8 Baby Bouncer Terbaik di Malaysia 2023

Adakah anda menghadapi masalah untuk menenangkan bayi yang sedang menangis? Mungkin sudah tiba masanya untuk anda menggunakan baby bouncer. Baby bouncer sangat efektif untuk membuat bayi lebih tenang bahkan dapat membantu bayi tidur lebih cepat. Hal ini disebabkan gerakan mengayunnya yang membuatkan bayi berasa seolah-olah berada di dalam dakapan ibu. 

Baby bouncer direka khas untuk kanak-kanak yang tidak boleh duduk sendiri. Ia hanya boleh digunakan apabila diawasi oleh ibu bapa atau penjaga. Had berat bouncer haruslah bersesuaian dengan berat bayi anda bagi mengelakkan sebarang kemalangan. Selain itu, anda juga haruslah memilih bouncer yang diperbuat daripada bahan yang selamat dan selesa. Berikut adalah 8 baby bouncer terbaik di Malaysia. 

Apakah yang perlu anda pertimbangkan semasa membeli baby bouncer?

Untuk membantu anda mencari baby bouncer yang sempurna dengan mudah, kami telah senaraikan 5 aspek yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat sebarang pilihan atau pembelian baby bouncer. 

1. Had Berat

Baby bouncer biasanya didatangkan dengan tahap ketahanan yang berbeza bergantung kepada jenama. Oleh itu, anda perlu memilih bouncer dengan had berat yang lebih tinggi berbanding berat bayi anda. Hal ini juga membolehkan anda menggunakannya untuk tempoh yang lebih lama. 

2. Mudah Dibersihkan

Pastikan bahan pada bouncer boleh ditanggalkan dan mudah untuk dibersihkan. Hal ini bagi memastikan anak anda sentiasa sihat dan selamat daripada sebarang jangkitan atau penyakit. 

3. Ciri Keselamatan

Anda disarankan untuk memilih bouncer yang disertakan dengan ciri keselamatan tambahan seperti ‘harness’ dan sokongan kepala dan leher yang betul. Hal ini adalah untuk memastikan bayi anda kekal selesa dan selamat di atas bouncer. 

4. Binaan Kukuh

Bouncer bayi haruslah mempunyai reka bentuk tapak yang lebar dan diperbuat daripada bahan yang kukuh. Hal ini bagi mengurangkan risiko bouncer terbalik. 

5. Keselesaan

Anda haruslah memilih bouncer dengan tempat duduk yang empuk serta diperbuat daripada bahan lembut dan mesra bayi. Hal ini bagi memastikan anak anda mendapat sokongan kepala dan leher yang baik dan tidak akan menyebabkan sebarang kerengsaan kulit. 

8 Baby Bouncer Terbaik di Malaysia 2023

1. Babylove Compact Bouncer XL

Babylove Compact Bouncer XL
Kredit gambar: theweddingvowsg

Babylove Compact Bouncer XL ini sesuai untuk bayi yang baru lahir hingga 2 tahun. Rangka bouncer ini diperbuat daripada keluli manakala fabrik bouncer diperbuat daripada 100% poliester. Hal ini menjadikannya tahan lama, boleh dibasuh, cepat kering serta mempunyai pengudaraan yang baik. Bouncer ini menawarkan gerakan ayunan yang lembut bagi memastikan keselesaan bayi anda. Di samping itu, ia juga sangat ringan dan mudah alih sekali gus memudahkan anda untuk membawa dan menyimpannya di mana sahaja. 

