Ketika anda hendak pergi melancong, sudah pasti anda akan mengemas pakaian anda dengan teratur di dalam beg pakaian atau bagasi anda. Tetapi bagaimana pula dengan botol syampu anda? Jika anda hanya meletakkannya di dalam beg pakaian atau bagasi, ia mungkin akan tertumpah dan mengotori pakaian anda. Di sinilah beg peralatan mandian boleh membantu.
Beg peralatan mandian ialah alat serba guna yang boleh digunakan untuk menyimpan barangan mandian anda dengan kemas tanpa menyentuh barangan yang lain. Beg ini didatangkan dalam pelbagai saiz, warna dan gaya yang boleh anda pilih mengikut keperluan anda. Bukan itu sahaja, penggunaan beg peralatan juga boleh menjimatkan ruang di dalam beg pakaian anda. Berikut adalah 8 beg peralatan mandian terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
Mengapa Anda Perlu Menggunakan Beg Peralatan Mandian?
Penggunaan beg peralatan mandian dapat memberikan beberapa faedah seperti menjimatkan ruang, mudah untuk dibawa serta dapat memastikan botol syampu anda dalam keadaan selamat dan tersusun.
- Menjimatkan Ruang:
Kebanyakan beg peralatan mandian didatangkan dalam saiz yang kompak dan mudah alih bagi membolehkan anda meletakkannya di dalam beg pakaian atau bagasi anda dengan mudah tanpa menggunakan ruang yang banyak.
- Mudah alih:
Beg peralatan mandian ini didatangkan dengan reka bentuk yang kecil dan ringan bagi membolehkan anda membawanya ke mana sahaja.
- Selamat:
Kebanyakan beg peralatan mandian diperbuat daripada bahan kalis air. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya syampu atau mandian anda tertumpah atau bocor.
- Tersusun:
Beg peralatan mandian akan membantu anda memastikan produk mandian anda berada dalam keadaan kemas dan teratur.
8 Beg Peralatan Mandian Terbaik di Malaysia 2023
1. HOMFORT Colours Nylon Travel Wash Pouch
HOMFORT Colours Nylon Travel Wash Pouch ini diperbuat daripada bahan nilon dan poliester berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan kalis air. Ia bukan sahaja boleh digunakan untuk menyimpan peralatan mandian, malah ia juga boleh digunakan untuk menyimpan peralatan solek. Beg ini mempunyai beberapa bahagian penyimpanan yang sesuai untuk menyimpan berus gigi, sabun, syampu dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan pelbagai pilihan warna untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon, Poliester, Mesh
- Saiz: 22 cm x 18 cm x 8 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Reka Bentuk: Tembikai, Bunga, Bunga (Biru Tua), Ceri (Biru), Kelabu, Daisy (Merah Wain), Daisy (Biru), Kaktus, Merah Wain, Merah Jambu, Biru Langit, Flamingo, Ceri (Merah Jambu), Ceri (Hijau), Ceri (Ungu), Leopark (Merah Jambu), Jalur (Merah Jambu), Biru Gelap , Biru, Bintang (Biru Tua).
Kelebihan:
✅ Bahan kualiti tinggi
✅ Reka bentuk dengan pemegang
✅ Kalis air
✅ Poket pelbagai saiz
✅ Ruang simpanan yang besar
Harga: RM5.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Mesh Travel Zipper Pouches
Beg ini didatangkan dengan 5 pilihan reka bentuk yang menarik untuk anda pilih. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada poliester berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama. Tambahan pula, beg ini mempunyai kemasan fabrik Mesh yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik serta mempercepat proses pengeringan sekiranya terkena air.
Spesifikasi:
- Bahan: Poliester, Mesh
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Besar, Sederhana, Kecil, Segi Empat
Kelebihan:
✅ Bahan berkualiti tinggi
✅ Ruang simpanan yang besar
✅ Ringan
✅ Pengudaraan berlaku dengan baik
✅ Cepat kering
Harga: RM5.81 – RM37.92
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. HOMIE Waterproof TPU Toiletry Bag
Beg peralatan mandian ini diperbuat daripada bahan plastik TPU berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan kalis air. Beg ini juga mempunyai zip dan ruang penyimpanan yang besar. Selain itu, ia juga didatangkan dengan tali pemegang bagi memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Beg ini dipasarkan dalam pelbagai saiz dan warna.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik TPU
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 22 cm x 7 cm x 13 cm (kecil), 26 cm x 9 cm x 16 cm (sederhana), 31 cm x 12 cm x 22 cm (besar)
- Warna: Putih, Merah jambu, Hitam, Biru
Kelebihan:
✅ Bahan berkualiti tinggi
✅ Kalis air
✅ Reka bentuk dengan pemegang
✅ Ringan
Harga: RM4.19 – RM7.70
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Travel Round Large Size Toiletry Bag
Beg peralatan mandian ini didatangkan dalam reka bentuk bulat dan comel serta mempunyai ruang simpanan yang besar. Beg ini dilengkapi dengan penutup tali serut yang membolehkan anda membuka dan menutup beg dengan mudah. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai kualiti yang tinggi selain dijual pada harga yang berpatutan.
