20 Pelan Pascabayar Terbaik di Malaysia 2023

Pelan pascabayar adalah pelan telefon bimbit yang memerlukan anda membayar yuran bulanan untuk jumlah data, panggilan, dan pesanan teks yang ditetapkan. Pelan-pelan ini biasanya ditawarkan oleh pengendali rangkaian mudah alih dan memerlukan anda untuk menandatangani kontrak untuk tempoh tertentu, seperti 12 atau 24 bulan. Banyak pelan pascabayar sekarang yang menawarkan peruntukan panggilan dan pesanan teks tanpa had, serta kuota data yang besar, Biasanya pelan ini lebih menjimatkan berbanding dengan pelan yang memerlukan anda membayar mengikut penggunaan anda.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui tentang pelbagai pelan data yang sesuai dengan keperluan anda. Pelan ini biasanya meliputi jumlah kredit bulanan anda, liputan peranti anda dan ciri-ciri premium yang ditawarkan untuk anda menikmati manfaat langganan pelan tersebut. Anda juga boleh mempertimbangkan pelan yang menawarkan Internet berkelajuan tinggi, panggilan dan SMS tanpa had ataupun data roaming antarabangsa yang terbaik. Jadi, berikut adalah 20 pelan pascabayar terbaik di Malaysia untuk anda.

Apakah Manfaat Yang Anda Dapat Daripada Pelan Pascabayar?

Pelan pascabayar menawarkan beberapa faedah yang boleh menjadikannya pilihan yang hebat bagi mereka yang memerlukan fleksibiliti dan nilai daripada pelan telefon mudah alih mereka. Dengan mempertimbangkan faedah yang ditawarkan, anda boleh memilih pelan telefon yang terbaik dan memenuhi keperluan anda.

1. Penggunaan Telefon yang Fleksibel

Pelan pascabayar biasanya menawarkan peruntukan data, suara, dan teks yang lebih fleksibel berbanding pelan prabayar. Ini bermaksud anda boleh menggunakan telefon anda tanpa perlu risau akan kehabisan data atau kredit.

2. Jimat

Pelan pascabayar sering menawarkan nilai yang lebih baik untuk wang anda, terutamanya bagi mereka yang menggunakan peruntukan data, suara dan teks yang banyak. Kini, banyak pelan pascabayar yang menawarkan peruntukan suara dan teks tanpa had. Mereka juga menawarkan kuota data yang besar untuk jenis pelan ini.

3. Ciri Premium

Pelan pascabayar sering dilengkapi dengan ciri-ciri dan perkhidmatan tambahan, seperti roaming antarabangsa, pelan perlindungan peranti, dan akses kepada kandungan premium seperti filem dan rancangan TV.

4.  Roaming Antarabangsa

Banyak pelan pascabayar menawarkan kadar roaming antarabangsa yang berpatutan. Ciri ini membolehkan anda menggunakan telefon semasa melancong ke luar negara tanpa dikenakan caj yang tinggi.

Apakah Aspek Yang Penting Untuk Dipertimbangkan Apabila Anda Membeli Pelan Pascabayar?

Pelan pascabayar menawarkan cara yang mudah untuk anda menggunakan telefon anda. Pelan ini mempunyai bil bulanan yang tetap serta menyediakan peruntukan data, voice dan teks yang tertentu mengikut pelan yang anda pilih. Oleh sebab itu, terdapat beberapa aspek yang perlu anda pertimbangkan apabila memilih pelan yang sesuai untuk anda:

1. Liputan

Anda perlu memilih pelan pascabayar yang menawarkan liputan terbaik di kawasan anda berada. Untuk mengetahui maklumat ini, anda boleh menyemak peta liputan atau meminta cadangan daripada rakan atau ahli keluarga bagi menentukan rangkaian yang menawarkan liputan terbaik di kawasan anda.

2. Penggunaan Data

Anda perlu mempertimbangkan berapa banyak data yang anda perlukan pada setiap bulan. Jika anda kerap menggunakan aplikasi yang memerlukan banyak data, maka anda perlu mendapatkan pelan yang mempunyai had data yang lebih tinggi.

