10 Agensi Pelancongan Terbaik di KL & Selangor 2024

Melancong ke tempat baharu yang belum pernah anda kunjungi sebelum ini sudah pasti sangat mengujakan. Bukan sahaja dapat belajar budaya baharu, malah ia juga dapat mengubah perspektif anda mengenai kehidupan dan dunia. Namun, pernahkah anda terfikir sekiranya berlaku kecemasan di tempat/ negara orang, bagaimana nasib anda pada waktu itu? Oleh kerana itulah kita memerlukan agensi pelancongan. 

Agensi pelancongan berperanan dalam membantu menyediakan pakej pelancongan yang menarik, menguruskan penempahan bilik hotel, tiket penerbangan, kereta sewa, tiket cruise dan sebagainya. Bukan itu sahaja, agensi pelancongan juga berperanan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan jika berlaku sebarang kecemasan ketika anda berada di tempat pelancongan tersebut. Di sini kami senaraikan 10 agensi pelancongan terbaik di KL dan Selangor. 

Apa Yang Perlu Dilakukan Sebelum Memulakan Perjalanan?

Apabila kita merancang untuk pergi melancong atau percutian singkat, ia boleh menjadi sangat tertekan dan rumit. Namun, dengan mengatur perjalanan dan dokumen-dokumen penting dengan teliti serta membuat persiapan lebih awal daripada tarikh percutian dapat membantu anda menjadi lebih tenang dan terurus. Antara perkara penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum memulakan perjalanan adalah membeli insurans perjalanan, menyediakan wang tunai dan menyimpan dokumen perjalanan dengan selamat.

1. Insurans Perjalanan 

Ramai yang berfikir bahawa insurans perjalanan merupakan satu pembaziran wang. Namun, adakah anda tahu bahawa insurans perjalanan sangat berguna sekiranya terdapat masalah seperti pembatalan perjalanan secara mengejut, kehilangan beg dan perlindungan perubatan kecemasan. 

2. Wang Tunai

Walaupun kita hidup di dalam era ‘cashless’ atau transaksi tanpa tunai, namun anda disarankan untuk menyediakan sedikit wang tunai bagi membolehkan anda menukarnya kepada mata wang tempatan untuk mengelakkan sebarang komplikasi.

3. Dokumen perjalanan 

Amat penting untuk memastikan semua dokumen perjalanan anda selamat dan dibawa ketika melancong. Antara beberapa dokumen utama yang diperlukan semasa melancong terutamanya di luar negara ialah kad pengenalan, ‘passport’, visa perjalanan, dokumen COVID-19 dan insurans perjalanan. 

10 Agensi Pelancongan Terbaik di KL & Selangor 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Oscar Holidays Sdn Bhd

Oscar Holidays Sdn Bhd
Kredit Gambar: Oscar Holidays Sdn Bhd

Oscar Holidays Sdn Bhd merupakan antara agensi pelancongan yang terkenal di Kuala Lumpur dan telah beroperasi sejak tahun 2017. Oscar Holidays Sdn Bhd menyediakan pelbagai pakej pelancongan yang menarik pada harga yang berpatutan. Kebanyakan pakej yang ditawarkan adalah untuk pelancongan ke luar negara seperti Brazil, Italy, Cuba dan banyak lagi. Agensi pelancongan ini merupakan Agensi Jualan Am (GSA) untuk syarikat penerbangan AirArabia, Sri Lanka Airlines, Kenya Airways dan EgyptAir.

Alamat: Menara Serbaguna, Aras 1, Unit 01.02, No. 8, Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 2:00 petang (Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/OscarHolidays/ 

LAMAN WEB

2. Holidaygogogo Tours Sdn Bhd

Holidaygogogo Tours Sdn Bhd
Kredit Gambar: Holidaygogogo Tours Sdn Bhd

Holidaygogogo Tours Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2013 serta telah mendapat lesen perniagaan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Kebanyakan pakej yang ditawarkan adalah percutian dalam Malaysia yang terdiri daripada pakej percutian ke pulau-pulau terbaik di Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan Pulau Redang. Bukan itu sahaja, Holidaygogogo Tours Sdn Bhd turut menyediakan pakej pelancongan ke beberapa destinasi luar negara seperti Thailand, Indonesia, Vietnam dan Maldives.

