Dalam era moden ini, komputer riba adalah penting tidak kira untuk tujuan pendidikan atau bekerja. Ia adalah peranti pelbagai fungsi yang memberikan kemudahan kepada kehidupan kita. Kita memerlukan komputer riba untuk mencatat nota, menyelidik, menyediakan esei dan laporan. Ia juga memudahkan anda untuk menganjurkan mesyuarat dalam talian, terutamanya semasa pandemik Covid-19. Tambahan pula, anda boleh menonton filem dalam talian pada platform seperti Netflix dan bermain permainan video melalui komputer riba.
Oleh sebab itu, komputer riba yang menawarkan pelbaagi fungsi ini merupakan peranti yang mahal. Jadi, kita perlu melindunginya dengan baik supaya ia tidak rosak. Beg bimbit komputer riba memainkan peranan penting dalam melindungi komputer riba kita. Berikut adalah 8 beg bimbit komputer riba yang terbaik di Malaysia.
Mengapakan Beg Komputer Riba itu Penting?
Beg bimbit komputer riba biasanya diperbuat daripada fabrik atau nilon untuk dimuatkan dengan baik pada komputer riba. Ia boleh bertindak sebagai lapisan pelindung yang menjauhkan habuk supaya komputer riba anda kekal bersih dan tahan lebih lama. Ia juga mengelakkan komputer riba anda daripada terkena calar . Selain itu, anda boleh menggunakan beg bimbit komputer riba dengan mudah terutamanya jika anda melakukan kerja dalam penerbangan. Selain itu, anda boleh menyimpan semua aksesori anda di dalam beg bimbit komputer riba kerana ia besar dan selamat.
Adakah Kita Perlu Sentiasa Menyimpan Komputer Riba di Dalam Beg?
Apabila anda selesai menggunakan komputer riba, lebih baik anda memasukkannya ke dalam beg bimbit komputer riba untuk melindunginya daripada calar atau tempias hujan. Dengan berbuat demikian, anda boleh memastikan bahawa data dan kerja anda selamat.
8 Beg Bimbit Komputer Riba Terbaik di Malaysia 2023
1. 13 14 15 inch Laptop Handbag

Beg bimbit ini boleh didapati dalam pelbagai warna yang menarik seperti kelabu gelap, kelabu muda, hitam, biru dan merah jambu. Ia juga datang dalam pelbagai saiz, jadi anda boleh pilih berdasarkan keperluan anda. Ia juga sesuai untuk dibawa ke mana-mana sahaja! Bahan ‘shockproof’ beg ini boleh melindungi komputer riba anda daripada habuk, kejutan, calar, benjolan dan kerosakan yang lain.
Spesifikasi:
- Bahan: Fabrik Kain Oxford
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 11 inci, 13 inci, 14 inci, 15 inci
Kelebihan:
✅ Lebih banyak pilihan warna
✅ ’Shockproof’
✅ Mudah alih dan mudah dibawa
Harga: RM23.14
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Laptop Sling & Hand Carry Bag

Beg bimbit ini dilengkapi dengan tali boleh tanggal yang membolehkan anda membawa atau memikulnya di bahu. Semuanya berdasarkan pilihan dan kemudahan anda. Ia datang dalam warna kalis kotoran seperti biru, hitam dan kelabu, jadi anda tidak perlu risau tentang kotoran pada beg bimbit anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon
- Negara Pengeluar: Tidak dinyatakan
- Saiz: 15.6 inci
Kelebihan:
✅ Dengan tali boleh tanggal
✅ Reka bentuk yang ringkas
✅ Tahan kotoran
Harga: RM17.64-RM19.79
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Protective Laptop Hand Carry Bag

Beg bimbit ini diperbuat daripada poliester berkualiti tinggi dan mempunyai zip yang dibuka dari atas bagi memudahkan anda mendapatkan peranti anda. Terdapat juga poket tambahan di bahagian hadapan, jadi anda boleh meletakkan tetikus, fon kepala, pen dan pad nota. Beg ini sesuai dengan Microsoft Surface Book 2/1 15, HP 2019 Premium Flagship Probook 450 G6 15.6, dan kebanyakan komputer riba 15 – 15.4 inci.
Spesifikasi:
- Bahan: Poliester
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 14 inci, 15.6 inci
Kelebihan:
✅ Kapasiti besar
✅ ‘Shockproof’
✅ Kalis air
Harga: RM25.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. BRENICE Women Multifunction Handbag

