Cincin Moissanite telah menjadi semakin popular sebagai alternatif yang menarik dan berpatutan berbanding dengan cincin berlian tradisional. Cincin ini dinamakan sempena ahli kimia Perancis yang terkenal iaitu, Henri Moissan. Beliau merupakan individu yang menemui kristal karbida silikon yang wujud dalam meteorit. Dan kini, moissanite telah menarik perhatian ramai peminat barang kemas di seluruh dunia. Terkenal dengan kecemerlangan, ketahanan dan keterjangkauan yang luar biasa, cincin moissanite menawarkan pilihan yang menarik bagi mereka yang mencari cincin yang mempesonakan dan mementingkan etika.
Selain daya tarikan visual yang menakjubkan, cincin moissanite menawarkan alternatif etika yang menarik berbanding dengan cincin berlian tradisional. Berlian sering terpalit dengan isu konflik perlombongan dan amalam sumber yang tidak beretika. Manakala moissanite pula adalah batu permata buatan makmal yang dihasilkan menggunakan teknologi canggih. Penghasilan batu permata moissanite tidak mendatangkan masalah alam sekitar dan etika dalam perlombongan. Jadi, dengan memilih cincin moissanite, anda bukan sahaja menjaga alam sekitar bahkan anda memiliki cincin moissanite yang cantik dan berkualiti. Dengan itu, berikut adalah 5 cincin moissanite terbaik di Malaysia
Adakah Moissanite Tahan Lama Untuk Dipakai Setiap Hari?
Ya, moissanite sangat tahan lama dan sesuai untuk dipakai pada setiap hari. Ia mempunyai kedudukan 9.25 pada skala kekerasan Mohs, menjadikan moissanite sangat tahan terhadap calar dan serpih. Ia lebih tahan lama daripada nilam dan delima.
Bolehkah Moissanite Digunakan Sebagai Cincin Pertunangan?
Semestinya! Cincin pertunangan Moissanite telah mendapat populariti kerana kecantikan yang menakjubkan, harga berpatutan dan pertimbangan etikanya. Ramai pasangan memilih cincin moissanite sebagai alternatif yang mampan dan mesra bajet berbanding dengan cincin pertunangan berlian tradisional.
Jika anda ingin menambah koleksi barang kemas anda, anda boleh membaca artikel dibawah:
- 10 Jenama Barang Kmeas Minimalis Terbaik di Malaysia 2023
- 10 Jenama Barang Kemas Terbaik di Malaysia 2023
- 18 Kedai Barang Kemas Terbaik di Malaysia 2023
- 10 Kedai Barang Kemas Terbaik di KL 2023
5 Cincin Moissanite Terbaik di Malaysia 2023
1. Orion Jewellery Kuala Lumpur
Orion Jewellery KL, yang terletak di Kuala Lumpur adalah destinasi utama untuk individu yang mencari barang kemas yang boleh ditempah khas, berkualiti tinggi dan berpatutan. Dengan akses yang mudah, jenama ini didedikasikan untuk menyediakan kepingan indah yang berpatutan kepada pelanggan. Beroperasi secara eksklusif dalam talian, Orion Jewellery KL memanfaatkan kecemerlangan batu permata Moissanite yang menawan untuk menyelitkan setiap ciptaan dengan kilauan yang tiada tandingannya. Jenama ini berbangga dalam mempromosikan Moissanite, sekali gus meraikan ciri-ciri luar biasa dan asing yang terdapat pada permata ini.
Instagram: https://www.instagram.com/orionjewellery.kl/
semak laman web di sini2. BMC Expert
BMC Expert merupaakn salah satu pakar berlian moissanite terkemuka di Malaysia. Mereka terkenal kerana mencipta barang kemas mewah secara beretika. Berlian berkod USA Black Card dan diperakui GRA memberikan kilauan moissanite yang luar biasa, yakni batu permata yang dikatakan terhasil daripada bintang. Tukang artisan mereka mahir dan pakar dalam membuat karya custom sambil menawarkan koleksi barang kemas berkilauan yang sedia ada untuk dibeli. Komitmen BMC Expert terhadap kecemerlangan meliputi bahan berkualiti premium dan amalan yang mementingkan alam sekitar. Dengan tumpuan untuk menjadikan barang kemas anda secantik yang mungkin, mereka menjunjung piawaian reka bentuk dan pengalaman pelanggan yang luar biasa.
