10 Aplikasi Pengatur Kewangan Terbaik di Malaysia 2025

Aktiviti menavigasi dunia kewangan yang kompleks boleh menjadi sesuatu yang menakutkan, terutama apabila ia berkaitan dengan belanjawan peribadi dan penjejakan perbelanjaan. Namun begitu, pelbagai aplikasi pegatur kewangan dicipta pada era ini untuk membantu rakyat Malaysia mengambil kira dan menjejaki perbelanjaan mereka dengan lebih teratur dan mudah. Dalam artikel ini, kami telah menghimpunkan 10 aplikasi pengatur kewangan yang terbaik di Malaysia 2025 untuk membantu anda mengawal kewangan anda dengan lebih berhemah.

Populariti aplikasi ini yang semakin meningkat telah mengubah cara ramai individu dalam mengurus kewangan peribadi mereka secara mendadak, sekali gus membolehkan belanjawan berjalan dengan lancar, cekap dan berhemah. Selain itu, ia juga membantu anda menguruskan kewangan dengan lebih strategik. Aplikasi sebegini juga dapat membantu pengguna membayar hutang, menyimpan wang untuk masa depan mereka dan juga menawarkan cerapan tentang corak perbelanjaan mereka dengan berkesan. Berikut ialah 10 aplikasi pengatur kewangan terbaik di Malaysia.

Bolehkah Aplikasi Pengatur Kewangan Membantu Saya Mencapai Matlamat Yang Spesifik?

Sudah tentu! Aplikai pengatur kewangan selalunya mempunyai ciri penjejakan matlamat yang membolehkan pengguna menetapkan sasaran simpanan untuk objektif tertentu, seperti membeli rumah, memulakan perniagaan atau menyimpan untuk persaraan. Aplikasi ini menyediakan penjejakan ynag berkesan dan cadangan untuk membantu anda mencapai matlamat tersebut.

Adakah Apliksi Pengatur Kewangan Ini Selamat?

Kebanyakan aplikasi pengatur kewangan yang bereputasi menggunakan langkah keselamatan peringkat tinggi untuk melindungi data pengguna. Mereka menggunakan ‘encryption’, ‘two-factor authentication’, dan teknologi Secure Sockets Layer (SSL) bagi menjamin keselamatan data pengguna secara serius. Walau bagaimanapun, pengguna juga mesti melakukan peranan mereka dengan menetapkan kata laluan yang kukuh dan unik serta memastikan peranti mereka selamat. Pengguna perlu memuat turun aplikasi tersebut daripada gedung aplikasi rasmi untuk menggelakkan aplikasi palsu yang boleh menimbulkan isu keselamatan di kemudian hari. Selain itu, pengguna juga perlu sentiasa menyemak aplikasi mereka bagi memastikan akses yang diberi itu berfungsi dengan betul.

10 Aplikasi Pengatur Kewangan Terbaik di Malaysia 2025

1. Money Manager

Money-Manager
Kredit Gambar: realbyteapps.com

Money Manager adalah aplikasi pengurusan akaun peribadi yang sangat optimum. Aplikasi ini memudahkan aspek pengurusan akaun isi rumah yang kompleks dengan menyediakan kemasukan data yang sangat mudah, kecenderungan perbelanjaan grafik yang kemas dan gambaran keseluruhan statistik yang jelas. Default Setting bagi aplikasi ini menawarkan permulaan yang lancar dengan ciri yang fleksibel dan boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan individu. Selain itu, aplikasi ini juga membolehkan data diedit, disusun dan dilihat secara grafik pada PC anda dengan menggunakan Wi-Fi.

