Cornflakes ialah bijirin sarapan pagi yang dibuat daripada empingan jagung yang dibakar. Emping jagung ini penuh dengan mineral, vitamin, serat makanan, protein dan karbohidrat yang penting untuk kehidupan yang sihat. Emping jagung beserta susu menjadikan pilihan sarapan pagi yang bagus kerana ia sangat ringan dan sihat.
Selain menjadikannya sarapan pagi, empingan jagung ini juga boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat kuih. Kerangupannya menjadikannya snek yang sering digemari. Di pasaran, terdapat banyak jenis cornflakes yang boleh memenuhi cita rasa anda. Apa yang penting, anda tahu cornflakes mana yang anda inginkan. Kalau anda ingin mencari cornflakes terbaik, teruskan membaca artikel ini.
Di manakah saya boleh mendapatkan cornflakes?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan cornflakes di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan cornflakes, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, cornflakes seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih cornflakes?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli cornflakes ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis cornflakes yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Cornflakes Terbaik di Malaysia 2026
1. Meadows Cornflakes

Apa yang lebih baik daripada memulakan hari dengan sarapan pagi yang sihat? Sarapan yang sihat untuk badan yang sihat. Campurkan cornflakes dengan beberapa buah dan siramnya dengan coklat. Sekarang, ia kelihatan seperti hidangan yang lengkap dan berperisa, bukan? Pastinya setiap suapan menggembirakan anda!
Bahan-bahan: Jagung, Gula, Garam, Ekstrak Malt Barli, Mengandungi Pengemulsi (E471) Sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan, Vitamin (B3, E, B5, B6, B2, B1, B9, B12)
Negara Pengeluar: Jerman
Saiz: 250 g
Harga: RM 5.70
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Kellogg’s Corn Flakes Cereal

Semangkuk empingan jagung emas yang lazat dan rangup dengan susu adalah sarapan yang penuh sihat untuk memulakan hari anda. Ia juga mengandungi vitamin dan mineral penting, termasuk kalsium dan zat besi. Ayuh, hidangkan sarapan yang enak ini untuk seisi keluarga!
Bahan-bahan: Jagung (90%), gula, garam, ekstrak malt barli, vitamin (vitamin E, niasin, vitamin B6, riboflavin, folat), mineral (besi, zink oksida).
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 275 g
Harga: RM 7.45
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Nestle Gold Corn Flakes

Bijirin Sarapan NESTLE percaya bahawa keluarga yang lebih bahagia dan sihat bermula dengan sarapan pagi yang sihat seperti empingan jagung yang lazat. Itulah sebabnya kami menjadikan Emping Cornflake EMAS dan Emping Madu EMAS terasa hebat dengan tekstur rangup yang akan disukai oleh semua keluarga serta mencipta detik-detik emas bersama keluarga!
Bahan-bahan: Bijian Bijirin (98.1%) (Semolina Jagung (67.8 %), Jagung Bijirin Penuh (30.3%) ), Gula, Ekstrak Malt Barli (mengandungi Gluten), Sirap Glukosa, Garam, Antioksidan: Tokoferol, Kalsium, Niasin, Besi, Asid Pantothenik, Asid Folik, Vitamin B6, Riboflavin. Mengandungi bijirin yang mengandungi gluten. Mungkin mengandungi susu dan kacang.
Negara Pengeluar: Switzerland
Saiz: 275 g
Harga: RM 7.60
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Tesco Cornflakes

Empingan jagung ini bakar serta diperkaya dengan vitamin dan zat besi. Kami memastikan bahawa rasa dan kualiti ramuan bijirin kami sentiasa berada pada tahap terbaik! Kami memilih jagung dengan teliti, kemudian masak perlahan-lahan dan membakarnya untuk menghasilkan kepingan yang ringan, garing dan keemasan
Bahan-bahan: Jagung, Gula, Garam, Dextrose, Ekstrak Malt Barli, Zat Besi, Niasin, Asid Pantothenik, Vitamin B6, Riboflavin, Thiamin, Asid Folik, Vitamin D, Vitamin B12. Mengandungi : Barli
Negara Pengeluar: United Kingdom
Saiz: 500 g
Harga: RM 8.69
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Vitabella Organic Bite Corn Flakes