Facebook: https://www.facebook.com/bmcexpert?mibextid=ZbWKwL
semak laman web di sini3. Greyscorff
Greyscorff, yang dahulunya dikenali sebagai Moissanite Malaysia telah ditubuhkan untuk menawarkan alternatif yang cemerlang dan bertanggungjawab secara sosial kepada berlian. Mereka pakar dalam mencipta barang kemas ‘timelss’ yang direka untuk bertahan lama. Greyscorff menggunakan moissanite yang dihasilkan di makmal. Dengan tumpuan yang tinggi terhadap ketelusan, kesederhanaan dan kreativiti, mereka mengutamakan nilai batu itu sendiri berbanding dengan kos yang meningkat disebabkan oleh pemasarannya.
Dengan menawarkan perkhidmatan pengeluaran yang ditempah khas dan pengalaman yang diperibadikan, Greyscorff memupuk hubungan emosi yang kuat antara pelanggan dan pasukan pereka barang kemas mahir mereka. Mereka berusaha untuk mengubah proses pembuatan barang kemas tradisional menjadi perjalanan yang luar biasa dan tidak dapat dilupakan, di mana setiap bahagian berupaya menceritakan kisah uniknya.
Facebook: https://www.facebook.com/greyscorff
Instagram: https://www.instagram.com/greyscorff/
semak laman web di sini4. Sarabella
Sarabella berdedikasi untuk mencipta barang kemas indah yang merangkumi kesederhanaan, keanggunan dan kesempurnaan. Direka dengan bahan halus dan berkualiti tinggi, setiap reka bentuk barang kemas secara uniknya menyatakan keperibadian tersendiri. Sarabella percaya bahawa barang kemas adalah satu bentuk ekspresi diri yang berkuasa, menanamkan keyakinan dan pemerkasaan dalam kehidupan seharian. Nilai sebenar barang kemas Sarabella terletak pada kepentingan sentimentalnya. Sama ada untuk ekspresikan diri anda, meraikan kejayaan, menjadikan simbol cinta dan keluarga atau sekadar penyataan fesyen untuk kehidupan seharian, Sarabella menawarkan koleksi barang kemas yang boleh diakses mudah untuk semua acara.
Instagram: https://www.instagram.com/the_sarabella/
semak laman web di sini5. Yasmin Jewelry
Yasmin Jewellery diasaskan pada 2011. Mereka terkenal kerana menyediakan produk mewah pada kos yang kompetitif. Selain itu, mereka diiktiraf kerana menyediakan koleksi barang kemas yang pelbagai saiz untuk lelaki dan wanita, mempunyai reka bentuknya yang tersendiri, menggunakan Sterling Silver yang halus. Yasmin Jewellery juga dikenali sebagai Kedai Cincin Ampang (KCA), turut mempersembahkan kecemerlangan moissanite, iaitu batu permata tersergam indah yang memberikan koleksi mereka sentuhan berkelas dan kilauan, di samping perhiasan perak mereka yang menawan.
Koleksi Yasmin Jewellery dicipta oleh tukang perak mahir yang telah mengembangkan kebolehan mereka sejak 1992 dengan memberikan perhatian yang teliti terhadap perincian dan penekanan pada ketukangan. Selain itu, mereka menyediakan perkhidmatan ukiran unik yang membolehkan pelanggan mencipta barang kemas yang sentimental dan berkekalan dengan menambahkan nama atau frasa yang bermakna pada pembelian mereka.
Facebook: https://www.facebook.com/kedaicincinampang
Instagram: https://www.instagram.com/kedaicincinampang/
semak laman web di siniDapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.