8 Cermin Pandang Belakang Kereta Terbaik di Malaysia 2025

Semasa memandu, adalah penting untuk sentiasa peka dengan persekitaran kita. Walaupun kita mempunyai cermin hadapan dan cermin sisi yang membantu kita melihat dengan lebih baik apabila kita memandu, cermin pandang belakang adalah sama pentingnya. Ini kerana anda akan dapat melihat apa yang ada di belakang kereta anda pada setiap masa. Ia amat berguna khususnya apabila anda memarkirkan kereta. Walaupun sudah ada cermin pandang belakang di dalam kereta anda, selalunya cermin ini datang dalam saiz yang terlalu kecil untuk anda melihat bahagian belakang kereta anda sepenuhnya.

Tetapi adakah anda tahu bahawa anda sentiasa boleh menambah cermin pandang belakang? Bukan sahaja ia tidak memerlukan pemasangan, bahkan ia juga datang dalam pelbagai saiz dan reka bentuk! Jika anda percaya bahawa cermin pandang belakang yang dipasang di dalam kereta anda tidak mencukupi dan selalunya sukar untuk dilihat, adalah disyorkan agar anda mendapatkan cermin pandang belakang yang lebih lebar. Anda bukan sahaja dapat memandu dengan lebih selesa, tetapi ia juga akan memastikan anda selamat kerana anda akan lebih peka dengan persekitaran anda. Berikut ialah 8 cermin pandang belakang kereta terbaik di Malaysia pada tahun 2025 yang anda boleh dapatkan hari ini.

Bilakah Saya Harus Menggunakan Cermin Pandang Belakang?

Anda sepatutnya menggunakan cermin pandang belakang pada setiap masa! Setiap kali anda berhenti, menghidupkan kereta, memotong kereta lain, atau menukar lorong, anda perlu menggunakan cermin ini. Anda juga perlu menggunakan cermin anda dengan lebih kerap terutama jika anda tersangkut dalam lalu lintas yang teruk.

8 Cermin Pandang Belakang Kereta Terbaik di Malaysia

1. NAPOLEX Broadway Car Rear View Mirror

NAPOLEX Broadway Car Rear View Mirror
Kredit Gambar: Lazada

Dibuat dengan cermin berwarna biru berkualiti tinggi yang mengurangkan silau cahaya, cermin ini mempunyai pandangan luas yang dapat menghilangkan titik buta di bahagian belakang tanpa banyak gangguan. Hanya klip sahaja cermin ini pada cermin pandangan belakang kereta anda untuk penggunaan yang optimum.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz Tersedia: 6.5 x 30 cm, 6.5 x 27 cm
  • Variasi Tersedia: Flat Blue, Convex Blue, Flat Clear

Kelebihan:

Material berkualiti tinggi
Mudah dipasang
Menghilangkan titik buta di bahagian belakang
Mengurangkan silau cahaya
Didatangkan dalam pelbagai variasi

Harga: RM13.29 hingga RM15.46

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Broadway 300mm Car Rear View Mirror

Broadway mm Car Rear View Mirror
Kredit Gambar: Shopee

Dengan cermin pandang belakang yang pelbagai reka bentuk dan saiz, titik buta di bahagian belakang kini boleh disingkirkan. Cermin ini mempunyai salutan pada permukaannya yang dapat menghapuskan imej berganda. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Saiz: 6.5 x 30 cm
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Variasi Tersedia: Smoke Convex, Blue Convex, Blue Flat, Clear Convex, Clear Flat, Smoke Flat

Kelebihan:

Material berkualiti tinggi
Salutan permukaan menghilangkan imej berganda
Pandangan yang luas
Pelbagai reka bentuk

Harga: RM12 hingga RM24.90 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Hc Cargo Rear View Room Mirror

Hc Cargo Rear View Room Mirror
Kredit Gambar: Shopee

Cermin pandang belakang ini datang dalam bentuk besar dan panjang yang dapat menyingkirkan titik buta tanpa banyak gangguan. Ia mempunyai saluran permukaan anti silau yang dapat mengurangkan silau cahaya. Dengan rahang teleskopiknya, anda boleh klip sahaja cermin ini pada cermin pandang belakang kereta anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: ABS
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz Tersedia: 7 x 28 cm, 7 x 30 cm, 8.5 x 28 cm

Kelebihan:

Material berkualiti tinggi
Mudah dipasang
Menghilangkan titik buta
Mengurangkan silau cahaya
Tanpa banyak gangguan

Harga: RM20 hingga RM42

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Auto Assisting Mirror

Auto Assisting Mirror
Kredit Gambar: Shopee

Cermin pandang belakang ini didatangkan dengan reka bentuk melengkung yang bukan sahaja menghilangkan titik buta, tetapi memberikan anda pandangan yang lebih luas. Dengan ciri anti silau, ia boleh mengurangkan silau cahaya dengan ketara, jadi anda boleh melihat dengan lebih jelas pada waktu malam. 

