10 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan di Kundasang 2026

Pada ketinggian 1,900 m, Kundasang merupakan penempatan tertinggi di Malaysia. Pekan ini terletak di daerah Ranau, Sabah, dan merupakan tempat yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Tidak hairanlah ramai pelancong suka datang ke Kundasang kerana persekitarannya yang sejuk, damai serta bentuk muka buminya yang bergunung-ganang. Di sini juga terdapat banyak pokok dan tumbuhan tanah tinggi. Anda boleh menikmati pemandangan alam semula jadi yang sempurna sepuasnya. 

Selain itu, Kundasang juga dipanggil New Zealand atau Borneo kerana pemandangan pergunungan dan geografi yang menyerupai New Zealand. Mengunjungi Kundasang pasti menyeronokkan buat pencinta alam semula jadi. Teruskan membaca artikel ini kerana kami senaraikan 10 aktiviti menarik untuk anda lakukan di Kundasang semasa percutiaan anda ke sana.

Bagaimanakah Caranya Pergi Ke Kundasang?

Pertama, anda boleh menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Sebaik sahaja anda tiba, anda boleh memandu sendiri menggunakan perkhidmatan kereta sewa dan terus ke Kundasang. Pilihan lain adalah dengan menaiki teksi atau teksi E-hailing ke Terminal Bas Bandaran Berjaya Kota Kinabalu. Dari sana, anda boleh menaiki bas atau teksi untuk ke Kundasang.

Apakah Jenis-Jenis Perkhidmatan Pengangkutan Yang Terdapat di Kundasang?

Malangnya, tidak banyak jenis pengangkutan di sana yang boleh anda gunakan. Tiada teksi dan teksi E-hailing, dan perkhidmatan bas awam juga sangat terhad. Oleh sebab itu, ramai pelancong lebih suka memandu sendiri dengan menggunakan perkhidmatan kereta sewa apabila mereka melancong ke Kundasang.

10 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan di Kundasang 2026

1. Melawat Desa Dairy Farm

Desa-Dairy-Farm-
Kredit Gambar: Leong Sui Ping
Desa-Dairy-Farm-
Kredit Gambar: Foo SM
Kredit Video: Youtube

Sebagai salah satu tapak tarikan paling popular di Kundasang, Desa Dairy Farm mempunyai ciri-ciri tempat pelancongan yang menarik. Di sini, anda boleh menikmati pemandangan bukit, pokok, dan Gunung Kinabalu yang menakjubkan. Menarik, bukan? Ia juga menyediakan makanan dan minuman yang lazat terutamanya susu lembu segar dan gelato. Bayaran masuk adalah sangat murah, iaitu RM 5.00 untuk dewasa dan RM 4.00 untuk kanak-kanak.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah

No. Telefon: 088-889562 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/desadairyfarm/

Instagram: https://www.instagram.com/desadairyfarm/?hl=en

2. Berkunjung ke Kundasang War Memorial

Kundasang-War-Memorial
Kredit Gambar: Zulfiarman Ali Amran
Kundasang-War-Memorial-
Kredit Gambar: Peter Leong
Kredit Video: Youtube

Kundasang War Memorial mengisahkan tentang peristiwa bersejarah seperti Perarakan Kematian Sandakan dan Kem POW Sandakan semasa Perang Dunia Kedua yang telah meragut nyawa ramai askar British dan Australia. Ia adalah tuga peringatan untuk tentera serta mengiktiraf penderitaan dan pengorbanan orang asli pada masa itu. Anda dapat mempelajari sejarah tentang tugu peringatan ini semasa berkunjung ke sini. Ia adalah tempat pelancongan yang interaktif.

Waktu Operasi: 8:30 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang, 89300 Ranau, Sabah

No. Telefon: 019-8992041

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

3. Menginap di Kinabalu Pine Resort

Kinabalu-Pine-Resort-
Kredit Gambar: Kong Soo Yit
Kinabalu-Pine-Resort-
Kredit Gambar: Kinabalu Pine Resorts Sdn Bhd 274904-W Facebook

Bersantai dan berehatlah di Kinabalu Pine Resort yang tersergam indah. Setiap bilik penginapan mempunyai kemudahan dan kelengkapan yang anda inginkan. Terdapat WI-FI percuma, kemudahan membuat kopi dan teh, servis sarapan di dalam bilik dan banyak lagi perkhidmatan yang boleh anda dapati disini. Kinabalu Pine Resort adalah 100% tempat yang sesuai untuk merehatkan badan anda. Jadi kunjungilah sekarang!

Alamat: Pekan Kundasang, 89308 Ranau, Sabah

No. Telefon: 088-889388

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/people/Kinabalu-Pine-Resorts-Sdn-Bhd-274904-W/100063670928374/

Instagram: https://www.instagram.com/kinabalupineresort/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

4. Bersiar-siar di Timpohon Gate

Timpohon-Gate-
Kredit Gambar: Ken Leong
Timpohon-Gate-
Kredit Gambar: Karan Nayak

Terletak di Taman Kinabalu, terdapat dua perkara yang boleh anda lakukan di Timpohon Gate. Bagi mereka yang mendaki Gunung Kinabalu, anda akan melalui Timpohon Gate ini. Timpohon Gate berfungsi sebagai pintu masuk dan pusat pemeriksaan pertama untuk pendaki yang akan mula mendaki Gunung Kinabalu. Bagi mereka yang tidak ingin mendaki, anda boleh melihat lembah, pokok di tanah tinggi yang subur dan Gunung Kinabalu daripada dek pemerhati yang disediakan di sini.