3. Tempoh Kontrak

Pelan pascabayar biasanya menawarkan kontrak selama 12 bulan atau 24 bulan. Jadi, anda perlu mempertimbangkan komitmen anda untuk membayar kontrak dalam jangka masa yang panjang ini sebelum melanggan pelan pascabayar.

Jika anda mencari penyedia Internet yang berkualiti tinggi, anda boleh membaca artikel di bawah:

  1. Rangkaian Mudah Alih Terbaik di Malaysia
  2. Pelan Internet Broadband Terbaik di Malaysia
  3. Pembekal Perkhidmatan Internet Terbaik di Malaysia

20 Pelan Pascabayar Terbaik di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Digi Infinite 55 And 75

untitled-square-presentation-
Kredit Gambar: SoyaCincau

Digi Postpaid Infinite 55 dan 75 hanya tersedia untuk jangka masa terhad. Pelan Infinite 55 termasuk panggilan tanpa had, 10GB data hotspot, dan internet dengan cap berkelajuan 6Mbps. Jika anda memerlukan sambungan yang lebih pantas, Infinite 75 menyediakan faedah yang sama tetapi dengan cap berkelajuan yang lebih tinggi iaitu 12Mbps. SMS dikenakan bayaran sebanyak 10 sen untuk setiap mesej dan tidak termasuk dalam pakej. Kedua-dua pelan ini menawarkan internet berkelajuan tinggi tanpa had. Ini bermaksud anda boleh melayari laman web, menonton video, dan menggunakan media sosial tanpa perlu risau tentang kehabisan data.

Kelebihan:

  • Akses Internet percuma tanpa had
  • 10GB hotspot
  • Roaming antarabangsa

Harga: RM 55 – RM 75/sebulan

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Celcom Mega 98 Unlimited

Celcom-Mega--Unlimited-
Kredit Gambar: Celcom Mega

Celcom Mega 98 Unlimited menawarkan jalur lebar tanpa had dengan cap berkelajuan 10Mbps pada harga RM 98 sebulan. Selain itu, pakej ini menawarkan penggunaan hotspot bulanan sebanyak 10GB dan panggilan tanpa had ke mana-mana rangkaian. SMS pula dikenakan 20 sen setiap satu dan ia tidak termasuk dalam pakej. Kini, mereka menawarkan diskaun atas talian yang mana anda boleh mendapatkan RM 30 selama 6 bulan dan RM 20 diskaun pada bulan keempat jika anda mendaftar atas talian. Pelan Celcom Mega 98 Unlimited ada menawarkan pelbagai faedah termasuk Internet berkelajuan tinggi, panggilan dan SMS tanpa had, kadar roaming antarabangsa yang berpatutan, freebies dan diskaun fleksibiliti dalam tempoh kontrak dan perkhidmatan pelanggan yang diutamakan.

Kelebihan:

  • Panggilan dan video streaming tanpa had
  • Muzik streaming tanpa had
  • Percuma iQiyi untuk 6 bulan

Harga: RM 98/sebulan

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. Maxis Postpaid 188

Maxis-Postpaid-
Kredit Gambar: KLgadgetguy

Maxis Postpaid 188 adalah pelan Maxis pascabayar yang sangat berpatutan untuk anda. Ia adalah pelan terbaik untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai (sehingga 5 orang). Pelan ini menawarkan 4 talian tambahan dengan kadar RM 48 sebulan bagi setiap talian. Selain itu, anda juga boleh mengaktifkan data roaming dengan hanya RM 3 sehari. Ini adalah pelan yang sesuai untuk para pelancong yang sering melancong ke serata dunia. Pelan Maxis Postpaid dilengkapi dengan keahlian MaxisONE Prime yang mana menawarkan manfaat tambahan seperti perkhidmatan pelanggan yang baik, perkongsian data percuma dan diskaun bagi peranti yang terpilih. Jika anda membeli pelan ini secara online, anda akan mendapat rebat RM 50 secara bulanan untuk 4 bulan seterusnya.

