10 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan di Kulai 2025

Jika anda rasa ingin berehat dari kerja untuk menenangkan fikiran, apa kata anda pergi bercuti atau berjalan-jalan di tempat yang menarik? Aktiviti ini pasti dapat membantu anda menenangkan fikiran, mengembalikan tenaga dan berasa cergas untuk bekerja semula.

Jika anda bercadang untuk singgah ke Kulai pada hujung minggu ini, apa kata anda teruskan membaca artikel ini. Hal ini kerana kami telah menyenaraikan 10 aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Kulai bersama keluarga atau rakan-rakan anda. Pastinya aktiviti ini boleh menjadikan percutian anda lebih menyeronokkan! Berikut adalah 10 aktiviti menarik untuk anda lakukan di Kulai.

Mengapakah Kulai Menjadi Destinasi Yang Wajib Dilawati?

Kulai adalah destinasi yang mesti dilawati sewaktu percutian anda. Hal ini kerana tempat ini menawarkan pelbagai tarikan pelancongan dan aktiviti menarik untuk anda cuba bersama keluarga atau rakan-rakan. Jika anda ingin mengeratkan hubungan dengan ahli keluarga sambil menikmati keindahan alam semula jadi, anda boleh menyertai acara Hari Keluarga yang diadakan di Star Fish Leisure Farm. Anda juga boleh mengunjungi Kelapa Sawit Wall Art dan juga Muzium Bear & Bad Illusion untuk mengisi masa terluang anda. Sekiranya percutian anda panjang, anda boleh menyemak 8 aktiviti terbaik untuk dilakukan di Johor.

Adakah Terdapat Makanan Yang Sedap Di Kulai?

Terdapat pelbagai masakan yang lazat di Kulai untuk anda nikmati. Semasa berada di Kulai, cubalah kelazatan hidangan di restoran Kulai Mok Gao Beef/Seafood/Pork Noodles. Anda boleh melakukan pengembaraan mini dengan mencari Kafe Jufei yang tersembunyi. Di kafe ini, anda boleh menikmati roti handmade, kek keju dan coklat ais yang lazat. Jika anda inginkan Nasi Lemak yang enak, anda boleh ke Nasi Lemak Wak Kentut yang menghidangkan ayam goreng rangup bersama Nasi Lemak yang wangi!

Di Manakah Letaknya Kulai?

Daerah Kulai adalah sebuah daerah di negeri Johor, Malaysia. Kulai adalah daerah terkecil di Johor, meliputi 3.96% daripada keluasan negeri tersebut. Ibu kota daerahnya adalah Pekan Kulai. Ia meliputi Pekan Kulai, Ayer Bemban, Bandar Putra Kulai, Bukit Batu, Indahpura, Bandar Baru Kangkar Pulai, Kelapa Sawit, Saleng, Sedenak, Seelong, Senai, dan Sengkang. Kulai juga berada dalam zon ekonomi Iskandar Malaysia.

Where-Is-Kulai-Located
Kredit Gambar: Google

10 Aktiviti Menarik untuk Dilakukan di Kulai 2024

1. Terokai Kampung Putuo

Explore-Putuo-Village
Kredit Gambar: Jeffrey Tan
Explore-Putuo-Village-
Kredit Gambar: Enn Shukoreen
Kredit Video: YouTube

Kampung Putuo adalah sebuah perkampungan budaya unik yang mempamerkan seni Buddha. Ia juga dikenali sebagai Kampung Pelangi Berwarna-warni. Ia mempunyai patung Buddha yang unik, Santuari Bodhi, hutan buluh yang subur dengan sarang gantung, buaian, pokok hajat dan hiasan payung yang berwarna-warni. Pengunjung akan menikmati suasana sambil bersiar-siar di dalam kawasan ini. Di belakang kuil, terdapat taman buluh yang sangat indah. Ramai jurugambar kerap ke sini kerana tempat ini mempunyai latar belakang yang cantik untuk mengambil gambar.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Putuo Village, 1488, Jalan Kampung, Off, Jalan Kota Tinggi – Kluang, Felda Taib Andak, 81000 Kulai, Johor

No. telefon: 07-213 3398

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/putuovillage/

Instagram: https://www.instagram.com/putuovillage/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Mendaki Bukit Gemilang

Hike-Up-Gemilang-Hill
Kredit Gambar: Tan HauHau
Hike-Up-Gemilang-Hill-
Kredit Gambar: Tan HauHau
Kredit Video: YouTube

Bukit Gemilang adalah tempat yang sesuai untuk mendaki dan menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah. Kebanyakan pendaki suka mendaki bukit ini kerana mereka dapat melihat pokok-pokok menghijau di sepanjang trek laluan sambil merasai angin gunung yang sejuk bertiup. Selain itu, aktiviti mendaki Bukit Gemilang juga merupakan aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama rakan-rakan.

