8 Produk Johnson & Johnson Terbaik di Malaysia 2023

Sebagai ibu bapa sudah pasti kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk bayi kita, sama ada dari segi kesihatan, kehidupan, mahupun keselamatan. Bayi memiliki kulit yang sangat lembut dan lebih sensitif berbanding kulit orang dewasa. Oleh itu, penggunaan produk yang sesuai adalah sangat penting agar kulit si manja tidak terjejas dan iritasi. 

Selain itu, penggunaan produk yang sesuai juga dapat mengekalkan kelembapan kulit bayi anda serta memelihara kehalusannya. Produk Johnson & Johnson merupakan antara produk penjagaan bayi yang terbaik dan mudah didapati di pasaran. Berikut adalah 8 produk Johnson & Johnson terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.  

Apa itu Johnson & Johnson?

Johnson & Johnson merupakan syarikat industri farmaseutikal yang komited dalam membangunkan dan menghasilkan produk penjagaan bayi yang berkualiti tinggi untuk penggunanya. 

Adakah produk Johnson & Johnson selamat digunakan?

Setiap produk keluaran Johnson & Johnson telah melepasi “proses jaminan keselamatan 5 peringkat” dan bebas daripada asbestos. Jadi, ia selamat digunakan pada bayi anda.

8 Produk Johnson & Johnson Terbaik di Malaysia 2023

1. Johnson’s Baby Active Kids Shiny Drops Shampoo

Johnsons Baby Active Kids Shiny Drops Shampoo
Kredit gambar: Shopee

Johnson’s Baby Active Kids Shiny Drops Shampoo merupakan antara item terlaris keluaran Johnson & Johnson. Ia diperkaya dengan minyak Argan dan protein sutera yang berfungsi untuk melindungi dan melembapkan kulit bayi anda sepanjang hari. Ia juga dapat membersihkan badan dan rambut bayi anda dengan lembut tanpa menyebabkan sebarang iritasi. 

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Air, Cocamidopropyl Betaine, Decyl Glucoside, Sodium Methyl Cocoyl Taurate, Gliserin, Sodium Cocoyl Isethionate, PEG-80 Sorbitan Laurate, PEG-150 Distearate, Glycol Distearate, Citric Acid, Sodium Benzoate, Fragrance, Polyquaternium-10, Sodium Hydroxypropyl, Minyak pati Argania Spinosa, Asid Amino Sutera (daripada Cocoon of SilkWorm)
  • Isi padu: 500ml

Kelebihan:

Membuang 99.99% kuman
Lembut pada kulit
Bebas Paraben


Harga: RM18.34

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Johnson’s Baby Bedtime Bath

Johnsons Baby Bedtime Bath
Kredit gambar: Shopee

Johnson’s Bedtime baby bath ini mengandungi pati ‘NaturalCalm’ yang terbukti secara klinikal dapat membantu menenangkan dan memberi keselesaan kepada bayi anda. Selain itu, ia juga mampu menghapuskan 99.9% bakteria dan virus dengan berkesan. Mandian ini juga telah diuji secara dermatologi dan sesuai untuk digunakan bagi penghidap hypoalergik.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Air, Asid Sitrik, Etilheksil gliserin, Pewangi, Natrium Benzoat, Natrium Metil Kokoil Taurat, Gliserin, Decyl Glucoside, Phenoxyethanol, PEG-150 Pentaerythrityl Tetrastearate, PPG-2 Hydroxyethyl Cocamide, Cocamidopropyl-Laura.
  • Isi padu: 1000ml

Kelebihan:

Terbukti secara klinikal
Sesuai untuk digunakan bagi penghidap hypoalergik.
Diuji secara dermatologi


Harga: RM21.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Johnson’s Baby Mini Travel Kit 

Johnsons Baby Mini Travel Kit
Kredit gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari produk penjagaan bayi mudah alih dan sesuai untuk dibawa ketika melancong, maka Johnson’s baby mini travel kit ini terbaik untuk anda. Set ini didatangkan dengan 4 produk penjagaan iaitu losyen, syampu, mandian dan bedak. Set ini bukan sahaja dapat menjimatkan ruang malah ia juga boleh didapati pada harga yang berpatutan.

Spesifikasi:

1. Johnson’s® Baby Lotion 

  • Isi padu: 50ml
  • Bahan-bahan: Air, Isopropyl Palmitate, Gliserin, Glyceryl Stearate, Cetyl Alcohol, Acid Stearic, Palmitic Acid, Cetearyl Alcohol, Dimethicone, Mineral Oil, Oleic Acid, Polysorbate 20, Benzyl Alcohol, Magnesium Aluminium Silicate, Fragrant, Carparaben, Methylpylparaben Xanthan Gum, Natrium Hidroksida, Pentaerythrityl Tetra-di-t-butyl Hydroxyhydrocinnamate, Merah 33, Air, Isopropyl Palmitate, Gliserin, Gliseril Stearat, Cetyl Alkohol, Asid Stearik, Asid Palmitik, Cetearyl Alkohol, Dimethicone, Minyak Mineral, Polysorbate 20, Benzyl Alcohol, Magnesium Aluminium Silicate, Methylparaben, Fragrance, Carbomer, Propylparaben, Xanthan Gum, Sodium Hydroxide, Pentaerythrityl Tetra-di-t-butyl Hydroxyhydrocinnamate, Red 33

2. Johnson’s® Baby Shampoo 

  • Isi padu: 50ml
  • Bahan-bahan: Air, Sodium Methyl Cocoyl Taurate, Disodium EDTA, Polyquaternium-10, Fragrance, PEG-150 Distearate, Citric Acid, Gliserin, Sodium Benzoate, Sodium Cocoyl Isethionate, PEG-80 Sorbitan Laurate, Cocamidopropyl, Betaine, Decyl Glucoside.

