Tamarind atau asam jawa mempunyai rasa yang sangat masam lagi bersitrus dengan sedikit rasa asap dan rasa karamel. Rasa yang kompleks ini sesuai digunakan untuk kedua-dua hidangan manis dan berperisa di seluruh dunia. Pes asam jawa berasal dari pokok asam jawa yang menghasilkan buah seperti kacang yang diisi dengan biji yang mempunyai pulpa berserabut. Salah satu sos terkenal England, sos Worcestershire juga dibuat dengan pes asam jawa untuk mendapatkan rasa yang tersendiri.
Antara kebaikan asam jam ini ialah ia bagus untuk menghilangkan hidung tersumbat dan juga selesema. Selain itu, ia dapat membantu anda mengawal serangan cacing dalam usus anda. Jika anda senak atau sakit perut, anda boleh menggunakan asam jawa untuk merawatnya. Yang baiknya, asam jawa boleh meningkatkan fungsi hati kerana ia mengandungai asid askorbik dan B-karotenanya. Akhir sekali, ia boleh bertindak sebagai julap yang baik kerana ia tinggi dengan asid malik, tartatik dan juga kalium.
Di manakah saya boleh mendapatkan asam jawa?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan asam jawa di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan asam jawa, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, asam jawa seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih asam jawa?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli asam jawa ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis asam jawa yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Menyemak tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Asam Jawa Terbaik di Malaysia 2025
1. Cik Suri Asam Jawa Extra

Asam Jawa Cik Suri diperbuat daripada 100 peratus asam jawa asli, dan telah menjadi bahan yang mesti ada dalam setiap hidangan Malaysia. Asam Jawa Cik Suri bertindak sebagai penambah rasa, menambah rasa dan keenakan hidangan anda. Dapatkan asam jawa tanpa biji ini untuk seisi keluarga. Ia popular dalam kalangan semua peringkat umur dan dijamin 100 peratus halal, bersih dan sihat.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 200 g, 900 g
Harga: RM3.90 (200 g pek)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Penguin Asam Jawa

Penguin Asam Jawa, diperbuat daripada 100 peratus asam jawa asli dan telah menjadi bahan yang mesti ada dalam setiap hidangan Malaysia. Penguin Asam Jawa bertindak sebagai penambah rasa, menambah rasa dan keenakan hidangan anda.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 500 g
Harga: RM2.70
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Adabi Asam Jawa Xtra

Adabi Asam Jawa Xtra (Asam Manis Tanpa Biji) ialah pes 100% tanpa biji, dipasteur dan diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi. Jika dibandingkan dengan pes asam jawa lain di pasaran, pes ini mempunyai tiga kali ganda kandungan buah. Ia boleh digunakan untuk memasak atau dihidangkan sebagai minuman.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 200 g, 900 g
Harga: RM4.50 (200 g pek)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Chua Hah Seng Thailand Sour Tamarind Paste Concentrate

Untuk memastikan kualiti terbaiknya, Chua Hah Seng Thailand Sour Tamarind Paste Concentrate dibuat daripada 100 peratus asam jawa asli menggunakan teknologi canggih. Ia sesuai untuk Som Tum (Salad Thai), Pad Thai (mi goreng gaya Thai), Tom Yum dan hidangan lain.
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 380 ml
Harga: RM6.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. TDM Tamarind

Asam Jawa TDM Tamarind ini menjadi kegemaran suri rumah di seluruh dunia. Dapatkannya sekarang untuk penyediaan hidangan yang lazat. Juga ia boleh dihidangkan sebagai minuman di masa santai anda.
Negara Pengeluar: India
Saiz: 500 g, 1 kg
Harga: RM12.50 (1 kg pek)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Tamin Tamarind Paste

Pes Tamarind Tamin ialah produk keluaran Malaysia yang diperbuat daripada biji asam jawa yang berkualiti tinggi. Pes asam jawa ini digunakan secara meluas untuk masakan berasaskan Melayu supaya lebih sedap dan menyelerakan. Pes asam jawa ini disahkan Halal.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 1 kg
Harga: RM8.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Dapur Desa Original Tamarind Paste

Dapur Desa Original Tamarind Paste ini dibuat di Malaysia. Pes asam jawa telah menjadi bahan yang mesti ada dalam setiap hidangan Malaysia. Pes Tamarind menambah rasa pada hidangan anda. Ia tidak mempunyai tambahan gula atau garam, hanya pes asam jawa semata-mata.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 500 g, 1 kg
Harga: RM4.80 (500 g pek)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Udang Bumi Brand Tamarind Paste With Seed

Udang Bumi Brand Tamarind Paste With Seed adalah pes asam jawa yang telah diproses dan diperap dengan garam. Bijinya dikekalkan bagi memastikan rasa masam manis pes asam jawa kekal kuat. Ia berguna untuk memasak.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 200 g
Harga: RM1.95
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Gajah Brand Traditional Tamarind Paste

Gajah Brand Traditional Tamarind Paste adalah produk disahkan Halal yang dikilangkan di Malaysia. Pes asam jawa telah digunakan sejak beberapa generasi untuk membuat masakan tradisional dan moden. Ia membantu memberikan rasa manis dan masam kepada hidangan anda.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 400 g
Harga: RM3.10
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Bunga Merah Brand Tamarind Paste

Bunga Merah Brand Tamarind Paste didatangkan pada harga yang berpatutan dengan kandungan pes asam jawa yang lebih banyak. Pes asam jawa ini telah memenuhi beberapa sijil seperti sijil Halal dan sijil Mesti yang bermaksud pes asam jawa ini dibuat dengan bahan yang bersih dan berkualiti.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 500 g
Harga: RM3.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.