Jam tangan merupakan salah satu kelengkapan diri yang sering dititikberatkan dalam kegiatan harian. Kalau dahulu, jam tangan hanya berfungsi untuk memberitahu waktu kepada si pemakainya. Namun kini, jam tangan sudah boleh menyambut panggilan telefon yang masuk atau menerima notifikasi yang tertera di telefon pintar anda.
Inilah yang dinamakan teknologi. Jam tangan klasik yang dahulunya hanya memberitahu waktu boleh menjadi salah satu peranti terpenting dalam hidup anda. Teknologi menyaksikan jam tangan mula berevolusi dengan penciptaannya yang memuaskan. Pelbagai ciri penting seperti Bluetooth, termometer dan mod sukan atau kesihatan direka bagi memberikan keselesaan dan kemudahan kepada para pengguna. Inilah smart watch, kegilaan ramai khususnya yang mengikuti trend teknologi.
Apakah kegunaan smartwatch?
Sebenarnya, smart watch mempunyai banyak kelebihan yang boleh memudahkan urusan anda seharian. Selain menerima panggilan masuk, anda juga boleh membaca mesej yang dihantar oleh rakan-rakan di smart watch anda. Anda boleh menyemak imbas mesej anda di jam tangan tanpa perlu mendapatkan telefon pintar anda. Mudah, bukan?
Selain itu, kebanyakan orang menggunakan ciri kecergasan yang dilengkapkan di dalam perisian smart watch bagi mencipta gaya hidup yang sihat. Seperti kebanyakan smart watch, ciri kecergasan yang biasa ditawarkan ialah pengesanan suhu badan, kadar denyutan jantung anda, tekanan darah mahupun tahap oksigen anda sewaktu anda duduk bersahaja atau ketika melakukan aktiviti sukan. Hebat, bukan? Jadi apa tunggu lagi? Bacalah artikel ini untuk mengetahui 8 smart watch di bawah RM800 yang terbaik untuk anda dapati di Malaysia.
8 Smart Watch Bawah RM800 Terbaik di Malaysia 2023
1. Xiaomi Mi Watch – XMWTCL02

Bagi mereka yang menggemari reka bentuk jam tangan klasik yang diberi sentuhan teknologi canggih, maka Xiaomi Mi Watch ialah jam tangan untuk anda. Jam tangan ini memiliki skrin AMOLED yang membolehkan anda memeriksa waktu tanpa mengangkat pergelangan tangan anda! Ia dikuasakan dengan butang sukan khusus yang diprogramkan dengan 117 mod kecergasan supaya anda boleh menikmati pelbagai jenis senaman. Jam tangan ini dapat mengesan kadar denyutan jantung dan waktu tidur anda. Selain itu, jam tangan ini juga boleh digunakan sebagai peranti GPS.
Spesifikasi:
- Saiz: 45.9 × 53.3 × 11.8 mm
- Berat: 35 g
- Bentuk skrin: Bulat
- Jenis band: Silica Gel
- Kapasiti bateri: 300-450mAh
- Band boleh ditanggalkan: Ya
- Negara Pengeluar: China
Kelebihan:
✅ Kalis air
✅ Dicaj 2x sebulan
✅ Sesuai dengan semua peranti
Harga: RM369.46
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Realme watch S

Realme Watch S Pro ini dilengkapi dengan Paparan Pro, iaitu skrin sentuh AMOLED yang besar. Skrin ini memiliki dengan resolusi dan yang kecerahan tinggi sekaligus memberikan visual hebat bagi semua maklumat anda yang tertera di situ.
Spesifikasi:
- Saiz: 259.5×47.0×12.0 mm
- Berat: 48 g (bersama strap)
- Bentuk skrin: Bulat
- Saiz skrin: 1.3”
- Jenis Band: Aluminium alloy
- Lebar pergelangan tangan: 22mm
- Kapasiti bateri: 390 mAh
- Grade Kalis air: Professional Waterproof
- GPS: Yes
- Negara Pengeluar: China
Kelebihan:
✅ Kalis air
✅ Bluetooth 5.0
✅ Sesuai dengan iOS and Android
✅ Bateri boleh berfungsi selama 15 hari
Harga: RM223.90 – RM229.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Amazfit GTS 2e Fitness Smartwatch

Jam tangan ini sangat sesuai untuk mereka yang suka memadankan jam tangan mereka bersama pakaian. Jam tangan ini mempunyai rupa yang menakjubkan dengan skrin paparan berbentuk segi empat sama. Ia didatangkan dalam tiga warna elegan iaitu ungu Lilac, Hitam Obsidian dan Hijau Moss. Ia dilengkapi dengan 90 modul sukan (built-in) untuk anda bersenam. Selain itu, jam tangan ini juga mempunyai paparan skrin yang jelas, iaitu sebanyak 341 ppi.
Spesifikasi:
- Material badan: Aluminium alloy
- Bottom Shell: Plastic Matte bottom case
- Material: AMOLED
- Negara Pengeluar: China
- Size: 1.65 inci
- Saiz paparan: 42.835.69.7 mm
- Kapasiti bateri: 246 mAh lithium-ion polymer battery
- Skrin sentuh: Tempered glass + anti-fingerprint vacuum coating
- Resolusi: 348×442
Kelebihan:
✅ Kalis air
✅ Dicaj 2x sebulan Charge
✅ Sesuai dengan iOS and Android
✅ Caj selama 2.5 jam sahaja
Harga: RM399 – RM 459.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Maimo Smart Watch

