Briefcase kini tidak lagi mempunyai reka bentuk besar dan maskulin seperti dahulu. Briefcase untuk wanita kini menawarkan pelbagai ciri dan aksesori moden yang dapat mencerminkan gaya individu sambil memenuhi keperluan hidup mereka. Wanita kini mempunyai pelbagai pilihan beg untuk memenuhi cita rasa mereka sambil mengekalkan penampilan yang kemas, elegan dan minimalis.
Berbeza dengan briefcase tradisional, briefcase moden untuk wanita ini mengutamakan kegunaannya dengan mengambil kira gaya yang dipamerkan kepada umum. Dengan kompartemen khas untuk komputer riba dan tablet, briefcase ini juga menempatkan bahagian untuk meletak dokumen dan aksesori lain. Selain itu, briefcase ini juga mempunyai tali sandang yang selesa bagi memudahkan anda membawanya ke mana-mana sahaja. Bahkan, fleksibiliti yang ada pada briefcase ini membolehkan anda bergaya sambil memanfaatkan fungsinya untuk kerjaya anda. Berikut adalah 8 briefcase untuk wanita di Malaysia pada 2023.
Bolehkah Briefcase Untuk Wanita ini Memuatkan Barang Lain Selain Komputer Riba?
Kebanyakan briefcase ini dilengkapi dengan beberapa bahagian dan poket bagi membolehkan anda mengatur dan membawa barang keperluan lain seperti dokumen, buku nota, jurnal, pen, pengecas, dan banyak lagi.
Bolehkah Briefcase Untuk Wanita Ini Digunakan Pada Setiap Hari Sebagai Beg Tangan?
Kebanyakan wanita memilih menggunakan briefcase sebagai beg tangan harian mereka kerana lebih praktikal, teratur dan bergaya. Beg ini adalah cara yang mudah untuk menggabungkan fesyen dan fungsi pada masa yang sama.
8 Briefcase Untuk Wanita Terbaik di Malaysia 2023
1. Fox Bridge Elegant Women Briefcase
Fox Bridge Elegant Women Briefcase memiliki lapisan luar yang tahan air dan bersifat pelindung terhadap pelbagai cuaca. Ciri ini menjadikannya sesuai untuk semua keadaan cuaca di Malaysia. Briefcase ini tahan luntur dan tahan lasak walaupun dengan penggunaan yang kerap. Lapisan dalam briefcase ini mempunyai lapisan elastik tebal yang berfungsi menahan hentakan bagi melindungi barang anda sekiranya terjatuh.
Spesifikasi:
- Bahan: Standard
- Saiz: 13.3in, 13.3in/14in ultra-thin, 14in/15in/15.4in, 15.6in
- Warna: Merah, Biru, Merah Jambu
Kelebihan:
✅Kalis air
✅Tahan lasak
✅Melindungi barang di dalamnya
Harga: RM55.47 – RM56.76
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. XIZI SELECTION Laptop Briefcase Bag
XIZI SELECTION Laptop Briefcase Bag direka untuk memberikan anda keselesaan dan praktikal. Bahagian tepi pada briefcase ini yang boleh dibuka memberikan capaian yang mudah kepada anda sekiranya anda ingin mengambil komputer riba atau barang lain. Selain itu, briefcase ini luas dan membolehkan anda mengisi banyak barang. Briefcase ini mempunyai lapisan menahan hentakan yang tebal agar boleh memberi perlindungan yang terbaik kepada peranti anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Polyester, Suede
- Saiz: 13.3 inch, 14.1 inch, 15.4 inch, 15.6 inch
- Warna: Merah Jambu, Hitam, Kelabu
Kelebihan:
✅Mudah digunakan
✅Boleh dibuka pada bahagian tepi
✅Lapisan anti hentakan
Harga: RM43.00 – RM49.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Feng Teng Business Handbag Briefcase
Feng Teng Business Handbag Briefcase boleh menggabungkan gaya dan fleksibilitinya dengan mudah. Sama ada anda berpakaian formal atau kasual, briefcase ini sesuai untuk dibawa ke mana-mana acara. Ia mempunyai reka bentuk yang serba guna dan luas bagi memudahkan anda untuk meletak komputer riba dan barang-barang penting yang lain. Anda juga boleh mengatur dan mencapai barangan anda dengan mudah melalui reka bentuk kompartemen yang kemas.
