Char Kuey Teow merupakan variasi makanan jalanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Char Kuey Teow ialah sejenis makanan bergoreng yang terdiri daripada mi seperti mi Cina yang dicampur dengan pelbagai bahan tambahan seperti daging, telur, rempah, bawang dan sebagainya. Nama Char Kuey Teow diambil daripada perkataan bahasa Hokkien, di mana “Char” bermaksud tumis dan “Kuey Teow” bermaksud mi beras. Char Kuey Teow juga sering dipanggil dengan nama ‘Char Kuey Tiaw’, dan ‘Char Kway Teow’.
Antara bahan yang diperlukan untuk membuat Char Kuey Teow ialah bawang putih, kicap manis/ kicap masin, pes cili, kerang, udang dan taugeh. Bahan-bahan ini akan digoreng bersama Kuey Teow untuk menghasilkan hidangan Char Kuey Teow yang enak dan lazat.
Bagaimanakah rasa Char Kuey Teow yang asli?
Kita sentiasa mahukan makanan yang terbaik, lazat dan asli. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada kita tidak biasa dengan Char Kuey Teow dan mungkin tidak tahu bagaimana rupa dan rasa Char Kuey Teow yang asli.
Lazimnya, penduduk tempatan meletakkan “wok hei” sebagai kriteria pertama dalam menilai Char Kuey Teow. Wok hei ialah aroma dan rasa istimewa yang dihasilkan apabila makanan digoreng di atas kuali dengan suhu yang tinggi. Rasa ini agak sukar untuk kita dapatkan sekiranya memasak Char Kuey Teow di rumah ekoran penggunaan peralatan memasak yang kurang sesuai.
8 Char Kuey Teow Terbaik di Pulau Pinang 2023
1. Siam Road Char Kuey Teow
Siam Road Char Kuey Teow merupakan antara gerai Char Kuey Teow yang terkenal di Pulau Pinang. Bukan itu sahaja, BBC juga menyifatkan pemiliknya sebagai legenda Char Kuey Teow tertua di Malaysia. Memandangkan pemiliknya berumur 80 tahun, anda mungkin harus menunggu agak lama untuk mendapatkan makanan anda. Namun, jangan bimbang kerana rasa yang ditawarkan sudah pasti berbaloi dengan masa menunggu anda.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 5:00 petang (Selasa hingga Sabtu)
Ditutup pada hari Isnin & Ahad
Alamat: 82, Jalan Siam, George Town, 10400 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
2. Cecil Street Market – Barefoot Char Koay Teow
Tahukah anda mengapa terdapat grafik tapak kaki pada papan tanda gerai ini? Hal ini kerana pemiliknya tidak suka memakai kasut ketika berada di gerai. Oleh kerana itu, pelanggan mula memanggil gerai ini dengan nama Barefoot Char Kuey Teow. Char Kuey Teow di gerai ini agak unik kerana ia menggunakan telur itik sebagai bahan utama. Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan harga yang berpatutan.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 5:00 petang (Rabu hingga Ahad)
Ditutup pada hari Isnin & Selasa
Alamat: 40-48, Lebuh Cecil, 10300 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
3. Cecil Street Market – 850 Char Koay Teow
Gerai ini merupakan antara gerai yang menawarkan Char Kuey Teow terbaik di Pulau Pinang. Ia terletak di Pasar Jalan Cecil, Pulau Pinang. Gerai ini menerima pelbagai ulasan positif mengenai rasa Char Kuey Teownya yang enak dan berbeza daripada Char Kuey Teow biasa. Jika anda tinggal atau berkunjung ke George Town, Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati Char Kuey Teow di gerai ini.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 5:00 petang (Rabu – Ahad)
Ditutup pada hari Isnin & Selasa
Alamat: 40-48, Lebuh Cecil, 10300 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
4. Tiger Char Koay Teow
Jika anda ingin makan Char Kuey Teow untuk sarapan pagi, Tiger Char Koay Teow adalah tempat yang sesuai untuk anda. Gerai ini beroperasi seawal 7:30 pagi hingga 2 petang. Gerai ini menawarkan 3 jenis Char Kuey Teow iaitu Char kuey Teow ayam, telur itik dan tanpa telur.
Waktu Operasi:
7:30 pagi – 2:00 petang (Selasa – Ahad)
Ditutup pada hari Isnin
Alamat: 179, Lebuh Carnarvon, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
5. Char Kuey Teow Parit / Longkang
Char Kuey Teow Parit/ Longkang cukup terkenal dengan gaya dan rasa Char Kuey Teownya yang tersendiri. Gerai ini merupakan antara gerai Char Kuey Teow yang mesra Muslim. Jadi, anda tidak perlu ragu lagi mengenai status halal gerai ini. Bukan itu sahaja, gerai ini juga menawarkan pelbagai hidangan lazat pada harga yang berpatutan.
Waktu Operasi: 9:00 malam – 2:00 pagi (Setiap Hari)
Alamat: Jalan Mahsuri, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
6. Ah Leng Char Koay Teow
Ah Leng Char Koay Teow telah ditubuhkan pada tahun 1979 yang menjadikannya salah satu gerai Char Kuey Teow tertua di Pulau Pinang. Gerai ini menawarkan pelbagai pilihan Char Kuey Teow dengan bahan yang berbeza yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Antara bahan yang boleh anda pilih ialah lemak babi rangup, telur goreng, udang dan kerang segar.
Waktu Operasi: 10:30 malam – 4:00 petang (Setiap Hari)
Alamat: 343, Jalan Dato Keramat, Kampung Makam, 10150 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEBu003cbru003e7. Presgrave Street Ah Shen Duck Egg Char Koay Teow
Ah Shen Char Koay Teow merupakan antara gerai yang wajib anda kunjungi terutamanya jika anda peminat Char Kuey Teow. Gerai ini terletak di Lebuh Presgrave, Pulau Pinang. Anda boleh menikmati pelbagai hidangan Char Kuey Teow pada harga purata RM 15.00. Walaupun ia agak mahal, tetapi rasa yang ditawarkan pasti memuaskan hati anda!
Waktu Operasi: 3:00 petang – 11:00 malam (Setiap Hari)
Alamat: 67B, Lebuh Presgrave, 10300 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB8. Left-Handed Char Koay Teow
Jika anda berkunjung ke Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba Char Kuey Teow terbaik di gerai ini. Selain daripada Char Kuey Teow, gerai ini juga terkenal dengan hidangan seperti Asam Laksa, Mee Kari dan Cendol. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai ruangan terbuka dan tertutup sekali gus menjadikannya tempat yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama rakan mahupun keluarga.
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 9:00 malam (Khamis – Selasa)
Ditutup pada hari Rabu
Alamat: 79-G-11, Menara Gading, Kampung Jawa Baru, Off, Jalan Dato Keramat, 10150 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEBDapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.