Jika anda mencari jam tangan pintar moden yang bergaya dengan ciri canggih pada harga yang berpatutan, maka jam tangan pintar Maimo inilah pilihan yang sesuai buat anda. Jam tangan ini mempunyai skrin kaca melengkung berbentuk segi empat sama dengan definisi tinggi 2.5 D supaya anda boleh menikmati pengalaman visual pada skrin sentuh HD 1.69. yang besar. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan teknologi AI di mana ia boleh mengira langkah anda sewaktu berjalan. Ia diperbuat daripada bahan Aluminium aloi dan disertakan dengan tali berwarna-warni untuk pilihan anda.
Spesifikasi:
- Material: Aluminium alloy
- Negara Pengeluar: China
- Saiz badan: 43.753711 mm
- Paparan: 1.69” TFT-LCD Screen
- Jangka hayat bateri: 21 hari
Kelebihan:
✅ Kalis air
✅ Bluetooth 5.0
✅ Sesuai dengan iOS and Android
✅ Tempoh pengecasan : 2.5 jam
Harga: RM139 – RM 215
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Huawei Watch GT 2e Smart Watch

Jam tangan pintar Huawei Watch GT 2e ini sesuai untuk atlet kasual kerana ia membolehkan anda menjejaki banyak profil sukan. Jangka hayat bateri tanpa pengecasan ialah sehingga 2 minggu walaupun dengan penggunaan kerap. Selain itu, jam tangan ini direka bentuk menarik dan mempunyai skrin bulat untuk paparan informasi.
Spesifikasi:
- Material: Watch Body: Metal And Plastic
- Strap: Fluoroelastomer, Tpu
- Negara Pengeluar: China
- Skrin: 1.39-inci, Amoled Round Screen, 454 X 454 Pixels, 326 Ppi
- Kapasiti bateri: 455 Mah
- Berat: Kira-kira 43 g (tanpa Strap)
- Butang: Up Button, Down Button; Supports Touch, And Touch And Hold
- Memori: 4 Gb Rom, 16 Mb Ram
- Sistem operasi: Support Android 4.4 Or Later | Ios 9.0 Or Later
Kelebihan:
✅ Kalis air dan kalis debu
✅ Sesuai dengan iOS and Android
✅ Memori: 4 Gb Rom, 16 Mb Ram
Harga: RM329 – RM559
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Kospeta Raptor Outdoor Smart Watch

Jika anda mencari jam tangan pintar untuk menjejaki gaya hidup sihat anda, jam tangan pintar Kospet Raptor ialah pilihan yang sesuai untuk anda dari segi rupa, harga dan warna. Bazel jam tangan ini direka daripada besi agar ia sesuai untuk aktiviti luar sekaligus memberi perlindungan yang optimun terhadap sebarang hentakan. Jam tangan ini sesuai untuk semua keadaan persekitaran. Selain itu, saiz skrin sederhana yang dimiliki oleh jam tangan ini sesuai buat mereka yang mempunyai pergelangan tangan yang kecil.
Spesifikasi:
- Case Material: Kaca
- Band Material: TPU
- Negara Pengeluar: China
- Skrin: TFT
- Kapasiti bateri: 230 mAh
- Saiz dial: 4.7 x5.2 x 13.3cm
- Saiz band: 12.5 x 2.2 cm /8.5 × 2.2 cm, wear range 150-220 MM
Kelebihan:
✅ Water resistant
✅ Sesuai dengan Android
Harga: RM122.50 – RM 156.56
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. PHL Watch Music Pro 46mm

Jika anda seorang pencinta muzik dan gemar mendengar muzik semasa bersenam atau berjoging, maka jam ini sesuai untuk anda. Jam tangan ini direka dengan skrin 1.28 HD untuk memberikan anda paparan yang jelas. Anda akan dapat menikmati muzik sambil menyambungkannya ke fon kepala atau fon telinga anda. Jam tangan ini mempunyai storan 8 GB untuk muzik. Selain itu, ia juga memiliki ciri yang membolehkan anda mengesan kadar denyutan jantung, paras oksigen darah dan tekanan darah anda.
Spesifikasi:
- Paparan: 1.28 TFT
- Negara Pengeluar: China
- Skrin: TFT
- Kapasiti bateri: 260 mAh
- RAM: UI FLASH ; 128MB
- Stor Music: 8GB
- Ukuran: 46.5*12.7*540MM
- Kalis air: IP67
Kelebihan:
✅ Kiraan langkah Pedometer, kalori, jarak
✅ Pelbagai mod sukan: Berjalan, Indoor Walk, Berlari, Indoor Running, Memanjat, Berbasikal, Berenang etc.
✅ Alat kawalan jauh BT music, BT camera
✅ Fungsi lain: Jam loceng, Stopwatch, Find Phone
Harga: RM149.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. U78 Plus Smartwatch

Tahukah anda bahawa jam tangan U78 Plus ini boleh mengesan suhu badan anda? Jam tangan ini mempunyai penampilan hebat yang serupa dengan jam tangan pintar lain. Menariknya, ia dilengkapi dengan termometer serta pemantau kadar denyutan jantung, tekanan darah dan oksigen dalam badan anda! Ia turut mempunyai fungsi Bluetooth bagi memudahkan anda memindahkan maklumat daripada peranti lain.
Spesifikasi:
- Saiz paparan: 1.54 inci
- Resolusi: 240 × 240
- Kapasiti bateri: 200mAh
- External flash: 64M
- Body material: Zinc alloy
- Pengesan suhu badan: temperature sensor high precision NTC
- Vibration: Motor
- Bluetooth: Bluetooth 5.0
- Charger interface: contact type
Kelebihan:
✅ Mengawal waktu tidur
✅ Sports modules
✅ Menyokong sambungan bluetooth
Harga: RM100 – RM 198.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.