10 Semburan Aromaterapi Terbaik di Malaysia 2023

Janji temu, mesyuarat, tugasan, hal keluarga dan banyak lagi urusan boleh membuatkan anda berasa lesu dan letih. Tidakkah anda ingin berehat dan mengecas tenaga anda buat seketika? Kehidupan seharian yang seibuk sering kali membuatkan kita terlupa untuk menjaga diri dengan baik.

Aromaterapi ialah alat yang berkuasa untuk memberikan anda berehat dan mengecas semula tenaga. Semburan aromaterapi adalah salah satu cara untuk menenangkan anda. Terdapat pelbagai formula yang boleh anda temui dalam talian. Penggunaan aromaterapi ini sangat mudah, hanya perlu beberapa pam sahaja dan wangian akan kekal lama di dalam ruangan anda.

Semburan aromaterapi adalah penawar yang sesuai untuk menaikkan mood anda sekali gus membantu anda menghadapi hari-hari yang sukar. Jadi, belilah aromaterapi yang sesuai dengan anda agar anda boleh memulakan hari dengan ceria dan segar. Percayalah, semburan aromaterapi boleh menaikkan mood dan suasana di sekeliling anda. Anda boleh menggunakan semburan aromaterapi ini di mana sahaja anda suka dan antara tempat yang dicadangkan adalah bilik tidur anda.

Kalau anda hendak tahu, antara jenis atau bauan aromaterapi yang sering menjadi pilihan ramai adalah Lavender, Ylang ylang, Chamomile, Sandalwood, Eucalyptus dan Peppermint. Namun begitu, pemakaian dan pemilihan aroma wangian adalah bergantung kepada anda kerana aromaterapi yang berkesan adalah aromaterapi yang menggunakan wangian yang anda suka.

10 Semburan Aromaterapi Terbaik di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Natural Healing 

Natural Healing
Kredit Gambar: Shopee

Natural Healing ialah penyegar bilik yang dimodulasi oleh minyak pati premium. Aromaterapi ini menenangkan dan tidak akan menyebabkan sakit kepala atau pening. Anda boleh menggunakannya di bilik tidur, kereta, almari pakaian dan dapur anda. Bau wangian ini boleh bertahan selama empat hingga lima jam dengan penggunaan empat pam.

Saiz: 100 ml

Bahan: Air suling, minyak wangi, pengawet

Negara Pengeluar: Malaysia 

Wangian:

  • English Pear & Freesia (Segar)
  • Wild Bluebell (Segar + sedikit bauan floral)
  • Peony & Blush Suede (floral)
  • French Lime Blossom (floral + citrus)
  • Lime Basil & Mandarin (citrus + herba)
  • Aesop’s Tacit (citrus + kayu)
  • Enchanted Forest (kayu)

Harga: RM 20.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Signature Market Plant Origins Refresh & Reset Aromatherapy Room Spray

Signature Market Plant Origins Refresh Reset Aromatherapy Room Spray
Kredit Gambar: Signature Market

Semburan bilik Signature Market akan membuatkan anda berasa segar dan bersemangat untuk memulakan hari anda. Selain itu, semburan bilik ini disertakan dengan semburan kabus halus agar ia tidak membasahkan fabrik. Semua semburan bilik Signature Market boleh dibawa ke mana-mana dnegan selamat kerana ia mempunyai mekanisme kunci yang unik. Selain itu, wangiannya juga harum dan tahan lama.

Saiz: 100 ml

Bahan: Aqua, Polysorbate 20, Minyak Kulit Citrus Aurantium Dulcis (Oren), Phenoxyethanol, Minyak Daun Eucalyptus Globulus (Eucalyptus).

