Dengan pengumuman inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP ahli pada 12 Mei 2024, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan keselamatan pendapatan pasca-persaraan dan menangani keperluan kitaran hidup ahli. Langkah ini menunjukkan komitmen KWSP dalam menyokong kesejahteraan kewangan masyarakat, sekaligus memberikan panduan yang lebih jelas bagi ahli dalam merancang persaraan mereka dengan lebih efektif.
Berikut adalah maklumat penting tentang inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP yang anda perlu tahu:
KWSP kini memperkenalkan tiga akaun baharu:
- Akaun Persaraan (75%): Dahulu dikenali sebagai Akaun 1, untuk simpanan hari persaraan.
- Akaun Sejahtera (15%): Dahulu dikenali sebagai Akaun 2, untuk keperluan semasa persaraan.
- Akaun Fleksibel (10%): Memberi fleksibiliti untuk pengeluaran bilabila masa bagi keperluan kewangan jangka pendek.
Berikut Adalah Syarat Pengeluaran Wang Dari Akaun Fleksibel:
- Warganegara dan Bukan Warganegara.
- Belum mencapai umur 55 tahun.
- Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel.
- Pengeluaran boleh dilakukan pada bilabila masa dengan had minimum RM50.
- Permohonan pengeluaran dari Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP iAkaun atau di manamana cawangan KWSP di seluruh negara.
- Pemindahan ke Akaun Fleksibel hanya boleh dilakukan sekali sahaja, dengan tarikh akhir pemindahan pada 31 Ogos 2024. Anda juga mempunyai pilihan untuk tidak memindahkan sebarang amaun ke Akaun 3.
Cara Pemindahan Wang KWSP Dari Akaun 2 (Akaun Sejahtera) Ke Akaun Ketiga:
Berikut adalah prosedur untuk membuat pemindahan dari Akaun 2 (Akaun Sejahtera) ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel) dengan menggunakan I-Akaun:
- Log masuk ke akaun I-Akaun anda.
- Selepas log masuk, anda akan dibawa ke laman utama I-Akaun anda.

- Di bahagian atas kiri, klik pada pilihan “Ketahui Lanjut”.
- Baca dengan teliti penerangan yang diberikan sebelum membuat pemindahan.
- Setelah membaca, klik butang “Teruskan”.

- Jika anda memahami penerangan dan ingin meneruskan pemindahan, klik butang “Pindah Sekarang”.
- Peringatan penting akan dipaparkan. Anda hanya dibenarkan untuk membuat satu pemindahan sahaja. Tarikh akhir untuk membuat pemindahan adalah 31 Ogos 2024. Anda juga mempunyai opsyen untuk tidak memindahkan sebarang jumlah ke Akaun 3. Klik butang “Teruskan”.
- Anda akan diberitahu mengenai jumlah dana sebelum dan selepas pemindahan.
- Jika anda bersetuju dengan jumlah yang akan dipindahkan dan memahami terma dan syaratnya, klik butang “Teruskan”.
- Klik butang “Terima” untuk memberikan perakuan sebagai ahli.
- Akhir sekali, klik “Ya” sekiranya anda pasti dengan pilihan yang telah anda buat.

- Pemindahan anda akan diproses dan berjaya dengan kelulusan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.
Secara kesimpulannya, penstrukturan semula akaun KWSP memperkenalkan perubahan penting yang bertujuan untuk meningkatkan keselamatan persaraan dan menangani keperluan kewangan ahli. Dengan memperkenalkan tiga akaun baru dan memudahkan pengeluaran dan pemindahan dana, pengguna KWSP boleh menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik, mengurangkan ketidakpastian selepas persaraan dan memperkuat kestabilan kewangan. Inisiatif proaktif ini mencerminkan komitmen KWSP dalam menyokong kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia, memastikan kelestarian ekonomi jangka panjang dan kemakmuran.
Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Malaysia & Berita Harian
Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!
Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.