Kuala Lumpur (KL) dan Selangor merupakan bandar yang paling kerap dikunjungi di dunia dalam sektor pelancongan dan membeli-belah. Oleh itu, terdapat ratusan atau bahkan ratusan ribu restoran yang boleh anda kunjungi di KL dan Selangor. Terdapat pelbagai pilihan makanan yang terdiri daripada masakan tempatan dan juga masakan antarabangsa seperti Arab, USA, Italy dan banyak lagi. Jika anda peminat bufet, jangan lepaskan peluang anda untuk mengunjungi restoran bufet terbaik yang terletak di KL dan Selangor.
Namun begitu, untuk mencari restoran bufet yang diiktiraf halal di KL dan Selangor agak mencabar. Oleh itu, untuk membantu anda, di sini kami senaraikan 20 bufet halal terbaik yang boleh anda kunjungi di KL dan Selangor.
Bagaimana hendak memilih restoran bufet halal yang terbaik?
Kuala Lumpur dan Selangor sangat padat dengan tarikan gaya hidup dan budaya makan yang pelbagai. Namun untuk mencari restoran bufet yang baik anda perlulah mengambil kira beberapa langkah seperti belanjawan, reputasi dan status halal.
1. Belanjawan
Setiap restoran mempunyai kadar harga yang berbeza berdasarkan menu yang ditawarkan. Jadi, anda haruslah meletakkan bajet anda sebelum membuat pilihan bagi mengelakkan sebarang kesukaran berlaku.
2. Reputasi
Anda haruslah memilih restoran bufet dengan reputasi yang sangat baik untuk mendapatkan pengalaman dan perkhidmatan yang cemerlang.
3. Status halal
Kuala Lumpur dan Selangor didiami oleh pelbagai bangsa maka wajarlah jika mempunyai restoran yang tidak mempunyai sijil halal. Oleh itu, jika anda seorang Muslim, anda perlu meneliti status halal restoran tersebut sebelum anda berkunjung ke sana.
20 Bufet Halal Terbaik di KL dan Selangor 2023
1. Seoul Garden


Restoran ini merupakan antara restoran bufet yang sangat terkenal bukan sahaja di KL, malah boleh dikatakan di seluruh negara kita! Seoul Garden mempunyai sekitar 14 cawangan di Lembah Klang. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis set hidangan BBQ Korea yang berasaskan daging, steamboat dan makanan laut. Bukan itu sahaja, restoran ini juga telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Waktu Operasi: 11:30 pagi – 10:30 malam (Setiap Hari)
Alamat: Lot LG 2.126, Sunway Pyramid Mall, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https:/ /www.facebook.com/SeoulGardenMalaysia
LAMAN WEB2. Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat


Restoran Pak John Steamboat & BBQ ini merupakan antara restoran bufet yang terkenal di Petaling Jaya. Kualiti lauk yang disajikan merupakan antara keistimewaan utama restoran ini. Bukan itu sahaja, restoran ini juga mempunyai reka bentuk yang luas dengan persekitaran yang santai sekali gus menjadikannya tempat yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama rakan, keluarga mahupun untuk makan malam syarikat.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)
Alamat: GE-11, Ground Floor, IOI City Mall Lebuh IRC, Ioi Resort, 62502, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
LAMAN WEB3. The Khan Mongolian Restaurant


The Khan Mongolian Restaurant ialah sebuah restoran Chinese-Muslim serta merupakan salah satu lokasi makanan bufet ‘Chinese Muslim’ pilihan ramai. Restoran ini menghidangkan pelbagai makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran hinggalah makanan laut. Bukan itu sahaja, jika anda menggemari masakan pedas, anda boleh meminta tahap kepedasan mengikut cita rasa anda. Selain itu, restoran ini juga menyediakan surau untuk memudahkan anda menunaikan solat ketika berada di restoran tersebut.
Waktu Operasi: 5:00 petang – 12:00 pagi ( Setiap Hari)
Alamat: 1-36-PV 128, Off Jalan Genting Klang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-4141 8566
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https ://m.facebook.com/TheKhanMR/
4. Restoran Rebung Dato Chef Ismail


