9 Restoran Korea Terbaik di Melaka 2023

Penduduk tempatan dan pelancong sangat menyukai masakan Korea di Melaka. Hal ini kerana Melaka adalah rumah bagi ramai pelancong asing yang menghargai suasana mesra dan kecantikan tempat tersebut. Pelbagai jenis makanan ditawarkan di Melaka, dan antara makanan yang terkenal adalah makanan Korea. Pelancong Korea Selatan yang melawat Melaka boleh menikmati hidangan tradisional Korea di Malaysia. Selain itu, terdapat pelbagai restoran Korea di Melaka yang menawarkan hidangan Korea yang lazat dalam suasana yang menarik.

Sama ada anda penggemar makanan Korea atau baru sahaja mahu mencubanya, terdapat pelbagai jenis hidangan yang menarik yang ditawarkan di restoran Korea di Melaka. Kami telah menyenaraikan beberapa restoran Korea yang terbaik di negeri ini. Jika anda ingin mencuba hidangan Korea, anda boleh berkunjung ke restoran Korea terbaik di Melaka ini.

Adakah Restoran Korea di Malaysia Berbeza Dengan Restoran Korea di Korea Selatan?

Restoran Korea di Malaysia mungkin berbeza dengan restoran di Korea Selatan. Hal ini boleh dilihat daripada rasa makanan yang disediakan. Kebanyakan makanan Korea di Malaysia telah diubah agar kena dengan selera tempatan. Selain itu, mereka juga menghias restoran Korea di Malaysia dengan dekorasi yang diinspirasikan oleh budaya Korea. Ada juga sesetengah restoran Korea di Malaysia yang menawarkan hidangan Korea asli untuk peminat makanan Korea. Jadi, anda boleh memilih hidangan yang anda suka bagi memuaskan keinginan anda terhadap hidangan negara Ginseng ini.

Apakah Hidangan Sup Yang Popular di Restoran Korea?

Terdapat banyak jenis sup Korea yang popular dan dinikmati oleh pelanggan di Malaysia. Beberapa sup Korea yang popular adalah Samgyetang (sup ayam ginseng), Galbitang (sup daging), dan Doenjang Jjigae (sup kacang soya). Sup Samgyetang mempunyai rasa yang sedap dan kaya dengan daging ayam yang empuk. Sup ini berkhasiat dan sering dimakan oleh orang Korea. Anda juga boleh mencuba sup Galbitang yang terdiri daripada daging lembu yang segar. Hidangan sup ini pasti akan membuatkan anda kenyang! Doenjang Jjigae pula mempunyai rasa yang umami tatkala anda merasainya. Perut anda pasti kenyang dengan hidangan sup yang anda pilih sewaktu berkunjung ke restoran Korea.

9 Restoran Korea Terbaik di Melaka 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Seoul Garden

Seoul-Garden
Kredit Gambar: OpenRice Malaysia
Seoul-Garden-
Kredit Gambar: Foursquare

Seoul Garden adalah sebuah jenama Korea yang terkemuka di Malaysia. Restoran ini mempunyai sijil Halal dan telah menjadi pemimpin dalam industri ini selama 37 tahun. Salah satu ciri istimewanya adalah sistem panggangan bebas asap 2-dalam-1 yang menjamin pengalaman BBQ steamboat yang menyeronokkan. Selain itu, Seoul Garden menawarkan sos perapan yang lazat untuk menjadikan hidangan mereka menggiurkan. Mereka juga mempunyai hadiah istimewa untuk ‘birthday treat’ di mana pengunjung yang menyambut hari lahir akan diberi kejutan untuk menjadikan pengalaman mereka lebih menggembirakan. 

