Bandar Putrajaya yang dikenali dengan kepelbagaian budaya yang meriah, membawakan anda pengalaman Bufet Ramadan Terbaik menanti pengunjung yang dalam merasai kulinari asli tradisional Melayu. Sajian yang dihidangkan merupakan hidangan gabungan inovatif yang mempamerkan landskap masakan Putrajaya yang terbaik.
Dalam menyambut bulan Ramadan, keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk berbuka puasa dalam suasana kemesraan, berkongsi gelak tawa, cerita dan makanan yang lazat bersama. Bersedia untuk menikmati jamuan yang menyuburkan semangat dan menikmati kepelbagaian citarasa yang menjadi ciri Ramadan di Putrajaya. Jadi, kami bawakan anda 10 bufet Ramadan di Putrajaya 2024 yang boleh anda cuba pada bulan ini.
Berapakah Anggaran Harga Bufet Ramadan di Putrajaya?
Harga yang ditetapkan bagi bufet Ramadan di Putrajaya adalah berbeza mengikut lokasi dan tempat yang ditempah. Kebiasaannya, anggaran harga bufet adalah sekitar RM 50 hingga RM 150 seorang mengikut pakej yang ditetapkan. Perubahan harga boleh berlaku mengikut hari kerana berkemungkinan ianya dicaj lebih sedikit pada hujung minggu. Tetapi, jika anda merancang lebih awal, anda boleh mendapatkan tawaran pembelian awal (Early Bird Price) atau diskaun tertentu yang diberikan. Dengan ini, anda akan mendapat tawaran harga yang rendah dengan kualiti berbuka puasa yang berbaloi.
Bilakah Waktu Terbaik Bergerak ke Bufet Ramadan di Putrajaya?
Perancangan awal sebelum perjalanan adalah penting bagi memastikan anda sampai tepat sebelum waktu berbuka puasa. Hal ini kerana keadaan jalan raya di kawasan Putrajaya tidak dapat dijangka dari semasa ke semasa. Anda disarankan untuk datang lebih awal di hotel atau tempat bufet bagi memastikan pengalaman berbuka puasa tanpa tergesa-gesa.
Jika anda datang bersama keluarga atau rakan, rancanglah perjalanan terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas khususnya selepas waktu bekerja dan hujung minggu. Jika anda datang lebih awal, anda tidak perlu bimbang kerana kebiasannya pihak penganjur Ramadan sering bawakan persembahan dan juga aktiviti yang dapat mengisi masa tetamu yang hadir sementara menunggu waktu berbuka.
Baca lebih lanjut bagi tawaran hebat bufet Ramadan di negeri:
- Best Buffet Ramadan in KL
- Best Buffet Ramadan in Melaka
- Best Buffet Ramadan in Penang
- Best Buffet Ramadan in Kuala Terengganu
- Best Buffet Ramadan in Selangor
10 Bufet Ramadan Terbaik di Putrajaya 2024
1. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)


Rasai nostalgia mengamit kenangan suasana berbuka puasa dengan hidangan gaya kampung tradisional. Bulan suci penuh keberkatan bakal tiba tak lama lagi, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kini kembali dengan pakej berbuka puasa 2024 dengan tema Cita Rasa Klasik. Lauk-pauk Melayu klasik yang tak lapuk dek zaman dan tentunya hidangan utama Kambing Golek & pelbagai pilihan Rendang Chef Azman menjadi sajian utama kami.
Harga:
- Harga (Dewasa): RM 108.00
- Harga (Kanak-Kanak): RM 54.00
Waktu Operasi: Sentiasa Dibuka
Alamat: Putrajaya International Convention Centre, Presint 5, 62000 Putrajaya
No.Telefon: 03 8887 6000
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
2. The Everly Hotel Putrajaya


Tingkatkan kegembiraan sambutan Ramadan anda dengan Fiesta Ria Ramadan kami, Pengalaman Simfoni Hidangan Ramadan & Irama 2 Kumpulan Muzik Live turut disajikan buat pengunjung. Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan promosi istimewa sebelum tamat!
Harga:
- Price (Adult): RM 98.00-RM 138.00
Waktu Operasi: Sentiasa Dibuka
Alamat: 1, Jalan Alamanda 2, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
No.Telefon: 03-8892 2929
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/TheEverlyPutrajaya/?locale=ms_MY
3. Marriott Putrajaya


Rasai kelazatan hidangan juadah berbuka puasa di Putrajaya Marriott Hotel! Temui bufet ‘7 Pahlawan Pentas Citarasa’ kami, dikendalikan oleh terkemuka iaitu Chef Eksekutif Zulkifli dan pasukan bakal memberikan anda juadah yang melazatkan bagi berbuka puasa. Lebih menarik lagi, anda bakal disajikan dengan hidangan tempatan dan antarabangsa dengan menampilkan bahan-bahan yang disahkan halal dan ‘Dusun Buah Buahan’ yang lazat dengan Durian sebagai kemuncak.
Harga:
- Harga (Dewasa): RM 198.00
- Harga (Kanak-Kanak): RM 99.00
Waktu Operasi: Sentiasa Dibuka
Alamat: IOI Resort City, 62502 Sepang, Wilayah Persekutuan Putrajaya
No.Telefon: 03 8949 8888
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/PutrajayaMarriottHotel?locale=ms_MY
4. Zenith Putrajaya


