30 Agensi SEO Terbaik di Malaysia 2023

Jika anda mahu laman web anda ditemui oleh ramai orang, laman web anda perlu muncul di halaman pertama Google. Untuk mencapai kedudukan ini, anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan firma search engine optimization (SEO). Matlamat firma ini adalah untuk meningkatkan kedudukan laman web anda dalam hasil carian di enjin carian.

Syarikat SEO akan mencari peluang untuk mendapatkan pautan dari laman web dalam bidang anda, direktori yang dipercayai, dan beberapa tempat yang lain. Mereka akan memastikan pautan tersebut mengarah kepada kandungan yang bermanfaat untuk pembaca bagi meningkatkan trafik dari sumber-sumber ini. Kini, terdapat beberapa agensi SEO yang menawarkan perkhidmatan pemasaran bersama perkhidmatan SEO untuk meningkatkan kedudukan laman web anda. Berikut adalah 30 agensi SEO terbaik di Malaysia.

Apakah Pendekatan Yang Paling Biasa Digunakan Dalam SEO?

Terdapat tiga pendekatan yang biasa digunakan dalam SEO.  Pendekatan-pendekatan ini adalah White Hat SEO, Black Hat SEO, dan Grey Hat SEO. Teknik White Hat SEO adalah pendekatan yang disyorkan oleh Google untuk mendapatkan kedudukan yang baik bagi mana-mana laman web atau laman sesawang. Bagi teknik Black Hat SEO pula, ia akan  memanipulasi dan mengeksploitasi algoritma-algoritma Google untuk mencapai hasil yang lebih cepat. Akhir sekali, Grey Hat SEO akan menggabungkan teknik White Hat SEO dan Black Hat SEO.

Apakah Jenis SEO Yang Digunakan Dalam Laman Web?

Terdapat 4 jenis SEO yang digunakan oleh kebanyakan individu. 4 jenis SEO itu adalah On-page SEO (on-site SEO), Off-page SEO (off-site SEO), Technical SEO, dan Local SEO. On-page SEO (on-site SEO) adalah aktiviti yang dijalankan secara terus di laman web atau halaman tersebut. Manakala Off-page SEO (off-site SEO) pula memberi keutamaan kepada semua aktiviti SEO di luar laman web anda. Technical SEO berperanan untuk meningkatkan capaian laman web anda bagi memudahkan pembaca sasaran berinteraksi dengan laman web tersebut. Local SEO pula memberi tumpuan kepada ranking dalam satu negeri, bandar atau kawasan tertentu.

30 Agensi SEO Terbaik di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Newnormz

Newnormz-Logo-Black-NEW
Kredit Gambar: NewnormZ
Newnormz-SEO-Why-Us
Kredit Gambar: NewnormZ

Newnormz mempunyai portfolio sebanyak 264 projek yang berjaya dan telah beroperasi selama lebih 7 tahun. Newnormz mempunyai kepakaran untuk membangunkan strategi digital berasaskan data yang memberikan hasil sebenar dan ROI. Di bawah perkhidmatan SEO mereka, Newnormz menyediakan pelbagai penyelesaian lengkap untuk membantu mengoptimumkan laman web anda dan mendapatkan peringkat yang tinggi di enjin carian. Mulai dari penyelidikan dan strategi kata kunci hingga pembinaan pautan, technical SEO, local SEO, on-page SEO, off-page SEO, eCommerce SEO, penulisan content, dan conversion rate optimization (CRO), mereka mempunyai segala yang anda perlukan untuk berjaya dalam dunia SEO yang sentiasa berkembang ini.

Sebagai sebuah syarikat pemasaran digital yang full-service di Malaysia, Newnormz menawarkan pelbagai perkhidmatan profesional, termasuk Iklan Facebook, Iklan Google, Iklan Instagram, Iklan LinkedIn, Iklan Youtube, Iklan Google Display, Iklan Google Shopping, Pemasaran Melalui E-mel, Pemasaran Melalui Whatsapp, Laman Web Perniagaan, Laman Web E-dagang, dan perkhidmatan SEO secara menyeluruh.

Waktu Operasi
9.00 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat) 
Tutup (Sabtu, Ahad)

AlamatB-03-05 (West) Menara PJ8 23, Jalan Barat Seksyen 8 46200 Petaling Jaya, Selangor

E-mel: support@newnormz.com.my 

Nombor Telefon: 017-5882291

semak laman web di sini
Review Pelanggan: “Pasukan Newnormz sangat berpengetahuan dan sabar dalam menerangkan apa yang mereka lakukan. Dalam masa sebulan, laman web saya sudah berada di halaman pertama untuk beberapa kata kunci. Sekarang saya juga tahu bagaimana menganalisis data laman web di Google Analytics dan Google Search Console. Sebab itu saya mengesyorkan mereka!”  - Jeff Yong from Hairdepot

2. LOCUS-T

LOCUS T
Kredit Gambar: Yellow Bees

LOCUS-T sentiasa komited untuk mengembangkan konsep dan penyelesaian baharu bagi memberikan kejayaan yang berterusan kepada rakan kongsi mereka. Mereka meluaskan bakat dan kepakaran mereka secara global untuk mencapai objektif perniagaan rakan kongsi mereka. LOCUS-T pakar dalam pelbagai penyelesaian digital termasuk reka bentuk laman web, Google SEO (Search Engine Optimization), Google Ads, dan Facebook Ads. LOCUS-T adalah Premier Google Partner yang komited untuk menawarkan penyelesaian digital berdasarkan prestasi kepada organisasi agar dapat membantu mereka mencapai hasil dan KPI yang memuaskan. Antara pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka adalah Sunway Property, Help International School dan GSK.