Kelebihan:

  • Percuma SMS dan panggilan ke semua rangkaian
  • 4 talian tambahan
  • Percuma premium Spotify

Harga: RM 188/sebulan

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

4. U Mobile GX68

U-Mobile-GX-
Kredit Gambar: Nasilemaktech

Pakej U Mobile GX68 merupakan pakej pascabayar tanpa had yang paling murah di Malaysia. Dengan pakej ini, anda boleh berkongsi hotspot 10GB secara percuma dengan ibu bapa di rumah anda. Jika hotspot anda tidak mencukupi, anda boleh menambah hotspot booster dengan menghantar SMS ON HOTSPOT di 28188 dengan harga RM 3 untuk 3 hari. U Mobile GX68 menawarkan fleksibiliti dalam tempoh kontrak. Anda boleh memilih untuk mendaftar kontrak selama 12 bulan atau 24 bulan, bergantung kepada keperluan dan pilihan anda.

Kelebihan:

  • Data tanpa had
  • Internet berkelajuan tinggi
  • Hotspot percuma sehingga 5Gb

Harga: RM 219 – RM 299/setahun

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5. Digi Postpaid 150

Digi-Postpaid--
Kredit Gambar: Soyacincau

Pelan Postpaid 150 menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan seperti panggilan tanpa had, 1000 SMS percuma, dan 90GB Internet dengan kadar RM 150 sebulan. Disebabkan ia adalah sebahagian daripada tawaran istimewa Juara Internet semasa, pakej ini kini termasuk tambahan 45GB had data dan potongan bulanan RM15 untuk 12 bulan pertama. Ini bermakna, anda mendapat 135GB data berkelajuan tinggi pada harga RM 135 setiap bulan. Pelan ini juga dilengkapi dengan Digi Rewards yang menawarkan diskaun eksklusif dan promosi dari pelbagai rakan niaga, termasuk outlet makanan dan minuman, kedai runcit, dan syarikat pelancongan.

Kelebihan:

  • Diskaun pelan data untuk ahli keluarga
  • Talian tambahan percuma
  • Broadband mudah alih percuma

Harga: RM 60 – RM 135/sebulan

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

6. UNI5G POSTPAID

untitled-rectangle-presentation---T.
Kredit Gambar: Soyacincau

Pelan UNI5G POSTPAID memberikan anda akses kepada rangkaian 5G UNIFI Mobile yang miliki kelajuan Internet dengan had data bulanan sehingga 300GB. Dengan data yang ada, anda boleh melayari Internet, muat turun video dan menggunakan media social tanpa risau kehabisan data. Selain itu, UNI5G POSTPAID juga menyokong pengendalian data berlebihan. Ini bermakna, sebarang data yang tidak digunakan daripada had bulanan anda yang lepas akan dibawa ke kuota bulan seterusnya. Ciri ini adalah sesuai untuk individu yang tidak menggunakan keseluruhan kuota data bulanan mereka. Oleh sebab itu, UNI5G POSTPAID menjadi pilihan yang terbaik untuk mereka yang memerlukan perkhidmatan seperti akses rangkaian 5G, Internet berkelajuan tinggi serta panggilan dan SMS tanpa had. 

Kelebihan:

  • Data Internet tanpa had & rangkaian 5G
  • Data rollover
  • Diskaun peranti

Harga: RM 39 – RM 89/sebulan

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

7. Yes Infinite

Yes-Infinite-Basic
Kredit Gambar: KTS Cellular Malaysia

Yes Infinite postpaid menawarkan Internet berkelajuan tinggi tanpa had, panggilan dan SMS tanpa had, kadar roaming antarabangsa yang rendah, barangan percuma, diskaun, perkongsian data yang fleksibel, layanan pelanggan yang baik, dan penjimatan peranti. Kelebihan ini menawarkan anda alternatif telefon bimbit yang memudahkan urusan anda dan boleh dipercayai untuk mereka yang memerlukan sambungan data secara konsisten dan perkhidmatan nilai tambah. Anda boleh memilih pelan Basic, Standard, Premium atau Ultra untuk memenuhi keperluan anda.