Spesifikasi:
- Bahan: Fabrik
- Saiz: 16 cm x 23 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Reka bentuk: Flamingo (Biru), Flamingo (Hitam), Flamingo (Putih), Jalur (Hijau), Jalur (Merah jambu), Biru Tua, Bunga (Hitam), Kaktus, Lemon, Flamingo (Biru Tua).
Kelebihan:
✅ Bahan berkualiti tinggi
✅ Pastikan botol dalam kedudukan tegak
✅ Dapat mengelakkan kebocoran
✅ Ruang simpanan yang besar
✅ Reka bentuk tali serut
Harga: RM 4.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Waterproof Toiletries Bag
Beg ini didatangkan dengan ruang simpanan yang besar serta dilengkapi dengan permukaan lutsinar bagi membolehkan anda mengenal pasti barangan mandian anda tanpa perlu membuka zip beg. Ia diperbuat daripada PVC berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan kalis air.
Spesifikasi:
- Bahan: PVC
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 21 cm x 13 cm x 8 cm (Kecil), 25 cm x 15 cm x 10 cm (Sederhana), 29 cm x 21 cm x 12 cm (Besar)
- Warna: Lutsinar, Kelabu, Kopi
Kelebihan:
✅ Bahan kualiti tinggi
✅ Kalis air
✅ Reka bentuk lutsinar
Harga: RM3.99 (Kecil) | RM 5.79 (Sederhana) | RM 6.59 (Besar)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Quality Travel Toiletries Bag
Beg ini merupakan salah satu beg peralatan mandian yang paling digemari oleh pengguna. Tidak seperti kebanyakan beg peralatan mandian yang lain, beg ini didatangkan dengan saiz yang lebih besar serta dilengkapi dengan pelbagai ruang simpanan. Ia juga mempunyai poket di bahagian dalam yang membolehkan anda menyimpan barangan bersaiz kecil seperti berus gigi dan ubat gigi.
Spesifikasi:
- Bahan: Kain Oxford
- Saiz: 25 cm x 15 cm x 14.5 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Hitam, Biru
Kelebihan:
✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
✅ Kalis air
✅ Ruang simpanan yang besar
✅ Reka bentuk dengan pemegang
✅ Mudah untuk diakses
Harga: RM10.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Fjallraven Kanken Toiletry Bag
Beg ini diperbuat daripada poliester berkualiti tinggi dan kapas organik sekali gus menjadikannya tahan lasak. Beg ini didatangkan dengan poket penyimpanan pelbagai saiz yang membolehkan anda menyusun alatan mandian anda dengan teratur. Walaupun ia agak mahal, tetapi kualiti yang ditawarkan pasti memuaskan hati anda!
Spesifikasi:
- Bahan: Poliester, Kapas
- Saiz: 23.5 cm x 16 cm
- Berat: 160 g
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Hitam, Frost Green, Navy, Ox Red, Biru Ridge, Peach, Kelabu
Kelebihan:
✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
✅ Mempunyai banyak ruang penyimpanan
✅ Mempunyai ‘padding’
✅ Kemasan fabrik mesh
Harga: RM299.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. LINE 7 Hanging Toiletry Pouch
Beg peralatan mandian ini didatangkan dalam reka bentuk segi empat tepat yang membolehkan anda menyimpan alatan mandian anda dalam kedudukan menegak. Walaupun, beg ini diperbuat daripada poliester kalis air namun ia masih boleh bersihkan dengan menggunakan sabun dan air. Beg ini dipasarkan dengan 3 pilihan warna menarik untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Poliester
- Saiz: 17.5 cm x 24 cm x 8 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Merah, Biru Laut, Kelabu
Kelebihan:
✅ Kalis air
✅ Reka bentuk boleh digantung
✅ Ruang penyimpanan banyak
✅ Ringan
Harga: RM27.11
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.