Spesifikasi:

  • Bahan: ABS
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Variasi Tersedia: Putih Biasa, Biru Anti Silau

Kelebihan:

Material berkualiti tinggi
Pandangan yang luas
Anti silau
Menghilangkan titik buta

Harga: RM9.82 (Putih Biasa) | RM15.33 (Biru Anti Silau)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Car Rearview Mirror

Car Rearview Mirror
Kredit Gambar: Shopee

Dengan skrin besar yang memberikan anda pandangan yang luas, cermin pandang belakang ini adalah anti silau. Anda tidak perlu risau tentang pancaran matahari yang terik atau lampu kereta lain yang menyilaukan pandangan mata anda ketika anda memandu. Dengan resolusi cermin ini yang berkualiti tinggi, anda boleh melihat pandangan belakang kereta anda dengan jelas. Tidak seperti kebanyakan cermin pandang belakang yang mempunyai reka bentuk klip, cermin pandang belakang ini dilengkapi dengan reka bentuk cawan sedutan yang kuat. Jadi, anda boleh memasangnya dengan ketat pada mana-mana bahagian cermin hadapan kereta anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: ABS
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz Tersedia: 6 x 20 cm, 6 x 24 cm

Kelebihan:

Material berkualiti tinggi
‘Anti-dazzling’
Anti silau
Resolusi tinggi
Mudah dipasang

Harga: RM30.89 hingga RM46.42

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Rotatable Adjustable Suction Cup Car Rear Mirror

Rotatable Adjustable Suction Cup Car Rear Mirror
Kredit Gambar: Shopee

Lebih suka cermin pandang belakang yang boleh disuaikan pada mana-mana sudut yang anda suka? Cermin pandang belakang ini mempunyai fungsi sebegitu! Dengan bahagian badan yang boleh putar 360 darjah, anda boleh melaraskannya ke mana-mana sudut yang anda suka. Dibuat dengan bahan ABS berkualiti tinggi, ia boleh menghapuskan imej yang bertindan dan gangguan. Ia dilengkapi dengan cawan sedutan yang kuat  serta kunci yang boleh dimuatkan dengan selamat pada cermin hadapan anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: ABS
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz Tersedia: 6 x 20 cm, 6.5 x 24 cm

Kelebihan:

Berkualiti tinggi
Kurangkan silau cahaya
Hapuskan imej bertindan
Hapuskan gangguan
Boleh diputar
Cawan sedutan yang kuat
Pemasangan yang mudah

Harga: RM8.96 hingga RM14.65

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Sport Zoom Blue Mirror Universal Carbon

Sport Zoom Blue Mirror Universal Carbon
Kredit Gambar: Shopee

Cermin ini didatangkan dengan pandangan ‘zoom’ yang membolehkan anda melihat bahagian belakang kereta dengan jelas. Jadi, anda boleh melihat dari jarak jauh dengan mudah. Cermin ini dilengkapi cawan sedutan kuat yang dapat anda pasangkan pada bahagian cermin hadapan kereta anda dengan selamat. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Karbon
  • Saiz: 8.8 x 24 cm
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Material berkualiti tinggi
Cawan sedutan yang kuat
Pandangan ‘zoom’
Pandangan belakang yang luas

Harga: RM69.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Sea Metal Car Rear View Mirror

Sea Metal Car Rear View Mirror
Kredit Gambar: Shopee

Cermin pandang belakang ini dilengkapi dengan kanta berbilang lapisan yang memberikan anda kualiti imej yang terbaik. Ia datang dengan anti-percikan, lapisan komposit, salutan anti-silau, lapisan poliamida dan kanta kaca HD yang membolehkan anda melihat bahagian belakang dengan jelas. Hanya klip sahaja cermin ini pada cermin pandang belakang kereta anda untuk versi yang dinaik taraf!

Spesifikasi:

  • Bahan: ABS
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz Tersedia: 6.5 x 27 cm, 6.5 x 30 cm

Kelebihan:

Material berkualiti tinggi
Kanta berbilang lapisan
Anti silau
Anti percikan
Pemandangan berkualiti tinggi

Harga: RM24.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close