Waktu Operasi
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

AlamatLevel 17, Menara AmFirst, Jalan 19/3, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor

E-mel: customercare@locus-t.com.my 

Nombor Telefon017-262 2078

semak laman web di sini
Review Pelanggan: "Locus-T telah membantu mengoptimumkan kedudukan syarikat saya di Google dan mendatangkan pulangan pelaburan sebanyak 700% dalam bulan pertama. Selain daripada hasil yang cemerlang, pasukan mereka responsif dan prihatin terhadap perubahan yang diperlukan pada setiap bulan. Saya mengesyorkan mereka jika anda ingin syarikat anda mempunyai komitmen online yang kompetitif." - Jonathan Tiong

3. Nexus Mediaworks

Nexus Mediaworks
Kredit Gambar: Nexus Mediaworks

Nexus Mediaworks menyediakan pelbagai perkhidmatan SEO termasuk technical SEO, e-commerce SEO, local SEO, international SEO, human content optimization, perkhidmatan enterprise SEO, perkhidmatan audit SEO, dan SEO analytics. Mereka juga menyediakan perkhidmatan pemasaran digital untuk iklan Google, Facebook, LinkedIn, dan Youtube. Selain itu, perkhidmatan profesional mereka meliputi pengurusan media sosial, perkhidmatan analitik, dan pembangunan UI/UX untuk meningkatkan laman web anda.

Waktu Operasi
9.00 pagi – 6.30 petang (Isnin – Jumaat)
9.00 pagi – 5.00 petang (Sabtu)  
Tutup (Ahad)

AlamatSuite A, IOI Boulevard, A-1-36, Jalan Kenari 7, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor

E-mel: info@nexusmediaworks.com 

Nombor Telefon014-338 0918

semak laman web di sini
Review Pelanggan:  "Berkat Nexus Mediaworks, kini kami memahami pentingnya SEO dan mereka telah membimbing kami semasa migrasi ke platform e-dagang baru. Selain itu, mereka mengajar kami tentang bagaimana untuk melakukan pemetaan SEO. Tanpa nasihat mereka, kami mungkin meninggalkan platform lama dan membuang trafik yang berharga." - Senheng 

4. Robin Ooi

Robin Ooi
Kredit Gambar: Robin Ooi

Pertimbangkan untuk menggunakan agensi SEO Robin Ooi jika anda mencari perkhidmatan pemasaran SEO yang boleh disesuaikan dengan kehendak anda. Mereka akan membangunkan pelan SEO yang berkesan berdasarkan keperluan syarikat anda. Selain itu, mereka menawarkan perkhidmatan perundingan dan latihan SEO yang mungkin berguna untuk pelanggan perniagaan anda. Mereka akan melibatkan stakeholder dalam perniagaan anda untuk membangunkan pelan SEO/SEM yang berkesan untuk membantu anda mencapai KPI.

Waktu Operasi
10.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

Alamat390-G, Jalan Panchor, Taman Continental, 11600 George Town, Pulau Pinang

E-mel: robin@robin-ooi.com 

Nombor Telefon011-1442 6865

semak laman web di sini
Review Pelanggan: "Robin Ooi sangat sabar dan bekerja dengan caranya yang tersendiri. Syarikat kami berjaya mendapatkan pendedahan online yang memuaskan disebabkan beliau. Jangan ragu-ragu untuk menggunakan khidmat beliau!”  – Mason Jacob

5. NexMind

NexMind
Kredit Gambar: NexMind

NexMind atau sebelum ini dikenali sebagai NexODN, adalah agensi SEO pertama yang melancarkan platform Machine-Learning Search Engine Optimization bagi Artificial Intelligence (AI) di dunia. Pelancaran ini adalah untuk perkhidmatan (Saas) di Malaysia. Mereka menyediakan beberapa perkhidmatan pengoptimuman yang bertumpu kepada pengguna laman web dan penulisan kandungan. Selain itu, mereka juga menawarkan expert on-page optimization dan search engine optimization di bawah pakej utama NexODN Machine Learning mereka. NexMind mempunyai beberapa pakej yang disenaraikan di laman web mereka yang berharga dari 99$ hingga 2748$. Mereka juga menyediakan ujian percubaan percuma selama sebulan untuk menguji perkhidmatan mereka.

Waktu Operasi
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

AlamatA-5-36, Suite A, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

E-mel: info@nexodn.com 

Nombor Telefon603-8602 3735

semak laman web di sini
Review Pelanggan: "Semua unit TERJUAL untuk setiap menara dengan menggunakan strategi SEO oleh NexMind. Pendapatan jualan meningkat sebanyak 60%. 80% unit untuk menara lain meningkat melalui strategi SEO yang disediakan oleh syarikat ini." - LBS Bina Group Berhad

6. Sterrific Agency

Sterrific Agency
Kredit Gambar: Sterrific Agency

Sterrific Agency mencipta dan mengasah bahan untuk kegunaan dunia digital semasa. Agensi ini menghasilkan pengalaman pengguna yang memuaskan melalui perkhidmatan seperti reka bentuk laman web, SEO, pemarkahan, e-dagang, penulisan kandungan, fotografi, dan pengeluaran video. Perkhidmatan SEO mereka berfokus pada ROI dan termasuk penulisan kandungan SEO, reka bentuk laman web SEO, latihan dan perundingan SEO, perkhidmatan Pay-per-Click, analisis SEO, dan pengoptimuman imej.

Waktu Operasi
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

AlamatA-12-3A, Plaza Taragon, 6, Jalan SS 6/3, 47301 Petaling Jaya, Selangor

E-mel: hello@sterrific.com.my 

Nombor Telefon014-638 3888

semak laman web di sini
Review Pelanggan: "Temanya kelihatan hebat dan dapat sokongan yang baik. Anda mungkin memerlukan sedikit usaha untuk mendapatkan struktur yang diingini tetapi saya suka dengan hasil yang diberikan." -John Smith, Fancy Media

7. Primal

Primal
Kredit Gambar: Primal

Primal adalah sebuah firma pemasaran digital di Malaysia. Mereka memiliki pengetahuan, pengalaman, dan keinginan untuk membangunkan strategi digital berasaskan data yang mampu menjangkaui online noise sekali gus menyediakan hasil dan ROI bagi perniagaan anda. Primal akan membawa jenama anda ke era digital. Primal akan bekerjasama dengan anda untuk membangunkan penyelesaian yang inovatif dan bersepadu serta membantu anda mencapai, menarik, dan melibatkan pembaca sasaran anda. Mereka menyediakan perkhidmatan seperti pengiklanan Google dan Facebook, PPC, pemasaran media sosial, reka bentuk, dan SEO. Perkhidmatan SEO mereka termasuk audit SEO, enterprise SEO, local SEO, video SEO, mobile SEO, international SEO, link building dan google penalty recovery. 