Waktu Operasi: Setiap hari

Alamat: Gemilang Hill, 81000 Kulai, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

3. Mengadakan Hari Keluarga di Star Fish Leisure Farm

Have-a-Family-Day-Out-At-Star-Fish-Leisure-Farm-
Kredit Gambar: Kenny Tang
Have-a-Family-Day-Out-At-Star-Fish-Leisure-Farm-
Kredit Gambar: Lily Loke
Kredit Video: YouTube

Star Fish Leisure Farm adalah tempat yang sesuai untuk anda bersiar-siar bersama keluarga atau rakan-rakan. Harga makanan di sini juga berpatutan. Sebagai contoh, hidangan set kombo Chicken Chop bersama teh limau ais hanya berharga sekitar RM 5.80 sahaja. Murah, bukan? Selain itu, kakitangan di sini juga mesra dan sedia membantu anda membuat pesanan. Anda boleh menjamu selera sambil merasai gaya hidup kampung di ladang ini.

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 5:00 petang (Rabu – Isnin)
Tutup pada Selasa

Alamat: Star Fish Leisure Farm, 81000 Kulai, Johor

No. Telefon: 016-778 2208

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/starfishfarm/

Instagram: https://www.instagram.com/starfishleisurefarm/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

4. Menikmati Pemandangan Alam Semula Jadi di Hutan Lipur Gunung Pulai

Experience-Untouched-Nature-At-Hutan-Lipur-Gunung-Pulai
Kredit Gambar: Alwin C.Y. Thomas
Experience-Untouched-Nature-At-Hutan-Lipur-Gunung-Pulai-
Kredit Gambar: Hau Chee
Kredit Video: YouTube

Hutan Lipur Gunung Pulai merupakan kawasan hutan simpan di selatan Johor. Ia terletak di utara Pulai, di Daerah Kulai, Johor. Hutan rekreasi atau Hutan Lipur, terletak 45 km dari Johor Bahru. Ia merupakan kawasan tadahan air yang penting bagi Johor Bahru dan Singapura. Di tengah-tengah Hutan Lipur Gunung Pulai, terdapat Gunung Pulai setinggi 700 meter dan juga air terjun bertingkat yang dipanggil Air Terjun Gunung Pulau yang popular dalam kalangan penduduk tempatan di sini.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 4:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Hutan Lipur Gunung Pulai, Jln TM Gn Pulai, 81000, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5.  Melawat Kelapa Sawit Wall Art

Admire-the-Kelapa-Sawit-Wall-Art
Kredit Gambar: Congyun Grace Fan
Admire-the-Kelapa-Sawit-Wall-Art-
Kredit Gambar: Sh Chong
Kredit Video: YouTube

Kelapa Sawit Wall Art adalah deretan karya seni di sepanjang jalan lorong belakang di Kulai. Ia adalah tempat yang sesuai untuk membawa anak-anak anda kerana terdapat lukisan watak kartun, watak buku cerita Cina dan struktur plastik bagi masakan tempatan yang boleh anda temui di Kulai. Secara keseluruhannya, ia adalah tempat yang sesuai untuk menghabiskan hujung minggu yang santai bersama keluarga. Anda boleh mengambil beberapa gambar seni dinding sebagai kenangan, dan mencuba makanan Hakka asli seperti di Lei Cha, Yong Tau Foo, dan Choy Pan di kedai makan yang berdekatan.

Waktu Operasi: Setiap hari

Alamat: Kelapa Sawit Wall Art, Kampung Sri Paya, 81000 Kulai, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

6. Melawat Muzium Bear & Bad Illusion

Visit-the-Bear-Bad-Illusion-Museum
Kredit Gambar: Bear & Bad Illusion Museum
Visit-the-Bear-Bad-Illusion-Museum-
Kredit Gambar: Ks Yong
Kredit Video: YouTube

Muzium Bear & Bad Illusion menawarkan pengalaman interaktif dan menyeronokkan untuk masyarakat umum khususnya kanak-kanak dan ibu bapa. Oleh sebab itu, ia adalah tempat yang unik dan menarik untuk semua orang. Ilusi unik di muzium ini akan mengajar anda tentang penglihatan, persepsi, cara otak manusia berfungsi, dan sains. Jadi, anda akan mudah memahami apa yang anda lihat walaupun otak anda sukar untuk memahamkannya.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 1413,1414, 1415, Jln Lagenda 51, Taman Lagenda Putra, 81000 Kulai, Johor

No. Telefon: 011-3660 0057

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/BearBad2022/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

7. Menjamu Selera di Kulai Mok Gao Beef/Seafood/Pork Noodles

Enjoy-the-Delicious-Kulai-Mok-Gao-Beef Seafood Pork-Noodles-
Kredit Gambar: Yung Yung
Enjoy-the-Delicious-Kulai-Mok-Gao-Beef Seafood Pork-Noodles-
Kredit Gambar: Yick Sung Lai
Kredit Video: YouTube

Sekiranya anda berada di Kulai, anda perlu mencuba pelbagai sajian yang dihidangkan di restoran Kulai Mok Gao Beef/Seafood/Pork Noodles. Restoran tempatan ini menyajikan daging lembu yang empuk dan enak bersama mee kenyal. Kuah mee ini mempunyai hirisan daging babi dan makanan laut yang segar. 

