10 Buku Motivasi Self Help Terbaik di Malaysia 2024

Buku motivasi ‘self help’ telah menjadi genre buku popular yang dibeli oleh ramai orang sejak kebelakangan ini. Buku motivasi ‘self help’ berfungsi sebagai panduan untuk meningkatkan gaya hidup seseorang dengan memberikan petua yang boleh anda gunakan untuk menambah rutin harian anda dan mempraktikannya pada setiap hari.

Terdapat pelbagai jenis buku motivasi ‘self help’ yang tersedia dan mungkin sukar untuk memilih buku yang akan memberi manfaat kepada anda. Buku motivasi ini terdiri daripada nasihat untuk perhubungan, bimbingan kewangan dan matlamat yang direalisasikan. Berikut adalah 10 buku motivasi ‘self help’ terbaik di Malaysia.

Apakah yang Perlu Saya Cari Semasa Memilih Buku Motivasi Ini?

Memandangkan terdapat banyak buku motivasi ‘self help’ di luar sana, agak sukar untuk memilih buku yang sesuai untuk membantu meningkatkan gaya hidup peribadi anda. Beberapa perkara yang perlu anda cari semasa memilih buku jenis ini ialah kualiti penulisan, ulasan pelanggan dan kebolehgunaan.

  1. Kualiti Penulisan

Kualiti penulisan untuk buku motivasi ‘self help’ adalah penting kerana anda mesti tidak mahu mendapatkan buku yang menggunakan banyak istilah akedemik yang sukar difahami dan mengelirukan. Jadi, cuba cari buku yang menggunakan ayat yang senang untuk difahami.

  1. Ulasan Pelanggan

Ulasan pelanggan benar-benar boleh membantu anda memutuskan sama ada anda ingin mendapatkan buku motivasi ‘self help’ tertentu atau tidak. Hal ini kerana ia dapat memberi anda gambaran perspektif orang lain yang telah membaca buku itu. Sekali gus, ia dapat membantu anda membuat keputusan sebelum membelinya.

  1. Kebolehgunaan

Buku motivasi ‘self help’ hendaklah mudah digunakan dengan pelaksanaan tugasan yang senang untuk dilaksanakan. Anda pasti tidak mahu mendapatkan buku motivasi ‘self help’ yang mempunyai terlalu banyak tugas sukar kerana ia akan mengurangkan motivasi anda dari semasa ke semasa.

10 Buku Motivasi Diri Terbaik di Malaysia

Advertise With My Weekend Plan

1. The 7 Habits of Highly Effective People

The Habits of Highly Effective People
Kredit Gambar: B.ai.Ba

The 7 Habits of Highly Effective People ialah buku motivasi ‘self help’ terlaris yang mengambil pendekatan bersepadu dan berpaksikan prinsip bagi meningkatkan kehidupan peribadi dan profesional seseorang. Buku motivasi ini menyediakan langkah demi langkah untuk menambahkan kejujuran, keadilan dan integriti ke dalam gaya hidup anda. Selain itu, ia bermanfaat dalam memberi anda keselamatan apabila menyesuaikan diri dengan perubahan di persekitaran anda.

Spesifikasi:

  • Pengarang: Stephen R. Covey
  • Muka Surat: 384 muka surat
  • Tarikh Penerbitan: 1986

Kelebihan:

✅ Peraturan matriks 2×2
✅ Pendekatan berpusatkan prinsip
✅ Membantu masalah profesional dan peribadi

Harga: RM 118.17

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Start With Why

Start With Why
Kredit Gambar: LinkedIn

Start with Why ialah buku motivasi ‘self help’ yang ditulis berdasarkan inspirasi daripada Ted Talk yang dipersembahkan oleh pengarangnya, iaitu Simon Sinek. Buku motivasi ini akan membantu anda mengetahui tujuan hidup anda dengan memberi pertanyaan ‘Mengapa’ kepada diri anda. Buku ini meneroka individu yang telah memberi impak kepada dunia melalui pengaruh, cara berkomunikasi, aksi dan cara berfikir mereka.