Alamat: 47-1, Jln Setia Gemilang BG U13/BG, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 24 Jam 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini 

Facebook: https://www.facebook.com/holidaygogogo/ 

LAMAN WEB

3. KOP Travel & Tours Sdn Bhd

KOP Travel Tours Sdn Bhd
Kredit Gambar: KOP Travel & Tours Sdn Bhd

KOP Travel & Tours Sdn Bhd (KTTSB) dimiliki oleh anak syarikat Koperasi Polis Diraja Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada 13 September 1990 yang menjadikannya salah satu agensi pelancongan tertua di Kuala Lumpur, Malaysia. Selain daripada destinasi domestik dan antarabangsa, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh KTTSB untuk mengerjakan Umrah. Tempahan boleh dibuat melalui laman sesawang mereka atau anda juga boleh hubungi mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Alamat: Bangunan Koperasi Polis, Aras Bawah, Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Attap, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
8:45 pagi – 5:30 petang (Isnin – Jumaat)
Ditutup pada Sabtu & Ahad

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini 

Facebook: https://www.facebook.com/KopVacation/ 

LAMAN WEB

4. MP Travel & Tours Sdn Bhd

MP Travel Tours Sdn Bhd
Kredit Gambar: MP Travel & Tours Sdn Bhd

MP Travel & Tours Sdn Bhd menawarkan pelbagai pakej pelancongan yang menarik sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Bukan itu sahaja, mereka turut menyediakan perkhidmatan visa dan insurans perjalanan. MP Travel & Tours Sdn Bhd telah beroperasi selama 29 tahun yang menjadikannya antara agensi pelancongan yang dipercayai. Agensi pelancongan ini juga menyediakan pakej komprehensif yang membolehkan anda memilih negara mengikut lingkungan harga yang anda tetapkan. 

Alamat: Sunway Velocity, Pejabat Pereka VO3-03-08 (tingkat 3), Lingkaran SV, Jalan Peel, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Jumaat)
Ditutup pada hari Sabtu & Ahad 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

5. Reliance Premier Travel Malaysia

Reliance Premier Travel Malaysia
Kredit Gambar: Reliance Premier Travel Malaysia

Bagi anda yang mencari kepelbagaian dalam pakej percutian luar negara, anda boleh mengunjungi laman sesawang Reliance Premier Travel.  Antara negara yang anda boleh lawati dengan menggunakan pakej yang ditawarkan oleh agensi pelancongan ini ialah negara Asia, Afrika, Eropah dan banyak lagi. Tempahan boleh dibuat melalui laman sesawang mereka. 

Alamat: 46C Jalan Suarasa 8/4, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Batu 9 Cheras, 43200 Kuala Lumpur, Selangor

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 1:00 petang (Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/reliancepremiertravel.my/ 

LAMAN WEB

6. Raha Legacy Holidays Sdn Bhd

Raha Legacy Holidays Sdn Bhd
Kredit Gambar: Raha Legacy Holidays Sdn Bhd

Anda mempunyai bajet yang terhad namun ingin melancong ke luar negara? Raha Legacy Holidays Sdn Bhd ini pilihan terbaik untuk anda. Ia menawarkan pelbagai pakej yang menarik dari pelbagai destinasi percutian pada harga yang berpatutan. Jika anda berminat untuk berkunjung ke negara Asia Tenggara, anda boleh menempah pakej ke Cambodia, Indonesia, Singapura, Vietnam, dan Thailand. Manakala, untuk negara Eropah anda boleh berkunjung ke Italy dan Sepanyol. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menempah tiket ke taman tema sekitar Malaysia seperti Sunway Lagoon dan Bukit Gambang melalui agensi ini. 

