8 Buaian Luar Terbaik di Malaysia 2023

Kediaman yang bersih, cantik dan kemas sudah tentu menjadi idaman semua. Kita tentu inginkan kediaman yang tenang untuk tinggal bersama keluarga. Lazimnya susun atur rumah lebih memfokuskan kepada dekorasi dalaman rumah. la termasuklah warna, susun atur perabot, kabinet dan sebagainya. Namun, kini trend memiliki landskap atau taman mini di luar rumah semakin popular dalam kalangan masyarakat. Pelbagai peralatan dan perabot yang digunakan untuk menghiasi halaman rumah. 

Buaian luar merupakan antara perabot yang boleh anda pertimbangakan untuk menyerikan halaman luar rumah anda. Terdapat pelbagai jenis buaian luar yang didatangkan dengan reka bentuk yang elegan, vintaj, unik dan minimalis yang boleh anda pilih mengikut konsep rumah anda. Berikut adalah 8 buaian luar terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia. 

Adakah buaian luar selamat?

Buaian luar merupakan perabot yang selamat jika peralatan dan perkakasan yang digunakan untuk membuat buaian tersebut berkualiti tinggi dan dihasilkan dengan teliti. Buaian luar yang baik harus mempunyai reka bentuk yang kuat, stabil, tahan lasak dan mempunyai tali yang kukuh.

Bagaimana hendak memasang buaian?

Pemasangan produk mestilah dilakukan dengan teliti mengikut arahan dan butiran yang telah ditetapkan.Pertama, anda perlu memilih lokasi yang sesuai untuk meletakkan buaian anda. Selepas itu, semak semula arahan dan peralatan yang perlu digunakan. Kemudian, buaian anda sedia untuk digantung.  

8 Buaian Luar Terbaik di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. TREDEY Outdoor Swing – 2 Person

TREDEY Outdoor Swing Person
Kredit Gambar: Shopee

TREDEY Outdoor Swing – 2 Person ini didatangkan dengan reka bentuk yang kukuh, stabil dan ringkas sekaligus melengkapkan ruang anda dengan konsep minimalis. Buaian ini diperbuat daripada Aluminium berkualiti tinggi sekaligus menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Selain itu, buaian ini juga dilengkapi dengan tempat duduk yang diperbuat daripada fabrik poliester kalis air serta mempunyai perlindungan sinaran UV matahari. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menampung berat sehingga 400 kg.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aluminium, Fabrik poliester 
  • Berat Kapasiti: 400 kg
  • Saiz: 145 cm x 125 cm x 182 cm

Kelebihan:

Tempat duduk kalis air
Menampung berat sehingga 400 kg

Harga: RM819.00 – RM959.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Spring 3-Seated Outdoor Swing

Spring Seated Outdoor Swing
Kredit Gambar: Shopee

Spring 3-Seated Outdoor Swing merupakan antara buaian luar yang digemari pengguna, ekoran reka bentuknya ringkas dan mudah untuk disesuaikan dengan pelbagai konsep rumah. Buaian ini diperbuat daripada kayu pine sekaligus menjadikannya tahan lasak, kalis air dan kalis haba. Selain itu, buaian luar ini menggunakan rawatan varnis mesra alam bagi mengekalkan kualiti buaian. Di samping itu, ia juga mudah untuk dibersihkan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu Pine
  • Warna: Coklat
  • Berat seunit: 50 kg
  • Saiz: 186 cm x 120 cm x 171 cm (LxWxH)

Kelebihan:

Kalis air
Rawatan varnis mesra alam
Mudah dibersihkan

Harga: RM651.00 – RM710.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. JFH 3V Garden Swing Chair (FS650)

JFH V Garden Swing Chair FS
Kredit Gambar: Shopee

JFH 3V Garden Swing Chair (FS650) ialah buaian luar dengan kualiti premium yang diperbuat daripada logam tahan karat sekaligus menjadikannya stabil dan kukuh. Buaian ini didatangkan dengan reka bentuk klasik dan mampu menampung berat sehingga 300 kg. Selain itu, ia juga menggunakan cat tahan haba dan kalis air bagi membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lama.