Kelebihan:

  • Panggilan tanpa had ke semua rangkaian
  • Percuma telefon 5G tertakluk kepada terma dan syarat
  • Data tanpa had pada kadar yang tetap
  • Storan data yang besar

Harga: RM 58 – RM 178/sebulan

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

8. Hotlink Postpaid

untitled-rectangle-presentation---T.
Kredit Gambar: SoyaCincau

Hotlink Postpaid menawarkan pelbagai ciri dan faedah yang menjadikannya pilihan yang hebat untuk mereka yang memerlukan perkhidmatan seperti Internet berkelajuan tinggi, panggilan dan SMS tanpa had, dan kadar roaming antarabangsa yang berpatutan. Dengan mempertimbangkan ciri-ciri dan faedah ini, anda boleh memilih pelan telefon bimbit yang terbaik serta memenuhi keperluan dan kehendak anda. Hotlink Postpaid juga menawarkan versi premium pelan ini yang dipanggil Hotlink Flex Plus. Pelan ini menawarkan faedah tambahan seperti Internet berkelajuan tinggi tanpa had, panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia dan negara-negara antarabangsa terpilih, dan banyak lagi.

 Kelebihan:

  •  Panggilan percuma dan SMS ke semua rangkaian
  • Tiada Bayaran Pendahuluan
  • Akses premium secara percuma ke aplikasi dan perkhidmatan

Harga: RM 30 – RM 60/sebulan

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

9. Digi Family Share

Digi-Family-Share
Kredit Gambar: Tekkaus

Digi Family Share Postpaid boleh digunakan dengan menambah pelan tambahan Digi Family yang bermula pada harga RM 20 sebulan. Pelan asas Family 20 menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti 10GB data berkelajuan tinggi dan panggilan tanpa had dengan harga RM 20 sebulan. Pelan Family 30 pula memberikan anda 25GB data berkelajuan tinggi dan panggilan tanpa had dengan kadar RM 30 sebulan. Selain itu, pelan Family 45 adalah tambahan yang paling mahal, yakni dengan kadar RM 45 sebulan. Pelan ini termasuk panggilan tanpa had, 50GB data berkelajuan tinggi dan 300 SMS percuma.

Kelebihan:

  • Tambah 4 talian tambahan
  • Internet berkelajuan tinggi tanpa had
  • Kongsi hotspot

Harga: RM 20 – RM 45/sebulan

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

10. RedOne Amazing 58 And 38

RedOne-Amazing--And--
Kredit Gambar: Redone

Pelan RedOne Amazing 8 dan 38 adalah pilihan pascabayar yang paling berpatutan, dengan kos bulanan berkisar dari RM 8 sehingga RM 38. Kedua-dua pelan ini menawarkan 1GB data berkelajuan tinggi dan panggilan tanpa had dalam kalangan ahli pascabayar RedOne. RedOne Amazing 38 pula menawarkan panggilan tanpa had ke semua rangkaian, 20GB data yang berkelajuan tinggi dan 30GB RedDaily. Pelan ini berharga RM 38 sebulan dan ia sungguh menjimatkan dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Dengan pelan ini, anda akan diaktifkan secara automatik untuk data RedDailly yang mempunyai had harian sebanyak 1GB dan kelajuan maksimum sehingga 3Mbps. 

Kelebihan:

  • Panggilan tanpa had ke semua rangkaian mudah alih
  • Talian tambahan untuk keluarga
  • Tiada deposit

Harga: RM 38 – RM 58/sebulan

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

11. U Postpaid 68 And 98 

U-Postpaid--And--
Kredit Gambar: Soya Cincau BM

Rangkaian pascabayar U Mobile telah memperkenalkan pilihan baharu dengan sekatan data yang berkelajuan tinggi yang mana telah menggantikan pelan tanpa had yang sedia ada. U Postpaid 89 lebih mahal daripada pelan U Postpaid 68. Pelan U Postpaid 98 menawarkan 1000GB internet berkelajuan tinggi yang mengagumkan.

Kedua-duanya menawarkan data roaming percuma sebanyak 15GB, panggilan tanpa had, dan panggilan masuk semasa berada di luar negara. Sila ambil perhatian bahawa penggunaan hotspot terhad kepada 5GB sebulan; jika anda memerlukan lebih banyak, anda perlu membeli pemacu hotspot tambahan.