Jika anda seorang pencinta makanan Melayu asli, maka restoran ini merupakan tempat yang harus anda kunjungi ketika anda ke Kuala Lumpur. Mempunyai reka bentuk yang unik dan nostalgia memberikan anda suasana seolah-olah anda berada di kampung halaman. Antara hidangan yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung di restoran ini ialah Rendang Daging Lembu, Sate dan Nasi Lemak.
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 4:00 petang, 5:30 petang – 9:30 malam (Isnin – Khamis)
11 pagi – 4:00 petang, 6:30 petang – 9:30 malam (Jumaat)
8:30 pagi – 10:00 pagi, 11 pagi – 4 petang, 6:30 petang – 9:30 malam (Sabtu & Ahad)
Alamat: 5-2 Cascade Parking Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, 50480 Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/RestoranRebungChefIsmail
5. Samba Brazilian Steakhouse



Samba Brazilian Steakhouse terkenal dengan hidangan bufet gaya Churrascaria yang berinspirasikan masakan dan konsep tradisional Brazil. Restoran ini terkenal dengan stiknya yang kaya dengan rasa. Para pelanggan dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu bagi mengelakkan anda menunggu lama dalam barisan. Selain itu, harga minuman dan makanan di restoran ini juga berpatutan.
Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 10:00 malam (Setiap Hari)
Alamat: Avenue K, 3, 156, Jln Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/sambakualalumpur
LAMAN WEB6. Old Shanghai KL



Jika anda mencari restoran bufet dengan harga yang berpatutan, Old Shanghai KL pilihan terbaik untuk anda. Old Shanghai KL terletak di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ia telah menerima pelbagai ulasan positif mengenai suasananya yang selesa serta makanan dan minumannya yang lazat. Restoran ini bukan sahaja menawarkan masakan Cina, malah ia juga menawarkan pelbagai hidangan tempatan.
Waktu Operasi:
5:30 petang – 1:00 pagi (Isnin – Jumaat)
5:30 petang – 2:00 pagi (Sabtu & Ahad)
Alamat: 50, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/oldshanghaikl
LAMAN WEB7. Onsemiro Korean Fine Dining


Restoran ini merupakan restoran ‘Korea fine dining’ pertama di KL yang terletak di Intermark Mall, Kuala Lumpur. Restoran ini terkenal dengan hidangan Kimchi, Tofu Stew dan lain-lain. Walaupun reka bentuk restoran ini mewah, namun anda tidak perlu risau kerana harga makanan yang ditawarkan masih berpatutan.
Waktu Operasi: 11:00 pagi –10:00 malam (Setiap Hari)
Alamat: Jln Tun Razak, Kampung Datuk Keramat, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ( Intermark Mall).
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook .com/OnsemiroRestaurant
LAMAN WEB8. Bar.B.Q Tonight Kuala Lumpur


Bar. BQ Tonight ini diinspirasikan daripada gaya Asia Selatan. Ia terletak di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Antara hidangan istimewa yang ditawarkan ialah Reshmi Kabab, Chicken Karahi, dan Malai Tikka. Restoran ini beroperasi dari 11 pagi hingga 10 malam. Bukan itu sahaja, restoran ini juga telah diiktiraf halal.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)
Alamat: Aras 1-10, The Weld Mall, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
LAMAN WEB9. Rot Thai Steamboat And Grill (Setapak)