Negara: Malaysia 

Wangian:

  • Refresh and reset
  • Good night sleep 
  • Secret garden 
  • Bye bye bugs

Harga: RM 39.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Cocod’or Room Spray (Cocodor)

Cocodor Room Spray Cocodor
Kredit Gambar: cocod’or diffuser

Anda boleh menggunakan semburan Cocod’or pelbagai fungsi ini pada linen, bilik dan almari pakaian. Harumannya tahan lama. Ia lebih ringan daripada minyak wangi jadi baunya tidak terlalu berat. Semburan ini juga mudah dibawa ke mana-mana. Anda boleh membawanya semasa anda keluar untuk barbeku agar baju dan keadaan sekeliling berbau segar dan harum.

Saiz: 80 ml

Bahan: Air Tulen, Etanol, Pewangi (Hexyl Cinnamal, dsb.), Surfaktan: Ethoxylated (nonionik), Alergen: Hexyl Cinnamal, Benzyl Salicylate, Citral, Geraniol, Hydroxyisohexyl 3-Cyclohelxene Carboxaldehyde, Alfa-Isomethylnemethyl

Negara Pengeluar: Korea  Selatan

Wangian:

  • Baby powder
  • Cherry Blossom
  • Clean Cotton
  • Rain Rose
  • Natural Green Tea
  • Peach Tree 

Harga: RM 22.90 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Doploscents Linen And Room Spray

Doploscents Linen And Room Spray
Kredit Gambar: Shopee

Tidak seperti semburan aromaterapi lain, penjual Doploscents berusaha keras untuk memodulasi minyak pati dengan memori, jadi setiap haruman mempunyai cerita disebaliknya. Selain itu, semua wangian mereka adalah sifar alkohol, sifar paraben dan bebas daripada minyak wangi. Anda boleh menyemak laman web Shopee dan Lazada rasmi mereka untuk maklumat lanjut.

Saiz: 110 ml

Bahan: Air suling, minyak wangi dan emulsi air-minyak (untuk menggabungkan minyak wangi dengan air).

Negara Pengeluar: Malaysia 

Wangian:

  • Airplane Cabin 
  • Fresh Linen 
  • Rose petals 
  • Lavender

Harga: RM 26.90 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Bath & Body Works Concentrated Room Spray

Bath Body Works Concentrated Room Spray
Kredit Gambar: Shopee

Bilik anda akan segar serta-merta dengan hanya dua hingga tiga semburan pantas daripada wangian Bath & Body Works. Para penjual sangat mengesyorkan wangian kayu jati mahogani dan birch vanila sebagai semburan bilik. Aroma tanah akan menghilangkan bau di dalam bilik anda dengan serta-merta. Selain itu, bilik anda akan terasa segar dan harum.

Saiz: 150 ml

Bahan: Hydrofluorocarbon, Pewangi, Denat Alkohol, Pelarut, Limonena, Linalool, Butylphenyl Methylpropional, Coumarin, Eugenol, Citral.

Negara Pengeluar: Amerika Syarikat 

Wangian:

  • Mahogany Teakwood
  • Vanilla Birch
  • Fragrance
  • Tiki Beach
  • Mahogany Coconut
  • Lemon Mint Leaf

Harga: RM 28.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Arecurate

Arecurate Room And Linen Spray
Kredit Gambar: Shopee

Arecurate mencipta semburan wangian mereka dengan minyak pati berkualiti tinggi. Anda boleh menyembur wangian ini di mana-mana sahaja mengikut kesesuaian. Produk ini mempunyai 3 wangian dan setiap satunya mempunya masa penggunaan yang tertentu, seperti pagi, petang dan malam. Hal ini kerana, semburan wangian ini dimodulasikan berdasarkan fungsi bahan semula jadi.

Saiz: 100 ml

Bahan: Air suling, minyak wangi berkualiti tinggi, pengawet

Negara Pengeluar: Amerika Syarikat 

Wangian:

  • English Pear & Freesia
  • Lime Basil + Mandarin
  • Berries + Bulgarian Roses

Harga: RM 55.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Te.essence Room Spray

Te.essence Room Spray
Kredit Gambar: Shopee

Formula te. essence bagi semburan bilik ini boleh menjadikan bilik anda bau menyenangkan sekali gus dapat melegakan tekanan. Ia memberikan anda bauan mewah yang tahan sehingga 6 ke 8 jam. Semburan ini juga sesuai pada bantal, cadar, ruang tamu, bilik tidur dan badan anda. Untuk mencubanya, anda boleh membeli semburan wangian ini dalam pakej pembungkusan 30 ml. Saiz pembungkusan yang kecil ini juga sesuai untuk dibawa ke mana-mana.