Waktu Operasi
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

AlamatMercu 2, Level 40, No. 3 Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

E-mel: https://www.primal.com.my/contact-us/

semak laman web di sini
Review Pelanggan: "Primal telah menjadi sebuah agensi pemasaran digital yang hebat untuk kami. Mereka telah membuatkan laman web profesional untuk kami dan kami sangat gembira dengan prestasi laman web tersebut. Kami telah berjaya mendapatkan pelanggan baru dan menubuhkan perniagaan kami. Kami menghargai kerja Jonathan yang telah mengurus projek ini untuk kami. Beliau sangat membantu dan komited. Teruskan memberi kerja yang terbaik!" - Maria Belmont

8. Nexis Novus Technology

Nexis Novus Technology
Kredit Gambar: Nexis Novus Technology

Nexis Novus Technology adalah sebuah agensi SEO yang memahami nilai melakukan penyelidikan kata kunci untuk laman web anda. Matlamat utama pakar SEO mereka adalah untuk memastikan laman web anda muncul di halaman hasil carian enjin pencari, sekali gus akan meningkatkan trafik dan kadar penukaran laman web anda. Pakar SEO mereka memberi tumpuan kepada penggunaan algoritma carian Google yang terbaik dan terkini dengan kajian kes yang disokong. Untuk memastikan kempen SEO berjaya, mereka berusaha memberikan teknik search engine optimization (SEO) terbaik, penyelidikan kata kunci SEO, pengoptimuman laman web dalam dan luar tapak, pemasaran kandungan, dan pautan balik yang berkualiti.

Waktu Operasi
9.00 pagi – 7.00 petang (Isnin – Jumaat)
24 jam (Sabtu, Ahad)  

Alamat22-2, Jalan Radin Bagus 3, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

E-mel: support-my@nexis-novus.com 

Nombor Telefon018-666 1810

semak laman web di sini
Review Pelanggan: "Pasukan yang profesional! Mereka membantu laman web kami mendapatkan ranking untuk kata kunci tertentu dalam masa 1 bulan untuk jenama, dan kemudian 3 bulan untuk kata kunci am lain! Pengalaman yang menyenangkan dengan laporan terperinci & perancangan strategi untuk setiap pertemuan. Kami sangat mengesyorkan anda bekerjasama dengan mereka untuk projek SEO!" - John Lee

9. Adam SEO

Adam SEO
Kredit Gambar: Adam SEO

Adam SEO adalah agensi SEO yang menyediakan perkhidmatan SEO Google untuk perniagaan seperti perniagaan tempatan, e-dagang, saluran Youtube, perniagaan tahap perusahaan, kedai Shopify, dan perkhidmatan pengurusan reputasi online. Mereka menggunakan 4 strategi pemasaran SEO yang mudah dan efisien seperti analisis, optimisasi kadar penukaran, dominasi trafik carian, serta penglibatan semula dan tindak balas. Perkhidmatan SEO yang disediakan oleh mereka termasuklah Ecommerce SEO, Local SEO, YouTube SEO, International SEO, Off-Page SEO (Pembinaan Pautan), On-Page SEO (Pengoptimuman Laman Web), Audit SEO, Technical SEO, dan Online Reputation Management Service (ORM). Adam SEO menggunakan alat SEO terkini seperti SEMRUSH, ahrefs dan Screaming Frog. Pakej SEO mereka bermula dari RM 2,500 hingga RM 4,500.

Waktu Operasi
10.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

AlamatLevel 23, Premier Suites, 1 Mont Kiara No 1, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

E-mel: hello@adam-seo.com 

Nombor Telefon016-699 9393

semak laman web di sini
Review Pelanggan: "Saya telah menggunakan perkhidmatan Adam selama bertahun-tahun. Saya gembira kerana laman web saya sentiasa berada di 10 teratas dalam enjin pencarian. Semua ini adalah hasil kerjanya. Secara peribadi, saya dapati dia adalah seorang yang boleh dipercayai, jujur, dan yang paling penting, berdedikasi terhadap kerjanya." – Lee Kins

10. iMarketing

iMarketing
Kredit Gambar: iMarketing

iMarketing akan membantu perkembangan organisasi anda melalui pendekatan pemasaran digital yang dipersonalisasi merangkumi Google Display Advertising, Search Engine Optimisation (SEO), Search Engine Marketing (SEM), dan Social Media Marketing (SMM). Sebagai rakan Google Ads, iMarketing diiktiraf oleh Google kerana menyediakan perkhidmatan Google Ads berkualiti tinggi kepada pelanggan. Staf di iMarketing mendapatkan sokongan dan pendidikan daripada Google SEA, dan mereka berusaha untuk mencapai standard kualiti dan hasil yang melebihi norma. Mereka mempunyai tiga pakej SEO, iaitu pakej asas, pakej lanjutan, dan pakej premium.

Waktu Operasi
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

AlamatV02-07-09, Sunway Velocity Jalan Peel, Kuala Lumpur, 55100 Malaysia.

E-mel: sales@imarketing.com.my 

Nombor Telefon011-5633 2263/03-6789 2263

semak laman web di sini
Review Pelanggan: "Pasukan iMarketing MY memang bagus. Mereka sentiasa mencari cara untuk meningkatkan kempen pelanggan mereka secara berkala. Kami baru sahaja memulakan kempen SEO kami dengan iMarketing MY pada bulan September 2021. Sejak itu, kami telah melihat peningkatan yang ketara dalam prestasi laman web kami dari September lalu hingga Februari ini. Mereka berjaya mengoptimumkan 5 kata kunci seperti yang dijanjikan. Jumlah frasa kunci meningkat sebanyak 414 pada Februari 2022 berbanding September 2021, iaitu peningkatan sebanyak 69%, dan 10 daripada 98 frasa kunci berada di halaman pertama. Lebih menarik lagi, trafik organik meningkat sebanyak 42% pada Februari 2022 berbanding September 2021 walaupun saya hanya meminta peningkatan sebanyak 20% trafik organik sahaja. Mereka juga berjaya mencipta 68 pautan balik dengan jayanya." - Joy Liu

11. Cleverus

Cleverus
Kredit Gambar: Cleverus

Cleverus telah menerima anugerah di atas prestasi cemerlang mereka. Syarikat ini akan membantu meningkatkan trafik laman web anda serta meningkatkan peringkat enjin carian yang berkualiti. Pasukan di Cleverus mempunyai penguasaan sepenuhnya dalam teknikal SEO, pengetahuan SEO, pemasaran kandungan, dan copy writing. Ini membolehkan Cleverus mencapai matlamat dan keperluan organisasi pelanggan mereka dengan laman web yang kompleks dalam industri korporat yang penuh persaingan. Perkhidmatan SEO yang mereka tawarkan adalah termasuk audit SEO, analisis SEO, Technical SEO, On-page SEO & off-page SEO, Local SEO dan E-commerce SEO.