Kelebihan:

  • Menguruskan simpanan, insurans, pinjaman dan hartanah anda
  • Tetapkan belanjawan bulanan untuk setiap kategori
  • Semak arah aliran aset dalam carta anda

HargaPercuma

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

muat turun unutk andriod muat turun untuk ios

2. Wallet: Budget Planner Tracker

Wallet-Budget-Planner-Tracker
Kredit Gambar: Beebom

Wallet adalah pengurus kewangan peribadi yang tertinggi dan terkemuka. Aplikasi ini direka untuk membantu anda menjimatkan wang, merancang untuk masa depan dan menyatukan semua kewangan anda di satu tempat. Aplikasi ini memiliki ciri penjejakan perbelanjaan harian automatik dan menyediakan laporan mingguan yang kemas. Selain itu, ia juga menyediakan perancangan beli-belah dan perkongsian data. Dengan aplikasi ini, segalanya berada di hujung jari anda. Ia juga dapat memberikan pandangan secara menyeluruh tentang kewangan anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda perlukan.

Kelebihan:

  • BudgetBakers tidak menjual data pelanggan kepada pihak ke-3
  • Pemberitahuan pembayaran akan datang secara automatik
  • Pengkategorian dan analitik dipacu AI terbaik

HargaPercuma

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

muat turun untuk andriod muat turun untuk ios

3. AndroMoney 

AndroMoney
Kredit Gambar: Google Play

AndroMoney adalah alat kewangan peribadi mudah alih yang bertujuan untuk menguruskan kekayaan dengan lebih baik. Aplikasi ini sentiasa mengutamakan kemudahan penggunaan dan kuasa sambil mengendalikan perakaunan harian, pengurusan kategori dan penjanaan laporan terperinci dengan mudah. Ciri-cirinya termasuk berbilang akaun dan mata wang, baki dan pemindahan akaun, dan sokongan storan awan.

Kelebihan:

  • Dapatkan laporan statistik (carta pai, carta bar, carta lengkung)
  • Boleh menambah, memadam atau mengubah suai kategori mengikut keperluan anda
  • Boleh menggunakan mata wang yang berbeza semasa membeli-belah di luar negara

HargaPercuma

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

muat turun untuk andriod muat turun untuk ios

4. Money Lover

Money-Lover
Kredit Gambar: LITEAPKS

Money Lover menawarkan cara yang cepat dan mudah untuk merekodkan transaksi harian dan mengkategorikannya ke dalam kategori visual yang jelas seperti makanan, membeli-belah, gaji atau hadiah. Dengan laporan yang mudah dibaca, anda dapat memahami corak perbelanjaan serta menjejaki perbelanjaan anda dengan mudah dan cekap.

Kelebihan:

  • Belanjawan yang mudah dan ringkas
  • Satu laporan untuk memberi gambaran yang jelas tentang corak perbelanjaan anda
  • Boleh selaraskan peranti dengan keselamatan standard Bank dengan selamat

HargaPercuma

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

muat turun untuk andriod muat turun untuk ios

5. Monefy 

Monefy
Kredit Gambar: MODYOLO

Monefy dicipta untuk memberi anda kawalan ke atas wang anda dengan aplikasi kewangan peribadi yang mesra pengguna. Monefy memudahkan pengurusan wang yang berkesan dengan memecahkan perbelanjaan anda dengan cara yang intuitif dan mudah difahami. Kenal pasti corak perbelanjaan anda dan mula menyimpan wang dengan lebih berkesan menggunakan aplikasi ini.

Kelebihan:

  • Tambah rekod dalam sekelip mata sahaja
  • Anda mengawal aplikasi ini sepenuhnya
  • Tiada proses persediaan yang memakan masa

HargaPercuma

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. My Finances 

My-Finances
Kredit Gambar: Google Play

My Finances berfungsi sebagai alat yang ideal untuk mengurus belanjawan rumah dan mengawal perbelanjaan anda. Dengan fungsinya yang cekap, anda bukan sahaja dapat menjimatkan wang, tetapi juga boleh mendapat analisis yang lebih tepat tentang perbelanjaan anda. Interface aplikasi ini menarik dan ia membantu menambah transaksi baharu dengan mudah. Selain itu, anda juga boleh memeriksa transaksi sedia ada bagi membolehkan anda memahami dengan jelas tentang status kewangan anda agar boleh membuat keputusan belajawan yang lebih bijak.

