8 Beg Clutch Terbaik untuk Wanita di Malaysia 2025

Beg clutch merupakan antara perhiasan yang sering dipakai ketika majlis penting seperti majlis makan malam dan janji temu. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai kepelbagaian bentuk dan saiz yang boleh disesuaikan dengan pelbagai konsep pakaian. Kebanyakannya beg clutch diperbuat daripada kulit yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Walaupun, ia didatangkan dengan saiz yang kecil namun ia masih mampu untuk menampung barangan keperluan anda seperti telefon bimbit, dompet, krim pelindung matahari, cermin mata, kosmetik dan banyak lagi. Berikut adalah 8 beg clutch terbaik untuk wanita di Malaysia.

Bagaimana hendak mencari Beg Clutch yang sesuai untuk Wanita? 

Terdapat pelbagai jenis beg clutch yang boleh didapati di kedai fizikal dan dalam talian sehingga membuatkan anda keliru untuk membuat pilihan? Jangan bimbang, kerana dengan mengetahui saiz, warna dan bahan boleh membantu anda dalam mencari beg clutch yang terbaik.

1. Saiz

Pastikan anda memilih saiz beg yang bersesuaian dengan pakaian dan majlis yang dihadiri. Sebagai contoh, jika anda menghadiri majlis makan malam, anda perlulah membeli beg clutch dengan saiz yang kecil dan mempunyai hiasan yang mewah.

2. Warna

Memandangkan beg clutch boleh didapati dalam pelbagai warna dan rona. Anda perlulah memilih warna beg yang berpadanan dengan tujuan penggunaannya. Sebagai contoh, jika anda berhasrat untuk menggunakan beg clutch sebagai beg harian, anda haruslah memilih beg clutch dengan warna neutral agar ia boleh dipadankan dengan semua konsep pakaian.

3. Bahan

Memilih beg dengan bahan yang betul adalah penting untuk mendapatkan beg clutch yang berkualiti dan tahan lasak. Beg kasut perlulah diperbuat daripada bahan tahan lama seperti kulit supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

8 Beg Clutch Terbaik di Malaysia 2023

1. Felt Women Clutch

Felt Women Clutch
Kredit gambar: Shopee

Felt clutch for women ini mempunyai reka bentuk elegan dan ringkas serta teksturnya yang licin sesuai untuk digunakan ketika janji temu. Beg ini didatangkan dengan pelbagai warna seperti merah, biru, ungu, coklat, kelabu, hijau dan hitam. Selain itu, beg ini juga boleh memuatkan beberapa barangan keperluan anda seperti telefon pintar, dompet kecil dan lipstik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Felt
  • Saiz: satu saiz
  • Warna: Merah, Biru, Ungu, Coklat, Kelabu, Hijau, Hitam
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Pelbagai Warna
Boleh digunakan sebagai dompet

Harga: RM0.85 – RM1.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

2. Pierre Loues Clutch Bag

Pierre Loues Clutch Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg clutch Pierre Loues ini diperbuat daripada kulit yang menjadikan reka bentuknya kelihatan lebih elegan dan mewah. Beg ini dilengkapi dengan ruang poket yang cukup luas untuk anda meletakkan barangan seperti dompet dan telefon bimbit. Selain itu, ia juga didatangkan dengan tali pergelangan tangan bagi memudahkan anda membawanya ke mana sahaja. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kulit
  • Saiz: 16.9 cm x 5.1 cm
  • Warna: Merah gelap, Ungu muda, Kelabu Gelap, Biru, Merah jambu gelap, Biru tua, Merah jambu, Hitam
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Didatangkan dengan zip
Pelbagai warna

Harga: RM35.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

3. Crocodile Bag

Crocodile Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg clutch ini didatangkan dengan reka bentuk seakan kulit buaya yang pastinya akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Beg ini sangat sesuai digunakan ketika majlis rasmi dan makan malam. Bukan itu sahaja, beg ini juga dipasarkan dengan pelbagai pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kulit
  • Saiz: 19 cm x 11 cm x 1.5 cm
  • Warna: Pelbagai Warna
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Berkualiti tinggi
Kalis air

