Susu ibu mengandungi campuran vitamin, protein dan lemak yang diperlukan oleh bayi dalam proses pembesaran mereka. Susu ibu juga dapat menguatkan antibodi yang membantu bayi melawan bakteria dan virus. Namun, kebanyakan ibu terutama ibu yang baru bersalin tidak arif dengan cara menyimpan susu ibu yang betul sehingga menyebabkan susu ibu menjadi rosak. Ia bukan sahaja merendahkan kualiti susu malah boleh memudaratkan kesihatan bayi.
Beg penyimpanan susu ibu yang baik merupakan salah satu penyelesaian terbaik untuk masalah ini. Ia boleh memastikan susu ibu sentiasa segar dan membolehkan bayi minum susu walaupun tidak bersama si ibu. Berikut adalah 9 beg penyimpanan susu terbaik di Malaysia.
3 Tips Untuk Memilih Beg Penyimpanan Susu Ibu Yang Terbaik:
Penggunaan beg penyimpanan susu ibu bukan sahaja dapat memastikan susu anda segar dan sihat tetapi juga dapat menjimatkan ruang serta mudah diletakkan di dalam peti sejuk.
- Bahan
Anda perlulah memilih beg penyimpanan yang diperbuat daripada plastik bebas BPA dan tidak mengandungi sebarang bahan toksik. Hal ini bagi memastikan susu anda tidak tercemar dengan bahan berbahaya.
- Ciri Keselamatan
Beg penyimpanan perlulah bersih dan bebas bahan toksik serta mempunyai sistem keselamatan yang baik bagi mengelakkan sebarang kebocoran.
- Cara penyimpanan
Susu ibu yang disimpan di ruangan ‘freezer’ boleh bertahan sehingga 3 – 6 bulan. Manakala, jika disimpan pada suhu bilik, ia boleh bertahan selama 3 – 4 jam sahaja.
9 Beg Penyimpanan Susu Ibu Terbaik di Malaysia 2023
1. 5oz/8oz MOMO HOUSE Double Lock Breastmilk Storage Bag Breast Milk

MOMO HOUSE Double Lock Breastmilk Storage Bag mempunyai kapasiti penyimpanan sehingga 250 ml. Ia juga mempunyai pengedap dwi-lapisan untuk mengelakkan sebarang kebocoran serta mudah untuk disimpan dan dibekukan. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan ruang catatan yang membolehkan anda merekodkan masa, tarikh dan isi padu bagi setiap bekas. Di samping itu, beg ini juga didatangkan dengan reka bentuk ‘gusset’ pada bahagian bawah bagi membolehkannya disimpan secara berdiri sekali gus boleh menjimatkan ruang peti sejuk anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Polietilena (LDPE)
- Corak: Lembu, Ketam, Anak Ayam, Kucing, Dino, Zirafah, Artis, Doktor, Polis, Chef, Jururawat, Posmen
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Kapasiti: 5 oz/ 8 oz, 150 ml/ 250 ml
Kelebihan:
✅ Mempunyai pengedap dwi-lapisan untuk mengelakkan kebocoran
✅ Kapasiti penyimpanan sehingga 250 ml
✅ Boleh disimpan di peti sejuk ‘freezer’
✅ Mesra alam
✅ Boleh merekod tarikh, masa dan isi padu
✅ Reka bentuk bahagian bawah ‘gusset’
Harga: RM4.32-RM25.76
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. ANGELMOMMY Breastmilk Storage Bag

Beg penyimpanan susu ibu ini diperbuat daripada polietilena (LDPE) berkualiti tinggi dan mesra alam sekali gus selamat untuk digunakan. Beg ini didatangkan dengan 2 saiz yang boleh anda pilih berdasarkan keperluan anda. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai pengedap dwi-lapisan untuk mengelakkan sebarang kebocoran. Beg ini juga dilengkapi dengan garis panduan isi padu bagi memudahkan anda untuk melihat sukatan susu.
Spesifikasi:
- Bahan: Polietilena (LDPE)
- Corak: Arnab, Panda, Penguin, Paus, Beruang, Zirafah
- Kapasiti: 150 ml, 250 ml
Kelebihan:
✅ Mempunyai pengedap dwi-lapisan untuk mengelakkan kebocoran
✅ Bahan gred makanan yang selamat dan sihat
✅ Mudah alih dan mudah disimpan
✅ Mesra alam
✅ Boleh merekod tarikh, masa dan isi padu
✅ Reka bentuk bahagian bawah ‘gusset’
Harga: RM4.20 – RM4.70
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. MIKUBI Breast milk Storage Bag 135k

