Solat Sunat Isyraq

Sebagai umat Islam, adalah penting untuk kita mengerjakan solat fardu 5 kali sehari. Itu tidak termasuk solat-solat sunat yang dituntut untuk mengerjakannya. Pada lazimnya, selepas anda mengerjakan Solat Subuh, anda disarankan untuk berzikir sehinggalah matahari naik, kemudian mengerjakan solat sunat dua rakaat.

 Solat Sunat Isyraq

Apa itu Solat Sunat Isyraq?

Solat Sunat Isyraq adalah solat sunat 2 rakaat yang dikerjakan sebagai tanda syukur kepada Allah S.W.T kerana telah menganugerahkan satu lagi hari kepada kita untuk bertaubat dan merasai nikmat hidup yang dianugerahkan. Rasulullah S.A.W. sendiri menganjurkan kepada kita bahawa apabila selesai melaksanakan Solat Subuh berjemaah, kita disarankan untuk duduk berzikir kepada Allah S.W.T. sehinggalah matahari naik dan kemudian mengerjakan solat sunat dua rakaat ini.

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Sesiapa yang melakukan Solat Subuh secara berjemaah kemudian dia duduk berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia bersolat dua rakaat maka dia akan mendapat pahala seperti pahala mengerjakan haji dan umrah. Berkata Rasulullah S.A.W. “Secara sempurna, sempurna, sempurna,””(Riwayat Tirmizi)

Solat-Sunat-
Kredit Gambar: mstar.com.my

Bilakah kita boleh mengerjakan solat sunat ini?

Solat sunat dua rakaat ini dikerjakan dari 12 minit hingga 27 minit selepas waktu Syuruk, iaitu sehingga masuk waktu Dhuha. Dalam erti kata lain, jika mengikut pengiraan moden, waktu yang dibolehkan solat sunat ini adalah dianggarkan dari jam 7.15 pagi sehingga 7.30 pagi sahaja untuk Semenanjung Malaysia. Waktu untuk Sabah Sarawak, waktu menunaikan solat sunat ini lebih awal daripada waktu di Semenanjung Malaysia.

Waktu diberi tempoh jarak masa sebegini sejak waktu syuruk iaitu terbit matahari adalah supaya ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari. Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Apakah kelebihan mengerjakan solat sunat ini?

Bagi anda yang mengerjakan solat sunat ini, pahala yang bakal didapati adalah seperti pahala mengerjakan haji atau umrah. Selain itu, ada juga yang mengatakan barang siapa yang mengerjakan solat sunat ini, pahalanya seperti orang berjihad ke jalan Allah S.W.T.

kelebihan-mengerjakan-solat
Kredit Gambar: hmetro.com.my

Bagaimanakah cara mengerjakan Solat Sunat Isyraq?

Cara mengerjakan solat sunat ini sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain dari segi cara tertibnya. Tetapi sebelum anda ingin mengerjakan solat sunat ini, disarankan untuk membaca doa di bawah terlebih dahulu.

Solat-Sunat-Isyraq
Kredit Gambar: akuislam.com

alhamdulillahil-ladzi aqolanaa yawmana hazaa walam yuhliknaa bidzunuubina

Maksud:

“Segala puji bagi Allah yang telah memberikan hari ini kepada kami dan tidak membinasakan kami kerana dosa-dosa kami. 

1. Niat

Anda boleh membaca niat solat sunat ini di dalam hati semasa mengangkat takbir:

Solat-Sunat-
Kredit Gambar: akuislam.com

 Usolli Sunnatal Isyraqi Rak’ataini Lillahi Ta’ala

Maksud: Sahaja aku solat Sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Taala

2. Rakaat Pertama- Doa Iftitah

Anda boleh mula membaca doa Iftitah selepas berniat dan mengangkat takbir.

Rakaat-Pertama-Doa-Iftitah-
Kredit Gambar: tzkrh.com / tzkrh.com

3. Rakaat Pertama- Surah Al-Fatihah

Bacalah surah Al-Fatihah.

Rakaat-Pertama-Surah-Al-Fatihah-
Kredit Gambar: teratakemas.com

4. Rakaat Pertama- Surah Al-Kafirun

Kemudian, anda boleh membaca mana-mana surah di dalam Al-Quran. Antara surah yang boleh dibaca adalah Surah Al-Kafirun.

Rakaat-Pertama-Surah-Al-Kafirun--
Kredit Gambar: akuislam.com

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku agamaku”.

5. Rukuk

Selesai membaca surah Al-Kafirun, anda boleh teruskan dengan rukuk seperti biasa.

6. Bangun Iktidal

Selepas itu, anda bangun iktidal (berdiri tegak) sambil membaca bacaan yang biasa dibacakan seperti solat fardu.

7. Sujud Pertama

Kemudian, bersujudlah seperti sujud kebiasaannya sambil membaca bacaannya.

8. Duduk Antara Dua Sujud

Dalam posisi ini, anda hendaklah membaca bacaan seperti kebiasaannya di dalam solat fardu.

9. Sujud Kedua

Lakukan sujud kedua sepertimana kebiasaannya.

10. Duduk Istirahat

Sebelum anda bangun untuk menyempurnakan rakaat kedua, anda duduk seketika dalam 3 saat sebelum bangun untuk rakaat seterusnya.

11. Rakaat Kedua-Surah Al-Fatihah

Usai anda mengangkat takbir, mulakan rakaat kedua ini dengan bacaan Surah Al-Fatihah.

Rakaat-Kedua-Surah-Al-Fatihah
Kredit Gambar:teratakemas.com

12. Rakaat Kedua-Surah Al-Ikhlas

Selepas surah Al-Fatihah, anda boleh membaca mana-mana surah di dalam Al-Quran. Antaranya adalah Surah Al-Ikhlas.

Rakaat-Kedua-Surah-Al-Ikhlas-
Kredit Gambar: akuislam.com

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

13. Rukuk

Selesai membaca surah Al-Ikhlas, anda boleh teruskan dengan rukuk seperti biasa.

14. Sujud Pertama

Kemudian, bersujudlah seperti sujud kebiasaannya sambil membaca bacaannya.

15. Duduk Antara Dua Sujud

Dalam posisi ini, anda hendaklah membaca bacaan seperti kebiasaannya di dalam solat fardu.

16. Sujud Kedua

Lakukan sujud kedua sepertimana kebiasaannya.

17. Duduk Tahiyyat Akhir

Duduk tahiyyat akhir adalah duduk ketika membaca tahiyyat akhir. Anda disunatkan untuk duduk secara tawaruk, yakni duduk dengan menghulurkan kaki kiri ke kanan dan merapatkan punggung ke lantai. Ketika ini, anda haruslah membaca bacaan Tahiyyat Akhir.

18. Salam

Akhiri solat dengan memberi salam, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri. 

19. Doa Selepas Solat Sunat Isyraq

Berikut adalah doanya:

Doa-Selepas-Solat-Sunat-Isyraq
Kredit Gambar: shafiqolbu

Begitulah salah satu tatacara Solat Sunat Isyraq. Diharapkan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda dan semoga amalan kita ini diterima oleh Allah s.w.t. Amin. Selamat beribadah!

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close