Kelebihan:

  • Data berkelajuan tinggi
  • Panggilan tanpa had ke semua rangkaian mudah alih
  • Roaming antarabangsa dan panggilan (15GB)

Harga: RM 38 – RM 98/sebulan

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

12. Tune Talk Buddies Pack

Tune-Talk-Buddies-Pack
Kredit Gambar: SoyaCincau

Tune Talk Buddies Pack ditawarkan khusus untuk rakan-rakan dan keluarga. Hal ini kerana pelan ini hanya mengenakan RM 0.09 sahaja bagi setiap minit. Tune Talk Buddies Pack menawarkan harga yang berpatutan dan menjadikannya pilihan yang baik untuk mereka yang mencari pelan telefon mudah alih yang mesra bajet. Selain itu, anda juga akan menerima telefon dan pelan pascabayar yang akan dihantar ke rumah anda secara percuma. Pelan ini boleh diaktifkan dengan mudah dan menjadikannya pilihan yang sesuai untuk mereka yang lebih suka menguruskan akaun mereka secara online.

Kelebihan:

  • Percuma 4 – 8GB data Internet
  • Panggilan ke Tune Talk tanpa had
  • SMS, akses media sosial dan muzik tanpa had
  • Berpatutan

Harga: RM 28 – RM 48/sebulan

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

13. Digi Postpaid 60

Digi-Postpaid-
Kredit Gambar: Lowyat.NET

Apabila anda mendaftar untuk Digi Postpaid 60, anda akan mendapatkan tambahan 20GB Internet selama setahun bagi 30GB standard. Jadi, anda mendapat 50GB akses Internet berkelajuan tinggi bagi pelan ini! Selain itu, 5G Booster membolehkan anda menikmati Internet 5G. Sekiranya anda meneruskan langganan pelan ini selama setahun, anda boleh memilih antara tambahan 10GB Internet berkelajuan tinggi atau akses percuma ke media social, penstriman dan permainan.

 Kelebihan: 

  • Extreme 200GB Internet
  • 5G booster
  • Akses ke Internet berkelajuan tinggi

Harga: RM 60/sebulan

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

14. U Family Share

U-Family-Share
Kredit Gambar: SoyaCincau

Jika anda mempunyai U Mobile U Postpaid 98, anda boleh menambah talian tambahan postpaid dengan RM38/sebulan. Pakej ini berkongsi had data utama yang berkelajuan tinggi 1000GB dan menawarkan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. U Family Share menawarkan data yang boleh dikongsi, iaitu anda boleh berkongsi data anda dengan 3 talian tambahan. Ciri ini adalah sesuai untuk keluarga atau kumpulan yang perlu berkongsi data di pelbagai peranti.

Kelebihan:

  • Panggilan tanpa had untuk kesemua rangkaian
  • Data tanpa had untuk video dan akses muzik
  • Data tanpa had untuk Waze

Harga: RM 38/sebulan

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

15. Xpax Postpaid

untitled-rectangle-presentation---T.
Kredit Gambar: SoyaCincau

Xpax Postpaid menawarkan Internet berkelajuan tinggi dengan kuota bulanan sehingga 80GB. Ini bermakna anda boleh melayari Internet, menonton video, dan menggunakan media sosial tanpa risau kehabisan data. Pelan ini juga menawarkan panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia. Jadi, anda boleh berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga tanpa perlu risau tentang caj tambahan. Selain itu, Xpax Postpaid 60 menawarkan pilihan tambahan yang dipanggil XP Unlimited yang memberi anda Internet berkelajuan tinggi tanpa had dengan harga tetap sebulan.

Kelebihan:

  • Internet tanpa had
  • Panggilan tanpa had ke semua rangkaian mudah alih
  • Bulanan 150GB

Harga: RM 40 – RM 65/sebulan

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

16. Celcom Mega

Celcom-Mega-
Kredit Gambar: Shopee

Celcom Mega mempunyai pelbagai ciri dan faedah yang menjadikannya sebagai alternatif yang sangat sesuai untuk mereka yang memerlukan perkhidmatan seperti Internet berkelajuan tinggi, panggilan dan SMS tanpa had dan caj roaming antarabangsa yang rendah. Anda boleh memilih pelan telefon mudah alih terbaik yang memenuhi keperluan dan kehendak anda dengan mengambil kira ciri-ciri dan faedah yang ditawarkan oleh pelan ini. Celcom Mega juga menawarkan Roam Like Home yang membolehkan anda menggunakan kuota data tempatan apabila melancong ke negara-negara tertentu tanpa dikenakan caj roaming tambahan.

