Apabila kita merancang untuk pergi melancong atau percutian singkat, salah satu aspek yang perlu diambil kira adalah apa yang perlu dibawa bersama di dalam beg. Kebanyakan kita akan membuat senarai barangan penting yang perlu dibawa supaya tiada yang tertinggal atau terlupa. Semasa mengemas barang, kita cenderung untuk terlepas pandang berkenaan jenis beg yang kita gunakan. Ini juga merupakan aspek penting ketika hendak melancong.
Beg travel yang baik mampu menyimpan barang anda dengan selamat dan mudah digunakan. Terdapat pelbagai jenis beg travel yang terdapat di pasaran hari ini. Berikut adalah 9 beg travel terbaik di Malaysia yang boleh anda dapatkan di pasaran.
Apa yang perlu dilihat ketika mencari beg travel yang terbaik?
Memandangkan terdapat pelbagai pilihan beg travel di pasaran, tidak hairanlah sekiranya anda keliru untuk memilih beg yang sesuai dengan kapasiti yang anda inginkan. Beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan semasa memilih beg adalah seperti kualiti, warna dan sekatan bagasi.
- Kualiti
Kualiti beg adalah penting untuk dipertimbangkan ekoran anda pasti ingin membeli beg yang tahan lama dari sebarang kerosakan.
- Warna
Beg travel biasanya datang dalam pelbagai warna dan corak bergantung pada jenama. Petua yang baik adalah dengan memilih beg travel yang unik supaya lebih mudah untuk anda mengenali beg anda.
- Sekatan bagasi
Terdapat sekatan bagasi yang berbeza bagi setiap negara yang perlu anda patuhi. Anda perlulah memeriksa sekatan bagasi yang ditetapkan di syarikat penerbangan yang dipilih sebelum membuat pembelian.
9 Beg Travel Terbaik di Malaysia 2023
1. Dreamtale PU Leather Canvas Bag

Beg travel ini mempunyai pemegang yang selesa bagi memudahkan ia dipegang dan dibawa ke mana sahaja. Beg ini dilengkapi dengan zip berkembar yang membolehkan anda membuka beg dan mencapai barang-barang anda dengan mudah. Ia juga dibuat dengan jahitan berkualiti tinggi serta dipasarkan dengan harga yang berpatutan.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PU
- Variasi: Belang Hitam, Paris Eiffel Tower, Berry, Retro Europe
- Negara Asal: Malaysia
- Saiz: 52cm x 20cm x 34cm
Kelebihan:
✅ Jahitan berkualiti tinggi
✅ Zip berkembar
✅ Pemegang selesa
Harga: RM19.90
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
2. David Jones Paris Foldable Travel Bag

David Jones Paris Foldable Travel Bag ialah beg mudah alih yang boleh dilipat ke saiz yang lebih kecil untuk memudahkan ia disimpan. Beg ini mengandungi pelbagai bahagian berzip yang terletak di bahagian dalam dan luar beg supaya anda boleh menyusun barang anda dengan mudah di setiap ruang. Bukan itu sahaja, beg ini juga diperbuat daripada bahan anti-kedut dan tahan lama.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
- Warna: Applegreen, Black, Blue, Purple, Pink
- Negara Asal: Australia
- Saiz: 40X20X32cm
Kelebihan:
✅ Boleh dilipat
✅ Petak berzip
✅ Tidak mudah renyuk
Harga: RM42.00 – RM49.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
3. Adidas Weekender Duffle Bag

Adidas Weekender Duffle Bag ialah beg yang sangat sesuai sekiranya anda mencari beg untuk melancong atau bercuti yang luas dan ringan. Beg ini mempunyai tali bahu boleh laras yang membolehkan anda melaraskan kepanjangan tali mengikut keselesaan anda. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pemegang dwi-handle yang memberikan anda kemudahan untuk membawanya. Beg ini diperbuat daripada bahan tahan lama, seperti kanvas atau nylon balistik.
Spesifikasi:
- Bahan: Nylon
- Warna: Hitam, Merah Jambu
- Berat: 0.45kg
- Negara Asal: Jerman
- Saiz: 43cm x 32cm x 20cm
Kelebihan:
✅ Pemegang dwi-bawa
✅ Tali bahu boleh laras
✅ Serbaguna dalam menyimpan barang
Harga: RM27.90-RM97.65
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
4. Louiswill Travel Bag