Spesifikasi:

  • Pengarang: Simon Sinek
  • Muka Surat: 356 muka surat
  • Tarikh Terbitan: 2009

Kelebihan:

✅ Membantu mencari tujuan hidup anda
✅ Menggunakan pelbagai kisah kehidupan sebenar
✅ Diilhamkan oleh Ted Talk yang popular dalam mengubah kehidupan

Harga: RM 51.95

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Atomic Habits

Atomic Habits
Kredit Gambar: Jason S Bradshaw

Atomic Habits yang ditulis oleh James Clear merupakan buku ‘best seller’ antarabangsa dan telah terjual lebih 1 juta naskhah. Buku motivasi ini memberi tumpuan kepada cara memasukkan tabiat baik ke dalam hidup anda sambil membuang tabiat buruk yang mungkin mengurangkan kualiti hidup anda. Buku ini memberi anda perspektif yang berbeza tentang mengubah tingkah laku anda dengan menggunakan cara penggodaman mudah bagi mengubah kehidupan anda agar ia dapat memberikan kesan yang baik secara berkekalan.

Spesifikasi:

  • Pengarang: James Clear
  • Muka Surat: 320 muka surat
  • Tarikh Penerbitan: 2018

Kelebihan:

✅ Menggunakan cara mudah untuk mengubah hidup
✅ Membuang tabiat buruk
✅ Membantu dalam mengubah tingkah laku

Harga: RM 82.07

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. How to Win Friends and Influence People

How to Win Friends and Influence People
Kredit Gambar: Jumia Kenya

How to Win Friends and Influence People adalah buku motivasi yang berkisarkan tentang membina hubungan yang baik untuk kehidupan peribadi dan profesional anda. Buku terlaris sepanjang masa ini menawarkan teknik dan nasihat praktikal yang akan membantu anda menjadi penceramah yang lebih baik dan ahli perbualan yang menghiburkan. Selain itu, format penulisan buku ini menggunakan gaya perbualan yang lebih mudah untuk anda ikuti, baca dan fahami.

Spesifikasi:

  • Pengarang: Dale Carnegie
  • Muka Surat: 304 muka surat
  • Tarikh Penerbitan: 1936

Kelebihan:

✅ Membina hubungan
✅ Penulisan gaya perbualan
✅ Meningkatkan kemahiran bertutur

Harga: RM 44.88

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. The Four Agreements

The Four Agreements
Kredit Gambar: Barnes & Noble

The Four Agreement oleh Don Miguel Ruiz membincangkan tentang tingkah laku yang  sering kita lakukan dengan mengehadkan diri kita untuk merasai kebahagian dan kepuasan dalam hidup kita. Buku ini membincangkan empat perjanjian yang berdasarkan kebijaksanaan kuno Toltec yang boleh anda amalkan pada setiap hari. Ia menerangkan secara mendalam mengapa perjanjian ini penting dan ia mudah diingati.

Spesifikasi:

  • Pengarang: Don Miguel Ruiz
  • Muka Surat: 160 muka surat
  • Tarikh Penerbitan: 1997

Kelebihan:

✅ Membincangkan tingkah laku mengehadkan diri
✅ Empat perjanjian
✅ Mudah untuk diikuti

Harga: RM 50.51

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. The Courage to be Disliked

The Courage to be Disliked
Kredit Gambar: Allen & Unwin

The Courage to Be Disliked ialah buku motivasi yang mempunyai kandungan mendalam dan berwawasan. Buku ini membincangkan tentang konsep penjagaan diri dan mengosongkan fikiran. Format buku ini unik berbanding buku motivasi yang lain kerana ia ditulis dalam bentuk dialog antara seorang pemuda dan seorang ahli falsafah. Buku ini menggunakan teori psikologi daripada Alfred Adler yang akan membantu anda menjadi orang yang anda inginkan.