Saiz: 30 ml, 100 ml

Bahan: Aqua, alkohol gred wangian, minyak wangi

Negara Pengeluar: Malaysia 

Wangian:

  • English Pear & Freesia
  • Peony & Blush Suede
  • Mandarin & Jasmine
  • Saffron & Sandalwood ( Madinah )
  • Rose Of May & Amber Vanilla
  • Oud Bergamot 
  • Osmanthus & Patchouli
  • Waterlily & Mahogany 

Harga: RM 24.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. NAX HOME Room and Linen Spray

NAX HOME Room and Linen Spray
Kredit Gambar: Shopee

Semburan bilik NAX Home adalah 100% ‘cruelty-free’, vegan, mesra haiwan peliharaan dan bebas alkohol. Semburan wangian ini boleh kekal di dalam bilik anda sehingga 4 ke 6 jam. Selain tahan lama, semburan wangian ini juga mempunyai pelbagai jenis yang boleh dipilih mengikut keselesaan anda. Jika anda ingin merehatkan badan dan minda, anda boleh segera mendapatkan semburan wangian ini.

Saiz: 100 ml

Bahan: Polysorbate 80, Poloxamer 188, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Minyak Wangian, Dipropylene Glycol dan Air Suling.

Negara Pengeluar: Malaysia 

Wangian:

  • Wood Sage & Sea Salt
  • English Pear & Freesia 
  • French Lime 
  • Peony & Blush Suede
  • Nectarine Blossom & Honey 
  • 34 Boulevard Saint Germain

Harga: RM 35.10

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Breth.co Premium Room Spray

Breth.co Premium Room Spray
Kredit Gambar: Shopee

Semburan bilik premium Breth.co dirumus di Perancis. Anda boleh menggunakannya sebagai semburan bilik dan linen, semburan bantal, dan juga pembersih tangan aromatik. Selain itu, jika anda ingin bau kekal lebih lama, anda boleh menyembur 3 hingga 4 pam pada langsir dan penghawa dingin anda.

Saiz: 100 ml

Bahan: Air, Minyak wangi, Polysorbate 20

Negara Pengeluar: Malaysia 

Wangian:

  • Noble (Woody & Ancient)
  • Esprit (Fresh & Uplifting)
  • London 13 (Warm & Radiant)
  • Amour (Sweet & Floral)
  • Wanderlust (Exotic & Citrus)

Harga: RM 53.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Kandle Kandle Signature Room Spray

Kandle Kandle Signature Room Spray
Kredit Gambar: Shopee

Kandle Kandle mempunyai 12 wangian untuk anda pilih. Selain itu, semburan halus mereka tidak akan meninggalkan tompok air pada fabrik anda. Tambahan pula, setiap wangian mempunyai spesifikasinya tersendiri. Anda boleh melawati laman web kedai Shopee dan Lazada mereka untuk maklumat lanjut. Wangian ini juga sesuai untuk dijadikan hadiah buat rakan anda.

Saiz: 100 ml

Bahan: Etil Alkohol Terdenaturasi, Minyak Wangi

Negara Pengeluar: Malaysia 

Wangian:

  • Pomegranate Lily Patchouli
  • Clove Rose Agarwood
  • Narra Lily Sandalwood
  • Bluebeli Persimmon
  • Bergamot Ginger White Tea 
  • Lime Basil & Mandarin Orange
  • Goji Mango Tabocco Orange
  • Rose Honeycomb 
  • Ambrette Seasalt Wood Sage
  • Bergamot Cedarwood Vetiver
  • Pear Freesia Patchouli 

Harga: RM 78.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close