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Level GF 23,193, Pinggiran @Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, Kampung Bunga Paya Pantai, 75100 Melaka

No. Telefon: 06-228 2258

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/SGTheShoreMalacca/ 

Instagram: https://www.instagram.com/seoulgardenmalaysia/?hl=en 

semak laman web di sini

2. Daorae Korean BBQ Restaurant

Daorae-Korean-BBQ-Restaurant-
Kredit Gambar: Tan Piow Yon
Daorae-Korean-BBQ-Restaurant-
Kredit Gambar: Tan Piow Yon

Daorae Korean BBQ Restaurant menawarkan hidangan yang berkualiti dan perkhidmatan yang cemerlang. Harga makanan di sini sangat berpatutan. Mereka menyajikan daging yang segar dan sedap, terutamanya daging yang telah diperap. Daging yang diperap adalah daya tarikan restoran ini. Selain itu, pelanggan juga disajikan dengan pelbagai jenis hidangan sampingan percuma. Restoran ini adalah tempat makan yang hebat untuk dikunjungi di Melaka.

Waktu Operasi: 11:30 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Melaka Raya, 75000 Melaka

No. Telefon: 06-292 2616

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/DaoraeMelaka/ 

Instagram: https://www.instagram.com/daorae_melaka/ 

3. Palsaik Korean BBQ – Melaka

Palsaik-Korean-BBQ-Melaka
Kredit Gambar: Hung Hao
Palsaik-Korean-BBQ-Melaka-
Kredit Gambar: Oscar Sun

Palsaik Korean BBQ adalah restoran yang mahir dalam barbeku Korea. Mereka menawarkan 8 jenis perencah untuk daging mereka. Persekitaran dan perkhidmatan yang diberikan adalah baik. Namun begitu, harga makanan mereka sedikit mahal. Walau bagaimanapun, hidangan asli mereka dan suasana restoran yang selesa ini pasti berbaloi dengan harganya.

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 58 & 60, Jalan Melaka Raya 23, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

No. Telefon: 06-281 8623

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100089807178022 

Instagram: https://www.instagram.com/daorae_melaka/ 

semak laman web di sini

4. Koreana Restaurant

Koreana-Restaurant
Kredit Gambar: NG BB
Koreana-Restaurant-
Kredit Gambar: NG BB

Anda patut mencuba hidangan di Koreana Restaurant. Saiz hidangan untuk 4 orang boleh dimakan untuk 5 orang. Selain itu, harganya juga berpatutan. Persekitaran restoran ini luas dan selesa. Hidangan yang sering dipesan di restoran ini adalah pankek Korea. Layanan kakitangan dan pemilik restoran ini sentiasa mesra dan baik terhadap pelanggan.  

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 3:00 petang, 5:00 petang – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Melaka Raya, 75000 Melaka

No. Telefon: 016-654 0904

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/people/Koreana-BBQ-Melaka/100066700324162/ 

5. Uncle Jang Korean Restaurant Melaka

Uncle-Jang-Korean-Restaurant-Melaka
Kredit Gambar: 이현주
Uncle-Jang-Korean-Restaurant-Melaka-
Kredit Gambar: Callena Khoo

Uncle Jang Korean Restaurant terletak di lot kedai yang berhadapan dengan AEON Bandaraya. Restoran ini mempunyai ruang duduk yang selesa di tingkat pertama. Anda akan merasai suasana yang selesa dan perkhidmatan yang terbaik di sini. Jika anda menyukai makanan yang pedas, restoran ini menyediakan hidangan goreng Korea yang lazat dalam suasana yang bersih dan menarik.

Waktu Operasi: 
12:00 tengah hari – 10:00 malam (Jumaat – Isnin)
12:00 tengah hari – 3:00 petang, 6:00 petang – 10:00 malam (Selasa, Khamis)
6:00 petang – 10:00 malam (Rabu)

Alamat: No 111, 1, Jalan Lagenda 1, taman 1 lagenda, 75400 Melaka

No. Telefon: 06-288 0337

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/UnclejangMelaka/ 

6. Soo La Kan Korean Restaurant

Soo-La-Kan-Korean-Restaurant
Kredit Gambar: bluerose
Soo-La-Kan-Korean-Restaurant-
Kredit Gambar: mura 1967

Soo La Kan Restaurant menawarkan makanan yang sedap pada harga yang berpatutan. Hidangan sampingan yang mereka tawarkan juga lazat. Pemilik di sini terkenal dengan personaliti yang mesra dan prihatin. Beliau sering memastikan pelanggan di restoran ini berpuas hati dengan hidangan mereka. Pengalaman menjamu selera di sini diibaratkan seperti anda makan makanan yang dimasak di rumah dalam suasana yang selesa. Oleh sebab itu, restoran ini sesuai dikunjungi bersama ahli keluarga atau kawan-kawan.