Waktu Operasi
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
9.00 pagi – 1.00 petang (Sabtu)
Tutup (Ahad)

AlamatLevel 28, The Gardens South Tower, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

E-mel: info@cleverus.com 

Nombor Telefon03-9054 3113

semak laman web di sini
Review Pelanggan: "Cleverus adalah agensi yang sangat boleh dipercayai dan berdedikasi. Mereka membantu kami dengan keperluan SEM, SEO, dan pengoptimuman laman web. Penguasaan mereka dalam bidang ini, bersama kesediaan mereka untuk sentiasa memberikan yang terbaik (tanpa mengira ganjarannya) menjadikan mereka pasukan yang tidak ternilai. Saya berharap dapat berkerjasama dengan mereka lagi dalam masa terdekat.” - Bernard Yong, Head, Strategic Marketing & Brand Experience, Mah Sing Group

12. EASYSEO

EASYSEO
Kredit Gambar: EASYSEO

Di pasaran SEO, EASYSEO terkenal dengan kepakarannya dan pengalaman yang luas. Kelebihan mereka adalah termasuk kerja profesional, pasukan berpengalaman, sistem yang canggih, tumpuan kepada inovasi, dan pendekatan berorientasikan hasil. Mereka mempunyai 28 ahli pasukan dan lebih daripada 1,012 projek telah selesai. Selain itu, mereka juga mempunyai 728 pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Syarikat ini memiliki lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam bidang ini. EASYSEO menawarkan tiga pakej SEO, iaitu SEO Basic, SEO Deluxe, dan SEO Ultimate, dengan harga bermula dari RM 1,200 hingga RM 2,300.

Waktu Operasi
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
9.00 pagi – 1.00 petang (Sabtu)
Tutup (Ahad)

AlamatA-3A-9, Pelangi Square, Pelangi Damansara, Persurian 6, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

E-mel: enquiry@easyasia.com.my 

Nombor Telefon: +6011-1630 6682 (Jualan / Enquiry) /+603-7722 2257 (Khidmat Pelanggan)

semak laman web di sini
Review Pelanggan: "Kami telah melihat peningkatan dalam tahap interaksi bersama pengguna. Saya mengesyorkan anda menggunakan perkhidmatan reka bentuk laman web dan SEO Easy Asia kepada semua rakan perniagaan saya. Anda memang terbaik! Kerjasama dengan anda telah membantu kami mengembangkan perniagaan ke tahap seterusnya." - Mr Ronald Te, Managing Director of Bright Pancar Sdn Bhd

13. BThrust

BThrust
Kredit Gambar: BThrust

BThrust adalah konsultan SEO Malaysia yang membantu meningkatkan perniagaan untuk mendapatkan peringkat lebih tinggi di enjin carian. Analisis trafik dan persaingan mereka adalah berguna kerana ia memberitahu anda tentang usaha pemasaran digital anda yang memberi impak positif kepada pasaran. Selain itu, ia membolehkan anda membuat keputusan berdasarkan data yang diperolehi. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat ini adalah Traffic Analysis, Competitor Analysis, SEO & Analisis Web, Link Building, SEM, Keyword Research, SEO Results dan Content Marketing.

Waktu Operasi
9.00 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

AlamatSO-28-3 Menara 1, No. 3 Jalan Bangsar, KL ECO City, 59200 Kuala Lumpur

E-mel: sales@bthrust.com.my 

Nombor Telefon: +60 12243 3001/ +60 32201 2799

semak laman web di sini
Review Pelanggan: "Terima kasih, Bthrust kerana telah membantu saya mendapatkan ranking kata kunci packaging yang paling kompetitif ke halaman pertama hanya dalam masa 1 bulan. Dan terima kasih kepada Skelley atas perkhidmatan yang baik dalam menerangkan seluruh proses SEO." - Calvin Oon (Carvin)

14. Gapture Malaysia

Gapture Malaysia
Kredit Gambar: Gapture Malaysia Sdn Bhd

Gapture Malaysia menawarkan pelbagai teknik pemasaran digital yang mengagumkan. Syarikat ini beroperasi di seluruh negara dan berpusat di Kuala Lumpur. Gapture merupakan salah satu daripada beberapa Certified Google Partners yang berlencana biru di Malaysia. Semua ini telah diasaskan oleh seorang Google Regional Trainer yang berlesen dan pakar dalam bidang carian, paparan, pembelian, mudah alih, dan video. Gapture Malaysia menyediakan perkhidmatan seperti Social Media Marketing, Social Media Management, Search Engine Optimization, Kreatif & Reka Bentuk, Fotografi & Videografi, Analitik & Transformasi Data, ConversionSite™, Pembangunan Laman Web dan Influencer Marketing.

Waktu Operasi
9.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

AlamatSuite 10.03, Level 10 The Gardens South Tower, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur

E-mel: hello@gapture.com 

Nombor Telefon011-5500-9898

semak laman web di sini

15. Silver Mouse

Silver Mouse
Kredit Gambar: Silver Mouse

Silver Mouse adalah agensi yang menyediakan perkhidmatan pemasaran, kreativiti, dan video. Mereka mempunyai pasukan pakar yang berpengalaman dan khusus dalam pelbagai industri seperti runcit, jenama pengguna, hotel, hartanah, B2B, dan teknologi. Bagi perkhidmatan SEO, mereka menyediakan audit laman web, strategi kata kunci, pengoptimuman laman web, site tools, site plugins, website optimization, pembangunan kandungan, inbound links, dan pemantauan bulanan.