Alamat: B-09-13A, i-SOVO, i-City, Jalan, Jalan Multimedia, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi:
8:30 pagi – 5:30 petang (Isnin, Rabu, Khamis)
8: 30 pagi – 6:00 petang (Selasa)
8:30 pagi – 8:00 malam (Jumaat)
Ditutup pada hari Sabtu & Ahad 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini 

Facebook: https://www.facebook.com/rahalegacyholidays/ 

LAMAN WEB

7. Golden Destinations

Golden Destinations
Kredit Gambar: Golden Destinations

Golden Destinations merupakan salah satu agensi pelancongan yang menawarkan pelbagai pilihan pakej percutian yang menarik dan terbaik. Pakej yang ditawarkan terdiri daripada percutian di dalam dan luar negara yang boleh anda pilih berdasarkan bajet anda. Setiap pakej percutian akan disertakan dengan insurans perjalanan, cukai lapangan terbang, hotel dan banyak lagi. Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang anda untuk bercuti bersama Golden Destinations.

Alamat: Wisma New Asia, Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Jumaat)
Ditutup pada Sabtu & Ahad 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/gdgoldendestinations/ 

LAMAN WEB

8. Apple Vacations Sdn Bhd

Apple Vacations Sdn Bhd
Kredit Gambar: Apple Vacations Sdn Bhd

Serahkan perancangan perjalanan anda kepada Apple Vacations Sdn Bhd. Agensi pelancongan ini menawarkan pelbagai destinasi pelancongan yang boleh anda pilih mengikut musim dan bulan. Apple Vacations Sdn Bhd turut menyediakan pelbagai promosi dan tawaran hebat termasuklah tiket penerbangan, hotel, insurans perjalanan dan banyak lagi. 

Alamat: Wisma Apple 2nd, 3rd, 4th Floor, 42-2, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
9:00 pagi  – 6:00 petang (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 5:00 petang (Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/applevacationsmy/ 

LAMAN WEB

9. Sedunia Travel

Sedunia Travel
Kredit Gambar: Sedunia Travel

Sedunia Travel merupakan antara agensi pelancongan yang terkenal dan dipercayai. Ia diasaskan pada tahun 1976 dan masih beroperasi sehingga kini. Apa yang membezakan Sedunia Travel dengan agensi pelancongan lain ialah kebanyakan kakitangannya telah menetap di destinasi-destinasi pelancongan yang ditawarkan secara tidak langsung ia dapat memudahkan proses perjalanan anda. Bukan itu sahaja, mereka juga turut menawarkan pakej percutian ke negara yang mesra Muslim.

Alamat: Tingkat 13, Menara Genesis, 33, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Jumaat)
Ditutup pada Sabtu & Ahad 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini 

Facebook: https://www.facebook.com/seduniatravel/ 

LAMAN WEB

10. M.S Star Travel Agencies Sdn Bhd

M.S Star Travel Agencies Sdn Bhd
Kredit Gambar: M.S Star Travel Agencies Sdn Bhd

MS Star Travel Agencies Sdn Bhd ialah sebuah agensi pelancongan yang boleh dipercayai dan terkenal di Kuala Lumpur. MS Star Travel Agencies Sdn Bhd merupakan antara agensi pelancongan terbaik untuk anda yang mempunyai bajet terhad. Ia menawarkan pelbagai pakej dari pelbagai lokasi di seluruh dunia. Untuk mendapatkan tawaran harga yang lebih rendah, anda boleh melayari laman sesawang mereka pada bahagian ‘Costsaver’.

Alamat: No 44, MS Star Travel Agencies Sdn. Bhd., 42, Jalan Raja Abdullah, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Jumaat)
9:30 pagi – 1:30 petang (Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/startravelsb/ 

LAMAN WEB

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close