8 Mangkuk Kayu Terbaik di Malaysia 2023

Seperti yang diketahui, mangkuk ialah sejenis pinggan mangkuk bulat yang biasa digunakan untuk menghidang, menyediakan atau meletak makanan. Jenis makanan yang biasanya disajikan dalam mangkuk adalah sup dan salad. Mangkuk dibuat dengan bahan yang berbeza, namun kaca adalah bahan yang biasa digunakan untuk menghasilkan mangkuk. 

Walau bagaimanapun, mangkuk kayu telah menjadi semakin popular kerana rupa estetik dan vintajnya. Mangkuk kayu bukan sahaja digunakan untuk menghidangkan makanan tetapi juga digunakan sebagai hiasan rumah. Terdapat pelbagai jenis mangkuk kayu yang boleh anda beli pada hari ini, sama ada di kedai fizikal mahupun secara online. Jadi, berikut adalah 8 mangkuk kayu terbaik di Malaysia.

Bolehkan Anda Meletak Makanan Panas Dalam Mangkuk Kayu?

Ya, anda boleh meletak makanan panas seperti bubur, kuah rebusan, kari dan sup di dalam mangkuk kayu tanpa merosakkan mangkuk tersebut. Kayu bertindak sebagai penebat untuk makanan panas anda supaya makanan anda akan disimpan hangat dalam jangka masa yang lebih lama.

Bolehkah Anda Meletakkan Buah di Dalam Mangkuk Kayu?

Anda boleh meletak buah-buahan dan juga sayur-sayuran dalam mangkuk kayu kerana ia membantu mengekalkan kesegaran makanan tersebut dalam jangka masa yang lama. Hal ini kerana mangkuk kayu membolehkan udara beredar di sekitar makanan anda. Ia juga bertindak sebagai peralatan dapur yang estetik untuk meja makan anda.

8 Mangkuk Kayu Terbaik di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. DUO Wooden Bowl

DUO Wooden Bowl
Kredit Gambar: Shopee

DUO Wooden Bowl adalah mangkuk serbaguna yang boleh digunakan untuk menghidangkan makanan seperti salad dan sup. Selain itu, mangkuk ini juga dapat menyimpan buah-buahan dengan kemas dan teratur. Mangkuk kayu ini didatangkan dalam empat saiz berbeza untuk menampung keperluan individu anda. Paling menarik, mangkuk kayu ini kukuh dan tidak mudah pecah.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu Acacia
  • Berat: 71 g (Kecil), 177 g (Sederhana), 232 g (Besar), 367 g (Lebih besar)
  • Kapasiti: 225 ml (Kecil), 350 ml (Sederhana), 550 ml (Besar), 900 ml (Lebih Besar)
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Pelbagai guna
Kuat
Didatangkan dalam empat saiz

Harga: RM18.00 – RM97.42

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. JackCreatus Handmade Wooden Bowl

JackCreatus Handmade Wooden Bowl
Kredit Gambar: Shopee

JackCreatus Handmade Wooden Bowl adalah mangkuk berbentuk bulat yang tidak mempunyai sebarang kemasan kimia dalam pembuatannya. Ini kerana lilin lebah digunakan untuk menjaga keadaan dan permukaan kayu bahan ini. Oleh sebab itu, ia selamat untuk digunakan dan mesra alam. Mangkuk kayu ini mengambil masa yang singkat untuk kering, dan dapat mempercepatkan proses pembersihan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Teakwood
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: (S) W15 CM x H6 CM, (M) W15 x H9 CM, (L) W20 x H9 CM

Kelebihan:

Cepat kering
Didatangkan dalam 3 saiz
Buatan tangan

Harga: RM21.90 – RM59.30

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Doterra Young Living Wooden Bowl

Doterra Young Living Wooden Bowl
Kredit Gambar: Shopee

Doterra Young Living Wooden Bowl didatangkan dengan sudu kayu untuk nilai estetika yang minimalis. Sudu kayu ini boleh digunakan untuk mencedok makanan di dalam mangkuk. Mangkuk kayu ini berbentuk bulat dan dalam. Jadi anda boleh mengisi makanan yang banyak dalam mangkuk ini.