Waktu Operasi
10.00 pagi – 7.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

Alamat5-6-2, Block 5, Level 6, VSQ, Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

E-mel: hello@silvermouse.com.my 

Nombor Telefon+603-79323218 (NA as WFH)

semak laman web di sini
Review Pelanggan: "Kerjasama dengan agensi ini memberikan hasil yang positif. Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan Silver Mouse tetapi pengalaman secara keseluruhannya adalah hebat. Mereka sangat profesional dan memenuhi jadual masa kami, tetapi yang paling penting adalah hasil kerja mereka yang berkualiti dan harga perkhidmatannya sangat kompetitif. Saya pasti akan menghubungi mereka lagi untuk projek-projek akan datang."  - Danny Lau

16. Webnatics

Webnatics
Kredit Gambar: Webnatics

Webnatics merupakan agensi digital dan pemasaran enjin terbaik di Asia Tenggara. Webnatics beroperasi di Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam, dan Sri Lanka. Mereka juga merupakan Google AdWords Premier SMB Partner. Pasukan di Webnatics komited untuk menyediakan perusahaan kecil dan besar dengan inisiatif digital dan pemasaran enjin yang berjaya sekali gus memberi pulangan pelaburan. Syarikat Webnatics yang semakin berkembang dan pengiktirafannya sebagai Google SME Agency pada tahun 2010 telah menunjukkan falsafah perniagaannya kepada pelanggan dan rakan kongsi. Webnatics menyediakan perkhidmatan SEO yang merangkumi Site Audit, Competitive Analysis dan Plan & Execute SEO Work.

Waktu Operasi
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

Alamat3-11-13A, UOA Business Park,, No 1, Jalan Pengaturcara U1/51A, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor

E-mel: info@webnatics.com.my 

Nombor Telefon03-5885 1798

semak laman web di sini
Review Pelanggan:  "Kami telah menggunakan perkhidmatan Webnatics dalam kempen SEM kami sekitar 2 tahun yang lalu. Kami sangat gembira dengan perkhidmatan pasukan mereka terutamanya dalam memberi respons yang pantas terhadap pertanyaan kami. Kami telah mencuba banyak penyedia SEM/SEO. Kami dapati Webnatics memberikan hasil terbaik kerana kami mendapat banyak panggilan/ emel yang berminat untuk mengetahui tentang perkhidmatan kami. Mereka (berbeza dengan syarikat web lain) mengambil inisiatif untuk menghubungi kami bagi mendapatkan info terkini. Baru-baru ini, kami meningkat taraf pemasaran SEM kami kepada kempen SEM dan SEO. Mereka memang sebuah syarikat yang boleh dipercayai!" - Mr Alex Liau, Clinical Director, Nuture Pods Pte Ltd

17. JustSimple

JustSimple
Kredit Gambar: JustSimple

JustSimple adalah penyedia perkhidmatan Search Engine Optimization (SEO) yang berjaya dan telah diakreditasi oleh Google. Syarikat ini boleh membantu perniagaan tempatan untuk mencapai ranking teratas di Google. JustSimple memberikan kempen SEO yang melebihi jangkaan ranking, trafik, dan jualan. Perkhidmatan SEO yang mereka sediakan termasuk Audit SEO, Technical SEO, Local SEO, International SEO, Ecommerce SEO and SEO Training. JustSimple menggunakan pelbagai alat SEO untuk menilai dan mengesan keberkesanan laman web anda. Mereka menyediakan semua aspek perkhidmatan optimasi enjin carian, seperti menetapkan objektif strategi SEO, penyelidikan pasaran kata kunci, struktur laman web, pengoptimuman kandungan, penyediaan laporan ranking berkala, dan menawarkan perkhidmatan pemasaran internet khusus, termasuk pembinaan pautan dan pemasaran kandungan.

Waktu Operasi
9.30 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

AlamatB-2-09, Block B, Jalan PJU 1A/41B, NZX Commercial Centre, Ara Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

E-mel: info@justsimple.com.my 

Nombor TelefonJualan: +603 7885 0606/ Support: +603 7885 0707

semak laman web di sini
Review Pelanggan: "Syarikat reka bentuk laman web ini adalah profesional dalam membina reka bentuk laman web yang cantik untuk kami. Perkhidmatan mereka juga sangat mesra dan pasukan sokongan mereka berjaya menyelesaikan masalah laman web saya walaupun memerlukan masa yang panjang. Walaupun mereka berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi, mereka tetap memberi panduan tentang langkah seterusnya yang perlu saya ambil. Saya benar-benar mengesyorkan syarikat ini." - Sherry Kok

18. SearchGuru

SearchGuru
Kredit Gambar: SearchGuru

SearchGuru merupakan sebuah agensi digital yang telah menerima anugerah. Mereka pakar dalam pemasaran prestasi dan mempunyai lebih daripada 100 pakar dari pelbagai bidang digital. Kekuatan mereka berasal daripada pelbagai profesional yang sentiasa berusaha melaksanakan taktik berjaya yang menggabungkan media dan kreativiti. Mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan terutamanya daripada SEO sehinggalah kepada Foundry dan Paid Media. Bagi perkhidmatan SEO pula, mereka menyediakan Penilaian Audit SEO secara menyeluruh, SEO eCommerce, SEO On-site & Off-site, SEO untuk Pelbagai Wilayah, Website Architecture Optimisation, konsultasi SEO, Conversion Rate Optimisation, Online Reputation Management, Content Marketing, App Store Optimisation, Analytics & Tracking Solutions dan Google Penalty Recovery.

Waktu Operasi
9.30 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

AlamatSuite 7.01, Level 7, Centrepoint North, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur

E-mel: sales@searchguru.co 

Nombor Telefon03 2284 1717

semak laman web di sini
Review Pelanggan: "Ia adalah pengalaman yang baik apabila bekerjasama dengan SearchGuru. Mereka komited dan sentiasa memberi nasihat tentang trend pasaran. Kami telah menggunakan perkhidmatan agensi ini untuk kempen penukaran bagi beberapa pasaran utama. Pasukan mereka membantu kami mencapai peningkatan yang baik dalam ROI. Saya sangat mengesyorkan anda untuk bekerjasama dengan SearchGuru bagi penyelesaian kempen dan banyak lagi."  - Veronica Wong, Digital Marketing Manager, Malindo Airways 

19. Bomstart Media

Bomstart Media
Kredit Gambar: Bomstart Media

Bomstart Media adalah sebuah firma pemasaran digital yang berkembang pesat. Mereka menyediakan perkhidmatan pemasaran digital untuk membantu usahawan mencapai kejayaan dalam ekonomi digital. Diasaskan pada tahun 2018, Bomstart Media telah menjadi firma yang diiktiraf dalam perkhidmatan pemasaran digital tempatan oleh pelanggan dari pelbagai industri. Syarikat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan pemasaran digital untuk perniagaan online anda, termasuk SEO, Iklan Facebook, Iklan Google, pemasaran melalui e-mel, pemasaran rakan kongsi, pembinaan laman web, reka bentuk grafik, dan penulisan kandungan. Bomstart Media adalah firma pemasaran digital yang ideal. Mereka menawarkan perkhidmatan yang boleh dipercayai dan terkini untuk memenuhi keperluan anda, sama ada anda baru memulakan perniagaan atau sudah mempunyai perniagaan yang kukuh.