MIKUBI Breast Milk Storage Bag didatangkan dengan reka bentuk yang boleh didirikan bagi mengelakkan sebarang tumpahan dan kebocoran. Anda juga boleh merekod tarikh, masa dan isi padu pada beg ini. Secara tidak langsung, ia memudahkan anda untuk membezakan susu yang baru dan yang lama. Ia juga mempunyai ‘sealed seams’ untuk kebersihan tambahan.
Spesifikasi:
- Bahan: Bebas BPA
- Warna dan Reka Bentuk: Kumbang, Panda, Zirafah, Merah Jambu, Biru, Aqua
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Kapasiti: 125 ml, 210 ml, 350 ml
Kelebihan:
✅ Reka bentuk tahan lasak
✅ Boleh merekod tarikh, masa dan isi padu
✅ ‘Sealed seams’ untuk kebersihan tambahan
✅ Bahagian sisi bawah beg boleh dipotong untuk mengelakkan tumpahan
✅ Reka bentuk bahagian bawah ‘gusset’
✅ Boleh dikitar semula
Harga: RM3.97-RM16.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. HONEYBOO 100ml 30pcs Thermal Sensor Breast Milk Storage Bag Double Ziplock Disposable Breast Milk Bag

HONEYBOO Breastmilk Storage Bag mempunyai zip berganda bagi menghalang sebarang kebocoran. Hal ini membolehkan anda membawanya ke mana sahaja tanpa rasa bimbang. Beg ini juga dilengkapi dengan reka bentuk muncung bagi memudahkan anda menuangnya ke dalam botol susu. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan sistem ‘thermal indicator’.
Spesifikasi:
- Bahan: Polietilena (LDPE), Bebas BPA
- Warna: Kuning
- Kapasiti: 100 ml
- Saiz: 15 cm x 8.5 cm
Kelebihan:
✅ Zip berganda bagi menghalang kebocoran
✅ Boleh merekod tarikh dan isi padu
✅ Reka bentuk muncung
✅ Mempunyai ‘sensor thermal indicator’
Harga: RM5.55-RM22.78
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. DuDu Breast Milk Storage Bag Double Ziplock Cartoon Leak Proof Strong Disposable Beg Susu (25 pcs)

Jika anda sedang mencari beg penyimpanan susu yang mempunyai ciri ‘pre-sterilized’, maka DuDu Breast Milk Storage Bag ini terbaik untuk anda. Hal ini kerana ia dilengkapi dengan teknologi sinaran gamma yang berfungsi untuk ‘pre-sterilized’ beg ini. Ia juga didatangkan dengan zip berganda bagi mengelakkan kebocoran. Selain itu, anda juga boleh merekodkan nama, tarikh dan masa dengan mudah.
Spesifikasi:
- Bahan: PET+ LDPE
- Warna: Lutsinar
- Negara Pengeluar: China
- Kapasiti: 150 ml, 200 ml
Kelebihan:
✅ Mempunyai zip berganda
✅ Tahan lama
✅ Anti bocor
✅ Penyimpanan yang mudah dan kemas
Harga: RM3.98 – RM34.97
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Malish Breast Milk Storage Bag 3.4oz/100ml 4oz And 6oz/180ml 8oz