Spesifikasi:

  • Bahan: Buluh semula jadi
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 6.6 cm (diameter)

Kelebihan:

Bentuk bulat
Bahagian mangkuk yang dalam
Didatangkan dengan sudu kayu

Harga: RM18.90

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. HUIJIANG Japanese Style Wooden Bowl

HUIJIANG Japanese Style Wooden Bowl
Kredit Gambar: Shopee

HUIJIANG Japanese Style Wooden Bowl didatangkan dalam pelbagai saiz, iaitu daripada kecil sehingga besar. Jadi, anda boleh memilih saiz mangkuk yang sesuai dengan keperluan anda. Mangkuk kayu ini adalah buatan tangan dan direka mengikut gaya Jepun. Oleh sebab itu, ia kelihatan vintaj dan estetik. Selain itu, anda boleh menggunakan mangkuk ini untuk meletak sup, salad, nasi dan banyak lagi.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu Acacia
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 8 cm x 6 cm (Kecil), 14 cm x 7 cm (Sederhana), 18 cm x 7.5 cm (Besar)

Kelebihan:

Reka bentuk gaya Jepun
Pelbagai saiz
Boleh digunakan untuk pelbagai makanan

Harga: RM9.30 – RM45.97

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. BLANDA Wooden Serving Bowl

BLANDA Wooden Serving Bowl
Kredit Gambar: IKEA

BLANDA Wooden Serving Bowl boleh didapati dalam tiga saiz, iaitu kecil, sederhana dan besar. Jadi, anda boleh memilih saiz mangkuk yang sesuai untuk keperluan anda. Mangkuk kayu buluh ini cepat kering selepas dicuci, jadi ia menjimatkan masa ketika dibersihkan. Selain itu, mangkuk kayu ini juga tidak mudah rosak.

Spesifikasi:

  • Bahan: Buluh
  • Saiz: 12 cm, 20 cm, 28 cm

Kelebihan:

Didatangkan dalam 3 saiz
Cepat kering selepas dibasuh
Tidak mudah rosak

Harga: RM37.90 – RM99.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Livecity Natural Round Wooden Bowl

Livecity Natural Round Wooden Bowl
Kredit Gambar: Shopee

Livecity Natural Round Wooden Bowl adalah mangkuk kayu ringkas yang diperbuat daripada kayu asli. Mangkuk kayu ini mempunyai tapak yang tinggi dan bahagian tengah yang dapat menghalang mangkuk daripada terbalik atau terjatuh dengan mudah. Mangkuk ini juga menyerap hentakan supaya tidak mudah pecah apabila terjatuh.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu semula jadi
  • Saiz: 12 cm/4.72 inci (jangkaan)

Kelebihan:

kalis hentakan
Tapak yang terangkat dan berpusat
Reka bentuk yang ringkas

Harga: RM12.89

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. COLO Natural Jujube Wooden Bowl

COLO Natural Jujube Wooden Bowl
Kredit Gambar: Joom

COLO Natural Jujube Wooden Bowl adalah mangkuk kayu mesra alam yang selamat digunakan untuk menghidangkan dan menyimpan makanan. Mangkuk kayu ini didatangkan dalam pelbagai saiz yang membolehkan anda memadankannya dengan pinggan mangkuk lain. Semuanya bergantung kepada cita rasa anda. Mangkuk kayu ini mudah dicuci kerana kotoran tidak melekat pada permukaan mangkuk.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu Jujube
  • Saiz: 9.5 / 10.5 / 11.5 / 12 cm

Kelebihan:

Mudah dicuci
Selamat digunakan
Didatangkan dalam pelbagai saiz

Harga: RM8.23 – RM15.54

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Muji Acasian Wood Bowl

Muji Acasian Wood Bowl
Kredit Gambar: MUJI

Muji Acasian Wood Bowl adalah mangkuk kayu hasil buatan tangan yang mempunyai salutan lakuer yang kemas. Inilah yang menjadikannya kelihatan berkilat dan bersih. Mangkuk kayu ini datang dalam saiz besar, jadi anda boleh gunakannya untuk menghidangkan makanan dalam kuantiti yang banyak.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu Acacia
  • Negara Pengeluar: Jepun
  • Saiz: 20 × 6.5 x 8 cm (Besar)

Kelebihan:

Ukiran tangan
Salutan lakuer
Saiz besar

Harga: RM151.50

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close