Kelebihan:

  • Internet tanpa had
  • Meningkatkan kelajuan Internet dengan pantas.
  • HD gaming dan ultra HD video tanpa had

Harga: RM 98 – RM 188/sebulan

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

17. Maxis Postpaid Plan 98

Maxis-Postpaid-Plan-
Kredit Gambar: SoyaCincau

Maxis Postpaid 98 Plan dilengkapi dengan 50GB data berkelajuan tinggi, panggilan dan SMS tanpa had, akses percuma ke Sooka, Viu Premium, dan data roaming tanpa had (RM3.30 sehari). Mereka juga mempunyai promosi bulanan dari RM 98 hingga RM 78 (dengan rebat RM 20 x 24 bulan). Untuk pengalaman kelajuan yang lebih pantas, anda boleh menaik taraf pelan ke 60GB data dengan tambahan RM10 sebulan.

Kelebihan:

  • Akses percuma ke Sooka dan Viu
  • Data tanpa had untuk roaming
  • Boleh dinaiktaraf

Harga: RM 98/sebulan

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

18. U Mobile U Postpaid 38

U-Mobile-U-Postpaid-
Kredit Gambar: SoyaCincau

U Mobile U Postpaid 38 mengenakan bayaran sebanyak RM 38 sebulan bagi 60GB data yang berkelajuan tinggi untuk Internet 4G dan 5G. Pelan ini juga termasuk perkhidmatan hotspot ultra 5G yang boleh digunakan pada beberapa peranti, selain berkongsi data berkelajuan tinggi dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Selain itu, ia menawarkan internet berkelajuan tinggi dengan kuota bulanan sehingga 10GB. Ini bermakna anda boleh melayari Internet, menonton video, dan menggunakan media sosial tanpa risau kehabisan data.

Kelebihan:

  • Internet 4G dan 5G
  • Ultra hotspot
  • Panggilan tanpa had untuk semua rangkaian mudah alih

Harga: RM 98/sebulan

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

19. Yes Power 35

untitled-rectangle-presentation---T.
Kredit Gambar: Lowyat.NET

Yes Power 35 Postpaid Plan memberi anda 100GB Data Internet serta semua tawaran perkhidmatan lain untuk sebulan. Selain Internet berkelajuan tinggi dan panggilan tanpa had, Yes Power 35 menawarkan Yes Altitude, iaitu ‘loyalty program’ yang memberi ganjaran kepada anda dengan mata ganjaran untuk setiap ringgit yang anda belanjakan pada bil bulanan anda. Anda boleh menebus mata ganjaran ini untuk diskaun, barangan percuma, dan ganjaran yang lain. Pelan ini juga menawarkan Yes Care, iaitu pelan perlindungan yang melindungi telefon anda daripada kerosakan yang tidak disengajakan, kehilangan, atau kecurian. Ciri ini adalah untuk mereka yang inginkan perlindungan tambahan untuk telefon mereka.

Kelebihan: 

  • Kelajuan tanpa had
  • Panggilan tanpa had untuk sebulan
  • Yes Care

Harga: RM 35/sebulan

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

20. Digi Postpaid 150

untitled-square-presentation-
Kredit Gambar: Digi

Digi Postpaid 150 dilengkapi dengan pelbagai ciri dan faedah yang menjadikannya sebagai alternatif yang sangat sesuai buat mereka yang memerlukan perkhidmatan seperti Internet berkelajuan tinggi, panggilan dan SMS tanpa had serta kos roaming antarabangsa yang rendah. Digi Postpaid 150 menawarkan Digi Shield, iaitu pelan perlindungan peranti yang melindungi telefon anda daripada kerosakan yang tidak disengajakan, kehilangan, atau kecurian. Ciri ini adalah untuk mereka yang inginkan perlindungan tambahan untuk telefon mereka. Pelan ini juga dilengkapi dengan Digi Live, iaitu aplikasi mudah alih yang menawarkan pelbagai kandungan hiburan seperti Live TV, filem, muzik, dan banyak lagi. Selain itu, Digi Postpaid 150 menawarkan Digi Internet Sharing yang membolehkan anda berkongsi kuota Internet anda dengan peranti lain (sehingga 6 peranti) seperti tablet atau komputer riba.

Kelebihan: 

  • All-access Internet
  • Kuota bulanan besar
  • Digi Shield

Harga: RM 150/ sebulan

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close