Waktu Operasi
10.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

AlamatNo. 2a-1, Jalan Pju 5/20d, The Strand, Jalan PJU 8/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

E-mel: hello@bomstart.my 

Nombor Telefon(+603) 6144 6863 or (+6012) 694 2918

semak laman web di sini
Review Pelanggan: "Perkhidmatan SEO yang luar biasa. Dari semua agensi pemasaran digital yang saya lihat, Bomstart Media adalah agensi yang paling jelas, bersemangat, dan berpengetahuan. Perjalanan saya sebelum ini amat mencabar, sukar, dan penuh rintangan untuk menemui syarikat yang menawarkan perkhidmatan SEO yang boleh dipercayai dan berkualiti tinggi. Sebelum ini, laman web saya tidak mendapatkan sebarang pelawat. Saya telah mencuba pelbagai tip SEO yang ada, tetapi hasilnya tidak memberangsangkan. Saya tidak mampu berhadapan dengan pelanggan saya. 

Oleh sebab itu, saya menghubungi Bomstart untuk membantu saya. Mereka menunjukkan kepada saya teknik SEO yang mudah namun berkuasa untuk mendapatkan kedudukan lebih tinggi dalam carian Google. Luar biasa, ia benar-benar mengagumkan! Bomstart telah membantu pengiklanan saya menjadi hebat."  - Zafifi Ideris

20. Google Page Rank 1 SEO Malaysia

Google Page Rank SEO Malaysia
Kredit Gambar: Google Page Rank 1 SEO Malaysia

Google Page Rank 1 ialah sebuah firma SEO yang memberi tumpuan kepada penciptaan laman web WordPress mesra telefon bimbit, pengoptimuman kelajuan laman, dan SEO. Syarikat ini dikendalikan oleh Jaap Snoeck Henkemans, iaitu seorang pakar SEO di Malaysia. Perkhidmatan yang disediakan termasuklah Penyelesaian SEO untuk laman web WordPress dan bukan WordPress, Page Loading Speed Boost dan Reka Bentuk Laman Web. Salah satu ciri unik syarikat ini adalah anda boleh meminta Analisis SEO secara percuma bagi laman web anda dengan hanya mengisi borang di laman web mereka.

Waktu Operasi
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

Alamat34, Jalan Kapas, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

E-mel: info@page-rank1.com 

Nombor Telefon016 4670642

semak Laman web di sini
Review Pelanggan: "Saya memerlukan SEO untuk laman web saya dan Jaap dari Google Page Rank 1 SEO disyorkan kepada saya. Jadi saya memutuskan untuk menggunakan perkhidmatan beliau. Semasa projek SEO ini berjalan, barulah saya tahu mengapa beliau merupakan salah seorang pakar SEO yang ramai cari. Apa yang beliau lakukan adalah melebihi jangkaan saya. Kecekapan, kerja keras, pemikiran kritis dan keberaniannya untuk membuat perubahan yang bermanfaat kepada kandungan laman web saya telah memberikan hasil. Beliau sentiasa memberi lebih daripada apa yang dijanjikan. Saya sangat mengesyorkan perkhidmatan Jaap kepada mana-mana pemilik perniagaan yang memerlukan dorongan penting dalam penglihatan laman web mereka di Google. Terima kasih, Jaap!" - Freda Liu, Moderator, Emcee, Writer, www.fredaliu.com

21. Perfect Viral

Perfect Viral
Kredit Gambar: Perfect Viral

Perfect Viral memberikan penyelesaian pemasaran digital yang berkesan dan membolehkan pelanggan memperluas perniagaan mereka dengan jayanya. Mereka percaya bahawa teknologi terkini, reka bentuk yang cemerlang, dan pemasaran internet yang berterusan adalah komponen utama dalam penyelesaian digital yang hebat. Agensi ini menyediakan perkhidmatan seperti Pay-per-Click (PPC), Search Engine Optimization (SEO), Reka Bentuk dan Pembangunan Laman Web, Pemasaran Media Sosial, Iklan Youtube, dan Iklan Facebook. Perkhidmatan SEO yang mereka tawarkan adalah seperti Local SEO, On-Site and Off-Site, Technical SEO, Link Development dan Penalty Work.

Waktu Operasi
10.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

Alamat10, Denai Pinang 26, Tanjung Tokong, 10470 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

E-mel: info@perfectviral.com 

Nombor Telefon+60164850706

semak laman web di sini
Review Pelanggan: "Kami sudah bekerjasama dengan Perfect Viral selama lebih kurang 6 bulan. Perkhidmatan yang diberikan sangat profesional dan kami telah melihat peningkatan dalam jualan dan hasil organik. Chong sangat komited dalam kerjanya dan membalas mesej kami dengan pantas. Beliau juga melakukan penyelidikan lanjut dan memberikan cadangan untuk kata kunci. Terima kasih kepada semua dan mari teruskan kerja yang baik." - John Dave

22. RankingMatter

RankingMatter
Kredit Gambar: RankingMatter

RankingMatter adalah pembekal perkhidmatan pemasaran Local SEO, terutamanya untuk perniagaan kecil. Dengan bajet yang terhad bagi perniagaan kecil, RankingMatter memastikan syarikat-syarikat kecil masih mampu membeli perkhidmatan mereka. RankingMatter menawarkan 4 pelan perkhidmatan SEO iaitu Super, Deluxe, Ultra Value, dan Premium. Harga perkhidmatan mereka bermula dari RM 1,500 hingga harga yang disesuaikan untuk pakej premium.