Spesifikasi:

  • Bahan Fabrik: 100% Poliester
  • Berat Maksimum: < 13 kg
  • Negara Pengeluar: Thailand
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

Tahan lasak, boleh dibasuh dan cepat kering
Sistem pengudaraan yang baik
Ringan dan mudah alih

Harga: RM129.90 – RM169.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Chicco Balloon Baby Bouncer

Chicco Balloon Baby Bouncer
Kredit gambar: theweddingvowsg

Chicco Balloon Baby Bouncer boleh menampung berat sehingga 18 kg. Bouncer ini mempunyai bar mainan elektronik dengan lampu berwarna serta dilengkapi dengan 6 bunyi alam semula jadi dan 6 lagu yang akan menghiburkan bayi anda. Ia juga didatangkan dengan 3 mainan gantung serta panel perakam dan pembesar suara yang membolehkan anda merakam suara anda. Bukan itu sahaja, ia juga boleh dilaraskan kepada 4 kedudukan berbeza mengikut keselesaan anak anda. Bouncer ini juga boleh digunakan sebagai buaian bayi. 

Spesifikasi:

  • Bahan Fabrik: Poliester
  • Berat Maksimum: < 18 kg
  • Negara Pengeluar: Itali
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

4 tahap sandaran boleh dilaras
Bar mainan elektronik dengan lampu berwarna
6 bunyi alam semula jadi dan 6 lagu

Harga: RM399.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Babybjorn Bouncer Bliss 

Babybjorn Bouncer Bliss
Kredit gambar: theweddinvowsg

Babybjorn Bouncer Bliss ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 0 hingga 2 tahun. Baby bouncer ini mempunyai reka bentuk yang ringan dan boleh dilipat bagi memudahkan penyimpanannya. Selain itu, ia dilengkapi dengan jaringan fabrik yang selesa agar bayi anda tidak kepanasan dan tidak dinaiki ruam semasa berpeluh. Di samping itu, fabrik tempat duduk bouncer ini juga dijual berasingan dalam pelbagai warna dan bentuk yang boleh anda pilih mengikut keselesaan bayi anda. Ia juga mematuhi piawaian keselamatan ASTM F2167 dan ASTM F2613.

Spesifikasi:

  • Bahan Fabrik: Mesh (100% Poliester), 100% kapas atau jersi 3D (80% poliester, 16% kapas dan 4% elastane)
  • Berat Maksimum: < 13 kg
  • Negara Pengeluar: Sweden
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

Gerakan ayunan yang lembut dan semula jadi
Mampu mengagihkan berat secara sekata
Boleh dilipat

Harga: RM849.15 – RM934.15

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Tiny Love 2 in 1 Nature’s Way Bounce & Sway

Tiny Love in Natures Way Bounce Sway
Kredit gambar: theweddingvowsg

Tiny Love 2 in 1 Nature’s Way Bounce & Sway ini merupakan bouncer ‘dual motion wire-free’ yang menawarkan ayunan yang menenangkan seolah-olah berada di dalam dakapan manusia. Bouncer ini mempunyai 19 lagu dalam 3 kategori berbeza dan muzik akan dimainkan selama 25 minit secara berterusan. Selain itu, ia juga didatangkan dengan 5 sistem keselamatan serta 3 tali pinggang keselamatan utama untuk melindungi bayi anda. Bouncer ini juga dilengkapi dengan kusyen lembut yang boleh ditanggalkan dan dibasuh.

Spesifikasi:

  • Bahan Fabrik: Poliester
  • Berat Maksimum: < 9 kg
  • Negara Pengeluar: Israel
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

Muzik berterusan selama 25 minit
Panel mainan boleh ditanggalkan
5 sistem keselamatan

Harga: RM599.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Stokke Steps Bouncer

Stokke Steps Bouncer
Kredit gambar: theweddingvowsg

Stokke Steps Bouncer merupakan antara bouncer yang disyorkan oleh Pakar Fisioterapi Pediatrik. Bouncer ini dilengkapi dengan ciri penyerapan impak (shock absorption) dan kusyen ‘newborn Insert’ bagi memberikan sokongan yang maksimum pada kepala dan leher bayi anda. Ia mempunyai tapak yang kukuh dan boleh digunakan di atas lantai atau dipasang pada kerusi Stokke® Steps™. Selain itu, ia didatangkan dengan ‘5-point safety harness’ dan pad bahu tebal untuk keselamatan dan keselesaan tambahan.