3. Johnson’s® Baby Bath 

  • Isi padu: 50 ml
  • Bahan-bahan: Air, Cocamidopropyl Betaine, PEG-80 Sorbitan Laurate, PEG-150 Pentaerythrityl Tetrastearate, PPG-2 Hydroxyethyl Cocamide, Decyl Glucoside, Phenoxyethanol, Sodium Methyl Cocoyl Taurate, Sodium Benzoate, Fragrance, Citric Acid, Exylglycer

4. Johnson’s® Baby Powder 

  • Berat: 50g
  • Bahan-bahan: Talkum, Pewangi

Kelebihan:

Sesuai untuk dibawa ketika melancong
Mampu Milik


Harga: RM9.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Johnson’s Baby Oil

Johnsons Baby Oil
Kredit gambar: Shopee

Minyak bayi Johnson menawarkan formula yang melembapkan dan memperbaiki kulit bayi anda tanpa sebarang kerengsaan. Selain itu, minyak ini juga mengandungi teknologi MVE bagi memastikan kelembapan pada kulit bayi anda sepanjang hari. Minyak ini juga tidak meninggalkan sisa berminyak dan sangat mudah untuk disapu pada badan.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Minyak Mineral, Pewangi
  • Isi padu: 300ml

Kelebihan:

Tekstur lembut dan ringan
Melembapkan kulit

Harga: RM11.52

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Johnson’s Baby Cotton Touch Face & Body Lotion 

Johnsons Baby Cotton Touch Face Body Lotion
Kredit gambar: Shopee

Johnson’s Baby Cotton Touch Face & Body Lotion dirumus khas untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif. Ia boleh digunakan pada muka dan badan untuk penjagaan dan perlindungan kulit bayi selepas mandi. Bukan itu sahaja, losyen ini juga mampu memberikan penghidratan selama 48 jam.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Air, Gliserin, Isopropil Palmitat, Dimethicone, Phenoxyethanol, Gossypium Herbaceum, Cetearyl Olivate, Pewangi, Acrylates/​C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Carbomer, Sorbitan Olivate, 1,2-Hydroxyl, Sorbitan Olivate Ethylhexylglycerin, Tropolone
  • Isi padu: 200ml

Kelebihan:

Melembapkan kulit
Tekstur lembut
Sesuai untuk digunakan bagi penghidap hypoalergik.


Harga: RM15.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Johnson’s Baby Cologne Summer Swing

Johnsons Baby Cologne Summer Swing
Kredit gambar: Johnson’s

Summer Swing baby cologne keluaran Johnson ini diformulasikan dengan bahan bebas paraben yang menjadikannya selamat digunakan untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif. Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan haruman bunga yang lembut dan menyegarkan serta mampu bertahan sehingga 24 jam.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Alkohol Denat, Air, Wangian
  • Isi padu: 125ml

Kelebihan:

Bau segar
Diuji secara dermatologi

Harga: RM6.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Johnson’s Baby Cologne Morning Dew

Johnsons Baby Cologne Morning Dew
Kredit gambar: Shopee

Cologne ini merupakan antara cologne keluaran Johnson yang paling digemari pengguna. Ia didatangkan dengan bauan yang lembut dan tenang. Penggunaan secara konsisten dapat memberikan keharuman yang berpanjangan. Bukan itu sahaja, cologne ini juga telah diuji secara dermatologi dan sesuai untuk digunakan bagi penghidap hypoalergik.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Alkohol Denat, Air, Pewangi, Minyak Kastor Terhidrogenasi PEG-40, Natrium Sitrat, Asid Sitrik, Natrium Hidroksida
  • Isi padu: 125ml

Kelebihan:

Bau yang menyegarkan
Haruman yang berpanjangan

Harga: RM6.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Johnson’s Bedtime Baby Powder 

Johnsons Bedtime Baby Powder
Kredit gambar: Shopee

Johnson’s bedtime baby powder ini mengandungi pati ‘NaturalCalm’ yang telah terbukti secara klinikal dapat membantu bayi anda tidur dengan lebih lena. Bedak ini mempunyai tekstur yang ringan, lembut dan mudah untuk disapu pada badan. Bukan itu sahaja, ia juga selamat digunakan untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Talkum, Pewangi
  • Berat: 500g

Kelebihan:

Mampu Milik
Tekstur yang lembut dan ringan
Diuji secara dermatologi

Harga: RM9.70

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close