Apa itu baking soda? Kalau anda hendak tahu, baking soda hanyalah nama yang berbeza dengan produk yang kita kenali sebagai soda bikarbonat. Baking soda boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Salah satunya adalah untuk ‘baking’. Ia mewujudkan kesan “berangin” dalam adunan dan doh. Baking soda adalah bahan aktif biasa dalam resipi ‘baking’ yang cepat seperti biskut, muffin dan penkek.
Jadi, untuk membuat kek atau pastri yang cantik, anda perlu menggunakan baking soda agar ia dapat menaikkan adunan atau doh dengan sekata secara konsisten. Oleh sebab itu, mencari baking soda yang berkualiti adalah penting bagi menjamin ketelusan dan kesempurnaan hidangan pastri anda. Teruskan membaca artikel ini kerana kami menghimpunkan 10 baking soda terbaik di Malaysia untuk anda dapatkan di pasaran.
Di Manakah Saya Boleh Mendapatkan Baking Soda?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan baking soda di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan baking soda, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, baking soda seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah Yang Perlu Diperhatikan Semasa Memilih Baking Soda?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli baking soda ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis baking soda yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Baking Soda Terbaik di Malaysia 2025
1. BreadOz Sodium Bicarbonate

BreadOz Sodium Bicarbonate dibuat untuk pelbagai tujuan dan ia kebanyakannya digunakan dalam aktiviti ‘baking’. Pengguna yang sedang mencari agen penaik untuk hidangan yang lazat bolehlah mencuba baking soda ini. Anda akan melihat perbezaannya selepas menggunakannya. Pasti anda akan berpuas hati dengan persembahan yang diberikan oleh baking soda ini.
Bahan-bahan: 100% Sodium Bicarbonate
Saiz: 100 g, 500 g, 1 kg
Harga: RM 1.80 (100 g), RM 3.00 (500 g), RM 4.90 (1 kg)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. HOI Bakers & Chef Baking Soda

House of Ingredients berfungsi sebagai pusat sehenti untuk bahan-bahan ‘baking’ di Malaysia. Baking soda yang dijual di sini sememangnya menjadi pilihan setiap suri rumah di Malaysia. Ia juga dipercayai oleh ramai pengguna. Dapatkan produk ini di pasaran sekarang. Kini, hidangan anda akan menjadi lebih mantap dan sempurna dengan adanya HOI Bakers & Chef Baking Soda.
Bahan-bahan: 100% Sodium Bicarbonate
Saiz: 1 kg
Harga: RM 2.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Radiant Baking Soda (Food Grade Edible)

Serbuk natrium bikarbonat digunakan sebagai agen penaik dalam rangkaian makanan yang dibakar. Ia mula bertindak balas sebaik sahaja ia bersentuhan dengan cecair, seperti air. Kemudian, ia akan terus bertindak balas apabila ia ditambah kepada gabungan doh/ adunan sekali gus menjadi hangat pada suhu bilik.
Bahan-bahan: 100% Sodium Bicarbonate
Saiz: 500 g
Harga: RM 4.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. SPOON | Pure Food Grade Sodium Bicarbonate (Baking Soda)

Baking soda hari ini secara amnya merupakan bahan ragi yang dipilih untuk resipi yang memerlukan makanan rendah protein seperti kek, biskut dan roti segera. Kategori makanan tadi sebenarnya telah dibina sebaik sahaja ramai pengguna dapat menggunakan bahan raji tiruan ini. Hal ini kerana ia bertindak pantas kepada adunan berbanding dengan yis yang bertindak perlahan. Anda boleh campurkan baking soda SPOON ini ke dalam resepi anda dan nikmati hasil yang memuaskan nanti.
Bahan-bahan: 100% Sodium Bicarbonate
Saiz: 500 g
Harga: RM 9.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Kings Soda Bicarbonate Soda Powder

Kings Soda Bicarbonate Soda Powder adalah jenama popular untuk baking soda. Hal ini kerana ia adalah soda penaik yang mudah dan padat. Selain itu, anda juga boleh mendapatinya di mana sahaja. Aktiviti ‘baking’ anda kini menjadi lebih menceriakan dengan adanya produk ini.
Bahan-bahan: 100% Sodium Bicarbonate
Saiz: 100 g
Harga: RM 1.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Bintang Soda Bicarbonate

Semoga pastri anda mencapai cita rasa yang mengagumkan dengan adanya Bintang Soda Bicarbonate ini. Botol bersaiz kecil ini akan bertahan lama di pantri anda. Produk ini juga merupakan kegemaran suri rumah di seluruh Malaysia kerana ia berkualiti dan bagus. Oleh sebab itu, hingga kini, produk ini kekal sebagai antara produk baking soda terbaik di pasaran.
Bahan-bahan: 100% Sodium Bicarbonate
Saiz: 100 g
Harga: RM 2.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Meriah Pure Baking Soda

Meriah Pure Baking Soda adalah salah satu baking soda yang sentiasa menceriakan aktiviti ‘baking’ anda. Baking soda ini bukan sahaja berkualiti malah ia mudah didapati di pasaran. Anda boleh mencuba baking soda ini untuk mendapatkan pengalaman ‘baking’ yang mudah dan menjimatkan masa di dapur anda dengan selesa.
Bahan-bahan: 100% Sodium Bicarbonate
Saiz: 500 g
Harga: RM 5.66
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. MH Food Natural Baking Soda

MH Food mencipta barisan baking soda mereka untuk memberikan pengguna mereka pengalaman ‘baking’ yang dijamin baik. Selain itu, baking soda ini dipercayai kerana kualitinya yang bagus dan premium. Dek kerana itu, baking soda ini boleh dijadikan antara bahan ruji di pantri dapur anda.
Bahan-bahan: 100% Sodium Bicarbonate
Saiz: 500 g
Harga: RM 4.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. SOLVAY Sodium Bicarbonate

Atasi masalah ‘baking’ anda dengan baking soda SOLVAY. Gunakan baking soda ini untuk makanan yang akan anda sediakan untuk orang tersayang. Anda akan lihat senyuman terukir di wajah mereka kerana hidangan menjadi sempurna dan lazat dengan bantuan baking soda ini. Selain itu, ia juga berpatutan.
Bahan-bahan: 100% Sodium Bicarbonate
Saiz: 1 kg
Harga: RM 5.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Arm & Hammer Pure Baking Soda

Ini adalah jenama baking soda yang terkenal di Amerika selama lebih 170 tahun. Kerana sifatnya yang serba boleh, berkesan dan menjimatkan, baking soda ini sesuai digunakan untuk membakar, membersih, menyah bau dan banyak lagi! Ia bebas daripada bahan kimia yang keras dan cukup lembut untuk digunakan pada pelbagai permukaan.
Bahan-bahan: 100% Sodium Bicarbonate
Saiz: 454 g
Harga: RM 5.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.