Jika anda peminat tegar steamboat dan bufet, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba steamboat dan bufet terbaik di Rot Thai Buffet. Restoran ini terkenal dengan rasa Tom Yumnya yang unik dan padu. Restoran ini bukan sahaja menyajikan hidangan berat, malah ia juga menawarkan hidangan ringan seperti salad dan pencuci mulut.
Waktu Operasi: 4:00 petang – 12:00 pagi (Setiap Hari)
Alamat: No 72-0 Block J , platinum walk, No 2, Jalan Langkawi, Setapak, 53300, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www .facebook.com/Rotthaisentul
10. Lemon Garden Cafe


Lemon Garden Cafe menawarkan pelbagai hidangan bufet mewah yang terdiri daripada masakan Asia, tempatan, Barat, Cina, Jepun, makanan laut dan banyak lagi. Kafe ini telah mendapat pelbagai ulasan positif daripada pelanggan terdahulu mengenai kesegaran dan kelazatan hidangannya. Bukan itu sahaja, kafe ini juga dikelilingi dengan kehijauan alam membolehkan anda menikmati suasana yang tenang dan santai sambil menjamah juadah anda.
Waktu Operasi: 6:00 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)
Alamat: Aras Lobi, 11, Jln Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Lemon-Garden-Cafe /161457360578108
LAMAN WEB11. JP Teres, KL


Jika anda peminat makanan tempatan, jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke JP Teres kerana ia menyajikan makanan tempatan asli yang terbaik. Makanan yang disajikan menggunakan berkonsep bufet dan ‘stall’ serta kaedah pembayarannya juga mengikut ‘pax’. Antara masakan tempatan yang terkenal di restoran ini ialah Ikan Bakar, Nasi Ayam, Laksa Kari, Nasi Kandar dan banyak lagi.
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 11:00 malam (Setiap Hari)
Alamat: Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
LAMAN WEB12. Contango Buffet Restaurant


Restoran ini menawarkan pelbagai menu masakan bufet yang terdiri daripada masakan Thai, Melayu, Cina dan Jepun. Restoran ini terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur. Restoran ini telah mendapat pelbagai ulasan positif daripada pelanggan terdahulu mengenai kelazatan dan kesegaran hidangannya.
Waktu Operasi:
6:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Jumaat)
12:00 tengah hari – 2:30 petang (Sabtu & Ahad)
Alamat: 5, Jalan Sultan Hishamuddin, Tasik Perdana, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Contango-the-Majestic-Hotel/10592227091691
LAMAN WEB13. Latest Recipe, Le Méridien Kuala Lumpur


Restoran ini mempunyai gaya hiasan yang ringkas dan klasik dengan jumlah tempat duduk yang mencukupi. Hal ini menjadikannya pilihan yang tepat untuk anda yang menggemari ruang yang selesa dan tidak sesak. Restoran ini menawarkan pelbagai menu yang terdiri daripada masakan Jepun, Barat, India dan banyak lagi.
Waktu Operasi:
6:30 pagi – 10:30 pagi (Isnin & Selasa)
6:30 pagi – 10:30 pagi, 6:30 petang – 10:30 malam (Rabu – Jumaat)
6:30 pagi – 11:00 pagi, 6:30 petang – 10:30 malam (Sabtu)
6:30 pagi – 11:00 pagi (Ahad)
Alamat: 2, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://web.facebook.com/pages/Resipi-Terkini-Di-Le-Meridien-Kuala-Lumpur/102551494640027
14. Atmosphere 360


Atmosphere 360 merupakan restoran bufet moden dan elegan yang terletak di Menara KL. Ia menawarkan panorama langit 360 darjah yang boleh anda nikmati sambil menjamah juadah anda. Pakej harga bufet (dewasa) untuk makan tengah hari bermula daripada RM 99 hingga RM 120, untuk minum petang pula bermula daripada RM 75 hingga RM 95, manakala untuk makan malam bermula daripada RM 185 hingga RM 222. Kesemua harga bergantung pada masa dan hari. Untuk mendapatkan tawaran harga yang lebih rendah, anda boleh melayari laman sesawang mereka.
Waktu Operasi: 12 tengah hari – 10 malam (Setiap Hari)
Alamat: TH02, Menara Kuala Lumpur, 2, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://web.facebook.com/AtmospDi sini360
LAMAN WEB15. Hanare Japanese Restaurant


