Janda Baik merupakan sebuah perkampungan yang terletak di Daerah Bentong, Pahang. Ia terkenal sebagai salah satu tempat pelancongan yang terbaik untuk menikmati suasana damai alam semula jadi. Jika anda ingin berkunjung ke Janda Baik, anda disarankan untuk berkunjung pada bulan Januari, Februari, Mac, September dan Oktober.
Janda Baik bukan sahaja terkenal dengan pemandangannya yang indah, malah ia juga telah menjadi lokasi popular untuk anjuran pertandingan larian dan berbasikal. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti menarik termasuklah aktiviti air, bersantai dan bersukan. Berikut adalah 8 aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Janda Baik.
Adakah Janda Baik pilihan yang baik untuk ‘Staycation’?
Janda Baik telah menjadi destinasi percutian yang paling digemari oleh penduduk tempatan mahupun pelancong asing. Pemandangannya yang indah disertakan dengan kepelbagaian aktiviti adalah antara perkara yang menjadi tarikan di Janda Baik. Di Janda Baik anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berkhemah, menikmati pemandangan sambil menjamah juadah, beriadah dan bersukan. Antara tempat yang boleh anda kunjungi ketika berada di Janda Baik ialah Tiarasa Escape Glamping Resort, A Little Farm on the Hill, New Era Organic Farm, Radiant Retreat dan SWAT Paintball. Bagi anda yang menggemari percutian dengan pelbagai aktiviti menarik, sudah pasti Janda Baik berbaloi untuk dikunjungi.
8 Aktiviti Menarik untuk Dilakukan di Janda Baik 2023
1. Makan Tengah hari di A Little Farm on the Hill


A Little Farm on the Hill menawarkan pelbagai menu makanan mengikut musim dan hasil yang dituai di ladang tersebut. Ia terkenal dengan hidangan seperti Salad dan Daging Salai. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai 2 ruangan makan iaitu ruangan tertutup dan terbuka yang boleh memuatkan 18 orang dalam satu masa. Anda juga boleh menempah ruangan tersebut untuk sebarang anjuran majlis.
Waktu Operasi:
12.30 tengah hari – 4 petang (Khamis – Ahad)
Ditutup pada Isnin – Rabu
Alamat: Lot 161 Tanarimba, Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB2. Berkhemah di The Tiarasa Escape Glamping Resort


Tiarasa Escape ini terbaik untuk anda yang ingin bersantai dan berehat di tengah-tengah alam semula jadi. Tiarasa ialah tapak perkhemahan ‘glamping’ yang terletak di kaki bukit Janda Baik. Ia mempunyai konsep khemah dan vila gaya safari. Tapak ‘glamping’ ini dilengkapi dengan kemudahan seperti beranda, perabot, ‘teepee’, buaian dan kolam renang. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah melihat burung, melihat bintang-bintang, berkebun, berenang, berkelah dan banyak lagi.
Waktu Operasi: Setiap Hari (24 Jam)
Alamat: Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Laman Web3. Berkelah di Tepi Sungai Janda Baik


Riverside Janda Baik menawarkan anda pemandangan dan persekitaran yang santai sekali gus menjadikannya tempat yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama rakan mahupun keluarga. Di sungai ini anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti selain berkelah seperti barbeku, ‘tubbing’ dan banyak lagi.
Waktu Operasi: Setiap Hari (24 Jam)
Alamat: Lot 5506, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB4. Menikmati Alam Semula Jadi di New Era Organic Farm


Jika anda seorang pencinta alam semula jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati panorama alam semula jadi di New Era Organic Farm. Ia terletak di tengah-tengah hutan simpan serta dikelilingi dengan tumbuhan menghijau yang cantik. New Era Organic Farm ialah tapak perkhemahan yang unik dan indah sesuai untuk semua peringkat umur. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan salah satu tempat percutian yang sempurna untuk percutian keluarga atau untuk merehatkan diri daripada kesibukan kerja.
Waktu Operasi: 10 pagi – 5 petang (Setiap Hari)
Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
5. Memancing di Radiant Retreats


Anda gemar melakukan aktiviti memancing namun tiada tempat untuk dituju? Jangan bimbang, Radiant Retreats merupakan antara tempat memancing terbaik yang boleh anda kunjungi. Ia terletak di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang. Radiant Retreats menyediakan pelbagai kemudahan seperti pondok memancing, kerusi, tandas, surau dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan kedai serbaneka yang menjual barangan memancing.
Waktu Operasi: Setiap Hari (24 Jam)
Alamat : Jalan Janda Baik Utama, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB6. Bermain Aktiviti Lasak di SWAT Paintball


SWAT Paintball menawarkan kemudahan dan kelengkapan terbaik untuk anda yang menggemari aktiviti lasak. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah ia juga dapat mengurangkan ‘stress’ anda. Ia telah menerima pelbagai ulasan positif mengenai kakitangannya yang ramah serta bayaran kemasukannya yang murah.
Waktu Operasi: 9 pagi – 5 petang (Setiap Hari)
Alamat: SWAT Paintball – Janda Baik, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB7. Menikmati Makanan dan Pemandangan di Pineyard


Pineyard merupakan antara tempat yang wajib anda kunjungi terutamanya jika peminat manisan. Kafe ini menawarkan pelbagai hidangan pemanis mulut, hidangan ‘savoury’ serta kopi ‘gourmet’. Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan pemandangan matahari terbenam yang mengagumkan. Selain itu, kafe ini juga terkenal dengan rekaan hiasannya yang minimalis dan moden serta suasana yang selesa dan nyaman. Ia juga sering menjadi lokasi bergambar untuk Instagram.
Waktu Operasi:
9 pagi – 6 petang (Isnin, Rabu, Khamis, Ahad)
9 pagi – 8 malam (Jumaat – Sabtu)
Ditutup pada hari Selasa
Alamat: C1, Jalan Tanarimba Pine, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
LAMAN WEB8. Berehat dan Bersantai di Pintô Coffee+


Reka bentuk kafe Pintô Coffee+ ini diinspirasikan daripada konsep rumah panjang dan mempunyai dekorasi kerusi dan meja yang diperbuat daripada buluh. Antara hidangan yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung di kafe ini ialah Coffee Latte, Avocado Toast dan Cheese Mushroom Burger. Bukan itu sahaja, mereka turut menyediakan pelbagai jenis kopi yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Jika anda seorang penggemar kopi, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati kopi terbaik di kafe ini.
Waktu Operasi:
10 pagi – 6 petang (Rabu – Khamis, Ahad)
10 pagi – 6.30 petang (Jumaat – Sabtu)
Ditutup pada hari Isnin dan Selasa
Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
LAMAN WEBDapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.