Spesifikasi:

  • Bahan: Pembinaan semua logam   
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 120 cm  x 104 cm  x 151 cm

Kelebihan:

Kukuh
Reka bentuk klasik
Proposisi tekanan rendah

Harga: RM267.88

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. JFH 3V CM650 Outdoor Swing

JFH V CM Outdoor Swing
Kredit Gambar: Shopee

JFH 3V CM650 Outdoor Swing ini sesuai digunakan pada kawasan lapang ekoran ia mempunyai tapak yang besar. Ini sekaligus menjadikannya lebih stabil dan tidak mudah jatuh terutamanya ketika cuaca berangin. Buaian luar ini dilengkapi dengan penyambung yang mampu menampung berat sehingga 300 kg. Bukan itu sahaja, buaian ini juga dipasarkan dengan 1 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam,
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 1500 mm X 1500 mm X 1700 mm (L x W x H)

Kelebihan:

Tahan lasak
Kawasan tapak besar
Penyambung selamat

Harga: RM488.88 – RM499.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Dhome 3-Seater Textile Swing

Dhome Seater Textile Swing
Kredit Gambar: Lazada

Dhome 3-Seater Textile Swing ini dilengkapi dengan tempat duduk tekstil, bingkai logam dan rod poliester untuk keselamatan tambahan semasa anda menaikinya. Buaian luar ini didatangkan dengan reka bentuk ergonomik dan ringkas sekaligus memudahkan proses pemasangannya.  Di samping itu, buaian luar ini juga mempunyai kanopi yang akan melindungi anda daripada sinaran matahari dan hujan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam (Bingkai), Tempat Duduk Tekstil, Poliester
  • Warna: Hijau, Merah, Coklat
  • Berat Seunit: 33 kg
  • Berat kapasiti: 150 kg
  • Saiz: 170 cm X 110 cm X 160 cm (L x D x H)

Kelebihan:

Kanopi
Reka bentuk ergonomik
Mudah untuk dipasang

Harga: RM499.00 – RM699.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Furniturerun Nicosia Solid 2 Seater Outdoor Swing

Furniturerun Nicosia Solid Seater Outdoor Swing
Kredit Gambar: Shopee

Furniturerun Nicosia Solid 2 Seater Outdoor Swing ini sesuai diletakkan di kawasan taman atau halaman anda. Buaian luar ini diperbuat daripada kayu meranti padu yang menjadikannya stabil dan kuat serta mampu menahan cuaca berangin. Sama seperti buaian Dhome 3-Seater Textile Swing, buaian ini juga mempunyai kanopi yang akan melindungi anda daripada sinaran UV matahari dan hujan. Ia didatangkan dengan 1 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu Meranti Pepejal
  • Saiz: (H) 1650 mm x (D) 1230 mm x (W) 1600 mm

Kelebihan:

2 tempat duduk
Stabil
Kanopi

Harga: RM1399.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. TREDEY Outdoor Swing – 3 Person

TREDEY Outdoor Swing Person
Kredit Gambar: Shopee

Buaian Luar TREDEY – 3Orang ini didatangkan dengan reka bentuk yang besar dan bergaya. Hal ini sudah pasti akan mencuri perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Buaian luar ini dilengkapi dengan kusyen anjal dan tinggi yang menjadikannya selesa dan praktikal untuk anda duduki. Selain itu, buaian luar ini juga diperbuat daripada keluli tahan karat serta mempunyai penyambung yang mampu menampung berat sehingga 500 kg.

Spesifikasi:

  • Bahan: 220 g Kain poliester (Siling Tebal), keluli tahan karat
  • Berat Kapasiti: Sehingga 500 kg
  • Saiz: 233 mm x 148 mm x 250 mm

Kelebihan:

Tahan karat
Kusyen elastik
Menampung berat sehingga 500 kg

Harga: RM1899.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Gazebo Swing Table Pagola

Gazebo Swing Table Pagola
Kredit Gambar: Shopee

Gazebo Swing Table Pagola ini didatangkan dalam pelbagai saiz dan bilangan tempat duduk yang membolehkan anda untuk membuat pilihan mengikut kapasiti yang anda perlukan. Buaian luar ini dilengkapi dengan bumbung zink bagi melindungi ruang tempat duduk anda daripada terdedah dengan sinaran matahari dan titisan air hujan. Buaian luar ini sangat sesuai buat anda yang gemar melakukan aktiviti santai bersama keluarga. Selain itu, ia juga dipasarkan dengan 2 pilihan warna iaitu hitam dan putih. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam, Kayu
  • Warna: Hitam, Putih
  • Saiz: 3 kaki x 4 kaki x 8 kaki (4 tempat duduk), 6 kaki x 4 kaki x 8 kaki (6 tempat duduk), 6 kaki x 6 kaki x 8 kaki (8 tempat duduk), 10 kaki x 8 kaki x 8.5 kaki x 8 kaki (9 tempat duduk)

Kelebihan:

Kukuh
Bumbung besar
Pelbagai saiz

Harga: RM2,350.00 – RM6,200.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close