Waktu Operasi
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

AlamatU43, B2, NSK Kuchai Lama, Jalan 1/127, Kuchai Business Centre, 58200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

E-mel: info@rankingmatter.com 

Nombor Telefon017 2522 866

semak laman web di sini
Review Pelanggan:  "Kata kunci saya mendapat kedudukan dalam masa 30 hari selepas kempen SEO. Perkhidmatan firma ini sangat disyorkan untuk Local SEO, Yoast SEO, dan pemasaran online." - Sharon Wei, Creative Director

23. AsiaPac Digital

AsiaPac Digital
Kredit Gambar: AsiaPac Digital

Asia Pac Digital adalah sebuah firma pemasaran digital yang terkemuka di kawasan Asia Pasifik. Mereka mempunyai pejabat di Malaysia, Taiwan, Thailand, Singapura, Shanghai, Guangzhou, Macau, dan Shenzhen. Perkhidmatan yang mereka sediakan termasuk Programmatic Advertising, Search Engine Marketing, SEO, Social Media Marketing, Content Marketing, Influencer Marketing, Video Marketing dan Display Advertising. Selain itu, mereka juga menyediakan Audit SEO, Analisis Strategik Pesaing, Penyelidikan & Pemilihan Kata Kunci, Cadangan Kandungan Laman Web, Pembinaan Pautan yang Berkesan, serta Laporan & Analisis Data bagi perkhidmatan SEO mereka.

Waktu Operasi
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

AlamatUnit 3110, Level 30, 31 & 32, Menara Prestige, No. 1 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

E-mel: info.my@adtechinno.com 

Nombor Telefon+60 1 6241 9567

semak laman web di sini
Review Pelanggan: "Kami amat berbesar hati untuk mengekalkan hubungan partnership yang baik dengan pasukan AsiaPac. Melalui analisis data secara menyeluruh, pengetahuan industri, dan maklumat terkini dalam pemasaran digital yang mereka miliki, kami sentiasa mendapat idea yang hebat tentang bagaimana untuk meningkatkan platform media sosial kami."  - Cashing Pro

24. Simple Internet Communications

Simple Internet Communications
Kredit Gambar: Simple Internet Communications

Simple Internet Communications dikenali sebagai firma Search Engine Optimisation (SEO) yang terbaik di Malaysia. Syarikat ini menawarkan rangkaian penuh perkhidmatan Search Engine Marketing (SEM) di mana Pay Per Click (Google Adwords) dan Search Engine Optimization (SEO) adalah elemen penting dalam projek ini. Mereka mempunyai pengalaman dalam bidang ini selama lebih daripada 21 tahun. Selain itu, lebih 300 pelanggan mereka telah menggunakan perkhidmatan firma ini selama 8 hingga 10 tahun dan mereka berpuas hati dengan hasilnya. Antara perkhidmatan yang mereka tawarkan adalah Search Engine Optimisation (SEO), Google AdWords (Pay Per Click), Google Remarketing, Pemasaran Facebook, dan Reka Bentuk Laman Web. Pasukan mereka akan melakukan usaha SEO yang berterusan, seperti penambahbaikan kandungan, pembinaan pautan, penulisan kandungan, dan sebagainya agar laman web anda muncul di halaman pertama hasil daripada carian Google.

Waktu Operasi
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

AlamatUnit 8-3, Block 2, Jalil Link, Jalan Jalil Jaya 2, Bukit Jalil 57000, Kuala Lumpur, Malaysia

E-mel: enquiry@simple-seocompany.com 

Nombor Telefon+6 (03) 8994 0500

semak laman web di sini

25. Impossible Marketing

Impossible Marketing
Kredit Gambar: Impossible Marketing

Impossible Marketing telah menjadi Google Partner sejak 2014. Syarikat ini merupakan syarikat pemasaran digital terkemuka di Malaysia dan Singapura. Syarikat ini telah diberi pengiktirafan secara langsung daripada Google, Yahoo/Bing Advertisement Academy dan organisasi terkemuka yang lain dalam bidang pemasaran digital. Impossible Marketing membantu syarikat anda menghasilkan pelanggan berkualiti tinggi dengan memberi tumpuan kepada komponen pemasaran dan penukaran di laman web anda. Bagi mereka, nilai sebenar sesuatu laman web ditentukan oleh bilangan pelanggan berkualiti tinggi yang dapat membantu memperluaskan perniagaan anda. Impossible Marketing akan memberi tumpuan bagi meningkatkan trafik dan penukaran laman web anda. SEO, Pay Per Click, dan Social Media Marketing adalah antara beberapa perkhidmatan pemasaran yang mereka tawarkan. Perkhidmatan-perkhidmatan ini sangat berkesan dan berpatutan.

Waktu Operasi
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

AlamatLevel 20, Menara Standard Chartered, 30, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

E-mel: enquiry@impossible.com.my 

Nombor Telefon017-686 8360

semak laman web di sini
Review Pelanggan: "Kami sangat gembira dengan hasil yang diberikan oleh Impossible. Kami pernah bekerjasama dengan banyak agensi sebelum ini untuk menguruskan kempen kami dan kos bagi setiap pelanggan adalah antara $8-$15. Kami bertemu dengan Lynn dan memutuskan untuk meneruskan kempen dengan beliau. Dalam tempoh singkat selama 3 minggu, beliau membawa kepada kami 95 pelanggan dengan hanya menghabiskan $140. Ia bermakna kurang dari $1.50 bagi setiap pelanggan!" - Linda, Sales & Marketing

26. Shinjiru Web Hosting

Shinjiru Web Hosting
Kredit Gambar: Shinjiru Web Hosting

Shinjiru Web Hosting adalah penyelesaian lengkap untuk Microsoft, cloud platform, dedicated names, web hosting dan perkhidmatan IT yang lain. Selain itu, mereka menawarkan pendaftaran nama domain, sijil SSL, perkongsian web hosting, pembinaan laman web, reka bentuk laman web, pemasaran melalui e-mel, pemasaran SEO, keselamatan laman web, dedicated server, server virtualization, virtual private servers (VPS), server colocation, disaster recovery, public cloud, private cloud, Microsoft 365, Office 365, Microsoft Exchange Online, dan banyak lagi.  Untuk meningkatkan rating laman web anda, anda perlu menggunakan strategi SEO yang terbaik seperti cadangan pembinaan pautan, SEO teknikal, pengoptimuman laman luar dan laman dalam, serta pengoptimuman carian tempatan untuk perniagaan Malaysia.