Spesifikasi:

  • Pengarang: Ichiro Kishimi, Fumitake Koga
  • Muka Surat: 288 muka surat
  • Tarikh Terbitan: 2013

Kelebihan:

✅ Format dialog
✅ Menggunakan teori psikologi dari Alfred Adler
✅ Membincangkan penjagaan diri dan memaafkan diri

Harga: RM 150.01

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. The Life-Changing Magic of Tidying

The Life Changing Magic of Tidying
Kredit Gambar: RepRage

The Life-Changing Magic of Tidying membawa anda kepada aktiviti pembersihan ke tahap yang berbeza. Marie Kondo menulis buku ini dengan tujuan untuk mengajar anda menghargai perkara yang ringkas di dalam hidup serta menyoal tentang perkara yang kita miliki itu sama ada dapat mencetuskan kegembiraan dalam hidup kita atau tidak. Penulis buku ini menyatakan bahawa kaedah KonMari akan menggunakan cara tersendiri untuk mengemas ruang anda mengikut sistem kategori.

Spesifikasi:

  • Pengarang: Marie Kondo
  • Muka Surat: 256 muka surat
  • Tarikh Terbitan: 2010

Kelebihan:

✅ Mengosongkan ruang anda
✅ Menggunakan kaedah KonMari
✅ Memotivasikan anda untuk mengemas

Harga: RM 64.36

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Big Magic

Big Magic
Kredit Gambar: Lazada

Big Magic ditulis oleh pengarang Elizabeth Gilbert yang kebetulan menulis novel terkenal, iaitu Eat Pray Love. Dalam buku ini, Elizabeth membincangkan tentang topik kreativiti dan bagaimana kita harus kreatif dalam menjalani kehidupan kita. Buku ini mencabar kita untuk ingin tahu sambil menghadapi perkara yang paling kita takuti dengan bijak.

Spesifikasi:

  • Pengarang: Elizabeth Gilbert
  • Muka Surat: 288 muka surat
  • Tarikh Terbitan: 2015

Kelebihan:

✅ Membincangkan kreativiti
✅ Mencabar kita untuk hidup secara kreatif
✅ Menggunakan kisah kehidupan sebenar

Harga: RM 39.96

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. The Secret

The Secret
Kredit Gambar: The Secret

The Secret ialah buku motivasi yang popular. Ia juga difilemkan pada tahun 2006 kerana pengaruh utamanya. Buku motivasi ini membincangkan tentang undang-undang tarikan dan bagaimana ia boleh diamalkan dalam kehidupan peribadi atau kerjaya anda. Buku motivasi ini bertujuan untuk membantu para pembaca agar kekal positif dan menghilangkan rasa ragu dalam diri apabila mereka ingin mencapai matlamat mereka.

Spesifikasi:

  • Pengarang: Rhonda Byrne
  • Muka Surat: 224 muka surat
  • Tarikh Penerbitan: 2006

Kelebihan:

✅ Undang-undang tarikan
✅ Positif
✅ Kurangkan keraguan diri

Harga: RM 72.67

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Who Moved My Cheese?

Who Moved My Cheese
Kredit Gambar: khairjalees

Who Moved My Cheese? bercakap tentang empat watak yang hidup dalam pagar sesat. Mereka sedang mencari keju untuk mengenyangkan perut mereka serta untuk memenuhi keperluan hidup mereka. Buku ini mengandungi banyak metafora. Penulis menjadikan keju menjadi metafora untuk apa yang anda mahukan dalam hidup ini. Semasa anda membaca buku motivasi yang unik ini, anda mengikuti perjalanan empat watak tersebut sambil mempelajari pelajaran hidup di sepanjang pembacaan anda.

Spesifikasi:

  • Pengarang: Dr Spencer Johnson
  • Muka Surat: 96 muka surat
  • Tarikh Terbitan: 2015

Kelebihan:

✅ Format penulisan yang unik
✅ Menggunakan metafora
✅ Bacaan ringkas

Harga: RM 38.92

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close