Louiswill Travel Bag adalah beg travel yang sesuai untuk anda yang ingin membawa banyak barang ekoran ia memiliki kapasiti yang besar. Beg ini direka khas seperti kalis air dan tahan lama bagi menghalang beg daripada mudah rosak setelah terdedah dengan air, peluh atau cuaca lembap. Selain itu, beg ini diperbuat dari bahan seperti Kain Oxford dan polyester menjadikannya ringan dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: Kain Oxford dan poliester
- Warna: Merah Jambu, Hitam
- Negara Asal: Perancis
- Saiz: 45(L)x25(H)x22(W) CM
Kelebihan:
✅ Kalis Air
✅ Ringan
✅ Kapasiti besar
Harga: RM37.90-RM39.70
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
5. Barry Smith / Corroco Travel Bag

Barry Smith / Corroco Travel Bag merupakan beg yang mempunyai reka bentuk ringkas dan sangat sesuai untuk mereka yang menggemari konsep minimalis. Beg ini mempunyai satu ruang utama di mana anda boleh menyimpan barangan keperluan anda dengan mudah. Beg ini dilengkapi dengan tali boleh laras dan boleh ditanggalkan sesuai mengikut cara anda ingin membawanya.
Spesifikasi:
- Bahan: Poliester
- Warna: Hitam Barry Smith, GrayCorrecto
- Berat (kg): 0.3 kg
- Negara Asal: Itali
- Saiz: 45 × 20 × 28 sm
Kelebihan:
✅ Tali boleh tanggal dan boleh laras
✅ Reka bentuk minimalis
✅ Satu ruang utama
Harga: RM25-RM69.17
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
6. Jstar Waterproof Material Duffel Bag

Jika anda mencari beg travel yang kasual dengan kapasiti yang besar, Jstar Waterproof Material Duffel Bag merupakan beg terbaik untuk anda. Beg ini juga dilengkapi dengan tali bahu boleh laras dan dwi pemegang bagi memudahkan anda membawanya. Beg ini didatangkan dengan 3 pilihan warna.
Spesifikasi:
- Bahan: Nylon
- Warna: Hitam, Hijau Tentera, Biru
- Negara Asal: Taiwan
- Saiz: 45cm(L) X 16cm(W) X 33cm(H)
Kelebihan:
✅ Kasual
✅ Tali bahu boleh laras
✅ Kapasiti besar
Harga: RM28.00 – RM49.90
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
7. TEEMI Travel Duffel Bag

TEEMI Travel Duffel Bag merupakan beg travel yang mempunyai saiz yang agak besar dan sesuai digunakan untuk perjalanan jauh. Beg ini diperbuat daripada bahan kalis air yang menghalang sebarang kerosakan sekiranya terdedah pada air atau cuaca lembap. Beg ini juga mempunyai tali bahu boleh laras dan boleh tanggal untuk kemudahan anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Oxford
- Warna Fabrik: Hitam, Biru Tua, Hijau
- Negara Asal: Korea Selatan
- Saiz: H34cm x L69 cm x D26 cm
Kelebihan:
✅ Tali bahu boleh laras dan boleh tanggal
✅ Kapasiti besar
✅ Kalis air
Harga: RM30.28-RM30.90
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
8. Waterpolo 20” Travel Bag WT9920

Waterpolo 20” Travel Bag WT9920 ialah beg travel tahan lasak yang sesuai digunakan pada semua jenis perjalanan. Beg ini mempunyai dua bahagian berzip dan dilengkapi dengan roda menjadikan beg ini boleh digunakan untuk mengangkut barang berat. Beg ini turut didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik.
Spesifikasi:
- Bahan: Tekstil
- Warna: Kelabu/Hitam, Tentera Laut/Merah, Merah/Hitam, Hitam/Biru, Hitam
- Berat: 1kg
- Negara Asal: England
- Saiz T: 51 x 25 x 31cm
Kelebihan:
✅ Troli dan roda boleh ditarik balik
✅ Tahan lasak
✅ Dua bahagian berzip
Harga: RM35.00 – RM55.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
9. Frankie Travel Bag

Frankie Travel Bag merupakan beg travel pelbagai fungsi dan mempunyai reka bentuk yang kukuh. Beg ini mempunyai kapasiti ruang yang besar dan dilengkapi dengan ruang sisi di mana anda boleh meletakkan barang seperti kasut dan pakaian anda untuk mengelakkannya daripada bercampur dengan barang yang lain.
Spesifikasi:
- Bahan: Kain Oxford
- Warna: Frankie Navy Blue, Frankie Khaki, Frankie Green, Frankie Black
- Negara Asal: India
- Saiz: 48cm x 26cm x 28cm x 12cm
Kelebihan:
✅ Ruang sisi
✅ Kapasiti besar
✅ Kukuh
Harga: RM38.90
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.