Spesifikasi:
- Bahan: Oxford cloth
- Saiz: 37 cm x 30 cm x 3.5 cm
- Warna: Hitam, Coklat, Ungu, Burgundy
Kelebihan:
✅Luas
✅Versatil
✅Mudah dibawa
Harga: RM29.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Coolor Briefcase For Office
Coolor Briefcase For Office direka untuk dibawa dengan mudah. Saiznya yang kompak menjadikannya sesuai untuk digunakan pada setiap hari. Penambahan tali pada briefcase ini memudahkan anda membawanya ke mana sahaja dengan selesa. Selain itu, perlindungan lapisan dalam beg ini berupaya melindungi peranti dan barang anda daripada kesan calar atau koyak.
Spesifikasi:
- Bahan: Standard
- Saiz: S, M, L
- Warna: Ungu, Off White, Light Blue
Kelebihan:
✅Kompak
✅Multi-layer protection
✅Trolley strap
Harga: RM71.99
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Zainuo Notebook Briefcase
Zainuo Notebook Briefcase menawarkan fleksibiliti dan daya tahan kepada penggunaan yang berat. Tali yang kukuh dan selesa pada briefcase ini memberikan sokongan yang baik apabila anda membawanya. Briefcase ini dibuat dengan kukuh bagi memastikan ia tahan kepada penggunaan harian dan kerap. Dengan reka bentuk yang menahan hentakan, komputer riba dan peranti lain akan dilindungi dengan selamat dan tiada kesan calar pada peranti anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Nylon, Polyester
- Saiz: 38 cm x 28 cm x 13 cm
- Warna: Hitam
Kelebihan:
✅Tahan lama
✅Kukuh Sturdy
✅Unisex
Harga: RM27.40
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. FULL DESIGN Women Laptop Briefcase
FULL DESIGN Women Laptop Briefcase menggabungkan gaya dan fungsi dengan mudah. Briefcase ini boleh didapati dalam pelbagai warna pastel yang cantik, sekali gus menambahkan keanggunan kepada si pemakainya. Tali yang kukuh dan selesa pada briefcase ini memberikan sokongan yang baik apabila anda membawanya. Selain itu, briefcase ini tahan lasak dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Cirinya yang serbaguna memudahkan anda membawa briefcase ini untuk kerja ataupun riadah. Apa yang penting, briefcase ini boleh memuatkan komputer riba dan barangan lain dengan mudah.
Spesifikasi:
- Bahan: Nylon
- Saiz: 37 cm x 28 cm x 8 cm, 40 cm x 29 cm x 8 cm
- Warna: Purple Pink, Light Blue, Beige
Kelebihan:
✅Elegan
✅Strap kukuh
✅Tahan lama
Harga: RM80.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Leacat Fashion Women’s Laptop Briefcase
Leacat Fashion Women’s Laptop Briefcase adalah teman terbaik untuk wanita moden yang sentiasa sibuk. Briefcase ini kalis air dan dapat memastikan barang anda kekal dilindungi walaupun ketika hujan. Ia dibuat daripada bahan yang tahan lama, tidak mudah koyak dan juga bergaya. Selain itu, reka bentuk briefcase ini kukuh dan menawarkan sokongan yang baik untuk komputer riba dan barang lain sambil mengekalkan penampilannya yang ‘sleek’ dan profesional.
Spesifikasi:
- Bahan: Microfiber synthetic leather
- Saiz: 14 inch, 15 inch
- Warna: Merah, Hitam, Merah Jambu, Biru
Kelebihan:
✅Kalis air
✅Tahan lasak
✅Kukuh
Harga: RM72.99
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. COOLDA Cotton Women’s Briefcase Bag
COOLDA Cotton Women’s Briefcase Bag direka untuk memberikan kesederhanaan dan keselesaan kepada pengguna. Selain reka bentuk beg ini yang ‘user-friendly’ dan senang digunakan, anda juga boleh mencapai barangan yang disimpan di dalam beg ini dengan cepat. Briefcase ini mempunyai satu kompartemen utama yang disediakan untuk memuatkan barang-barang penting seperti komputer riba atau dokumen. Yang menariknya, briefcase ini boleh dipakai seperti beg tangan atau beg kerja, bergantung kepada situasi anda pada waktu itu.
Spesifikasi:
- Bahan: Non-woven fabric
- Saiz: 37 cm x 9 cm x 31 cm
- Warna: Black Grey, Light Grey
Kelebihan:
✅Mudah digunakan
✅Ruang luas
✅Versatil
Harga: RM20.51
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.