

Tanjung Rhu Resort Langkawi
Kredit Gambar: klook.com
Tanjung Rhu Resort Langkawi
Kredit Gambar: klook.com
Tanjung Rhu Resort Langkawi
Kredit Gambar: klook.com

Tanjung Rhu Resort Langkawi pernah menerima “Anugerah Pilihan Pengembara TripAdvisor 2015 dan 2016”. Resort ini terletak di bawah deretan pokok Casuarina di sepanjang pantai berpasir. Anda boleh menjamu selera di Chef’s Table yang menghidangkan menu masakan moden, kontemporari dan Mediterranean yang bertemakan Asia. Anda juga boleh menjamu selera di Sands, sebuah restoran terbuka sepanjang hari yang menyajikan masakan Asia dan antarabangsa. Terdapat juga Café@Reading Room yang menyajikan Teh Inggeris atau kopi dengan scone panas dan pastri.

Alamat: 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://tanjungrhu.com.my/

6. Casa del Mar Langkawi

Casa del Mar Langkawi
Kredit Gambar: klook.com
Casa del Mar Langkawi
Kredit Gambar: klook.com
Casa del Mar Langkawi
Kredit Gambar: klook.com

Casa del Mar Langkawi ialah resort gaya Mediterranean yang terletak di Pantai Cenang. Di sini, anda boleh merasai santapan di tepi laut di La Luna. Terdapat juga Restoran La Sal yang menawarkan masakan Asia dan Barat moden. Selepas seharian meneroka pulau, anda boleh berehat di Satkara Spa dan menikmati urutan atau rawatan muka.

Alamat: Jalan Pantai Chenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://casadelmar-langkawi.com/

7. Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi

Pelangi Beach Resort Spa Langkawi
Kredit Gambar: klook.com
Pelangi Beach Resort Spa Langkawi
Kredit Gambar: klook.com
Pelangi Beach Resort Spa Langkawi
Kredit Gambar: klook.com

The Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi ini direka bentuk berdasarkan konsep  Kampung Melayu. Resort ini mempunyai  355 bilik penginapan yang ditempatkan di 51 chalet kayu individu dan dihiasi berdasarkan tema yang berbeza. Bilik-bilik penginapan ini diterangi dengan pencahayaan oren yang hangat, bagi  memberikan anda perasaan seolah-olah berada di desa. Selain itu, anda boleh menjamu selera di Restoran Spice Market yang menawarkan pelbagai masakan Asia yang enak.

Alamat: Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.pelangiresort.com/

8. The Westin Langkawi Resort & Spa

The Westin Langkawi Resort Spa
Kredit Gambar: klook.com
The Westin Langkawi Resort Spa
Kredit Gambar: klook.com
The Westin Langkawi Resort Spa
Kredit Gambar: klook.com

Westin Langkawi Resort & Spa terletak berhampiran dengan jeti Langkawi, Dataran Helang yang ikonik dan taman tropika di Taman Lagenda. Anda boleh meneruskan rutin senaman anda di Studio Kecergasan WestinWORKOUT®. Selain itu, resort ini juga menawarkan empat kolam renang terbuka jika anda mahu berenang. Selepas seharian meneroka pulau ini, anda boleh memanjakan diri di Heavenly Spa by Westin™. Resort ini menawarkan suite yang luas dan juga vila mewah yang menghadap laut untuk penginapan para tetamunya. Resort ini juga mempunyai 5 restoran yang menyajikan pelbagai masakan dan minuman yang lazat untuk anda cuba.

Alamat: Jalan Pantai, Jalan Dato Syed Omar, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.marriott.com/en-us/hotels/lgkwi-the-westin-langkawi-resort-and-spa/

9. Berjaya Langkawi Resort

Berjaya Langkawi Resort
Kredit Gambar: klook.com
Berjaya Langkawi Resort
Kredit Gambar: klook.com
Berjaya Langkawi Resort
Kredit Gambar: klook.com

The Berjaya Langkawi ialah resort tepi pantai bertaraf 5 Bintang yang menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi seperti pelayaran untuk melihat matahari terbenam, lawatan pulau dan sukan air. Resort ini menempatkan Restoran Pahn-Thai yang dibina di atas lautan dan menyajikan masakan Thai dan wain aromatik. Dayang Cafe di resort ini pula menawarkan bufet makan malam dengan stesen memasak yang terbuka dan berbeza daripada restoran yang lain di Langkawi. Bilik-bilik penginapan di resort  ini luas, mewah, selesa, dan bersih selain menawarkan perkhidmatan kakitangan resort yang mesra pelanggan.

Alamat: Karung Berkunci 200 Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.berjayahotel.com/langkawi

Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close