Hanare Japanese Restaurant merupakan antara restoran jepun bufet yang terkenal di Kuala Lumpur. Restoran ini terkenal dengan rekaan dan hiasannya yang mewah dan moden serta suasana yang selesa dan nyaman. Ia juga sering menjadi tempat bergambar untuk Instagram. Bukan itu sahaja, restoran ini juga menawarkan pelbagai hidangan lazat pada harga yang berpatutan.
Waktu Operasi: 12 tengah hari – 2:30 petang, 6 petang – 10 malam (Setiap Hari)
Alamat: Vista Tower 182, Jln Tun Razak, Kampung Datuk Keramat, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-2164 2133
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review : Di sini
Facebook: https://web.facebook.com/HanareJapaneseRestaurant
16. Lisette’s Café & Bakery


Sukar untuk mendapatkan restoran atau kafe bufet mesra ‘vegan’ atau vegetarian? Jangan bimbang, Lisette’s Café & Bakery menyajikan pelbagai hidangan bufet mesra vegetarian yang terbaik. Menu kafe ini terdiri daripada pelbagai hidangan antaranya Sandwic, burger, pasta dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai ruang tempat letak kereta yang besar bagi memudahkan anda untuk berkunjung ke sana.
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)
Alamat: No. 8, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
LAMAN WEB17. Mitasu Japanese Restaurant


Restoran Mitasu ini terletak di Jalan Sultan Ismail yang menawarkan sentuhan rasa Jepun untuk orang Malaysia! Jika anda gemar dengan makanan dan budaya Jepun, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba makanan di sini. Restoran ini terkenal dengan masakan yang berasaskan udang harimau, tiram, sushi dan sotong.
Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 3:00 petang, 6:00 petang – 10:00 malam(Setiap Hari)
Alamat: Central Plaza, 2506, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: http:/ /www.facebook.com/mitasu2012/
18. Dookki


Dookki merupakan salah satu restoran francais terkemuka Korea Selatan. Ia telah ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2019 dan berlokasi di IOI City Mall. Restoran ini menawarkan konsep bufet ‘all-you-can-eat’ selama 90 minit berserta minuman ringan tanpa had. Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan juga berpantutan iaitu RM 40 hingga RM 60 seorang.
Waktu Operasi: 11:30 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)
Alamat: L1-12B, IOI City Mall, IOI Resort, City Lebuh IRC, 62502, Putrajaya
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
LAMAN WEB19. SeoulNami Korean BBQ


SeoulNami Korean BBQ merupakan salah satu restoran buffet halal yang terkenal di Kuala Lumpur. Restoran ini terkenal dengan hidangan seperti Topokki, Haemul Pajeon (Korean Pancake), Cha Dol Bak Ee (Daging Bakar), Japchae, Dak Gal Bi dan banyak lagi. Restoran ini sering dipenuhi pelanggan. Jadi, atur waktu anda dengan baik sebelum datang ke sini.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)
Alamat: F-215 The Gardens Mall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
LAMAN WEB20. Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral


Nook, Aloft KL merupakan sebuah restoran bufet yang menyajikan pelbagai jenis masakan yang terdiri daripada masakan tempatan dan barat pada harga yang berpatutan. Restoran ini terkenal dengan reka bentuk dalamannya yang moden dan estetik. Hidangan yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung ke restoran ini ialah Fish Fillet with Taufu.
Waktu Operasi:
6:00 pagi – 10:30 pagi, 12:00 tengah hari – 3:00 petang (Isnin – Jumaat)
12:00 tengah hari – 3:00 petang, 6:00 petang – 10:00 malam (Sabtu)
12:00 tengah hari – 3:00 petang (Ahad)
Alamat: 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
LAMAN WEBDapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.