Malish Breast Milk Storage Bag ini diperbuat daripada bahan bebas BPA dan plastik berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Ia juga mempunyai reka bentuk ‘gusset’ pada bahagian bawah bagi membolehkannya disimpan dengan kemas dan teratur. Selain itu, beg penyimpanan ini juga boleh mengekalkan kesegaran susu dalam masa yang lama.
Spesifikasi:
- Bahan: 100% Bisphenol-A ( BPA )
- Corak: Belajar, Bermain, Tidur, Lobak Merah, Lemon, Avocado, Brokoli, Zirafah, Buaya, Badak, Zebra
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Kapasiti: 3.4 oz/ 100 ml dan 6 oz/ 180 ml
Kelebihan:
✅ Zip berkembar
✅ Anti bocor
✅ Mempunyai ciri keselamatan terbaik
✅ Mengekalkan nutrien susu ibu
Harga: RM3.90 – RM17.62
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Autumnz Double ZipLock Breastmilk Storage Bag 3.5oz / 7oz / 10oz / 12oz (28 bags)

Autumnz Double ZipLock Breastmilk Storage Bag mempunyai plastik dwi-lapisan serta zip berganda bagi mengekalkan nutrien susu dan mengelakkan sebarang kebocoran. Ia juga dilengkapi dengan bahagian catatan yang membolehkan anda merekod tarikh, masa dan nama. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada bahan bebas BPA sekali gus menjadikannya selamat untuk digunakan.
Spesifikasi:
- Bahan: Bebas BPA
- Corak: Bunga Ungu, Zebra, Bunga Turquoise, Singa, Bunga merah jambu, Ellie Elephant
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Kapasiti: 3.5 oz/ 7 oz/ 10 oz/ 12 oz
Kelebihan:
✅ Mampu mengekalkan nutrien
✅ Tebal
✅ Mempunyai zip berganda untuk mengelakkan kebocoran
✅ Reka bentuk bahagian bawah ‘gusset’
✅ Tahan haba
✅ Boleh merekod tarikh, masa dan isi padu
Harga: RM1.90 – RM15.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Little One Pre-sterilised Double Ziplock Breastmilk Storage Bag 12oz/7oz/5oz/4oz BPA FREE

Ia mempunyai reka bentuk dwi-lapisan yang membantu untuk mengekalkan nutrien susu. Ia juga dilengkapi dengan zip berganda bagi mengelakkan sebarang kebocoran. Bukan itu sahaja, beg penyimpanan ini juga didatangkan dengan ciri tahan haba untuk mengelakkan kebocoran sewaktu ia dipanaskan. Terdapat juga ruangan yang membolehkan anda mencatat masa dan tarikh. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkannya dalam pelbagai saiz dan corak.
Spesifikasi:
- Bahan: Bebas BPA
- Corak: Naga, Gajah Besar, Dinosaur, Hippo, Kucing
- Negara Pengeluar: Korea Selatan
- Kapasiti: 120 ml, 150 ml, 200 ml, 350 ml
Kelebihan:
✅ Reka bentuk dwi-lapisan untuk melindungi nutrien
✅ Zip berganda untuk mengelakkan kebocoran
✅ Boleh dibekukan dan dicairkan
✅ Tebal
✅ Reka bentuk bahagian bawah ‘gusset’
✅ Bahagian sisi tahan haba bagi mengelakkan kebocoran
Harga: RM2.90 – RM7.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Shapee Milk Storage Bag 3.5Oz/5Oz/7Oz/12Oz (25Pcs) [Temperature Sensor, Double Zipper]

Shapee Milk Storage Bag mempunyai zip berganda bagi memastikan ia tidak bocor dan tumpah. Tambahan pula, ia juga didatangkan dengan sensor haba yang membolehkan anda memantau suhu susu. Hal ini kerana jika susu dipanaskan terlalu lama, ia boleh menyebabkan susu kehilangan nutrien. Bukan itu sahaja, ia dipasarkan dalam pelbagai saiz untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Bahan bebas BPA dan BPS
- Warna: Merah jambu, Biru, Ungu, Hijau
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Kapasiti: 3.5 Oz (100 ml)/ 5 Oz (150 ml)/ 7 Oz (210 ml), 12 Oz (350 ml)
Kelebihan:
✅ Zip berganda
✅ Boleh merekod tarikh, masa dan isi padu
✅ Stabil dan tahan lama
✅ Mempunyai sensor haba
✅ Bahan tidak berbau dan mesra bayi
✅ Boleh terus dicairkan di dalam air suam
Harga: RM10.50 – RM28
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.