Waktu Operasi: 10:30 pagi – 10:30 malam (Setiap hari)

Alamat: 323, Jalan Melaka Raya 1, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

No. Telefon: 06-286 0307

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

semak laman web di sini

7. Shu Peo Korean BBQ

Shu-Peo-Korean-BBQ
Kredit Gambar: Shu Peo Korean BBQ
Shu-Peo-Korean-BBQ-
Kredit Gambar: Shu Peo Korean BBQ

Shu Peo Korean BBQ merupakan restoran yang sering disyorkan di Melaka oleh penduduk tempatan dan pelancong asing kerana menyediakan hidangan Korea yang enak. Makanan yang disajikan sedap dan perkhidmatan pelanggan yang diberikan adalah cemerlang. Kakitangan mereka teliti dan sering mengisi kembali hidangan sampingan yang telah habis. Selain itu, mereka juga menukar grill untuk pelanggan. Porsi hidangan di sini banyak. Hidangan sampingan dan Nasi Goreng Kimchi mereka juga sedap. Suasana di restoran ini menyenangkan. Sekiranya anda ingin menjamu selera dengan selesa, anda boleh duduk di luar agar anda bebas daripada asap hidangan BBQ di dalam restoran.

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 10:30 malam (Setiap hari)

Alamat: No.2, Jalan KPKS 6, Kompleks Perniagaan Al-azim, 75250 Kota Syahbandar, Melaka

No. Telefon: 010-666 8157

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/shupeokoreanbbq/ 

Instagram: https://www.instagram.com/shupeokoreanbbq/ 

8. BBQ Chicken Krubong

BBQ-Chicken-Krubong
Kredit Gambar: BBQ Chicken Krubong
BBQ-Chicken-Krubong-
Kredit Gambar: BBQ Chicken Krubong

Jika anda mencari restoran Korea yang mudah dikunjungi oleh mereka yang kurang upaya, anda boleh singgah ke BBQ Chicken Krubong. Restoran ini merupakan pilihan yang baik kerana menyediakan tempat letak kereta di hadapan restoran. Selain itu, ia juga sesuai untuk mereka yang pertama kali berkunjung ke sini untuk merasai hidangan Korea. Restoran ini pakar dalam menyediakan hidangan ayam. Mereka menawarkan hidangan lain seperti set Dosirak (bento), pasta, ramen dan sup. Anda juga boleh mencuba burger jika anda menyukai makanan pedas.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 65, Jalan Satu Krubong, Taman Satu Krubong, 75260 Krubong, Melaka

No. Telefon: 017-265 6568

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/bbqchickenkrubong 

Instagram: https://www.instagram.com/bbqchickenkrubong/ 

semak laman web di sini

9. Sae Ma Eul BBQ Melaka

Sae-Ma-Eul-BBQ-Melaka
Kredit Gambar: Chow Hon Keong
Sae-Ma-Eul-BBQ-Melaka-
Kredit Gambar: Sae Ma Eul BBQ Melaka

Sae Ma Eul BBQ di Melaka mempunyai suasana yang tenang dan kakitangan yang mesra. Hidangan BBQ mereka lazat dan mesti dicuba. Restoran ini menawarkan pilihan bufet dan ala carte. Pilihan bufet mereka membolehkan anda menikmati daging dan hidangan sampingan tanpa batasan. Daging yang dihidangkan sentiasa segar dan diperap dengan sempurna.

Waktu Operasi: 
1:30 petang – 10:30 malam (Ahad – Khamis)
1:00 petang – 11:00 malam (Jumaat, Sabtu)

Alamat: Jaya, 2, Jln KLJ 8, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100086860013404 

Instagram: https://www.instagram.com/sae_maeul.melaka/  


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close