Waktu Operasi
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

AlamatNo.19-2, Wisma Laxton, Jalan Desa, Taman Desa, Off Jalan Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur, Malaysia.

E-mel: contactus@shinjiru.com.my 

Nombor Telefon03-7987 1191

semak laman web di sini

27. Exabytes Digital Marketing

Exabytes Digital Marketing
Kredit Gambar: Exabytes Digital Marketing

Exabytes Digital adalah sebahagian daripada Kumpulan Exabytes. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2001 . Tujuan penubuhan mereka adalah untuk membantu PKS memperluas kehadiran mereka secara online. Pada tahun 2015, mereka dipilih oleh Google sebagai Premier Partner untuk menyediakan Google AdWords Online Advertising. Exabytes Digital merupakan sebuah agensi pemasaran digital yang ditubuhkan pada tahun 2017. Agensi ini mahu membantu lebih banyak PKS mencapai objektif secara online. Dengan pelancaran Exabytes Digital yang baharu, mereka kini menawarkan perkhidmatan Search Engine Optimization (SEO), iklan LinkedIn, dan iklan Facebook selain daripada iklan online di Google AdWords. Mereka mempunyai 3 pakej SEO, iaitu SEO Asas (10 keyword) dengan harga RM 1,000 sebulan, SEO Deluxe (20 keyword) dengan harga RM 2,000 sebulan dan SEO Ultimate (30 keyword) dengan harga RM 3,000 sebulan.

Waktu Operasi
9.30 pagi – 6.30 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

AlamatH1-6 (Block H1, Level 6 Unit B) SetiaWalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor

E-mel: support@exabytes.my 

Nombor Telefon012-237 7286

semak laman web di sini
Review Pelanggan: "Mereka menyediakan perkhidmatan yang sangat baik. Laporan yang diberikan oleh Exabytes Digital sangat terperinci. Butiran seperti target marketing dan analisis yang diberikan sangat berguna untuk perniagaan kami. Seharusnya kami bekerjasama dengan Exabytes lebih awal." - Yong Idealite

28. Jemmy Digital

Jemmy Digital
Kredit Gambar: Jemmy Digital

Jemmy Digital adalah sumber terbaik untuk anda mendapatkan pelanggan dan interaksi melalui strategik pemasaran digital di Malaysia. Selain itu, anda boleh bergantung pada reka bentuk laman web yang kreatif, meyakinkan, dan unik untuk menarik pelanggan agar berurusan dengan anda di Malaysia. Syarikat ini memberi tumpuan kepada Search Engine Marketing (SEM & SEO), perkhidmatan utama mereka, dan Reka Bentuk & Pembangunan Laman Web.

Waktu Operasi
9.00 pagi – 7.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

AlamatLevel 23-1, Premier Suite, 1 Mont Kiara, Jalan Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

E-mel: welcome@jemmydigital.com 

Nombor Telefon+6016 311 0228

semak laman web di sini
Review Pelanggan: "Mereka sentiasa membantu saya mencari arah baru berkaitan kempen pemasaran digital. Selain itu, mereka juga memberitahu saya tentang perkara-perkara baharu. Saya gembira dengan cadangan yang mereka berikan."        - Payal Kamdar, COO Kamdar Group Berhad

29. Majiska Digital Marketing

Majiska Digital Marketing
Kredit Gambar: Majiska Digital Marketing

Majiska Digital Marketing adalah syarikat pemasaran digital yang terkenal dengan teknik-teknik terkini. Mereka fokus untuk memberikan hasil yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi. Syarikat ini menjadi pemimpin di bidang prestasi digital di Malaysia kerana pendekatan mereka yang berorientasikan hasil dan dedikasi. Majiska Digital Marketing sentiasa memberi perhatian kepada pulangan pelaburan (ROI) dalam semua usaha mereka. Antara perkhidmatan yang mereka tawarkan termasuklah Search Engine Optimisation – SEO, Search Engine Marketing – SEM, Social Media Marketing – SMM and Reka Bentuk Laman Web.

Waktu Operasi: 
10.00 pagi  – 4.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

AlamatNo 27, 1, Jln Kebun Nenas 4A/KS8, Bandar Putera 2, 41200 Klang, Selangor

E-mel: business@majiska.com.my 

Nombor Telefon01156479570

semak laman web di sini
Review Pelanggan: “‘Saya akan beritahu esok'. Saya masih ingat lagi kata-kata yang beliau ucapkan selepas pertemuan pertama kami. Pada mulanya, saya agak skeptikal, tetapi Bestari dan pasukannya berjaya mengejutkan kami dengan pelbagai penyelesaian yang terperinci. Mereka berjaya meningkatkan setiap peringkat perniagaan kami untuk memastikan laman web kami berjaya mendapat kedudukan teratas. Mereka sangat teliti dan komited. Kami berharap agar dapat bekerjasama lagi dengan mereka.” - Kenneth L, Head of Marketing, DECATHLON AU.

30. TNT SEO

TNT SEO
Kredit Gambar: TNT SEO

TNT SEO ialah sebuah agensi SEO yang menyediakan perkhidmatan seperti Local SEO, Corporate SEO, Ecommerce SEO, Audit SEO, On-Page SEO, Off-Page SEO, dan Ranking report untuk meningkatkan pendapatan dan kebolehlihatan laman web anda. TNT SEO dapat menjadikan laman web anda muncul di halaman pertama Google. Semua ini dapat dibuktikan menerusi perkhidmatan yang mereka berikan kepada pelanggan-pelanggan yang terdahulu. TNT SEO juga menggunakan alat-alat seperti ahrefs, SEMRUSH, Google Search Console, Google Analytics, dan MOZ untuk meningkatkan lagi pengoptimuman SEO mereka.

Waktu Operasi
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)

AlamatW505, West Wing, Metropolitan Square, No. 2, Jalan PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor

E-mel: hello@tntseo.com 

Nombor Telefon: 017-289 9060

semak laman web di sini
Review Pelanggan: "Berkat TNT SEO, inquiry dan jualan kami meningkat. Kami gembira bekerjasama dengan Thomas dan pasukannya untuk menguruskan SEO kami. Mereka benar-benar membantu kami bersaing dalam dunia digital hari ini." - Danny / Imec Hygiene

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close