Harga: RM1.20 – RM1.52

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

4. Forever Young Long Clutch Bag

Forever Young Long Clutch Bag
Kredit gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari beg clutch dengan kapasiti yang besar, beg ini terbaik untuk anda. Beg ini didatangkan dengan ruang simpanan yang besar bagi membolehkan anda menyimpan pelbagai barangan keperluan anda. Bukan itu sahaja, beg ini juga dilengkapi dengan tali bahu yang panjang bagi membolehkan anda membawanya dengan gaya silang.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kulit
  • Warna: Neutral
  • Saiz: 18 cm x 10 cm x 6 cm
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Tahan lasak
Sesuai untuk majlis kasual, formal dan melancong

Harga: RM118.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

5. City Light Wallet

City Light Wallet
Kredit gambar: Shopee

Beg ini juga mempunyai reka bentuk yang minimalis dan elegan yang menjadikannya sesuai digunakan untuk semua jenis majlis atau semasa melancong. Beg ini juga dilengkapi dengan tali pergelangan tangan bagi memudahkan anda membawanya ke mana sahaja. Selain itu, ia dipasarkan dengan 2 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: 100% kulit palsu, poliuretana
  • Warna: Hitam, Putih
  • Saiz: 816 sm x 41 sm x 28 sm
  • Negara Pengeluar: Jerman

Kelebihan:

Mampu milik
Reka bentuk kasual/ bergaya

Harga: RM39.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

6. Yogodlns Fashion Women Wallets

Yogodlns Fashion Women Wallets
Kredit gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari beg clutch 2 dalam 1, maka beg ini sesuai untuk anda. Beg ini boleh digunakan dalam 2 cara iaitu beg dan dompet. Beg ini diperbuat daripada kulit PU yang menjadikannya ringan dan tahan lasak. Selain itu, beg ini juga dipasarkan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik untuk anda pilih. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kulit PU
  • Saiz: 19.2 cm x 9.2 cm x 3 cm
  • Warna: Pelbagai warna
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Berkualiti tinggi
Mampu milik

Harga: RM37.72

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

7. British Polo Grid Texture Clutch Bag

British Polo Grid Texture Clutch Bag
Kredit gambar: British Polo

Beg ini merupakan antara beg yang paling digemari pengguna ekoran reka bentuknya yang ringkas dan mewah. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi sekali gus menjadikannya kalis air dan kalis habuk. Selain itu, beg ini juga dilengkapi dengan pemegang bagi memudahkan anda membawanya ke mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kulit
  • Saiz: 18.5 cm x 4.5 cm x 3 cm 
  • Warna: Hitam, Hijau, Khaki, Merah, Merah Jambu, Biru
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Pelbagai fungsi
Berkualiti tinggi

Harga: RM78.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

8. Luxury Banquet Clutch Bag

Luxury Banquet Clutch Bag
Kredit gambar: Shopee

Luxury Banquet Clutch Bag ini didatangkan dengan reka bentuk elegan yang sesuai digunakan untuk majlis rasmi, janji temu dan makan malam. Ia juga didatangkan dengan pelbagai variasi warna yang boleh anda pilih mengikut gaya dan cita rasa anda. Jangan tertipu dengan saiznya yang kelihatan kecil kerana ia mampu memuatkan pelbagai barangan seperti telefon bimbit, dompet, beg duit syiling dan barang keperluan lain yang mungkin anda perlukan sepanjang majlis berlangsung.

Spesifikasi:

  • Bahan: Quilted
  • Warna: Hitam, Emas, Perak, Champagne, Emas
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Bahan berkualiti tinggi
Unik

Harga: RM39.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close