Spesifikasi:

  • Bahan Fabrik: Poliester
  • Berat Maksimum: < 9 kg
  • Negara Pengeluar: Norway
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

Mempunyai reka bentuk sokongan dan keselesaan
Tempat duduk boleh laras
Tapak yang kukuh untuk mengelakkan gelinciran

Harga: RM819.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Beaba Up & Down Bouncer

Beaba Up Down Bouncer
Kredit gambar: Shopee

Beaba Up & Down Bouncer mempunyai 4 tahap ketinggian dan 3 sudut baring yang boleh dilaraskan. Ia sesuai untuk bayi yang baru lahir hingga 6 bulan. Bouncer ini didatangkan dengan kusyen sokongan kepala yang boleh ditanggalkan dan dibasuh serta sandaran kepala yang selesa untuk bayi anda. Ia juga boleh digunakan sebagai ‘rocking seat’ untuk menidurkan bayi atau boleh dilaraskan ke tahap yang selesa untuk menyuap makanan.  Bukan itu sahaja, bouncer ini juga dilengkapi dengan ‘5-point safety harness’ bagi menjamin keselamatan bayi anda.

Spesifikasi:

  • Bahan Fabrik: 70% PU, 30% Poliester
  • Berat Maksimum: < 9 kg
  • Negara Pengeluar: Perancis
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

‘5-point harness’
Fungsi ‘rocking’ dengan sistem penguncian bersepadu untuk keselamatan
3 posisi baring

Harga: RM840.00 – RM1123.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. 4Moms MamaRoo 4.0  

Moms MamaRoo .
Kredit gambar: Shopee

4Moms MamaRoo 4.0 ini dilengkapi dengan alunan muzik dan palam MP3 serta mempunyai rangka yang teguh sekali gus menjadikannya selamat digunakan untuk bayi anda. Bouncer ini juga didatangkan dengan fungsi ayunan automatik dalam durasi yang boleh ditetapkan untuk memudahkan anda menidurkan bayi anda. Terdapat 5 pilihan kelajuan ayunan dan 3 tetapan durasi iaitu pada 15, 30 dan 45 minit. Ia akan berhenti secara automatik selepas tamat waktu. Selain itu, ia juga diperbuat daripada mesh yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Fabrik tersebut juga boleh ditanggalkan dan dibasuh.

Spesifikasi:

  • Bahan Fabrik: Mesh, plush, poliester
  • Berat Maksimum: < 11 kg
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

Sistem bunyi & palam MP3
Tempat duduk boleh laras
5 gerakan unik

Harga: RM1,599.00 – RM1,999.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Chicco Rhythm N Sound Baby Bouncer

Chicco Rhythm N Sound Baby Bouncer
Kredit gambar: theweddingvowsg

Bouncer ini didatangkan dengan melodi merdu, ‘lullabies’ dan bunyi alam semula jadi untuk menghiburkan bayi anda. Panel muzik tersebut boleh diaktifkan dengan hanya menekan butang yang terletak di sisi bouncer. Ia boleh digunakan sehingga bayi anda mencapai berat 9 kg. Ia dilengkapi dengan fabrik yang selesa serta tali keselamatan agar bayi anda tidak mudah tergelunsur daripada bouncer. Ia juga mempunyai 2 tahap sandaran yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan bayi anda. Bukan itu sahaja, bouncer ini juga boleh dilipat dan simpan di ruangan yang sempit. 

Spesifikasi:

  • Bahan Fabrik: Poliester
  • Berat Maksimum: < 9 kg
  • Negara Pengeluar: Itali
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

Bunyi alam semula jadi dan melodi lembut
Boleh ditanggalkan dan dicuci
‘5-point harness’

Harga: RM599.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close