Vitabella ialah rangkaian khusus di bawah jenama makanan Itali yang telah lama ditubuhkan, iaitu Molino Nicoli. Ditubuhkan pada tahun 1869, Molino Nicoli terkenal sebagai antara perintis bijirin sarapan tradisional di Itali. Jenama ini juga terkenal dengan produk makanan tradisional yang lazat, sihat dan organik.
Bahan-bahan: Jagung (95%), Gula, Garam.
Negara Pengeluar: Itali
Saiz: 225 g
Harga: RM 13.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Radiant Organic Corn Flakes

Diperbuat daripada jagung organik untuk pemakanan semula jadi yang sihat, produk ini merupakan salah satu produk yang digemari oleh pengguna di seluruh Itali. Ia rangup dan sedikit manis dengan jus tebu sejat organik. Pilihan sarapan pagi yang sihat dan berperisa. Sumber serat yang baik, bebas lemak, bebas gluten, bebas gandum dan rendah natrium. Produk ini adalah 100% organik.
Bahan-bahan: Gir jagung 89%, Sirap beras, Garam
Negara Pengeluar: Itali
Saiz: 250 g
Harga: RM 12.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI HAPPYFRESH7. Earth Living Organic Sprouted Corn Flakes

Earth Living Organic Sprouted Corn Flakes adalah kepingan jagung organik yang dibakar ringan. Ia bukan sahaja lazat, tetapi juga rendah lemak tepu dan bebas gluten secara semula jadi. Ia sangat sesuai untuk vegetarian dan vegan. Produk ini juga bebas daripada semua perasa tiruan, warna dan pengawet.
Bahan-bahan: Jagung Organik
Negara Pengeluar: Australia
Saiz: 450 g
Harga: RM 17.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Freedom Foods Classic Cornflakes

Empingan jagung tradisional telah wujud selama beberapa dekad, tetapi itu tidak menghalang Freedom Foods daripada meningkatkan kualitinya. Empingan jagung mereka bukan sahaja bebas daripada gluten, gandum dan kacang, ia juga merupakan sumber serat yang baik dan berperisa semula jadi dengan sirap emas. Hidangkannya dengan sebarang alternatif susu yang lazat, atau masukkan buah-buahan dan yogurt kegemaran anda bersamanya.
Bahan-bahan: Tepung Jagung (81%), Dextrin Tahan (Jagung), Gula, Sirap Emas, Pengemulsi (Lesitin Bunga Matahari), Garam. Mungkin mengandungi: Susu
Negara Pengeluar: Australia
Saiz: 260 g
Harga: RM 19.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Freee by Doves Farm Organic Corn Flakes

Freee by Doves Farm menghasilkan empingan jagung yang bebas gluten dan organik. Empingan jagung rangup ini ringan dan keemasan. Ia diperbuat daripada jagung yang dipilih teliti untuk memberikan anda pilihan yang sihat tatkala menikmati sarapan pagi. Cuba makan empingan jagung ini bersama yogurt atau buah-buahan.
Bahan-bahan: Jagung 98%, Sirap beras kering, garam, ekstrak dedak padi.
Negara Pengeluar: United Kingdom
Saiz: 325 g
Harga: RM 26.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Post Corn Flight

Bijirin ini dibakar dengan teliti, berperisa dan rangup. Setiap gigitan kepingan emas yang rangup ini sama lazatnya seperti yang pertama. Pemakanan rendah lemak menyediakan nutrisi seimbang dengan 11 vitamin dan mineral. Jika anda menambah yogurt dan buah-buahan padanya, anda boleh menikmati hidangan yang lebih penuh dan mengenyangkan.
Bahan-bahan: Jagung, Gula, Garam
Negara Pengeluar: Korea Selatan
Saiz: 300 g
Harga: RM 30.25
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.