Waktu Operasi: 7:00 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Kinabalu Park, 89300 Kundasang, Sabah

No. Telefon: 088-523500 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

5. Makan di BW Bus Restaurant

BW-Bus-Restaurant-
Kredit Gambar: BW Bus Restaurant 小陈巴巴 Facebook
BW-Bus-Restaurant-
Kredit Gambar: BW Bus Restaurant 小陈巴巴 Facebook

Berjalan dan bersiar-siar boleh memenatkan tubuh anda. Jadi, sudah tiba masanya untuk kembali bertenaga dengan menjamu selera di BW Bus Restaurant. Sebagai salah satu restoran paling popular di Kundasang, BW Bus Restaurant menyajikan makanan yang enak dan perkhidmatan F&B yang terbaik untuk memuaskan hati anda. Restoran ini mempunyai konsep ruang makan yang unik, di mana anda akan menjamu selera di dalam bas yang telah diperbaharui dan diubahsuai. Ambil peluang ini untuk menikmati makanan di BW Bus Restaurant sebelum anda meneruskan perjalanan di Kundasang.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Mile 7, Pinausok, 89308 Kundasang, Sabah

No. Telefon: 014-3588106 & 012-7836879

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://ms-my.facebook.com/BWBusRestaurant/

Instagram: https://www.instagram.com/bwbusrestaurant/?hl=en

6. Mendaki di Sosodikon Hill Kundasang

Sosodikon-Hill-Kundasang-
Kredit Gambar: Allan Hansen
Sosodikon-Hill-Kundasang-
Kredit Gambar: Sosodikon Hill Kundasang
Kredit Video: Youtube

Mari mendaki Bukit Sosodikon di Kundasang. Di puncaknya, anda boleh melihat panorama Gunung Kinabalu yang tersergam indah dan mengasyikkan. Trek laluan di sini agak mudah dan sesuai untuk mereka yang baru mula belajar mendaki. Bukit ini juga kaya dengan flora dan batu-batu yang indah. Oleh sebab itu, ramai yang berkunjung ke sini untuk aktiviti mendaki dan mengambil gambar. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai aktiviti pendakian di sini, anda boleh menghubungi krew Kundasang Bukit Sosodikon.

Waktu Operasi: 6:00 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Kg Kauluan, Peti Surat 873, 89308 Kundasang, Sabah

No. Telefon: 017-8956192

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/sosodikonhill

Instagram: https://www.instagram.com/sosodikonhill/

7. Membeli-belah di Kundasang Market

Kundasang-Market-
Kredit Gambar: Dennis Chong
Kundasang-Market-
Kredit Gambar: RP

Pengalaman membeli-belah anda akan menjadi menarik dan menyeronokkan apabila anda berkunjung ke Pasar Kundasang. Pasar ini menjual pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan yang segar dan pokok bunga yang cantik. Para penjual di sini sangat ramah dalam melayani pelanggan mereka. Jadi, persekitarannya yang mesra membuatkan anda berasa selesa untuk membeli-belah di sini.

Waktu Operasi: 6:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 37, AH150, Pekan Kundasang, 89308 Ranau, Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

8. Berkunjung ke Alpaca Club

Alpaca-Club-
Kredit Gambar: Nurul Athirah
Alpaca-Club-
Kredit Gambar: Dave Ng
Kredit Video: Youtube

Adakah anda peminat tegar alpaka yang comel dan gebu? Jika ya, lebih baik anda datang ke Alpaca Club. Di sini, anda dapat melihat banyak alpaka yang comel dan mencuit hati. Anda juga boleh membelai mereka. Selain itu, kakitangan di sini boleh menerangkan info tentang alpaka kepada anda. Kunjungilah Alpaca Club sekarang untuk melihat alpaka paling comel yang menyeronokkan. 

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah

No. Telefon: 011-58683622

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/alpacaclubsabah/

9. Menjamu Selera di Mesilou Highland Strawberry Farm & Cafe

Mesilou-Highland-Strawberry-Farm-Cafe-
Kredit Gambar: Mesilou Highland Strawberry Farm Facebook
Mesilou-Highland-Strawberry-Farm-Cafe-
Kredit Gambar: Ahmad Nabeil Alias
Kredit Video: Youtube

Jika anda penggemar tegar strawberi, maka anda jangan melepaskan peluang untuk berkunjung ke Mesilau Highland Strawberry Farm & Cafe. Di sini, anda boleh menikmati strawberi yang lazat dan segar. Bukan sahaja anda boleh memetiknya, bahkan anda boleh membawanya pulang. Terdapat sebuah kafe di sini yang menyajikan pelbagai jenis makanan yang berasaskan strawberi. Oleh sebab itu, anda boleh merasai makanan yang enak sambil menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang mendamaikan.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah

No. Telefon: 014-5552737

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/SabahStrawberry/

10. Bersiar-siar di Kundasang Town

Kundasang-Town-
Kredit Gambar: Jabatan Penerangan Sabah Facebook
Kundasang-Town-
Kredit Gambar: Sam Sainin Flickr
Kredit Video: Youtube

Untuk melengkapkan perjalanan anda ke Kundasang, anda mesti melawat bandarnya. Bandar Kundasang terletak di bawah kaki Gunung Kinabalu. Sambi bersiar-siar di sini, anda boleh berinteraksi dengan penduduk tempatan, mencuba makanan tradisional yang lazat dan membeli cenderamata untuk dibawa pulang. Bersiar-siar di bandar ini memberikan anda pengalaman yang lebih dekat dengan budaya tempatan penduduk di sini.

Alamat: 89308 Ranau, Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close