BRENICE Women Multifunction Handbag diperbuat daripada kulit tiruan yang menjadikannya kukuh dan tahan lama. Ia boleh menahan calar dan melindungi komputer riba anda dalam keadaan yang sangat baik. Selain itu, ia cukup bergaya sehingga anda boleh membawanya ke mana-mana sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: Faux Leather
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 13.3 inci
Kelebihan:
✅ Banyak ruangan penyimpanan
✅ Bergaya
✅ Bahan yang kukuh
Harga: RM69.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Tomtoc Versatile 360 Protective Laptop Sleeve

Beg bimbit ini direka khas untuk MacBook yang bersaiz 16 inci. Ia mempunyai perlindungan tiga lapisan yang melindungi komputer riba daripada habuk, tumpahan air dan kejutan. Selain itu, ia dilengkapi dengan poket hadapan untuk aksesori komputer riba seperti pengecas, hab, kabel, telefon pintar dan banyak lagi.
Spesifikasi:
- Bahan: Poliester
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Saiz: 16 inci
Kelebihan:
✅ 360 perlindungan unggul
✅ ’Spill-resistant’
✅ ‘Shockproof’
✅ Kalis habuk
Harga RM159.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Elegant Briefcase Simple Laptop Handbag

Beg bimbit ini terdapat dalam tiga saiz dan pelbagai warna lembut yang dapat menunjukkan keanggunan anda. Ini adalah pilihan yang ideal untuk mereka yang menggemari beg pelbagai fungsi dan bergaya yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Selain itu, beg ini mempunyai kapasiti dalaman yang besar sekali gus dapat memuatkan barang seperti komputer riba, telefon bimbit, pen, dan ‘inserting’. ia juga mempunyai poket berzip bagi memberikan anda keselamatan dan kemudahan.
Spesifikasi:
- Bahan: Polister kalis air
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 13 inci, 14 inci, 15 inci
Kelebihan:
✅ Kalis air
✅ Warna lembut
✅ Dengan ‘trolley case fixing strap’ yang mudah alih
Harga: RM71.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. MINGKE Laptop Handbag

MINGKE Laptop Handbag ini mempunyai gaya yang lebih kasual dan boleh melengkapkan pakaian harian anda dengan mudah melalui reka bentuk hiasannya. Anda mungkin berfikir bahawa perkara yang cantik itu tidak praktikal. Namun, ia salah sama sekali. Beg bimbit yang cantik ini berguna kerana ia menampilkan fabrik kalis haus dan lapisan ‘shockproof’. Ia boleh memberikan perlindungan yang sangat baik untuk komputer riba anda!
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 13 – 14 inci, 15.6 inci
Kelebihan:
✅ Kapasiti besar
✅ ’Shockproof’
✅ Kalis air
Harga: RM65.99-RM68.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Tomtoc H21 Lady Laptop Handbag

Beg bimbit ini menampilkan reka bentuk inovatif Tomtoc, iaitu CornerArmor di sudut bawah. Bahagian ini dapat melindungi komputer riba anda daripada kemalangan seperti hentakan daripada beg udara kereta. Lapisan bulu mewah pada bahagian utama dilengkapi dengan padding tebal, jadi ia memberikan perlindungan yang sangat baik untuk komputer riba anda daripada kesan calar pada setiap hari. Selain itu, bahagian luarnya diperbuat daripada kain kalis air, jadi anda tidak perlu risau tentang tempias hujan terkena pada beg ini sama sekali.
Spesifikasi:
- Bahan: Poliester
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Saiz: 14 inci
Kelebihan:
✅ Tahan lama
✅ Dengan 4 bahagian penyimpanan
✅ ’Shockproof’
Harga: RM209.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.