Solat Fardu Subuh

Menjadi kewajipan kita selaku umat Islam untuk menunaikan solat fardu 5 kali sehari. Solat adalah tiang agama dan meninggalkannya adalah berdosa besar. Solat fardu terdiri daripada 5 waktu iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. 

Setiap waktu untuk mengerjakannya berbeza dan terdiri daripada jumlah rakaat yang berbeza. Solat tidak boleh ditinggalkan kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti pengsan, koma, keuzuran dan juga gila. Apabila tersedar daripada keadaan ini, anda diwajibkan solat.

Solat Subuh

Solat Subuh terdiri daripada 2 rakaat dan satu salam. Solat fardu ini harus dikerjakan sebaik sahaja munculnya warna putih yang merata (horizontal) di ufuk. Waktu yang dibolehkan untuk melakukan solat ini  sehinggalah terbitnya bulatan terawal matahari di langit. Biasanya masa yang tersedia untuk menunaikan solat fardu ini adalah 2 jam. Dan bagi mazhab Syafie, solat subuh ini dibacakan bersama Doa Qunut.

Berikut adalah cara mengerjakannya:

1. Niat

Anda haruslah berniat untuk mengerjakan Solat Subuh.

Niat-
Kredit Gambar: akuislam.com

Usolli Fardhas-subhi Rak’ataini Ada’an Lillahi Taala

Maksud: Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.

2. Rakaat Pertama- Doa Iftitah

Selepas Takbiratul Ihram, anda hendaklah membaca doa Iftitah.

Rakaat-Pertama-Doa-Iftitah-
Kredit Gambar: tzkrh.com / tzkrh.com

3. Rakaat Pertama- Surah Al-Fatihah

Sesudah bacaan doa Iftitah, anda perlu membaca surah Al-Fatihah.

Rakaat-Pertama-Surah-Al-Fatihah-
Kredit Gambar:teratakemas.com

4. Rakaat Pertama- Surah Al-Kafirun

Sesudah itu, bacalah pula surah daripada surah al-Quran. Anda boleh membaca mana-mana surah selepas Al-Fatihah. Antara surah yang boleh dibaca adalah Surah Al-Kafirun:

Rakaat-Pertama-Surah-Al-Kafirun
Kredit Gambar: cikfauziah.blogspot.com

5. Rukuk

Selepas anda habis membaca surah Al-Kafirun, hendaklah anda rukuk dengan tertib.

6. Bangun Iktidal

Berdiri tegak selepas anda rukuk.

7. Sujud Pertama

Setelah itu, anda perlu sujud sepertimana kebiasaannya.

8. Duduk Antara Dua Sujud

Dalam posisi ini, anda baca bacaan seperti kebiasaannya.

9. Sujud Kedua

Setelah itu, anda sujud seperti kebiasaannya.

10. Duduk Istirahat

Duduk sebentar dalam 3 saat sebelum anda bangun untuk menunaikan rakaat seterusnya.

11. Rakaat Kedua- Surah Al-Fatihah

Apabila anda bangun untuk masuk di rakaat kedua, anda perlu memulakannya dengan surah Al-Fatihah.

Rakaat Kedua Surah Al fatihah
Kredit Gambar: teratakemas.com

12. Rakaat Kedua- Surah Al-Ikhlas

Usai surah Al-Fatihah, anda boleh membaca mana-mana surah di dalam Al-Quran. Antara surah yang boleh dibaca adalah Surah Al-Ikhlas seperti di bawah.

Rakaat-Kedua-Surah-Al-Ikhlas--
Kredit Gambar: izdeen.com

13. Rukuk

Selepas anda habis membaca surah Al-Ikhlas, hendaklah anda rukuk dengan tertib.

14. Bangun Iktidal

Berdiri tegak selepas anda rukuk

15. Doa Qunut

Dalam posisi ini, anda perlu membaca Doa Qunut seperti di bawah:

Doa-Qunut
Kredit Gambar: akuislam.com

Maksud Doa Qunut:

Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan.

Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan. Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu.

Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

16. Sujud Pertama

Setelah itu, anda perlu sujud sepertimana kebiasaannya.

17. Duduk Antara Dua Sujud

Dalam posisi ini, anda baca bacaan seperti kebiasaannya.

18. Sujud Kedua

Setelah itu, anda sujud seperti kebiasaannya.

19. Duduk Tahiyyat Akhir

Duduk tahiyyat akhir adalah duduk ketika membaca Tahiyyat Akhir. Anda disunatkan untuk duduk secara tawaruk, yakni duduk dengan menghulurkan kaki kiri ke kanan dan merapatkan punggung ke lantai. Ketika ini, anda haruslah membaca bacaan Tahiyyat Akhir.

20. Salam

Akhiri solat dengan memberi salam, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri. 

Begitulah salah satu tatacara Solat Fardu Subuh. Diharapkan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda dan semoga amalan kita ini diterima oleh Allah s.w.t. Amin. Selamat beribadah!

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close