Saiz hidangan di sini juga agak besar. Jadi, anda boleh menikmati makanan di sini sehingga kenyang! Anda disarankan untuk datang ke restoran ini semasa hari bekerja kerana restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan pada hujng minggu. Selain itu, anda boleh menjamu selera dengan tenang tanpa perlu bersesak-sesak dengan pelanggan lain.

Waktu Operasi: 6:00 pagi – 1:45 petang (Setiap hari)

Alamat: Kulai Mok Gao Beef/Seafood/Pork Noodles, 31, Lorong Ismail, Taman Kulai, 81000 Kulai, Johor

No. Telefon: 016-743 0985

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/mokjiukulai/

8. Mencari Kafe Jufei, Kafe Tersembunyi

Find-Cafe-Jufei-a-Hidden-Cafe-
Kredit Gambar: Derrick Lee
Find-Cafe-Jufei-a-Hidden-Cafe-
Kredit Gambar: Google
Kredit Video: YouTube

Kafe Jufei adalah kafe yang popular dalam kalangan penduduk tempatan. Bahagian dalam kafe ini direka cantik dan memberikan anda rasa nostalgia. Pemilik kafe ini juga menggalakkan kitar semula dan 0 sisa. Kafe Jufei dipenuhi dengan barangan dari zaman dahulu, kaset, buku dan perabot lama. Ia adalah tempat yang sesuai untuk mendapatkan kopi, roti buatan sendiri, dan sepotong kek keju lembap yang menyelerakan.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 6:00 petang (Selasa – Ahad)
Tutup pada Isnin

Alamat: Cafe Jufei, 3D, Jalan Ismail, Taman Kulai, 81000 Kulai, Johor

No. telefon: 010-668 4458

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/cafejufei/

Instagram: https://www.instagram.com/cafejufei/?hl=en

9. Makan Malam di Nasi Lemak Wak Kentut

Have-Dinner-At-Nasi-Lemak-Wak-Kentut-
Kredit Gambar: Dark Tenno
Have-Dinner-At-Nasi-Lemak-Wak-Kentut-
Kredit Gambar: James Lee
Kredit Video: YouTube

Nasi Lemak Wak Kentut adalah sebuah kedai makan yang menghidangkan Nasi Lemak yang lazat. Anda boleh menambah sambal sebanyak mana yang anda inginkan di sini. Sambal Nasi Lemak mereka sedikit manis dan wangi. Selain itu, mereka juga menyediakan ayam goreng rangup bersama Nasi Lemak ini. Ayam goreng mereka begitu empuk dan menyelerakan. Ramai pelanggan memuji restoran ini kerana porsi makanan yang disediakan adalah besar dan mengenyangkan walaupun dengan hanya satu sajian. Harga makanan juga berpatutan, berbaloi dengan kualiti makanan dan perkhidmatan pelanggan yang diberikan.

Waktu Operasi:
3:00 petang – 11:55 malam (Khamis – Selasa)
3:00 petang – 11:30 malam (Rabu)

Alamat: Nasi Lemak Wak Kentut, 2130, Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, 81000 Kulai, Johor

No. Telefon: 012-754 3818

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100069027095331

10. Membeli-belah di Johor Premium Outlets

Shop-At-Johor-Premium-Outlets
Kredit Gambar: Adrian Lunsong
Shop-At-Johor-Premium-Outlets-
Kredit Gambar: Adrian Lunsong
Kredit Video: YouTube

Johor Premium Outlets adalah sebuah pusat beli-belah di Indahpura, Malaysia. Ia menempatkan 150 kedai yang menjual barangan mewah (setakat 2019). Anda boleh mendapati pelbagai produk mewah seperti Bally, Salvatore Ferragamo, Furla, Ermenegildo Zegna, dan Coach dijual di sini dengan harga yang berbaloi. Johor Premium Outlets dibina menggunakan konsep reka bentuk terbuka. Ia disambung dengan laluan pejalan kaki terbuka yang dipenuhi kehijauan yang menenangkan. Para pengunjung boleh menyertai lawatan berkumpulan, yakni mereka boleh mendapatkan Pasport Simpanan percuma untuk diskaun yang banyak pada setiap pembelian.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Johor Premium Outlets, Jalan Premium Outlets, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor

No. Telefon: 07-661 8888

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/gentinghighlandspremiumoutlets

Instagram: https://www.instagram.com/gentinghighlandspremiumoutlets/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI SEMAK LAMAN KLOOK DI SINI

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close