Kelebihan:

  • Data selamat dalam Cloud
  • Akses berbilang peranti
  • Boleh menjana laporan

HargaPercuma

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Bills Reminder, Budget Planner 

Bills-Reminder-Budget-Planner
Kredit Gambar: FileCR

Bills Reminder, Budget Planner adalah aplikasi yang berfungsi sebagai penjejak perbelanjaan, perancang kewangan dan ‘reminder’ untuk bil yang boleh dipercayai. Aplikasi ini akan memastikan anda tidak akan lupa untuk membayar bil bulanan anda. Semua ini adalah untuk membantu anda mengekalkan skor kredit dan mendapat kadar faedah terbaik bagi pinjaman dan pelan insurans yang berpatutan. Ia juga mempunyai makluman perbelanjaan pintar untuk mengelakkan anda berbelanja lebih. Boleh dikatakan, aplikasi ini bertindak sebagai pengurus kewangan peribadi anda bagi memastikan anda berada dalam lingkungan belanjawan anda.

Kelebihan:

  • Buat kategori custom anda untuk menjejaki semua perbelanjaan
  • Muat turun laporan PDF & Excel
  • Kalkulator dana persaraan

HargaPercuma

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

muat turun untuk Andriod muat turun untuk IOS

8. Goodbudget 

Goodbudget
Kredit Gambar: WealthRocket

Goodbudget memodenkan kaedah belanjawan sampul surat ‘time-tested’ dengan program belanjawan maya. Aplikasi ini memastikan anda sentiasa bersedia untuk bil dan perbelanjaan mendadak bagi membantu anda mengurus kewangan dengan lebih berkesan. Tambahan pula, aplikasi ini membantu anda menangani hutang, menjejak perkembangan ‘payoff’ anda dan memberikan garis masa tanpa hutang yang berkesan sambil mempertimbangkan keperluan kewangan anda yang lain.

Kelebihan:

  • Selaras & berkongsi belanjawan
  • Membayar hutang
  • Buat sampul surat untuk semua kategori belanjawan anda

HargaPercuma

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

muat turun untuk Andriod muat turun untuk IOS

9. YNAB

YNAB
Kredit Gambar: The-Anti-Marketing-Menifesto

YNAB menawarkan perspektif unik tentang pengurusan kewangan. Aplikasi belanjawan ini memberi kuasa kepada anda untuk menentukan aliran wang anda dan menggalakkan perbelanjaan segera untuk perkara yang penting.  Dengan penggunaannya yang mudah, YNAB telah membantu berjuta-juta individu mengendalikan kewangan mereka dengan berkesan dan berusaha mencapai masa depan yang mereka inginkan.

Kelebihan:

  • Kaedah yang fleksibel untuk menguruskan kewangan anda
  • Boleh berkongsi bajet anda dengan orang tersayang
  • Purata Pengguna menjimatkan $600 dalam 2 Bulan

HargaPercuma

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

muat turun untuk Andriod muat turun untuk IOS

10. Usepod

Usepod
Kredit Gambar: Usepod

Usepod adalah aplikasi penggalak kesejahteraan kewangan yang direka untuk memudahkan perjalanan wang simpanan anda. Dengan pelbagai matlamat simpanan dan perkhidmatan pembiayaan mikro Patuh Syariah, aktiviti menguruskan perbelanjaan anda menjadi lebih mudah. Selain itu, anda boleh mengeluarkan ganjaran tunai daripada Usepod dan rakan kongsi mereka dengan melengkapkan matlamat anda. Aplikasi ini juga memberi anda akses kepada bantuan kewangan, peluang pelaburan, insurans dan banyak lagi. 

Kelebihan:

  • Sediakan pelbagai matlamat simpanan
  • Menawarkan perkhidmatan pembiayaan mikro Patuh Syariah
  • Lengkapkan matlamat anda untuk mengeluarkan ganjaran tunai

HargaPercuma

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

muat turun untuk Andriod muat turun untuk IOS semak laman web di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close