Cepat! Jangan lepaskan peluang terakhir tawaran pembelian harga awal bagi’Jom Iftar Selera Zenith’ kami sepanjang Ramadan. Zenith Putrajaya menawarkan pelbagai pilihan hidangan yang dijamin dapat memikat selera anda. Bukan itu sahaja, terdapat banyak juga kejutan menarik menanti anda! Jadi apa tunggu lagi? Raikan majlis berbuka puasa bersama tahun ini dengan hidangan ala kampung yang lazat dan asli.
Harga:
- Harga (Dewasa): RM 128.00
- Harga (Kanak-Kanak): RM 68.00
Waktu Operasi: Sentiasa Dibuka
Alamat: Jalan P2a, Presint 2, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
No.Telefon: 03 8893 9993
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/zenithhotelputrajaya/?locale=ms_MY
5. Pulse Grande Hotel


Bersiap sedia untuk menikmati jamuan untuk merasai bufet Ramadan di Hotel Pulse Grande. Istimewa kali ini, kami bawakan anda pengalaman kulinari dengan pelbagai hidangan lazat untuk berbuka puasa menepati cita rasa anda. Dari masakan tradisional Melayu hinggalah masakan antarabangsa, kami sajikan juadah yang pelbagai bagi memenuhi selera dan pilihan anda semua.
Harga:
- Harga (Dewasa): RM 138.00
- Harga (Kanak-Kanak): RM 70.00
Waktu Operasi: Sentiasa Dibuka
Alamat: Taman Putra Perdana, Jalan Putra Perdana, Presint 1, 62000 Putrajaya
No.Telefon: 03-8887 8888
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/pulsegrandhotel/
6. Le Meridien Putrajaya


“Destinasi Rasa” kembali lagi Ramadan ini! Lengkapi pengalaman Ramadan 2024 anda dengan perjalanan yang menawan di Le Meridien Putrajaya. Raikan bersama bagi majlis berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dalam menyambut bulan mulia ini. Rasai pengembaraan kulinari tradisional bersama bagi memenuhi selera dan pilihan menu yang anda inginkan!
Harga:
- Harga (Dewasa): RM 188.00
- Harga (Kanak-Kanak): RM 94.00
Waktu Operasi: Sentiasa Dibuka
Alamat: Lebuh IRC IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Selangor
No.Telefon: 03 8689 6888
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/lemeridienputrajaya/?locale=ms_MY
7. Dorsett Putrajaya


Alami keenakan juadah Ramadan yang digemari Malaysia di Bufet Ramadan Dorsett Putrajaya. Tawaran yang disediakan menjanjikan iftar yang sangat memuaskan dan memenui selera anda. Nikmati pelbagai hidangan yang dihidangkan dan diolah oleh chef kulinari yang mahir bagi memastikan jamuan yang mengasyikkan setiap malam pada bulan yang mulia ini. Selami rasa dan aroma asli yang menjanjikan setiap detik berbuka puasa anda sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Harga:
- Harga (Dewasa): RM 139.00
- Harga (Kanak-Kanak): RM 88.00
Waktu Operasi: Always Open
Alamat: Dorsett Putrajaya, Precinct 3, 62000 Putrajaya
No.Telefon: 016 668 0265
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/dorsettputrajaya/
8. Park Inn by Radisson Putrajaya


Hidupkan semula pesona senja dengan bufet Ramadan Warna Warni Warisan di Park Inn by Radisson Putrajaya sepanjang Ramadan. Penuhi selera anda dengan pelbagai pilihan hidangan dan pencuci mulut yang menarik dan mengamit kenangan. Tawaran disediakan dengan pelbagai pilihan untuk memenuhi selera tempatan. Dengan caj bermula RM 108 seorang, pengalaman ini berpatutan dan menyeronokkan untuk semua.
Harga:
- Harga (Dewasa): RM 108.00
- Harga (Kanak-Kanak): RM 68.00
Waktu Operasi: Sentiasa Dibuka
Alamat: Jalan Universiti, Taman Unipark Suria, 43000 Kajang, Selangor
No.Telefon: 03 8911 1999
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
9. Glow Putrajaya


Anda masih mencari tempat berbuka puasa bagi Ramadhan kali ini? Temui bufet Ramadan istimewa yang ditawarkan di Glow Putrajaya di mana anda boleh menikmati Iftar dengan pengalaman menjamu selera yang luar biasa. Terokai pelbagai jenis menu istimewa yang menanti kepuasan anda yang diyakini mampu untuk mengembangkan selera anda. Sajian yang dihidangkan adalah pelbagai bermula daripada sajian utama ke pencuci mulut yang anda akan ingati sepanjang hari!
Harga:
- Harga (Dewasa): RM 68.00
- Harga (Kanak-Kanak): RM 28.00
Waktu Operasi: Sentiasa Dibuka
Alamat: Persiaran Persekutuan, Presint 13, 62300 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
No.Telefon: 013 347 8857
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
10. DoubleTree by Hilton Putrajaya


Sudahkah anda membuat tempahan berbuka puasa? Jika belum, tawaran bufet DoubleTree by Hilton Putrajaya tidak sabar menanti ketibaan anda. Kami menjemput anda untuk mengambil bahagian dalam perayaan Ramadan tahun ini dengan hidangan bufet istimewa. Selami keunikan berbuka puasa dengan menu bufet “Merentasi Tradisi”, yang menampilkan hidangan kulinari dari setiap sudut Malaysia dan masakan antarabangsa untuk memenuhi selera yang pelbagai.
Harga:
- Harga (Dewasa): RM 138.00-RM 148.00
- Harga (Kanak-Kanak): RM 74.00-RM94.00
Waktu Operasi: Sentiasa Dibuka
Alamat: 2, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
No.Telefon: 03-8890 0000
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/doubletreeputrajaya/?locale=ms_MY
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.